Anda di halaman 1dari 93

Globalisasi

Nor elee Nurasyikin Anis Farhana

KONSEP DAN TEORI GLOBALISASI


Menurut Princeton N. Lyman, Felo Kanan di Institut Keamanan, Amerika Syarikat dan bekas Duta negara itu ke Afrika Selatan, globalisasi biasanya diertikan sebagai merujuk kepada rapid growth of interdependency and connection in the world of trade and finance. Tetapi beliau sendiri berpendapat bahawa globalisasi tidak boleh dihadkan kepada fenomena perdagangan dan pengaliran kewangan yang berkembang dan kian meluas. Ini kerana There are other trends driven by the same explosion of technological capability that have facilitated the financial changes. Globalization of communications is one such trend.

Dalam terbitan yang menjelaskan agenda penyelidikannya, Pusat Kajian Globalisasi dan Regionalisasi, Universiti Warwick, England juga menolak pengertian globalisasi yang yang terhad kepada fenomena ekonomi. Di samping itu, ia tidak dapat menerima pandangan yang mengatakan bahawa apa yang disebut globalisasi hanyalah merupakan fenomena Amerika Utara, bukannya fenomena Eropah.

Insitut itu menekankan pendiriannya bahawa kefahaman tentang globalisasi mengambil pelbagai dimensi, iaitu politik, ideologi, ekonomi dan budaya. Banyak benda boleh diglobalisasikan. Antaranya, goods, services, money, people, information, effects on the international order as well as less tangible things such as ideas, behavioural norms and cultural practices.

Selaras dengan cakupan luas fenomena globalisasi ini, CSGR mempunyai dua pandangan terhadap fenomena itu. Pertama, globalisasi dilihat sebagai satu himpunan proses. Globalization is the emergence of a set of sequences and processes that are increasingly unhindered by territorial or jurisdictional barriers and that indeed enhance the spread of trans-border practices in economic, political, cultural and social domains. Kedua, globalisasi dilihat sebagai satu wacana. Globalization is a discourse of political and economic knowledge offering one view of how to make the postmodern world manageable.

David Loy, seorang pensyarah dari Universiti Bunkyo, Jepun dan salah seorang pembentang kertas di Persidangan Globalisasi anjuran JUST melihat globalisasi sebagai a complex set of developments: economic, political, technological and cultural.

Perisytiharan yang dikeluarkan di akhir Persidangan yang sama telah membuat kesimpulan berikut: Globalization refers to the interconnectedness of human activity on a global scale, to the unprecendented flows of capital and labour, technology skills, ideas and values across state and national boundaries, but in ways which neither states nor nations can adequately control.

Akhirnya, memandangkan bahawa globalisasi ekonomi pada umumnya dianggap sebagai teras fenomena yang dinamakan globalisasi, maka ingin diturunkan di sini satu definisinya yang dikira dapat membantu kita merumuskan erti dan ciri-ciri globalisasi secara komprehensif.

Economic globalisation is a deepening process of interdependence of world economies in various fields, including production and market, which optimize the distribution of various production factors and resources by promoting cross-border flows of human resources, capital, commodities, services, technology and information.

Dengan mengambil kira ide-ide ini kita dapat mengemukakan makna komprehensif globalisasi seperti berikut. Globalisasi ialah suatu himpunan proses pengaliran global berbagai-bagai jenis objek yang melibatkan pelbagai bidang aktiviti manusia. Objek yang diglobalisasikan boleh jadi fizikal atau bukan fizikal. Boleh jadi ia dalam bentuk maklumat, ide, nilai, institusi, atau sistem. Himpunan proses pengaliran global ini dan bidang aktiviti manusia yang terlibat kian kait mengait, saling bergantung dan kompleks sifatnya.

Globalisasi yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. Kita juga mengambil pendirian di sini bahawa hakikat yang dinamakan globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi. Globalization was a reality without a name.

