Anda di halaman 1dari 27

PENGLIBATAN KELUARGA DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH (PRA 3112)

PERSEKITARAN KELUARGA

oleh : Norfarha Binti Mustapha Norhanis Binti Usaizan

Situasi fizikal yang disediakan untuk program pendidikan awal kanak-kanak.

Ruang aktiviti

Bahan pembelajaran

Pihak pengurusan taska dan tadika perlu secara profesional menyediakan perkhidmatan seperti yang diharapkan oleh ibu bapa dan keluarga kanak-kanak.

Secara profesional pihak pengurusan perlu menjelaskan program yang disediakan. Hal ini penting untuk memberi kefahaman kepada Ibu bapa dan keluarga.

TAMAN ASUHAN (TASKA) / Premis di mana 4 orang atau lebih kanakkanak di bawah umur empat (4) tahun dari lebih daripada satu isi rumah diterima masuk untuk dijaga dengan upah.

/ JENIS-JENIS TASKA i. TASKA Di Rumah Suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk KURANG daripada sepuluh (10) orang kanak-kanak dalam rumah orang yang didaftarkan.

ii. TASKA Di Institusi


Suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk sepuluh (10) orang kanakkanak atau lebih.

iii. TASKA Di Tempat Kerja Suatu taman asuhan kanak2 di tempat kerja yang menerima masuk 10 orang atau lebih. iv. TASKA Komuniti

Suatu taman asuhan kanak2 yg menerima masuk 10 orang @ lebih kanak2 di suatu kawasan tertentu & yg menerima bantuan drpd Kerajaan Persekutuan @ Kerajaan Negeri.

Ruang Dalam dan Luar Situasi yang kondusif hendaklah disediakan supaya kanak-kanak merasa selesa semasa berada di premis prasekolah. Di prasekolah atau tadika kanak-kanak berada dalam satu keluarga yang besar. Guru hendaklah membimbing perubahan suasana ini yang berbeza dengan suasana di rumah mereka sendiri. Ruang dalam dan luar bangunan tadika disediakan untuk tujuan pembelajaran kanak-kanak.

Ruang Dalam
Dibahagikan kepada beberapa sudut pembelajaran dirancang Setiap bahan dan peralatan mudah diambil dan digunakan oleh kanak-kanak
Di kelas prasekolah mereka perlu diperkenalkan dengan peraturan mendidik menggunakan dan menyimpan peralatan yang telah digunakan Memberi peluang kanakkanak berinteraksi untuk meningkatkan perkembangan kognitif, sosial, emosi dan kreativiti.

Peranan guru semasa mengendalikan aktiviti di ruang dalam


Sedia membimbing dan memberi tunjukajar kepada kanak-kanak. Bersikap sabar setiap kali kesilapan yang dilakukan oleh kanak-kanak. Peka dan perihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak. Memberi arahan yang mudah difahami oleh kanakkanak. Menyediakan peraturan yang mudah difahami oleh kanak-kanak. Mendidik kanak-kanak bertanggungjawab dengan peralatan yang digunakan.

Ruang Luar
Keadaan ruang luar di prasekolah dilengkapi dengan peralatan mainan dan direka khusus untuk perkembangan kanak-kanak. Ruang luar di premis prasekolah atau tadika memberi peluang kanak-kanak meningkatkan perkembangan fizikal, kognitif, sosial dan emosi.

Guru hendaklah merancang sebelum mengadakan aktiviti di ruang luar.


Guru juga boleh merancang aktiviti perkembangan fizikal dengan menjalankan aktiviti permainan secara kumpulan atau individu

KESELAMATAN Bangunan Berhampiran dgn tangga keselamatan bg bangunan bertingkat. Lantai bilik mandi, tandas bersih, tidak licin & tdk bertakung. Longkang hendaklah ditutup dgn papan tetulang konkrit. Pastikan ada alat pemadam api dan diselenggara secara berkala

Peralatan/Perabot/Kemudahan Semua alat-alat eletrik hendaklah selamat digunakan Menyediakan brg permainan yg selamat dan tdk berbentuk tajam Peralatan mestilah diperbuat drpd jenis yg mudah dibersihkan, dicuci @ dibasmi kuman Mengadakan buku daftar kanak2 dgn butir ibu bapa & penjaga Menyediakan telefon di Taman Asuhan

KUALITI PENGASUHAN
Mendapat latihan khusus menerusi institusi yang diiktiraf oleh badan tertentu atau organisasi yang terlibat dalam bidang berkaitan. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil langkah menaikan taraf guru-guru ke peringkat ijazah. Latihan jangka panjang dan jangka pendek juga turut dilaksanakan.

