Anda di halaman 1dari 58

PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA

POLITIK & KERAJAAN HNP 3023

3 FASA UTAMA DALAM PERKEMBANGAN POLITIK DI MALAYSIA :


Fasa Pertama : Era Pra-Kemerdekaan (sebelum merdeka hingga tahun 1960) Fasa Kedua : Era Pengisian Kemerdekaan (Dari Tahun 1960-an hingga 1980-an) Fasa Ketiga : Era Pengukuhan Kemerdekaan (Dari tahun 1990-an hingga era 2000-an)

ERA PRA-KEMERDEKAAN (SEBELUM MERDEKA HINGGA TAHUN 1960)


Kedatangan British telah membawa perubahan ke atas struktur politik, ekonomi dan sosial masyarakat di Tanah Melayu. i. Politik Sistem Residen

ii. Ekonomi Dasar Pecah dan Perintah & kemasukan imigran dari China dan India iii. Sosial perkembangan bidang pendidikan

GERAKAN NASIONALISME DI MALAYSIA


Pertambahan bilangan pelajar yang menerima pendidikan di Barat dan Timur Tengah serta kelahiran institusi pendidikan Melayu mendorong kepada penyebaran aliran pemikiran baru/ revolusi mental kepada masyarakat.
Menurut Roff (1980:57) Terdapat tiga golongan intelektual yang membangkitkan semangat nasionalisme rakyat, iaitu : i. Golongan Berpendidikan Agama ii. Golongan Berpendidikan Sekular Inggeris iii. Golongan Berpendidikan Melayu

1) GOLONGAN INTELEKTUAL AGAMA


Tokoh : Syed Sheikh al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin dan Burhanuddin Helmy. Menubuhkan sebuah kumpulan reformis yang dikenali sebagai KAUM MUDA pada tahun 1906.

KAUM MUDA adalah hasil daripada pengaruh gerakan Islah Islamiyah di Mesir yang dipelopori oleh al-Afghani, Muhammad Abduh & Rashid Rida.
KAUM MUDA merujuk kepada gerakan membasmi dan menentang amalan karut/kuno Melayu yang tidak berlandaskan kepada ajaran Quran dan Sunnah. Matlamat : Mewujudkan reformasi pan-Islamisasi iaitu menjadikan Islam sebagai teras pemerintahan negara.

Menjadikan Singapura sebagai pusat operasi gerakan KAUM MUDA kerana Singapura merupakan pusat perkembangan kesusasteraan dan penerbitan terpenting di Asia Tenggara. Bagaimana KAUM MUDA menyuntik kesedaran nasionalisme kepada masyarakat di Tanah Melayu?

i.
ii.

Mata Pena Majalah dan akhbar Contoh : al-Imam, al-Ikhwan dan Saudara
Penubuhan madrasah Contoh : Madrasah al-Mahsyor, il-Ihya as-Sharif & Madrasah Hamidiah Usaha KAUM MUDA mendapat tentangan hebat KAUM TUA.

Antara tokoh KAUM TUA : Hj. Osman Jalaluddin alKelantani, Haji Yaakub Legor & Sheikh Abdullah Fahim.

KAUM TUA mempraktikkan tradisi konservatif dan mempertahankan nilai-nilai establishment yang sedia wujud dalam masyarakat.
Menggunakan akhbar Lidah Benar bgi menyanggah gerakan KAUM MUDA. KAUM TUA juga menguatkuasakan undang-undang agama bagi menyekat penularan idea-idea KAUM MUDA. Contoh : Enakmen Undang-undang Islam 1904 penyebaran agama perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Sultan.

2) GOLONGAN INTELEKTUAL SEKULAR INGGERIS


Golongan yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke Barat dipengaruhi oleh keadaan sosial di sana.

Antara tokoh berpendidikan sekular Inggeris adalah seperti Tunku Abdul Rahman, Tun. Dr. Ismail dan Tun Dr. Mohamed Suffian Hashim. Menerusi Persatuan Melayu Great Britain mereka mempengaruhi pihak British untuk mempercepatkan proses kemerdekaan dan menghapuskan Malayan Union.

3) GOLONGAN INTELEKTUAL MELAYU


Penubuhan institusi pendidikan Melayu seperti Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Kolej Teknik Kuala Lumpur dan Kolej Pertanian Serdang banyak melahirkan golongan intelektual Melayu yang aktif menyebarkan wacana perjuangan nasionalisme.
Tokoh : Ibrahim Hj. Yaakob, Isa Mohamad, Hassan Manan dan Ishak Hj. Muhamad.

Mereka memanifestasikan kebangkitan semangat kebangsaan ini ke dalam bentuk parti-parti politik seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM), Kesatuan Melayu Singapura (KMS), Persatuan Melayu Perak dan Persatuan Melayu Pahang.

KESATUAN MELAYU MUDA (KMM)


Merupakan parti politik kebangsaan yang paling awal di Tanah Melayu- ditubuhkan pada tahun 1938 oleh Ibrahim Yaakob. Matlamat utamanya adalah untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British dan mewujudkan gagasan Melayu Raya- Penyatuan Tanah Melayu dan Indonesia.

Radikal & berhaluan kiri kerana mengamalkan dasar bertentangan dengan British.

yang

KMM mengadakan pakatan dengan Jepun untuk menggulingkan British. Menggunakan akhbar Warta Malaya untuk menyebarkan perasaan anti-British kepada masyarakat. Parti ini diharamkan British ditangkap pada tahun 1942. dan pemimpin-pemimpinnya

PARTI KEBANGSAAN MELAYU MALAYA (PKMM)


Kegagalan KMM telah mendorong penubuhan sebuah lagi parti politik iaitu PKMM pada 17 Oktober 1945. Sebuah parti politik Melayu pertama yang diasaskan oleh Ahmad Boestamam dan Mokhtaruddin Lasso demi membela nasib kaum Melayu di negara ini. Mempunyai pengaruh komunis memperkenalkan 8 Dasar yang diinspirasikan daripada rancangan 9 perkara oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Menubuhkan sayap pemuda dan pemudi yang dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS). Pada awalnya, PKMM memperjuangkan misi untuk membentuk Melayu Raya, tetapi matlamat ini mendapat sokongan rakyat dan ahlinya sendiri. Oleh itu, mereka menukar hala tuju dengan membentuk satu gabungan parti-parti Melayu Radikal, iaitu Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA). PUTERA akhirnya bekerjasama dengan parti-parti bukan Melayu iaitu All Malayan Council of Joint Action (AMCJA).