Globalisasi tanpa nama ini sudah wujud bukan sahaja dalam era penjajahan dan imperialisme Barat yang bermula di sekitar tahun 1500 tetapi juga sebelumnya dalam era tamadun Islam menguasai dunia. Malahan trend globalisasi dalam era dominasi Islam pula dapat dikesan akar umbinya ke zaman pra Islam.

GLOBALISASI DALAM ERA DOMINASI ISLAM


Globalisasi dalam era Islam tertonjol dalam empat bidang iaitu bidang ilmu, bidang ekonomi khususnya perdagangan, bidang agama dan bidang sains dan teknologi. Bukanlah suatu perkara yang menghairankan kita kalau Islam muncul sebagai pencetus dan penggerak utama globalisasi pada masa lampau atau pada bila-bila masa. Sesebuah kuasa atau sesuatu peradaban tidak boleh menjadi penggerak globalisasi sekiranya ia tidak memiliki semangat globalisme.

Salah satu sumbangan besar Islam terhadap peradaban dunia ialah semangat globalisme dan kesejagatan yang telah dipupuknya dan ditiupnya ke segenap penjuru dunia. Semangat inilah yang telah memungkinkan Islam menjadi pengasas penulisan sejarah dunia, ilmu perbandingan agama, sosiologi, tradisi sains sejagat, institusi saintifik bertaraf antarabangsa dan penggembaraan dunia. Tanpa terasas semua amalan yang berdimensi global ini, sudah pasti kemajuan dunia dan proses globalisasi di zaman-zaman berikutnya lebih perlahan.

Di samping mempunyai semangat globalisme, Islam juga mempunyai institusi yang berperanan besar dalam meniupkan roh globalisasi di sepanjang zaman. Institusi haji merupakan agen terpenting globalisasi dalam peradaban Islam. Peranan institusi ini memang unik. Ia mencetuskan dan menggerakkan globalisasi dalam berbagai-bagai bidang termasuklah globalisasi maklumat dan ilmu dan globalisasi politik. Oleh kerana institusi ini kekal sifatnya, maka peranannya sebagai agen terpenting globalisasi dalam Islam juga berkekalan. Hari ini pun, pada ketika dunia Islam tidak bermaya menghadapi cabaran globalisasi kontemporari, institusi hajilah satu-satunya institusi yang dapat menjamin semangat globalisme akan terus dihayati oleh dunia Islam.

Sikap positif Islam terhadap semua jenis ilmu pengetahuan telah memungkinkan tercetusnya gelombang pertama globalisasi ilmu yang pernah disaksikan oleh dunia. Dalam zaman kemegahannya, institusi ilmu seperti universiti betul-betul telah berperanan sebagai agen globalisasi ilmu dalam pengertian yang difahami hari ini.

Pelajar-pelajar bukan Islam dari Cina di sebelah Timur dan dari England sebelah Barat seperti Roger Bacon dari Oxford telah menuntut di pusat-pusat ilmu dunia Islam untuk menimba ilmu pengetahuan.

Globalisasi moden tidak mungkin menjadi suatu kenyataan sekiranya tidak ada tradisi pelayaran dan penggembaraan global sebelumnya. Kemunculan peradaban Islam sebagai sebuah peradaban global telah membuka suatu era baru dalam dunia pelayaran dan pengembaraan. Zaman yang sama juga telah menyaksikan peningkatan globalisasi keagamaan menerusi aktiviti global dakwah Islam.

