Anda di halaman 1dari 39

BMM3112 Sejarah Perkembangan BM, Perkamusan dan Terjemahan PERKAMUSAN Teori dan prinsip perkamusan Teori dan prinsip

perkamusan Kata entri / kata masukan Kata standard dan variasi Sebutan dan etimologi Sebutan Etimologi Tanda dan kependekan Tanda Kependekan
Dayang Ella Binti Awang Ismail Nadzirah Binti Latip Ronald Lau Siti Farah Nasuha Abdul Rahim

A. TEORI DAN PRINSIP PERKAMUSAN


1. Teori dan prinsip perkamusan 2. Kata entri / kata masukan 3. Kata standard dan variasi

1. TEORI DAN PRINSIP PERKAMUSAN

TEORI DAN PRINSIP PENTERJEMAHAN


Menurut Arbak Othman (2000), tidak ada teori tertentu yang dikhususkan bagi maksud penyusunan kamus. Apa yang berlaku dalam perkamusan ialah pandangan tertentu yang digunakan oleh seorang penyusun kamus sebagai panduan supaya kamus yang disusunnya

mencapai mutu yang baik dan termuat di dalamnya


nilai-nilai kebahasaan, semantik dan semiotik, lengkap dan dapat dipertanggungjawabkan.

Maksud teori untuk perkamusan ialah kecenderungan aplikasi ilmu linguistik, semantik, dan pragmatik selengkap mungkin dalam sesebuah kamus.

Tugas kamus adalah untuk memberi makna atau takrif


kepada kata dan pemberian ini juga menggunakan

kata-kata.
Dengan kata lain, dalam perkamusan kita terpaksa memberi makna kepada sesuatu lambang dengan menggunakan lambang itu sendiri. Lambang ini ialah lambang linguistik.

Oleh itu, setiap kamus yang disusun mestilah mengutamakan prinsip kesarjanaan sebagai asas penyusunan kamus.

Pandangan

ahli

linguistik

perlu

dipertimbangkan

selain

daripada keperluan pengguna kamus.


Menurut Arbak Othman, penyusun kamus hendaklah

memastikan bahawa makna yang dibuat dalam pemerian sebaik-baiknya berdasarkan sumber rujukan yang berbentuk teks supaya makna perkataan yang digunakan daripada teks

tersebut dapat diasingkan menurut jenisnya sama ada kerana


gayanya yang berbeza, situasi penggunaannnya atau sifatsifat pragmatiknya yang berbeza.

Prinsip-prinsip penyusunan kamus perlulah memerhatikan perkara-perkara yang berikut


Perancangan Siapakah yang terlibat?

Pemasaran

Aspek linguistik

Pra-syarat kemampuan peneliti atau penyusun kamus

Bagaimanakah penelitian dilakukan?

Perancangan Pertadbiran
perbelanjaan,

yang

berkaitan individu,

dengan dan

penentuan

penentuan prasarana.

Siapakah yang terlibat? Aspek linguistik

Individu yang terlibat bersangkutan dengan persyaratan keahlian dan kemampuan individu melaksanakan program perkamusan. Aspek linguistik digarap menurut cabang ilmu linguistik yang berkaitan dengan leksikologi termasuklah tatabahasa, lafaz, pengetahuan

dialek, maklumat ensiklopedia dan sebagainya.

Pemasaran

Aspek

yang

berkaitan

dengan

penyebaran

kamus secara meluas sebagai satu produk

Pra-syarat kemampuan peneliti atau penyusun kamus

Penguasaan dua atau tiga bahasa di samping bahasa ibunda akan menentukan kepekaan linguistik dan keterbukaan terhadap isu-isu bahasa.

Penyusun kamus juga perlulah mempunyai ketekunan yang konsisten, ketelitian dan kecermatan. Selain daripada itu, semangat untuk terus belajar dan cinta kepada bahasa serta ilmu bahasa juga tidak kurang penting.

Bagaimanakah penelitian dilakukan?