2. KUALITI PENGASUHAN
NISBAH PENGASUH DENGAN KANAK2

Merujuk kepada Akta dan Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak, nisbah pengasuh berdaftar dan kanak-kanak di Taska tempat kerja, komuniti dan institusi adalah seperti berikut: Lahir - 1 tahun - 3 orang kanak-kanak: 1 orang pengasuh ( 2 orang pengasuh jika kanak-kanak OKU)

1 tahun - 3 tahun - 5 orang kanak-kanak: 1 orang pengasuh (2 orang pengasuh jika kanakkanak OKU)
3 tahun - 4 tahun - 10 orang kanak-kanak: 1 orang pengasuh (3 orang pengasuh jika kanakkanak OKU)

KELAYAKAN PENGASUH Pengasuh yang dilantik hendaklah memenuhi perkara berikut: (a) rakyat Malaysia. (b) umur lapan belas tahun ke atas. (c) perlu lulus kursus asas asuhan kanak-kanak (d) berkeupayaan dan berkebolehan menjaga kanak-kanak

(e) mendaftar sebagai pengasuh untuk bekerja di taska tempat kerja, komuniti dan institusi. (f) sihat dan berupaya menjalankan tugas sebagai pengasuh.

Kelayakan guru prasekolah


Sijil Perguruan dalam Pengkhususan Prasekolah (1993), Diploma Pendidikan Pengkhususan Prasekolah (1996) Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI ) Pengkhususan Prasekolah (2000) Sijil KSPK Pengkhususan Prasekolah.

KELAYAKAN PEKERJA Pekerja yang diterima bekerja di taska tempat kerja, komuniti dan institusi hendaklah memenuhi syarat berikut: (a) lapan belas tahun ke atas. (b) mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah. (c) sihat dan berupaya menjalankan kerja.

(d) mempunyai lesen memandu yang sah jika pekerja berkenaan sebagai pemandu.
(e) mempunyai sijil imunisasi yang dicadangkan oleh Jabatan Kesihatan dikeluarkan oleh pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar, jika pekerja bekerja untuk menguruskan makanan.

Setiap pengurus premis swasta perlu mendaftarkan guru-guru prasekolah masingmasing di Jabatan Pendidikan Negeri masingmasing, dan mereka diwajibkan menghadiri kursus prasekolah pada masa cuti sekolah.

Hubungan Kakitangan dan Keluarga


Kajian menjelaskan dua jam pertemuan bagi setiap bulan adalah satu suasana yang menggalakkan hubungan guru dan ibu bapa dalam penglibatan asuhan kanak-kanak. Perkara atau isu yang dibincangkan dalam perjumpaan adalah seperti berikut: (a) Peralatan dalam bilik darjah. (b) Pusat pembelajaran kanak-kanak. (c) Komputer. (d) Buku cerita kanak-kanak. (e) CD-ROM. (f) Sudut muzik, pita lagu. (g) Pusat manipulasi.

Penglibatan keluarga : Ibu bapa libatkan diri dlm pelbagai kegiatan di Taska utk kukuhkan amalan asuhan dan mperkayakan perkmbgn kanak2

Mereka boleh melawat kelas tempat anak-anak mereka belajar, mengikuti lawatan yang diadakan oleh pihak sekolah atau membuat bahan untuk pengajaran dan pembelajaran.
Suasana mgalakkan diwujudkan, perkmbgn kanak2 dipertingkakan khasnya berkaitan kenyakinan dan konsep kendiri.

Ibu bapa juga dpt merancang aktiviti yg bersesuaian utk kanak2, dpt kongsi pengalaman dgn ibu bapa yg lain

Bengkel Bermain Sambil Belajar, Bengkel Kemahiran Keibubapaan Berikut adalah perkara yang boleh dibincangkan adalah seperti berikut:
(a) Mendengar dan berkongsi pengalaman dengan ibu bapa. (b) Membincangkan prestasi anak mereka. (c) Persediaan untuk masa depan anak mereka.

Pihak taman asuhan boleh juga mengadakan program perjumpaan dengan ibu bapa. Adab sopan yang anda pamerkan memudahkan anda berbual dengan ibu bapa. Fokuskan kepada perkara-perkara yang positif supaya pertemuan itu menjadi lebih bermakna. Sekiranya bapa bercerita ambil perhatian. Anda tidak perlu membangkang atau bersikap defensif. Apabila giliran anda bercakap, maka bercakap dengan penuh yakin dengan fakta yang benar bukannya bertelagah.

Anda mungkin juga menyukai