Kedatangan Shaykh Ismail, utusan Sharif Mekah, ke Samudra pada kurun ketigabelas M. untuk berdakwah dengan disertai oleh bekas Raja Maabri (Coromandel coast), Sultan Muhammad, yang sanggup turun takhta demi dakwah dan kedatangan Makhdum Karim (Tuan Sharif Awliya) ke Sulu pada kurun keempatbelas M. untuk menyebarkan Islam di kawasan itu harus dilihat dalam konteks globalisasi dakwah yang mendapat momentum baru mulai kurun ketigabelas M. Sebagai akibat dua dimensi globalisasi ini, Islam telah berkembang pesat di alam Melayu. Peradaban Melayu-Islam muncul sebagai peradaban terbesar dan paling berpengaruh di Asia Tenggara

Amat munasabah jika gelombang besar kedua globalisasi dianggap sebagai bermula di sekitar 1500 M. Tarikh ini menandakan bermulanya kejatuhan Islam sebagai kuasa dunia dan Islam sebagai peradaban terkemuka dunia. Serentak dengannya ialah bermulanya era dunia Barat Kristian sebagai kuasa dunia dan era peradaban Barat sebagai peradaban tergagah di dunia.

Dari perspektif global, ada tiga peristiwa besar lagi penting yang melambangkan era baru globalisasi.
1. Peristiwa pertama ialah kejatuhan benteng terakhir Kerajaan Islam Andalusia (Sepanyol) di Grenada pada tahun 1491. 2. Peristiwa kedua, pelayaran Christopher Columbus ke Dunia Baru dan penemuan benua Amerika olehnya pada tahun 1492. 3. Peristiwa ketiga ialah kejatuhan Kerajaan Islam Melaka di tangan bangsa Portugis pada tahun 1511M .

Dunia Islam dan peradabannya tidak jatuh seluruhnya serentak. Peradaban naik dan turun mengikut hukum-hukum alamnya sendiri. Ia tidak naik secara tiba-tiba dan tidak turun dengan serta merta.

Setelah merosot ke suatu tahap, ia boleh naik semula ke puncak baru. Dalam era yang diperkatakan ini masih muncul kuasa baru dari kalangan umat Islam. Khasnya, Turki telah muncul sebagai kuasa dunia yang digeruni Eropah. Seluruh Balkan ditaklukinya. Tentera Turki mara hingga ke gates of Vienna. Tetapi pada umumnya, proses kemerosotan peradaban Islam telah bermula.

Dari segi pandangan kuasa-kuasa Barat sendiri, semangat globalisasi dalam gelombang kedua ini disemarakkan oleh tiga G yang masyhur, iaitu God, Gold and Glory.

Dalam bahasa Melayunya, 3 K, iaitu Ketuhanan, Kekayaan dan Keagungan. Amat mustahak kita memahami semangat tiga G ini sekiranya kita ingin menyelami psiki (psyche) Barat yang mendorong mereka untuk mendominasi bukan sahaja globalisasi era penjajahan ini tetapi juga globalisasi kontemporari. Ada kesinambungan semangat antara dua era globalisasi ini.

Merujuk kepada G atau K yang pertama (God atau Ketuhanan), Barat berminat untuk menyebarkan agama Kristian ke seluruh dunia. Agama Kristian macam juga agama Islam adalah agama tabligh. Tetapi Islamlah yang mula-mula menglobalisasikan agama. Dunia Barat menglobalisasikan agama Kristian sebagai reaksi dan persaingan kepada Islam yang telah pun menjadi agama global. Fakta ini akan terus menjanjikan perebutan pengaruh dan pengikut antara dua agama ini. Implikasi politiknya juga banyak. Sepanyol dan Portugal yang merupakan dua kuasa dunia terawal dari Barat dalam era globalisasi yang diperkatakan ini telah berjaya menjadikan benua Amerika Selatan sebagai benua Katolik.

Asia Tenggara turut menerima kesan globalisasi agama Sepanyol yang mula tiba di kawasan ini di pertengahan kedua kurun keenambelas M. Kepulauan Filipino telah diKristiankan. Hanya keberanian dan kegagahan bangsa Moro yang telah menyekat kemaraan Kristianisasi ke Filipina Selatan. Apa pun, konflik 300 tahun di Filipina Selatan yang masih berterusan adalah kesan berpanjangan globalisasi agama yang diterajui oleh Sepanyol. Walaupun selepas kurun ketujuhbelas M pengaruh agama Kristian di Barat mengalami kemerosotan, namun di Afrika dan Asia agama itu terus berkembang. Dewasa ini, banyak kumpulan gereja di Barat bergerak cergas sebagai agen globalisasi agama Kristian. Kumpulan evangelical muncul sebagai penggerak yang paling aktif dan agresif.