PUTERA - AMCJA
Merupakan gabungan terawal parti-parti Melayu dan bukan Melayu di negara ini - 1947 Matlamat utama yang diperjuangkan adalah pembentukan negara bangsa yang menegaskan satu kerakyatan. Oleh itu, mereka telah merangka Perlembagaan Rakyat bagi menggantikan Malayan Union. Terdapat 10 prinsip asas dalam Perlembagaan Rakyat ini : I. Singapura disatukan dengan Malaya II. Hanya satu kerajaan pusat dan majlis negeri-negeri yang dipilih. III. Raja-raja Melayu mempunyai kuasa sebenar IV. Menyediakan keistimewaan tertentu bagi kemajuan orang Melayu dari segi politik dan ekonomi. V. Adat istiadat Melayu dan agam Islam dikawal sepenuhnya oleh orang Melayu. VI. Kerakyatan serata bagi semua orang. VII. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan VIII. Pertahanan dan hal ehwal negeri menjadi tanggungjawab bersama kerajaan Malaya dan kerajaan British. IX. Kerakyatan Malaya dinamakan Melayu X. Warna merah putih dimasukkan sebagai latar belakang bendera kebangsaan Malaya.

British menolak Perlembagaan Rakyat yang dicadangkan oleh PUTERA-AMCJA kerana mereka hanya menjalankan rundingan dengan golongan elit dan rajaraja Melayu dan bimbang kedudukan British akan terancam di Tanah Melayu.
PUTERA-AMCJA telah melancarkan mogok Hari Hartal Semalaya pada 20 September 1947 protes besarbesaran tanpa keganasan, hanyalah penutupan semua premis yang beroperasi seperti kilang, kedai, sekolah, pejabat dan ladang. Matlamat utama : untuk mencetuskan ketidakakuran awam sebagai tanda protes terhadap British. Akibatnya, pemimpin PUTERA-AMCJA seperti Ahmad Boestamam, Abu Bakar Bakir dan Burhanuddin Helmy ditangkap di bawah Undang-undang Darurat 1948 kerana dikaitkan dengan fahaman komunis.

MALAYAN UNION
Diisytiharkan oleh British pada 1 April 1946 merupakan gabungan Negeri-negeri Melayu dengan Negeri-negeri Selat (tanpa Singapura). Singapura dikekalkan sebagai tanah jajahan kerana penyertaan Singapura akan mencetuskan penentangan terhadap Malayan Union. Hasrat British untuk menyediakan kemerdekaan kepada tanah Melayu. Kuasa pentadbiran terletak sepenuhnya kepada Gabenor British yang pertama Sir Edward Gent Tujuan penubuhan : i. ii. iii. iv. v. vi. Membentuk bangsa Malayan Union Mengawal kuasa politik Melayu raja-raja Melayu kehilangan kuasa Penguasaan British ke atas ekonomi Tanah Melayu Memastikan agar sumber tenaga kerja (imigran) tidak terjejas kerakyatan jus soli Kukuhkan pertahanan British Wujudkan pentadbiran yang cekap dan seragam

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UMNO)


Ditubuhkan pada 20 September 1946 bertujuan untuk melindungi hak-hak orang Melayu dengan membantah pembentukan gagasan Malayan Union.
Penubuhan UMNO telah membuka ruang kepada golongan elit Melayu proBarat untuk mengambil alih perjuangan menuntut kemerdekaan.

Mengapa UMNO membantah pembentukan Malayan Union sedangkan UMNO adalah sekutu kuat British? Penentangan terhadap Malayan Union berlaku di semua peringkat akar umbi masyarakat Melayu.
Mereka mempersoalkan mengenai isu kerakyatan jus soli yang terlalu longgar dan mudah, penghapusan kedudukan Raja-raja Melayu dan penarikan semula hak istimewa orang Melayu. Maka, satu perhimpunan yang melibatkan lebih daripada 41 persatuan Melayu termasuk PKMM diadakan di Kuala Lumpur. Hasilnya, UMNO terbentuk di bawah pimpinan Onn Jaafar.

Namun, wujud pertembungan dalam perjuangan PKMM dan UMNO. PKMM ingin menuntut kemerdekaan sepenuhnya dari British, manakala UMNO hanya sekadar ingin mengembalikan status quo golongan elit Melayu tanpa kemerdekaan. Kelebihan UMNO : i. ii. iii. Berjaya merapatkan kembali hubungan sultan-sultan Melayu dan rakyat. Dasar UMNO yang sering melindungi hak Melayu mendapat sokongan besar masyarakat Melayu. Mengambil pendekatan pragmatik dengan menggunakan hubungan baik yang dijalinkan oleh pembesar Melayu dan British demi kepentingan perjuangan mereka. UMNO berjaya mencapai kesepakatan dengan British untuk membubarkan Malayan Union dan membentuk Perlembagaan 1948.

MALAYSIAN INDIAN CONGRESS (MIC)


Ditubuhkan pada Ogos 1946 diketuai oleh John A. Thivy.
Perjuangan awal MIC menyokong kemerdekaan di India, tetapi kurang mendapat sambutan dari rakyat India di Tanah Melayu. Selepas kemerdekaan India pada tahun 1947, MIC menumpukan kepada isu kerakyatan, taraf hidup dan kebajikan masyarakat India di Tanah Melayu.

MIC pernah menyertai parti serpihan Dato Onn Jaafar (IMP) tetapi tidak mendapat sambutan.
Namun, pada tahun 1955 MIC bergabung dengan UMNO dan MCA untuk membentuk Parti Perikatan.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 1948


Ditubuhkan hasil daripada perbincangan jawatankuasa yang terdiri daripada wakil-wakil UMNO, Raja-raja Melayu dan wakil kerajaan British. Mendapat tentangan orang-orang Cina, PKMM dan AMCJA. Antara intipati : a) Kuasa memerintah persekutuan Tanah Melayu terletak pada tangan Pesuruhjaya Tinggi British dibantu oleh Majlis Kerja Kerajaan (wakil-wakil mengikut kaum)

b)
c)

Majlis Raja-raja telah dibentuk mengembalikan kedaulatan Raja-raja Melayu.


Taraf kewarganegaraan yang ketat kewarganegaraan melalui undang-undang dan kewarganegaraan menerusi permintaan- had 300,000 orang bukan Melayu.

DARURAT TANAH MELAYU 1948


Berlaku pada tahun 1948 hingga tahun 1960 diisytiharkan pada 7 Julai 1948.

Persengketaan di antara Parti Komunis Malaya (PKM) dengan kerajaan British.