Penelitian leksikologi termasuklah yang bersangkutan dengan korpus bahasa dalam penyusunan pangkalan data. Penelitian aspek bahasa lain seperti tatabahasa sebagai maklumat pelengkap mengenai data yang disajikan. Beberapa prinsip perlu dijadikan pegangan dalam penyusunan kamus.

PRINSIP PENYUSUNAN KAMUS


1. Keaslian - kamus haruslah memuatkan bahasa yang ada bukti bahawa bentuk tersebut benar-benar digunakan oleh penutur jati.

2. Keperwakilan bergantung kepada format kamus yang ditentukan oleh pengguna yakni khalayak, kamus perlu memuatkan bahan yang benar-benar mewakili ruang lingkup khalayak misalnya bahasa untuk kanak-kanak.

PRINSIP PENYUSUNAN KAMUS


3. Kelayakan - penyusun harus pasti bahawa hasil kerjanya sesuai dengan tujuan pekerjaannya. Keperluan bagi kamus ekabahasa tidak sama dengan kamus dwibahasa. Selain daripada itu, kelayakan sosial juga perlu diambil kira misalnya bahasa, agama, dan adat istiadat pengguna kamus. 4. Sumber bagi kata masukan atau entri perlulah sumber yang layak diterima pakai berdasarkan penelitian lapangan, iaitu sumber primer atau sumber sekunder berdasarkan rujukan kepustakaan.

Kamus tidak sekadar mencatat makna tetapi


kamus mempunyai perkaitan yang rapat dengan ilmu makna atau semantik. Semantik mengkaji makna kata dan amat penting bagi seorang penyusun kamus. Apa yang menjadi kandungan kamus bukan sekadar tersebut. kata tetapi makna kata-kata

Lambang mempunyai makna yakni bukan sahaja


bahasa tetapi lambang memberikan makna tertentu.

Contohnya apabila mata melihat sesuatu objek seperti baju pastinya mempunyai ciri-ciri warna, bentuk atau jenis kain.

Lyons dalam Semantics (1977) membezakan tiga makna berasaskan bahasa, iaitu
i. makna deskriptif yakni makna biasa berkenaan sifat dan sebagainya, misalnya makna dalam kamus; ii. makna sosial yakni makna dalam konteks kegunaan sosial misalnya naga mempunyai nilai tambah bergantung kepada budaya (masyarakat Cina memberikan nilai baik manakala masyarakat Barat memberikan nilai negatif) iii. makna ekspresif yakni makna berkaitan dengan perasaan misalnya kagum atau marah berbeza berdasarkan persepsi individu.

2. KATA ENTRI / KATA MASUKAN

Kata Entri /Kata masukan


ialah entri yang disusun mengikut urutan abjad yang disertai takrif dan maklumat lain seperti kelas kata, etimologi dsb. Definisi : Perkataan yang dimasukkan ATAU terangkum dalam sesebuah kamus.

Asmah berpendapat bagi sesuatu masukan kata, perlu disertakan dengan terbitannya sekali (1975: 343).

Keseluruhan entri tidak dinyatakan maklumat sebutannya. Terdapat pengecualian bagi beberapa entri tertentu yang bermasalah dalam cara sebutannya. Contoh dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (Rujuk halaman xvii)

Entri yang melibatkan penggunaan e-taling. (bearis) Entri yang mengekalkan ejaan dan sebutan bahasa asal (lasagna lezaniye) Entri nama Allah yang dalam tulisan arab bermula dengan Alif Lam Syamsiah.

3. KATA STANDARD DAN VARIASI

KATA STANDARD
Bentuk standard bolehlah difahami sebagai sesuatu perkataan dengan ejaannya yang diiktiraf sebagai betul dan rasmi ialah sebagaimana yang terdapat pada perkataan yang ditakrifkan. Perkataan yang diturunkan di akhir takrif bentuk standard ini, atau sebagai muatan rujuk silang, merupakan variasi kepada bentuk standard danterdiri daripada variasi kata, dan dalam hal-hal tertentu sahaja variasi ejaan.