Merujuk kepada G dan K yang kedua (Gold atau Kekayaan yang dilambangkan oleh emas), kuasakuasa Barat berminat untuk mengaut kekayaan tanah jajahan untuk dibawa pulang ke negara masingmasing.

Perebutan emas dan sumber kekayaan lain di tanah jajahan di tiga benua dan monopoli perdagangan dunia merupakan penggerak utama globalisasi era ini. Mereka telah berperang sesama sendiri kerananya. Alam Melayu terjejas bermacam cara dengan konflik di kalangan kuasa-kuasa kolonial ini. Khususnya, pembangunan dan kemajuan peradaban MelayuIslam terjejas teruk.

Di peringkat awal era penjajahan ini, maksud glory yang meliputi ide kebanggaan dan kemegahan ditujukan kepada raja dan bangsa. Kemudian, apabila timbul kesedaran meluas terhadap hakikat peradaban Barat yang dikongsi bersama oleh pelbagai bangsa Eropah, konsep keagungan mula dipindahkan kepada peradaban Barat. Hari ini yang diagungkan ialah nilai-nilai Barat seperti nilai dan sistem demokrasi, yakni sistem pemerintahan. Dalam konteks zaman ini, tiga G merujuk kepada gold, governance, and God.

GLOBALISASI Definisi umum ekonomi


Globalisasi merupakan satu proses:
- Peningkatan pergantungan ekonomi negara terhadap negara lain - Kerterbukaan ekonomi negara kepada dunia luar

Proses globalisasi:
- Pertumbuhan perdagangan antarabangsa - Aliran modal yang pesat - Peningkatan komponen perkhidmatan dalam perdagangan - Proses pengeluaran secara global dan kesediaan negara untuk bekerjasama dama ada dalam konteks liberalisasi pelbagai hala atau serantau

Faktor-faktor yang meransang globalisasi


Perkembangan/perubahan dalam teknologi:
ICT

Perubahan dalam teknologi pengeluaran:


mass production transferable technology
Suasana pasaran yang liberal: sekatan pada paras yang minimum liberalisasi dan komitmen di bawah WTO

Perjanjian-perjanjian serantau seperti EU, NAFTA dan ASEAN. - Perjanjian-perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas Duahala, seperti Singapore-New Zealand FTA.

Proses liberalisasi peraturan domestic

undang-undang

dan

Kesan Globalisasi

PENGARUH GOBALISASI TERHADAP PERADABAN


Menurut Chandra, lapan aspek positif globalisasi ialah (1) peranan pelaburan asing (FDI) dalam mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan kemiskinan di sebilangan negara, (2) peningkatan mobiliti sosial dan pengukuhan kelas menengah, (3) peluang yang lebih luas untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan ilmu pengetahuan berkat teknologi baru komunikasi dan maklumat, (4) komunikasi yang lebuh mudah dan juga murah,

(5) peluang yang lebih luas untuk manusia dari berbagai-bagai kumpulan etnik, budaya dan agama berinteraksi, (6) peluang lebih luas untuk menzahirkan simpati dan rasa keperimanusiaan mereka terhadap mangsamangsa pelbagai jenis bencana alam dan tragedi buatan manusia di seluruh dunia, (7) penonjolan idea-ide dan amalan pemerintahan yang baik seperti pertanggungjawaban awam, peraturan undang-undang dan hak-hak asasi manusia dan akhir sekali (8) penonjolan hak-hak asasi kaum wanita.

Jika diperhatikan, maka kita dapati bahawa sebahagian besar manfaat globalisasi adalah yang berkaitan dengan dimensi ekonomi manakala bakinya berkaitan dengan dimensi politik dan sosial.