Sebab Darurat : i. ii. iii. iv. v. Bermula selepas pendudukan Jepun pada 1942 1946 Pembunuhan 3 orang pengurus ladang berbangsa Inggeris di Perak pada tahun 1948 telah menyebabkan kerajaan mengisytiharkan darurat. PKM diharamkan mengubah dasarnya daripada bersikap sederhana kepada agresif. Memulakan mogok dengan Kesatuan Sekerja, tetapi gagal. Hubungan PKM dan British yang semakin keruh dan setelah Chin Peng dilantik sebagai ketua yang baru, gerakan bersenjata - Darurat diisytiharkan di Johor pada 196-1948. Min Yuen (Gerakan Rakyat) ditubuhkan untuk menyokong komunis

vi.

Langkah-langkah Mengatasi Darurat :


i. ii. iii. iv. v. vi.

Undang-undang Darurat Parti politik yang bersifat radikal diharamkan Sesiapa yang disyaki terlibat dengan komunis akan ditangkap, serta dibuang negeri Hukuman bunuh dibuat untuk sesiapa yang dianggap bersubahat dengan komunis Perintah Berkurung Kawasan putih dan Hitam Sekatan Jalan Raya & kawalan kampung Kad Pengenalan Rancangan Briggs Dilancarkan pada tahun 1950 dan diketuai oleh Sir Harold Rowdan Briggs. Tindakan British untuk melumpuhkan gerakan Min Yuen Memindahkan penduduk Cina dari kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan dan menempatkan mereka di kawasan penempatan semula atau di Kampung Baru supaya mereka tidak diugut oleh Min Yuen.
Gerakan Kelaparan menyekat maklumat dan bekalan makanan serta ubat-ubatan

MALAYSIAN CHINESE ASSOCIATION (MCA)


Kesan daripada ancaman komunis ini, British telah bertindak untuk menubuhkan sebuah parti politik Cina berhaluan kanan dikenali sebagai Malayan Chinese Association (MCA). Ditubuhkan oleh pada 27 Februari 1949 di bawah pimpinan Tun Tan Cheng Lock. Matlamat : Untuk melindungi hak dan kebajikan masyarakat Cina di Tanah Melayu. Bergabung dengan UMNO pada Pilihan Raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur tahun 1952.

PARTI ISLAM SE-MALAYA (PAS)


Ditubuhkan pada 23 Ogos 1951 hasil daripada persidangan para ulamak di Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Persatuan Ulamak SeMalaya. Persatuan Ulamak SeMalaya = di ubah kepada Parti Islam SeMalaya (PAS) pada November 1951. Sejarah penubuhan PAS amat sinonim dengan sejarah perjuangan Hizbul Muslimin yang ditubuhkan di Gunung Semanggol, Perak pada 14 Mac 1948 di bawah pimpinan Abu Bakar al-Bakir, seorang tokoh agama dan didokong oleh golongan elit agama tradisional yang terdiri daripada guru dan pelajar agama. Parti ini kemudiannya diharamkan oleh British pada 18 Jun 1948 menyebabkan sebahagian ahli Hizbul Muslimin bertindak menganggotai Biro Agama UMNO bagi mengisi ruang perjuangan Islam dalam parti tersebut. Daripada biro tersebut, lahirlah Persatuan Ulama SeMalaya yang dipimpin oleh Tuan Haji Ahmad Fuad bin Hassan. Pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan menerusi landasan demokrasi ke arah membentuk negara yang diredhai Allah.

PERKEMBANGAN POLITIK 1950 - 1960


i. Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) pada tahun 1949 bertujuan untuk mewujudkan persefahaman antara kaum. Anggota CLC : UMNO- Dato Onn Jaafar MCA- Tun Tan Cheng Lock Pengerusi - Dato E.E.C Thuraisingan. Penasihat - Sir Malcolm MacDonald (Gabenor Jeneral Asia Tenggara)

Hasil persefahaman CLC : Syarat kerakyatan dilonggarkan Bantuan ekonomi dan pendidikan kepada orang Melayu. Pilihanraya diadakan pada masa yang sesuai di peringkat bandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan Pembentukan satu sistem pendidikan yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

ii.

Penubuhan Sistem Ahli dilaksanakan pada tahun 1951 hingga 1955- bertujuan untuk melatih orang Melayu dan kaum lain dalam pentadbiran Tanah Melayu. Idea ini dicetuskan oleh Onn Jaafar. Ciri ciri : Kabinet bayangan (sistem pentadbiran berbentuk kabinet tanpa pilihan raya). Anggotanya dikenali sebagai ahli. Pelantikan dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-raja Melayu. 9 orang ahli 3 Melayu + 1 Cina + 1 India + 4 pegawai British. Ahli-ahli diletakkan di bawah penguasaan pegawai tinggi British.

Anggota Sistem Ahli :


Ahli Dato Onn Jaafar Dato Mahmud Mat Tunku Yaacob Almarhum Sultan Abdul Halim Shah E. E. C Thuraisingham Dr. Lee Ting Keng Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri Tanah, Perlombongan dan Perhubungan Pertanian dan Perhutanan Pelajaran Kesihatan

iii. PILIHAN RAYA MAJLIS BANDARAN


Tujuan : memberi peluang kepada penduduk tempatan menjalankan tanggungjawab mereka ke arah proses berkerajaan sendiri secara berperingkat. Pilihan Raya Majlis Bandaran diadakan di setiap bandar-bandar besar. 1951 : Pilihan Raya Majlis Bandaran pertama diadakan di Georgetown Parti Radikal memenangi 6 daripada 9 kerusi yang dipertandingkan.

1952 : Gabungan UMNO dan MCA berjaya memenangi 9 daripada 12 kerusi dalam pilihan raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur. 2 lagi kerusi dimenangi oleh Independent Malayaan Party (IMP) pimpinan Dato Onn Jaafar dan 1 kerusi milik calon bebas. Kerjasama yang dibuat UMNO dan MCA dalam pilihan raya Bandaran Kuala Lumpur ini telah membuka ruang untuk penggabungan parti perkauman yang lebih luas - PARTI PERIKATAN. 1954 : Pilihan Raya Negeri diadakan UMNO dan MCA memenangi 226 daripada 268 buah kerusi negeri yang dipertandingkan. Kemenangan ini menunjukkan rakyat menerima prinsip kerjasama kaum dalam politik di Tanah Melayu.

iv. PILIHAN RAYA UMUM 1955


Pilihan raya umum pertama di Tanah Melayu.

Parti Perikatan diperluaskan lagi dengan kemasukan MIC.


Antara faktor-faktor yang mendorong kepada pembentukan Parti Perikatan: I. II. III. Kemerdekaan daripada British sangat diperlukan. Pengisytiharan darurat 1948 memaksa parti-parti ini bekerjasama menghadapai komunis. Kejayaan gabungan Perikatan dalam pilihan raya menjadi asas yang mengukuhkan hubungan mereka.

