Lakaran merupakan terjemahan idea dalam bentuk grafik. Lakaran ditunjukkan dalam bentuk 2D dan 3D.
Cara pemilihan lakaran melalui sesi perbincangan, kritikan, ulasan dan cadangan.
Pemilihan konsep reka bentuk dibuat berdasarkan lakaran reka bentuk projek yang telah dibuat. Untuk memilih sesuatu konsep reka bentuk,penilaian akan dibuat terhadap lakaran reka bentuk yang dicadangkan.
NILAI KOMERSIAL Produk yang mempunyai nilai pasaran dan mendapat sambutan daripada pengguna.
Paten merupakan salah satu cabang yang terdapat dalam harta intelek.
Paten
Undang-undang paten diMalaysia ditadbir menerusi Akta Paten 1983 dan dari segi urusan pendaftaran dilaksanakan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia(MyIPO).
Paten merupakan hak eksklusif yang diberikan terhadap sesuatu ciptaan sama ada dalam bentuk produk, proses untuk menghasilkan sesuatu dengan cara terbaru atau sesuatu ciptaan itu menawarkan penyelesaian teknikal bagi sesuatu masalah. Hak perlindungan paten akan diberikan selama 20 tahun daripada tarikh pendaftaran.
Paten
Sesuatu ciptaan yang layak didaftaran sebagai paten, mestilah memenuhi syarat berikut: Ciptaan tersebut mestilah baru dan tidak dizahirkan dimana-mana dunia ini. Ciptaan mempunyai langkah merekacipta yang mana ciptaan tersebut tidak ketara kepada seseorang yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman di alam bidang teknologi ciptaan tersebut. Ciptaan tersebut dapat digunakan dalam industri.
2. Pemilihan Alatan. Alatan bergantung pada jenis kerja yang hendak dibuat. Setiap alatan mempunyai cara dan teknik penggunaannya yang betul. Pertimbangan semasa memilih alatan: - kesesuaian alatan dengan bahan. - kemahiran mengendalikan alatan dengan selamat. - kemudahan mendapatkan alatan. - keselamatan menggunakan alatan.
3. Prosedur kerja. Jadual kerja dibuat secara bertulis dan teliti. Semua aspek seperti bahan, alatan dan masa perlaksanaan diambil kira. Pengiraan kos perlu untuk mengetahui jumlah kos produk yang akan dihasilkan. Kos pengeluaran adalah segala yang dikeluarkan untuk hasilkan sesuatu produk.
PROSES PEMBINAAN
A. Rekakan beberapa bentuk projek. - Pilih satu reka bentuk terbaik. B. Membuat lakaran kerja dan kertas projrk yang dipilih. C. Mengukur dan menanda. Mengukur dan menanda panjang Mengukur dan menanda lebar Mengukur dan menanda tebal. D. Memotong - membelah dan mengerat kayu dengan gergaji - Memotong penjuru dengan mesin gergaji.
E. Membentuk dan mencantum. Menentukan jenis tanggam yang akan digunakan. Mengukur dan memotong tanggam. Memasang tanggam. Menglu.
TANGGAM
Tanggam adalah cara penyambungan kayu yang bertakuk-takuk supaya dapat dihubungkan rapat-rapat serta kukuh. Tanggam boleh dikategorikan kepada empat jenis dengan beberapa subjenis lagi iaitu: i. Tanggam melebar Tanggam glu gesel, tanggam penetap, tanggam lidah dan lurah serta tanggam tetingkat ii. Tanggam siku Tanggam temu, tanggam rencong dan tanggam bajang iii. Tanggam pemidang Tanggam lekap, tanggam kekang, tanggam penetap dan tanggam lubang dan puting iv. Tanggam memanjang Tanggam skaf, tanggam plat sambut, tanggam sambung jari dan tanggam sambung lekap Walaupun tidak perlu, bahan pencantuman dan pemasangan seperti paku, gam, skru, bolt dan nat boleh digunakan untuk mengukuhkan lagi tanggam yang dibina. Peralatan seperti ragum meja kayu, apit G dan apit panjang pula perlu semasa membuat tanggam dan mencantum bahagian-bahagian tanggam.
KEMASAN PROJEK
Pilih Jenis kemasan yang paling sesuai i. Cat Sembur (Spray) ii. Tona Kayu iii. Turpentine iv. Tepung Penyumbat v. Syelek vi. Cat Kilat Ratakan dan licinkan permukaan yang akan disapu kemasan. Gunakan Kaedah kemasan yang betul
KEMASAN PROJEK
Pilih Jenis kemasan yang paling sesuai i. Cat Sembur (Spray) ii. Tona Kayu iii. Turpentine iv. Tepung Penyumbat v. Syelek vi. Cat Kilat Ratakan dan licinkan permukaan yang akan disapu kemasan. Gunakan Kaedah kemasan yang betul
2 Tona Kayu
3 Syelek
Spirit methil
Cat Untuk permukaan kayu dan logam, luar 4 Kilat/Licau Turpentine dan dalam rumah 5 6 Lekar Varnish Thinner Thinner Untuk permukaan kayu Untuk permukaan kayu
Pelekat - Pelekat digunakan menggantikan bahan-bahan kemasan - Terdapat dua jenis pelekat : 1. Pelekat keras (fomika) 2. Pelekat lembut (Sticker)
PENDOKUMENTASIAN
Definisi Satu laporan bertulis atau folio yang dibuat tentang hasil ciptaan
PERSEMBAHAN
Definisi Pembentangan berdasarkan dokumentasi yang disediakan
TUJUAN PENDOKUMENTASIAN
Memberikan maklumat tentang hasil ciptaan. Sebagai bahan bukti untuk menyediakan spesifikasi bagi mendapat permohonan dari pihak berkenaan. Sebagai asas untuk membuat rujukan penyelidikan dan pengeluaran pada masa akan datang.
FORMAT DOKUMENTASI
1. TAJUK Mestilah ringkas, jelas dan tepat. 6. LAMPIRAN Maklumat dalam bentuk lakaran data katalog 2. LATAR BELAKANG Penyataan masalah yang mencetuskan idea untuk mereka cipta.
5. RUJUKAN & BIBLIOGRAFI Senaraikan sumber rujukan dalam proses penghasilan projek. 4. DESKRIPSI
Bahan dan komponen, jadual kerja, lakaran dan lukisan kerja projek, pembinaan dan pengujian projek.
Tujuan:- Menerangkan ciri-ciri projek, fungsi, jenis bahan yang digunakan, kos dan keistimewaan projek. - Mengenal pasti masalah - Perancangan projek, pembinaan projek, kemasan dan pengiraan kos
Persembahan projek
- Menggunakan bahan-bahan seperti folio projek, carta dan gambar. Membuat persembahan projek - Setelah projek dan pendokumentasian telah siap persembahan akan dibuat di hadapan kelas.
1.Menyatakan ciri-ciri sesuatu projek seperti fungsi, keistimewaan projek dan lain-lain.
TUJUAN PERSEMBAHAN
Setiap projek ilmiah mestilah di rancang dengan teliti supaya perjalanan aktiviti dilaksanakan dengan jayanya. Setiap aktiviti projek mestilah mengikut fasa yang ditetapkan.
Sebelum pendokumentasian dilakukan, setiap dokumen dari awal hingga akhir projek mestilah dikumpulkan.
Tidak semua dokumen tersebut di perlukan dalam projek ilmiah. Kumpulkan dokumen berkaitan dengan projek ilmiah yang telah dijalankan sahaja.
Dokumen berkaitan mestilah disusun atur mengikut kronologi, perjalanan projek ilmiah yang dijalankan.