Namun seperti yang ditegaskan oleh Chandra, semua aspek globalisasi yang dianggap positif ini sepatutnya dialu-alukan oleh semua agama.

Dari segi keburukan globalisasi pula, tigabelas perkara yang disenaraikan oleh Chandra ialah: 1. Kualiti alam sekitar yang semakin merosot sebagai akibat terlalu mementingkan faktor keuntungan. 2. Pembangunan yang tidak seimbang dan jurang perbezaan ekonomi yang semakin melebar antara kawasan-kawasan di sesebuah negara dan antara sektor-sektor ekonomi.

3. Pengabaian keperluan asas hidup di kalangan rakyat termiskin di banyak negara terutamanya di negaranegara Selatan 4. Modal jangka pendek yang keluar masuk pasaran seperti kilat sebagai akibat amalan baru yang menjadikan wang sendiri sebagai komoditi keuntungan. 5. Pengangguran yang semakin memburuk dan jurang perbezaan pendapatann yang semakin melebar di negara-negara Utara sendiri. 6. Penyebaran budaya pengguna yang bertentangan dengan tuntutan nilai-nilai kerohanian dan moral yang murni dan yang merendahkan martabat keinsanan manusia.

7. Kecenderungan ke arah pembentukan suatu budaya global yang homogen menerusi peranan yang dimainkan oleh perbadanan transnasional dan media komunikasi global. 8.Penyebaran budaya pop Amerika yang menyegarkan pancaindera dan mematikan roh. 9. Kecenderungan pusat-pusat pengajian tinggi untuk memberi keutamaan kepada kursus-kursus ilmu pengurusan dan teknik dengan mengabaikan kursuskursus ilmu kemanusiaan dan kemasyarakat. 10.Pembanjiran maklumat yang tidak berguna.

11. Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah memanipulasikan isu-isu demokrasi dan hak-hak asasi manusia untuk mendominasi politik dunia. 12. Pengantarabangsaan jenayah yang menyukarkan jenayah dibendung. 13. Pengantarabangsaan penyakit.

Senarai buruk baik globalisasi yang diberikan oleh Chandra ini sudah cukup komprehensif. Perspektif peradaban adalah perspektif jangka panjang. Dalam perspektif jangka panjang, kita lebih mengutamakan isu-isu yang lebih pokok sifatnya seperti isu nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan dan isu pembentukan institusi-institusi politik, ekonomi dan sosial yang lebih kekal sifatnya.

Senarai buruk baik globalisasi tersebut mengesahkan kedudukan dimensi ekonomi sebagai dimensi terpenting globalisasi masa kini dan juga yang paling berpengaruh. Punca utama globalisasi ekonomi meninggalkan banyak kesan negatif dalam pelbagai bidang kehidupan manusia sejagat ialah sifat dan ciri fenomena kapitalisme global yang menjadi teras dan tumpuan dimensi globalisasi berkenaan.

Kapitalisme menekankan ide dan amalan perdagangan bebas, liberalisasi pasaran kewangan dan pengaliran bebas modal tetapi nampaknya konsep kebebasan dan liberalisasi yang difahami dan diamalkan ini betul-betul bebas dari nilai-nilai murni yang diperjuangkan oleh Islam dan agama-agama lain.

Globalisasi ekonomi dalam era Islam juga mengamalkan pasaran dan perdagangan bebas tetapi amalan itu berdasarkan nilai-nilai kerohanian dan moral seperti keadilan dan kamakmuran bersama. Peradaban ekonomi yang negara ini perlukan ialah sistem, institusi dan amalan ekonomi yang didasarkan kepada nilai-nilai seperti itu. Prinsip-prinsip ekonomi dan ajaran-ajaran lain yang relevan dengan ekonomi seperti yang terkandung dalam al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. boleh memberi sumbangan besar terhadap usaha untuk membentuk peradaban ekonomi yang dihajatkan ini. Tetapi malangnya, dari segi teori dan amalannya, prinsip-prinsip ini agak terbiar. Apa yang disebutsebut sebagai ekonomi Islam oleh beberapa kalangan perlu dikaji semula