Manifesto Parti Perikatan :

a) b) c) d) e)

Mencapai kemerdekaan dalam tempoh 4 tahun Mewajibkan pendidikan rendah Melindungi hak-hak Raja Melayu Menamatkan darurat Menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan

Menyaksikan kemenangan besar Parti Perikatan memenangi sebanyak 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan (79.6% undi). 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS di Kerian. Keputusan Pilihan Raya Umum 1955
Parti Bilangan Kerusi yang dipertandingkan 52 Bil. Kerusi yang dimenangi 51

Perikatan

Parti Negara
Parti Islam Se-Malaya Liga Melayu Perak Parti Buruh Peoples Progressive Party Bebas

30
11 9 4 2 18

1 -

v. MISI KEMERDEKAAN
18 Januari 6 Februari 1956 : Rombongan kemerdekaan bertolak ke London diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Rundingan dipengerusikan oleh Lord Lennox-Boyd, Setiausaha Tanah Jajahan British. Hasilnya, suruhanjaya Reid ditubuhkan pada tahun 1955 bagi mengesyorkan pembentukan satu perlembagaan persekutuan berdasarkan kepada demokrasi berparlimen.

Ahli-ahlinya terdiri daripada : i. Lord Reid (Britain) ii. Sir Ivor Jennings (Britain) iii. Sir William McKell (Australia) iv. B. Malik (India) v. Hakim Abdul Hamid (Pakistan)
Perkara penting yang dibincangkan ialah pembentukan sebuah kerajaan pusat, kuasa autonomi negeri, kedudukan istimewa Raja-raja Melayu dan pengekalan hak istimewa orang-orang Melayu. Kemerdekaan diisytiharkan pada 31 Ogos 1957

vi. PILIHAN RAYA UMUM 1959


Parti Perikatan telah memenangi 74 daripada 104 kerusi yang dipertandingkan dengan jumlah undi sebanyak 51.7%. Penurunan kadar undi Perikatan ini adalah disebabkan oleh pertambahan undi kaum Cina yang lebih memilih PPP berbanding MCA.

Baki 30 kerusi lagi dimenangi oleh barisan pembangkang (PPP, PMIP, Barisan Sosialis, Parti Negara dan Parti Malaya).
PAS memenangi kerusi terbanyak pembangkang iaitu 13 kerusi (21.2% undi). Barisan Sosialis pula mendapat 8 kerusi (12.9% undi). Parti Progresif Penduduk (PPP) memperolehi 4 kerusi Parlimen dengan undi sebanyak 6.3%.

Era Pengisian Kemerdekaan (Dari Tahun 1960-an hingga 1980-an)


i.

1)

PEMBENTUKAN MALAYSIA TAHUN 1963


Pembentukan Malaysia merupakan proses dekolonialisasi negera-negara kecil yang belum membangun. Tujuannya : Menstabilkan Asia Tenggara daripada ancaman komunis. Mengimbangi kadar pertambahan orang Cina di Tanah Melayu. Mewujudkan semangat setiakawan dan kerjasama di antara negara-negara anggota. Langkah-langkah ke arah pembentukan Malaysia :
DIALOG BORNEO Perbincangan di antara gabenor Sarawak, Sabah, Pesuruhjaya Tinggi Brunei dan Pesuruhjaya Umum Singapura mengenai pembentukan Malaysia.

2)

JAWATANKUASA PERUNDINGAN DAN PERPADUAN MALAYSIA Ditubuhkan pada Julai 1961 terdiri daripada wakil-wakil dari Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah. Brunei hanya menghantar pemerhati.

3)

Tujuannya:
Mengumpulkan pandangan mengenai pembentukan Malaysia daripada negara-negara anggota. Menyebarkan informasi mengenai pembentukan Malaysia. Menggalakkan perbincangan mengenai pembentukan Malaysia. Mempromosikan aktiviti yang boleh membantu merealisasikan pembentukan Malaysia. PERJANJIAN PERSEKUTUAN MELAYU SINGAPURA Ogos 1961 Persetujuan untuk bersatu di antara Tanah Melayu dan Singapura telah dicapai dengan syarat berikut : Singapura menjadi negara baru dalam persekutuan Mempunyai 15 kerusi dalam persekutuan Dewan Rakyat dan 2 kerusi dalam Dewan Negara. Mempunyai kuasa autonomi ke atas pendidikan dan dasar buruh. Warga Singapura mempunyai dua kewarganegaraan Singapura dan Malaysia Ketua negara Singapura kekal dipanggil Yang di-Pertuan Negara dilantik oleh YDPA atas nasihat daripada Perdana Menteri Singapura.

4)

SURUHANJAYA COBBOLD Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan pada 17 Januari 1962 bertujuan untuk meninjau pandangan penduduk di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak tentang gagasan Malaysia. Hasil laporan Suruhanjaya Cobbold menunjukkan seramai 80% penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju dengan penubuhan Malaysia. JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN (INTERGOVERNMENTAL COMMITTEE) Ditubuhkan bagi membincangkan penyertaan Sabah dan Sarawak dalam perlembagaan persekutuan. Terdiri daripada beberapa ahli seperti Lord Lansdowne (Pengerusi), Tun Abdul Razak, Donald Stephen (Sabah) dan Abang Hj. Mustapha (Sarawak). Menerima banyak memorandum daripada individu, organisasi dan parti-parti politik respon yang diterima dimasukkan sebgai laporan.

5)

6) i. ii. iii. 7) i. ii. iii.

REFERENDUM SINGAPURA Sebuah referendum nasional telah ditubuhkan untuk memberi peluang kepada rakyat Singapura memilih alternatif terbaik bagi pembentukan Malaysia. Antara alternatifnya, adalah : Alternatif 1 bergabung mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam white paper. Alternatif 2 bergabung dan perlu patuh kepada semua polisi yang ditetapkan dalam persekutuan. Alternatif 3 bergabung mengikut syarat yang sama seperti Sabah, Brunei dan Sarawak. Hasil referendum ini mendapati hampir 70% rakyat Singapura memilih alternatif 1 iaitu bergabung mengikut perjanjian white paper. KEPUTUSAN BRUNEI Pada tahun 1962, Sultan Brunei telah melantik sebuah suruhanjaya untuk menilai pandangan penduduk Brunei terhadap penggabungannya dengan Tanah Melayu. Hasil penilaian ini mendapati : Terdapat bantahan yang lantang daripada Azahari dan partinya iaitu Parti Rakyat Brunei (PRB) yang menguasai badan perundangan Brunei. Selain itu, Brunei juga Persekutuan. takut sekiranya hasil minyak mereka akan jatuh ke tangan kerajaan

Isu mengenai Kesultanan Brunei tidak boleh diketepikan. Oleh itu, Brunei menagmbil keputusan untuk tidak turut serta dalam pembentukan Malaysia.