VARIASI KATA
Variasi kata pula diperturunkan, terutamanya untuk kepentingankajian bahasa. Seseorang pengguna bahasa Melayu yang menemui sesuatu variasi kata dan tidak dapat mengenalpasti atau mengesani bentuk standardnya akan mendapat manfaat daripadarujuk silang yang diberikan dalam kamus ini. Ini bermaksud kamus memainkan peranan yang besar. Variasi kata yang ketara terhasil daripada pelat ataukegagalan menyebut perkataan dengan betul dan tepat, atau variasi yangdifikirkan selama ini amat jarang ditemui, tidak lagi dimuatkan dalam cetakanbaru ini; misalnya, khanduri yang bentuk standardnya, kenduri; lafal (lafaz), petenah (fitnah) dan lain-lain. (http://www.scribd.com/doc/48600284/Leksikologi)

Variasi Ejaan
merujuk kepada perkataan-perkataan tertentu diperturunkan sebagai rujuk silang dengan tanda anak panah yang merujukkepada bentuk dan ejaan yang standard semata-mata untuk kemudahanpengguna yang mungkin masih keraguan iaitu tidak pasti tentang bentuk atau ejaan yang standard. Kemasukan variasi demikian dibataskan kepada bentukkata yang tertentu sahaja. Ini dapat dilihat seperti contoh sebelum ini. Dan akhir sekali merupakan perkataan-perkataan dalam ejaan lama yang luput olehpelaksanaan sistem ejaan baru dan difikirkan tidak seharusnya menimbulkan kesulitan pada masa kini tidak dimuatkan sama sekali

Rujukan
Arbak Othman. (2000). Teori perkamusan. Seri Kembangan: Weng SengSdn. Bhd. Asmah Haji Omar. (1969). Perkamusan Melayu. Bahasa, Oktober 1969: 78-87. Subandi Kasidan. 2012. Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Perkamusan danTerjemahan BMM3112. Bintangor.

B. SEBUTAN DAN ETIMOLOGI


1. Sebutan 2. Etimologi

1. SEBUTAN
Secara dasarnya sebutan yang diberikan terbatas kepada keterangan bagi sebutan huruf e pada kata dasar. Huruf e yang disebutkan () iaitu e pepet tidak diberikan keterangan sebutan sedangkan e taling dierokan keterangan sebutannya dengan lambang . bela semak bela (b la) semak (s mak) Terdapat pengecualian bagi beberapa entri yang bermasalah dengan cara penyebutannya yang berikan maklumat sebutan agar tidak timbul kekeliruan untuk menyebutnya.

2. ETIMOLOGI
Keterangan etimologi tidak diberikan selengkapnya tetapi hanya sekadar untuk menyatakan bahasa sumber sesuatu perkataan yang sudah meresap ke dalam perbendaharaan bahasa Melayu tetapi masih terasa sifat-sifat keasingannya tanpa memperhitungkan taraf atau peringkat kemeresapan perkataan yang berkaitan dalam kalangan pengguna bahasa.

C. TANDA DAN KEPENDEKAN


Kependekan Tanda Glosari

1. KEPENDEKAN
Dalam bahasa Melayu, akronim dan kependekan digunakan secara meluas, bukan sahaja dalam media cetak, seperti akhbar dan majalah, tetapi juga dalam media elektronik, seperti internet. Persamaan yang ketara antara akronim dengan kependekan ialah kedua-duanya terbentuk daripada gabungan huruf pertama. Misalnya, ADUN dan JAIS yang merupakan akronim untuk Ahli Dewan Undangan Negeri dan Jabatan Agama Islam Selangor. DEB dan BSN pula merupakan kependekan untuk Dasar Ekonomi Baru dan Bank Simpanan Nasional.

Walau bagaimanapun, sebutan bagi akronim dan kependekan adalah berbeza. Akronim disebut seperti kata biasa. Singkatan pula disebut huruf demi huruf, misalnya [D.E.B] dan [B.S.N]. Selain itu, ada juga akronim yang dibentuk oleh gabungan suku kata daripada dua perkataan atau lebih. Sebagaimana akronim, kependekan juga digunakan dengan meluas dalam media cetak dan elektronik. Ada juga antara kependekan yang biasa digunakan sememangnya berasal daripada kependekan bahasa Inggeris.