Di Barat sendiri ada wacana tentang konsep pembangunan yang berasaskan keimanan dan kepercayaan agama (faith-based development). Misalnya, baru-baru ini dialog telah diadakan di Universiti Harvard antara agama-agama tentang konsep pembangunan ini. Dialog itu dianjurkan oleh beberapa pihak dan beberapa buah badan termasuk World Peace Foundation, Archbishop of Canterbury, Aga Khan Foundation dan World Bank. Tumpuan perbincangan ialah kepada pendekatan Islam terhadap isu pembangunan yang berasaskan keimanan. Institusi ekonomi yang didasarkan kepada ibadat haji dan prinsip zakat adalah contoh penting pembangunan ekonomi dalam pengertian yang diperkatakan. Ini menunjukkan bahawa ide pembangunan ekonomi yang berteraskan ajaran-ajaran Islam boleh diglobalisasikan.

Dari segi globalisasi maklumat dan ilmu, Chandra telah menyimpulkan dengan baiknya apabila beliau menyatakan bahawa kesan terburuk dimensi ini ialah pembanjiran maklumat yang tidak berguna. Islam sebagai agama yang menekankan kecintaan terhadap ilmu dan hikmah memandang dengan cukup serius masalah maklumat dan ilmu yang tidak berguna. Bahaya maklumat tidak berguna ini perlu diatasi dengan segera kerana ia boleh membantut usaha kita untuk melahirkan manusia yang benar-benar berilmu dan usaha mewujudkan budaya ilmu yang sihat.

Merujuk kepada globalisasi politik, kita perlu menghadapi cabaran penyebaran ide-ide seperti demokrasi, pluralisme dan hak-hak asasi manusia dengan berpandukan ajaran-ajaran yang ada dalam agama dan tradisi kita. Yang nyatanya, wacana tentang ide-ide tersebut perlu dipertingkatkan. Sebilangan intelektual Muslim yang menetap di Barat menegaskan bahawa demokrasi bukanlah sistem yang ideal tetapi mereka juga berpendapat bahawa dalam konteks zaman ini ia merupakan yang terbaik untuk manusia. Apa pun pandangan kita tentang demokrasi, isu ini perlu ditangani dalam suasana bebas dan tenang. Kita yakin boleh diwujudkan sistem demokrasi yang lebih baik lagi dan yang serasi pula dengan ajaran Islam.

Begitu juga dengan isu pluralisme dalam pengertiannya yang luas, termasuklah pluralisme keagamaan, kebudayaan dan kepercayaan politik. Dari segi globalisasi keagamaan, kami berpendapat bahawa trend masyarakat Cina untuk memeluk agama Kristian akan berterusan dan mungkin berkembang jika kita asaskan kepada perkembangan keagamaan masyarakat keturunan Cina di Taiwan, Singapura dan Hongkong. Apa implikasinya kepada masa depan pluralisme keagamaan di negara ini sukar hendak diramalkan.

Kesan-kesan Negatif globalisasi


Keupayaan untuk bersaing dari negara-negara yang sedang membangun: tahap teknologi kos yang kompetitif dari pengeluar di kalangan negara-negara maju (economies of scale) Globalisasi telah mendorong mergers and acquisition oleh MNCs: bidang automotif, kewangan, industri pengeluaran ubat-ubatan. Menimbulkan kuasa monopoli/oligopoli 42

Dalam sektor kewangan, globalisasi telah memberikan implikasi negatif:


spekulasi matawang krisis ekonomi dan kewangan industri belum matang produk-produk baru yang tidak difahami negara-negara membangun.

oleh

43

Ekonomi Malaysia dalam Pasaran Global

Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA)