PENUBUHAN MALAYSIA
Rang undang-undang pembentukan Malaysia mendapat 73 sokongan ahli Parlimen dan 15 yang lain menolak penubuhan Malaysia. Namun begitu, jumlah sokongan ini melebihi 2/3 majoriti undi rang undang-undang ini diluluskan. Begitu juga di Singapura 25 undi sokongan dan 7 yang lain membantah penggabungan ini. Oleh itu, penubuhan Malaysia telah diisytiharkan pada 16 September 1963. Penubuhan Malaysia ini mendapat tentangan hebat daripada Filipina (Filipina menuntut hak kedaulatannya ke atas Sabah) dan Indonesia (mahu menubuhkan Indonesia Raya).

KONFRANTASI MALAYSIA-INDONESIA
Konfrantasi ini bermula selepas penubuhan Malaysia. Indonesia yang pada ketika itu di bawah pemerintahan Presiden Sukarno, menentang pembentukan Malaysia kerana beliau mahu menubuhkan Indonesia Raya yang menggabungkan Tanah Melayu dan Indonesia. Akibatnya, Indonesia telah memutuskan hubungan diplomatiknya dengan Malaysia. Terdapat isu-isu lain yang telah membangkitkan konfrantasi ini, antaranya : Indonesia berasa terancam dengan adanya tentera dan pengkalan asing di Malaysia. Pembentukan Malaysia juga menjadi ancaman kepada Indonesia kerana Malaysia menjadi sarang bangsa Cina. Konfrantasi ini berlanjutan sehingga tahun 1966 pada awalnya, konfrantasi ini hanya sekadar perang mulut di antara Malaysia dan Indonesia. Ia termasuklah kempen Ganyang Malaysia yang dilancarkan oleh Indonesia. Namun, konfrantasi ini bertukar menjadi perang ketenteraan. April 1963 pasukan tentera Indonesia mula memasuki kawasan Sabah dan Sarawak untuk menyebarkan propaganda dan menakluki kawasan ini.

1964 pasukan tentera Indonesia mendarat di Johor dan cuba membentuk pasukan gerila. Namun, percubaan mereka berjaya dipatahkan oleh regimen askar Melayu. Malaysia juga meminta pihak British dan Australia untuk menempatkan pasukan tentera mereka di kawasan sempadan Kalimantan. Pelbagai usaha dan perjanjian yang telah dilakukan oleh Malaysia dan negara-negara jiran lain untuk menamatkan konfrantasi ini, tetapi menemui jalan buntu. Namun, selepas kejatuhan Presiden Sukarno pada tahun 1965, telah membuka ruang pendamaian yang luas antara Malaysia dan Indonesia. Mei 1966 sebuah rundingan diadakan di Bangkok. Keduadua buah negara telah mencapai kata putus untuk berdamai dan mengakhiri konfrantasi ini.

PILIHAN RAYA UMUM 1964


PRU 1964 Pilihan raya pertama selepas pembentukan Malaysia ( Sabah dan Sarawak tidak terlibat kerana pilihan raya baru dilaksanakan sewaktu pembentukan Malaysia). Oleh itu, jumlah kerusi yang dipertandingkan masih kekal sama iaitu 104 kerusi. Walaupun, Malaysia terlibat dengan pergolakan politik yang hebat, tetapi ini tidak menghalang parti Perikatan untuk beraksi cemerlang pada PRU ini. Parti Perikatan berjaya memenangi 89 kerusi dengan peningkatan undi sebanyak 3.5% daripada 51.5% undi yang diperolehi pada pilihan raya lepas. Manakala pembangkang hanya berjaya memenangi 15 kerusi Parlimen (41.5% undi) berbanding 30 kerusi pada PRU 1959. PAS - 9 kerusi berbanding 13 kerusi pada pilihan raya yang lalu, dengan jumlah undi merosot sebanyak 7.1%. Barisan Sosialis - 2 kerusi berbanding 8 kerusi pada PRU 1959. Parti Progresif Rakyat (PPP) - 2 kerusi berbanding 4 kerusi pada pilihan raya lalu.
Jumlah pengundi keluar mengundi meningkat kepada 78.9%.

PEMISAHAN SINGAPURA DARI MALAYSIA


Di antara tahun 1964 1965, terdapat beberapa peristiwa yang telah meretakkan hubungan Malaysia-Singapura : i. Terdapat rusuhan-rusuhan kesan daripada konflik perkauman di antara PAP dan pelampau perkauman orang-orang Melayu di Persekutuan mewujudkan hubungan tidak baik di antara kerajaan Cina di Singapura dan kerajaan Melayu di Persekutuan. Usaha Lee Kuan Yew untuk mengemukakan calon-calon PAP dalam PRU 1964 di Persekutuan telah disalah ertikan oleh ahli politik Melayu sebagai usaha Lee untuk merebut pucuk pimpinan di Kuala Lumpur. Mei 1965 Lee menghimpun empat parti pembangkang di Tanah Melayu dan Sarawak untuk menyertai PAP dalam konvensyen perpaduan Malaysia atau Malaysian Solidarity Convention (MSC) yang mendokong konsep Malaysian Malaysia dianggap sebagai satu menifestasi cita-cita Lee untuk menjadi Perdana Menteri kerana ia berjaya menarik sokongan masyarakat. Selepas PAP memenangi pilihan raya Singapura 1963, PAP mendesak Tunku untuk mencalonkan satu daripada dua Senator Persekutuan dari Singapura - Tunku bersetuju untuk melakukannya. PAP nampak seperti cuba untuk memecahbelahkan antara UMNO dan MCA dengan menunjukkan yang MCA tidak berharga sebagai satu rakan kongsi dalam Perikatan dan dengan cuba menggantikan MCA dalam Perikatan tetapi gagal.

ii.

iii.

Hasil dari langkah radikal PAP terhadap Perikatan, pemimpin-pemimpin Tanah Melayu merancang untuk menangkap Lee. Keadaan keselamatan dalam negeri semasa agak tegang. Pada tahun 1965- Singapura telah melancarkan kempen Malaysian Malaysia- Tunku melihat ideologi PAP Malaysian Malaysia sebagai berpotensi mendatangkan ancaman terhadap Malaysia.

Oleh itu, pada 9 Ogos 1965 Tunku terpaksa menyingkirkan Singapura daripada Persekutuan Malaysia bagi mengelakkan rusuhan perkauman yang lebih dahsyat daripada berlaku.