Contoh Kependekan (Bahasa Melayu)


Kependekan Maksud kata adjektif Kependekan Maksud kata hubung

adj.

k.h

k.pm.
awl. kep. k.b. k.bil. k.ty. k.g. ung.

kata pemeri
awalan kependekan kata bantu kata bilangan kata tanya kata ganti ungkapan

k.s.n.
k.k. k.n. k.nf. k.p. sr. k.pb.

kata sendi nama


kata kerja kata nama kata nafi kata penguat kata seru kata pembenar

Contoh Kependekan (Bahasa Inggeris)


Kependekan Maksud adjective adjectives American Australian conjunction derogatory feminine imperative interjections Irish jocularly Northern England originally possessive pronounced preposition present pronoun relative pronoun United States somebody Kependekan Maksud abbreviation adverbs attributively colloquial December especially figurative Indian ironically January noun November plural past particle prefix prepositions present participle past tense slang usually vulgar

a. adjs. Amer. Austr. conj. derog. fem. imper. int. Ir. joc. N. Engl. orig. poss. pr. prep. pres. pron. rel. pron. U.S. sb.

abbr. adv. attrib. colloq. Dec. esp. fig. Ind. iron. Jan. n. Nov. pl. p.p pref. preps. pres. p p.t. sl. usu. vulg.

2. TANDA
Tanda tilde (~) yang terdapat pada kata masukan pecahan (seperti frasa, ungkapan dan sebagainya) dan pada contoh penggunaan kata digunakan untuk menggantikan kata dasar atau kata terbitan yang ditakrifkan sebelumnya:

Contoh:
Abah-abah Jw alat, perkakas, tali-temali ; ~ kuda alat kuda.... (Tanda ~ dimaksudkan menggantikan kata abah-abah) Helah 1. Akal, muslihat, tipu daya: ini satu ~ untuk memerangkap dia; tipu ~ tipu daya.. (Tanda ~ dimaksudkan menggantikan kata helah)

Tanda anak panah (

) bererti lihat;

Tanda persamaan (=) bererti atau, sama dengan.

3. GLOSARI
Glosari adalah satu senarai istilah dalam bidang ilmu tertentu berserta dengan takrifannya secara ringkas. Biasanya, glosari diletakkan pada akhir sebuah buku yang mengandungi istilahistilah yang digunakan dalam buku tersebut.

Istilah-istilah tersebut sama ada masih baru ataupun tidak lazim penggunaannya.

GLOSARI
Merupakan satu senarai keterangan tentang istilah atau perkataan tertentu mengikut tajuk atau bidang berserta takrifnya yang disusun menurut abjad, khusus bagi sesuatu bidang pengetahan. Halaman glosari diakhiran buku mengandungi penerangan maksud perkataan yang penulis anggapkan baru kepada pembaca atau perkataan yang mempunyai makna yang tertentu di dalam buku yang ditulis oleh pengarang.

Contoh glosari di dalam Kamus Dwibahasa adalah seperti berikut: ISTILAH TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS Abjad Cakera Aplikasi Alphabet Disc Application

Contoh glosari di dalam Kamus Dwibahasa adalah seperti berikut: ISTILAH SAINS
BAHASA MELAYU Kitar Karbon Gegelung Kanta Cekung BAHASA INGGERIS Carbon Cycle Coil Concave Lens

Contoh glosari di dalam Kamus Dwibahasa adalah seperti berikut: ISTILAH MATEMATIK
BAHASA MELAYU Rumus Sudut Berganda Sama Sisi Genap BAHASA INGGERIS Double-angle Formula Equilateral Even

Contoh glosari di dalam Tatabahasa Dewan:


ISTILAH MAKSUD

Koheren

Kesinambungan
bermakna.

idea

yang

terdapat

dalam

sesebuah wacana sehingga menjadikan teks itu

Klausa

Satu

unit

rangkaian

perkataan

yang

mengandungi satu subjek dan satu predikat dan mempunyai potensi untuk menjadi ayat. Inti Unsur yang diberikan penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi makna, contohnya dalam bapa budak itu, perkataan

bapa ialah inti.

Anda mungkin juga menyukai