RUSUHAN KAUM 13 MEI 1969


Punca-punca berlakunya konflik perkauman :

i.

Ketidakpuasan hati kaum Cina dan India terhadap hak istimewa kaum Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan 1957 khususnya Perkara 153 (hak istimewa orang Melayu), Perkara 152 (Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi).
MCA dan MIC juga tidak lagi mempunyai kuasa yang sama rata dengan UMNO Perlu membuat rundingan dulu dengan UMNO berhubung sebarang isu yang berkaitan dengan kepentingan kaum Cina dan India (Vasil 1972:3). Isu bahasa dan pendidikan Kepincangan UMNO sendiri terdapat konspirasi politik untuk menjatuhkan Tunku oleh golongan young Turks (golongan ini hanya mahukan pemerintahan Melayu/UMNO sahaja yang menguasai pentadbiran kerajaan. Contoh : Demonstrasi Anti Tunku Pilihan Raya Umum 1969 isu-isu berbaur perkauman dimainkan oleh partiparti pembangkang dalam kempen pilihan raya.

ii.

iii. iv.

v.

vi. Pengaruh komunis - Pada hari penamaan calon, Parti Buruh telah bekerjasama dengan komunis untuk mengadakan protes jalanan di Kuala Lumpur menconteng jalan raya dan tembok-tembok dengan cat merah sebagai ancaman kepada rakyat agar memulaukan pilihan raya. PRU 1969 diadakan dalam situasi politik yang penuh dengan unsur perkauman. Lebih 80% pengundi yang keluar mengundi dan sebahagian besarnya adalah pengundi baru berdaftar.

PILIHAN RAYA UMUM 1969


Parti Perikatan mengalami kekalahan teruk apabila buat pertama kalinya Perikatan gagal untuk mengekalkan 2/3 majoriti dalam Parlimen Pulau Pinang jatuh ke tangan Gerakan dan Kelantan jatuh ke tangan PAS. Jumlah kerusi yang dimenangi Perikatan menurun daripada 89 kerusi (58.5% undi) pada PRU 1964 kepada 66 kerusi (49.3% undi) pada pilihan raya ini.

Pembangkang memenangi 49 kerusi pada pilihan raya ini berbanding 15 kerusi pada pilihan raya lepas DAP, Gerakan dan PPP berjaya memenangi 25 kerusi. Manakala, PAS membolot 12 kerusi.
Dr. Tan Chee Khoon (Parti Gerakan) memohon untuk mengadakan perarakan sekitar Kuala Lumpur bagi meraikan kemenangan besar beliau dan Gerakan pada 12 Mei 1969 Namun, perarakan kemenangan ini bertukar menjadi perarakan yang tidak terkawal apabila penyokongpenyokong parti ini membawa penyapu sebagai simbolik kepada pengusiran Melayu dari Kuala Lumpur dan memasuki kawasan Kg. Baru yang majoriti penduduknya berbangsa Melayu.

Sebagai serangan balas, pemuda-pemuda UMNO dan orang Melayu mengadakan perhimpunan di rumah Menteri Besar Selangor. Pada waktu yang sama, orang Melayu yang ingin turut serta dalam perhimpunan ini telah diserang oleh orang Cina di Setapak. Akibatnya, bermulalah kejadian rusuhan 13 Mei antara Melayu dan Cina mengakibatkan kemusnahan harta benda dan kematian. Bagi mengawal keadaan, Tunku telah mengisytiharkan darurat dan Parlimen digantung Majlis Gerakan Rakyat (MAGERAN) yang diketuai oleh Tun Abdul Razak ditubuhkan bagi melicinkan pentadbiran negara dan mengawal ketenteraman awam. Pada tahun 1970 Tunku berundur sebagai Perdana Menteri dan digantikan dengan Tun Abdul Razak. Tragedi ini dilihat sebagai turning point yang telah mengubah struktur politik Malaysia daripada demokrasi liberal kepada demokrasi yang lebih terkawal. Contoh : Zakaria Ahmad (1989) quasi demokrasi, Crouch (1996) semidemokrasi dan Case (2002) demokrasi autoritarian.

PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA ERA TUN ABDUL RAZAK


Tun Abdul Razak telah merangka pelbagai dasar dan pelan yang mencakupi aspek politik, ekonomi dan sosial sebagai usaha untuk mengembalikan persefahaman antara kaum yang telah terjejas. i. Politik Kerajaan telah menggubal dan meminda beberapa akta penting. Antaranya adalah akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), akta (pindaan) Perlembagaan 1971 (melarang perbincangan mengenai isu-isu perkauma secara terbuka). Meletakkan pimpinan muda yang dikenali sebagai order baru seperti Dr. Mahathir, Musa Hitan dan Tengku Razaleigh di dalam kabinet kerajaan. Menubuhkan sebuah kerajaan campuran- gabungan Perikatan dengan partiparti pembangkang bagi melicinkan pentadbiran negara. Sosial Rukunegara ditubuhkan bagi mengukuhkan integrasi kaum. Ekonomi Dasar Ekonomi Baru

ii. iii.

DASAR EKONOMI BARU (DEB)


Diperkenalkan pada tahun 1970 bersama-sama dengan Rancangan Malaysia Kedua (19711975). Strategi serampang dua mata : i. ii. Membasmi kemiskinan dengan menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi dan pendapatan yang tinggi. Melaksanakan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia bagi mengurangkan jurang ekonomi antara kaum, sekali gus menghapuskan pengenalan ekonomi mengikut kaum. Antara langkah-langkah yang diambil kerajaan : Mestikan golongan Bumiputera khususnya orang Melayu menguasai 30% ekuiti dalam semua sektor ekonomi. Menubuhkan pelbagai agensi kerajaan seperti FELDA, MARA dan UDA untuk mempergiatkan lagi penglibatan Bumiputera dalam sektor ekonomi. Mewujudkan Pemodalan Nasional Berhad (PNB) yang menguruskan amanah saham dan pelaburan untuk Bumiputera.

Meletakkan kuota Bumiputera bagi kemasukan ke universiti.

i.

Sudut positif DEB : Pelaksanaan DEB memberi manfaat kepada kaum Melayu apabila pemilikan modal syer Bumiputera dalam ekonomi meningkat secara mendadak kepada 19.3% pada tahun 1990 berbanding 2.4% pada tahun 1970. Pegangan syer bukan Bumiputera juga menngkat daripada 28.3% pada tahun 1970 kepada 46.8% pada tahun 1990 (Gomez & Jomo 1997:166) Penubuhan MARA, UDA dan PERNAS menggalakkan Bumiputera terlibat aktif dalam perniagaanmemberi pinjaman, biasiswa dan ruang perniagaan. Kadar kemiskinan di semenanjung Malaysia juga menurun daripada 49.3% pada tahun 1970 kepada 29.2% pada tahun 1980. Penglibatan kaum Melayu dalam sektor profesional juga meningkat menerusi penubuhan Institut Terknologi Mara (ITM) pada tahun 1967 membuka peluang kepada Bumiputera berkecimpung dalam bidang profesional seperti kejuruteraan dan perundangan. Sudut Negatif DEB : Pelaksanaan dasar ini mewujudkan banyak amalan politik wang, kronisme dan patronage dalam kalangan kelas kapitalis Melayu dan pemerintah. Contoh: Kerajaan telah memindahkan monopoli syarikat-syarikat besar seperti HICOM, MAS dan Peremba kepada kroni-kroninya. Wujud pergantungan di antara kapitalis Melayu dengan kapitalis bukan Melayu menerusi amalan ALI BABA menunjukkan kegagalan kerajaan untuk mencipta usahawan Melayu yang mampu berdikari.

ii. iii. iv. v.

i.

ii.

PERSOALAN ???
Adakah perubahan struktur politik dan ekonomi yang dirangka selepas peristiwa 13 Mei 1969 ini memberi impak ke atas politik, ekonomi dan sosial masyarakat? Jika YA, apakah impak-impak itu?

PILIHAN RAYA UMUM 1974


Merupakan pilihan raya umum pertama dan kerajaan campuran BN pertama di bawah pimpinan Tun Abdul Razak. Kerusi Dewan Rakyat yang dipertandingkan telah meningkat daripada jumlah 144 kepada 154. Bilangan kerusi DUN juga meningkat daripada 330 kepada 360. Peningkatan bilangan kerusi ini adalah hasil urusan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya tahun 1974. Parti campuran BN mencapai kemenangan besar apabila berjaya memenangi 135 / 154 kerusi Parlimen (60.7% undi) membolehkan BN membentuk kerajaan. Manakala parti pembangkang seperti DAP dan Parti Sosialis hanya berjaya memenangi 19 kerusi (39.3% undi).

Namun, selepas PRU 1974 berlaku beberapa siri demonstrasi yang digerakkan oleh pelajar:
i. ii. Demonstrasi Tasik Utara di Johor pada September 1974. Perarakan Kelaparan di Baling pada November 1974.

PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA ERA TUN HUSSEIN ONN


Era pemerintahan Hussein Onn bermula selepas kematian Tun Abdul Razak pada 14 Januari 1976. Awal pemerintahannya, berlaku krisis dalaman UMNO Isu pemecatan ketua Pemuda UMNO, Dato Harun Idris. Pemecatan Dato Harun Idris ini mendapat bantahan hebat sebahagian ahli UMNO kerana Majlis Tertinggi mencapai kata sepakat agar Harun Idris tidak dipecat. Hal ini menyebabkan Pemuda UMNO beranggapan Hussein telah menagmbil tindakan yang membelakangi keputusan parti (Jamaie 2003:30). Berlaku demonstrasi besar-besaran melibatkan kumpulan mahasiswa ITM pada tahun 1976 Krisis berpunca daripada penguatkuasaan tatatertib baru oleh pihak universiti yang dilihat bertentangan dengan hak pelajar. Krisis politik Kelantan tahun 1977 - UMNO tidak bersetuju dengan calon pilihan PAS, Haji Wan Ismail Ibrahim sebagai Menteri Besar Kelantan selepas PRU 1974. PAS terpaksa bersetuju menerima calon pilihan UMNO, Dato Muhamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan (Subky, 1977). Namun begitu, berlaku pertikaian antara Dato Nasir dan Presiden PAS sehingga menyebabkan Dato Nasir dipecat dari PAS dan dikalahkan dengan undi tidak percaya dalam DUN Kelantan. Dato Nasir telah menubuhkan parti BERJASA dan bekerjasama dengan BN dalam PRU 1978.

PILIHAN RAYA UMUM 1978


Pilihan raya umum pertama sejak Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri. BN berjaya memenangi 131/154 kerusi Parlimen yang dipertandingkan (57.6% undi). Jumlah undi menunjukkan penurunan daripada 57.6% berbanding 60.8% pada PRU 1974 kerana PAS menarik diri dari BN. PAS mengalami kekalahan teruk apabila hanya memenangi 5/87 kerusi Parlimen yang ditandinginya. Manakala parti pembangkang lain menguasai 18 kerusi DAP berjaya meningkatkan jumlah kerusi Parlimen daripada 9 kerusi pada PRU 1974 kepada 16 kerusi pada PRU 1978. Pilihan raya ini menyaksikan peningkatan kadar pengundi sebanyak 21% menjadikan jumlah keseluruhan pengundi sebanyak 5.9 juta.

PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA ERA TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

i.

Mengambil teraju pemerintahan negara dari Tun Hussein Onn pada 16 Julai 1981.
Perubahan yang diperkenalkan : Ekonomi Dasar Penswastaan, Dasar Pembangunan Negara, projek pembangunan infrastruktur (Pembinaan jambatan Pulau Pinang) dan Dasar Pandang ke Timur bertujuan untuk mengukuhkan integrasi kaum dan membangunkan taraf sosioekonomi masayarakat khususnya orang Melayu (Case 1991:464). Namun dari sisi lain, dasar-dasar Mahathir ini dilihat hanya menguntungkan golongan korporat Melayu dan elit pemerintah. Semakin lama semakin jelas akan wujudnya amalan politik wang, korupsi dan kronisme dalam pentadbirannya. contoh: Tun Daim Zainuddin (Syarikat Hati Budi & Renong Berhad) Politik meminda akta Perlembagaan (pindaan 1983) yang bertujuan untuk mengurangkan kuasa Yang diPertuan Agong dan Raja-raja Melayu. Mengikut pindaan baru ini, rang undang-undang yang tidak ditandatangani oleh YDPA dalam masa 30 hari, secara automatiknya akan berkuatkuasa serta merta sebagai undang-undang yang sah. Menghadkan kebebasan media melalui pindaan akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Tujuan akta ini dipinda adalah untuk mengawal aktiviti penerbitan dan percetakan demi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. Hal ini menyebabkan kerajaan BN berhak untuk meyekat penyebaran maklumat yang bertentangan dengan aspirasi mereka. Kesan daripada tindakan represif Dr Mahathir ini prestasi BN pada Pilihan Raya Umum 1986 sedikit merosot.

ii.

PILIHAN RAYA UMUM 1986


BN hanya berjaya memenangi 143/177 kerusi Parlimen (57.28 % undi) berbanding 132/154 kerusi Parlimen (60.5 % undi) pada PRU 1982. Sebaliknya pembangkang meningkatkan jumlah kerusi di Parlimen daripda 22 kerusi (39.5 % undi) pada PRU 1982 kepada 29 kerusi (41.5 % undi) pada 1986.

DAP beraksi cemerlang apabila berjaya memenangi 24 kerusi Parlimen pada pilihan raya ini berbanding 9 kerusi yang diperolehi pada plihan raya yang lalu.
Manakala PAS hanya berjaya menguasai 1 kerusi Parlimen (15.5 % undi) berbanding 5 kerusi pada PRU 1982. Persoalannya mengapa rakyat masih memberikan mandat kepada BN walaupun tindakan represif telah dikenakan terhadap mereka? Ini kerana keadaan ekonomi yang berkembang pesat, kawalan ke atas media arus perdana dan penggunaan politik wang dalam pilihan raya adalah punca yang menyumbang kepada kemenangan BN.

OPERASI LALANG 1987


Peristiwa ini berlaku ekoran daripada tuntutan yang dikemukakan oleh MCA agar UMNO memenuhi janji-janjinya pada PRU 1986.
Antara tuntutan berikut adalah:
i. MCA meminta bantuan daripada kerajaan untuk membantu kaum Cina yang kehilangan wang pelaburan dalam Deposit Taking Cooperative (DTC) disebabkan oleh krisis ekonomi. Isu ini bertambah tegang apabila Timbalan Presiden MCA, Lee Kim Sai mengancam akan membawa MCA keluar dari BN sekiranya skim pembiayaan kepada DTC tidak diluluskan oleh kerajaan. MCA mendesak kerajaan supaya membatalkan kuasa Menteri Pelajaran agar sekolahsekolah aliran Cina danTamil terus kekal menggunakan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar. Kementerian Pelajaran telah melantik guru-guru yang tidak mempunyai latar belakang Mandarin untuk berkhidmat di sekolah jenis kebangsaa Cina.

ii.

iii.

Tindakan ini telah mengundang perasaan tidak puas hati dalam kalangan kaum Cina termasuklah pemimpin MCA, DAP dan Dong Jio Zong. Mereka telah mengadakan protes di Kuala Lumpur pada 11 Oktober 1987. Mereka mula memprovokasi isu-isu perkauman dan melancarkan gerakan memboikot sekolah-sekolah Cina selama 3 hari.

Keadaan hubungan kaum menjadi semakin tegang apabila Lee Kim Sai melabelkan Melayu sebagai pendatang dan mencabar ketuanan Melayu. Sebagai serangan balas, Najib Tun Razak (Ketua Pemuda UMNO) telah mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 17 Oktober 1987 di Stadium Kg. Baru bagi mendesak Lee Kim Sai meletak jawatannya dalam kabinet dan menggesa MCA keluar dari BN. Sewaktu berlangsungnya perhimpunan ini, Najib telah memegang keris sebagai simbolik ketuanan Melayu dan mengancam akan memandikan keris ini dengan darah Cina.

Keadaan bertambah buruk apabila seorang askar Melayu telah mengamuk di kawasan kejiranan Cina di Chow Kit sehingga menimbulkan rasa panik akan berlaku kembali tragedi 13 Mei 1969.
Oleh itu, Dr. Mahathir telah melancarkan Operasi Lalang pada 27 Oktober 1987 bagi menahan individu yang didakwa telah mencetuskan huru-hara di bawah akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan akta Penerbitan dan Media Cetak. Antara yang di tahan dalam operasi ini kebanyakkan adalah pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Chandra Muszaffar. Selain itu, beberapa akhbar seperti The Star, Sin Chew Jit Poh dan Watan telah dibatalkan permit penerbitannya.

KRISIS KEHAKIMAN
Krisis ini tercetus susulan daripada isu pengharaman UMNO Kem A vs KEM B. Ia berikutan daripada tuntutan yang dikemukakan oleh UMNO 11 yang mendakawa juwudnya cawangan yang tidak berdaftar sewaktu proses pemilihan pemimpin. Kesannya Hakim Harun Hashim mengisytiharkan UMNO sebagai parti yang tidak sah pada 4 Februari 1988. pengharama UMNO ini menyebabkan Tengku Razaleigh menubuhkan Semangat 46 (S46). Antara kes-kes lain yang menimbulkan konflik di antara Mahathir dan badan kehakiman adalah:
Mahkamah membenarkan penerbitan majalah Aliran dalam bahasa Melayu meski pun Kementerian Dalam Negeri membuat rayuan awal membantah penerbitan majalah ini. Mahkamah Agung menarik semula pembatalan permit kerja wartawan jurnal Asian Wall Street dan menarik balik pengharaman majalah ini.

Ekoran daripada kes-kes ini, Mahathir telah mengkritik secara terbuka badan kehakiman dan mengambil untuk meminda perlembagaan bagi melucutkan kuasa badan kehakiman. Sebagai serangan balas, Tun Salleh Abbas yang mewakili hakimhakim negera telah mengutus surat kepada YDPA melahirkan kekecewaannya di atas tuduhan dan tindakan kerajaan ke atas badan kehakiman. Akibatnya, Tun Salleh Abbas telah dihadapankan ke Tribunal Majlis Timbang Tara di atas tuduhan salah laku sehingga menyebabkan beliau dipecat daripada jawatannya. Insiden ini menunjukkan kuasa eksekutif telah mendominasi dan melangkau bidang kuasa badan kehakiman sehingga menyebabkan kebebasan mahkamah di kawal oleh kerajaan. Krisis dalaman UMNO, ketegangan kaun dan krisis kehakiman tidak melunturkan haegemoni Dr. Mahathir. Sebaliknya BN masih berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam PRU 1990.

PILIHAN RAYA 1990


Pilihan raya ini adalah ujian pertama buat UMNO baru untuk melihat sama ada UMNO baru ini masih mempunyai sokongan yang kuat atau tidak. Namun keputusan PRU 1990 ini membuktikan UMNO baru tetap mengekalkan kuasa sekali pun terpaksa berdepan dengan dua (2) pakatan parti pembangkang (Gagasan Rakyat dan Angkatan Perpaduan Ummah). Kerjasama yang di bentuk antara S46 dengan PAS (APU) dan DAP (Gagasan Rakyat) masih tidak berupaya untuk meruntuhkan 2/3 majoriti BN dalam Parlimen.
BN memenangi sebanyak 127 kerusi Parlimen (53.4% undi). S46 hanya berjaya menguasai 8 daripada 64 kerusi yang ditandingi. PAS pula berjaya menawan semula Kelantan

Anda mungkin juga menyukai