KANDUNGAN
Pendahuluan Coverage of Rangka Kerja Agreement Perdagangan Barangan Trade in Goods Peraturan Tempasal Rules of Origin (ROO) (ROO) Sijil Keutamaan (Form E) Certificate of Origin (CO) Liberalisasi Sektor Perkhidmatan Trade in Services Pelaburan Investment Kerjasama Ekonomi Dana Pelaburan ASEANChina Ekspo ASEAN-China Prospek Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA) Impak ACFTA Kesimpulan

PENDAHULUAN
Rangka Kerjasama Ekonomi Komprehensif antara ASEAN dan China telah ditandatangani oleh peminpin-peminpin negara ASEAN dan China semasa sidang Kemuncak ASEAN-China di Phnom Penh, Kemboja pada 4th November 2002.

Pelaksanaan ACFTA telah bermula sepenuhnya pada 1 January 2010.

Ministry of International Trade and Industry

PENDAHULUAN
Pada 1 Januari 2010, duti import bagi 90% produkproduk dagangan antara ASEAN-6 (Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand and Singapore) dan China telah dimansuhkan. Pemansuhan duti bagi 150 baris Kod Kastam (NT2) akan dimansuhkan secara berperingkat menjelang 2012. Bagi negara Kemboja, Laos, Myanmar dan Viet Nam (CLMV) pemansuhan duti kategori NT1 akan tercapai menjelang 2015. Walau bagaimanapun, pemansuhan duti secara berperingkat adalah dibenarkan ke atas 250 baris tarif bagi kategori NT2 sehingga 2018.
Ministry of International Trade and Industry

RANGKA KERJA
PERDAGANGAN BARANGAN: - Pelaksanaan bermula 1 Julai 2005. - (Early Harvest Programme (EHP) pada 2004. Pemansuhan duti secara berperingkat menjelang 2010. PERJANJIAN PERDAGANGAN SEKTOR PERKHIDMATAN: - Pakej Pertama telah ditandatangani pada 14 Januari 2007 dan dikuatkuasakan pada July 2007. Protokal bagi pakej kedua dijangka dikuatkuasana pada 1 Januari 2012.

PELABURAN: - Perjanjian Pelaburan ASEAN-China telah ditandatanga pada 15 Ogos 2009 dan dikuatkuasan pada 1 Januari 2010 . Ministry of International Trade and Industry

PERDAGANGAN BARANGAN
- Peralatan Fotografi - Peralatan Elektrik - Gandum dan beras - Tembakau - Minyak sayuran - Tepung - Barangan kimia - Lain-lain: kopi & lada, gula, makanan & minuman tin, bahan api galian, barangan plastik dan getah

Ministry of International Trade and Industry

PERATURAN TEMPASAL (ROO)


ASEAN dan China telah menguatkuasa 527 baris tarif bagi Peraturan Produk Spesifik (PSR) seperti: - tekstil and pakaian; - produk plastik; - produk kasut; - produk besi dan keluli; - Produk ikan tin - minyak kelapa sawit dan aiskrim - barangan kemas.

Ministry of International Trade and Industry

PERATURAN TEMPASAL (ROO)


Dengan pelaksanaan Peraturan Produk Spesifik, pengeksport/pengeluar dari ASEAN and China mempunyai pilihan dalam memenuhi kriteria produk tempasal i.e., samada 40% Regional Value Content (RVC) atau Peraturan Produk Spesifik (PSR), untuk layak ACFTA preferential rate. Pengeksport dari Malaysia perlu mendapatkan Sijil Keutamaan Syarat Tempasal (Form E) daripada MITI untuk menikmati konsesi tarif yang ditawarkan oleh China di bawah ACFTA.

Ministry of International Trade and Industry

LIBERALISASI PERKHIDMATAN
Komitmen Malaysia Bagi Pakej Pertama: i) WTO Doha Round; dan ii) Sektor-sektor bagi pakej Pertama, Kedua dan Ketiga Perjanjian Rangka Kerja ASEAN bagi Perkhidmatan (AFAS): - arkitek; - telekomunikasi; - kejuruteraan; - perkhidmatan kewangan; - pendidikan; - perubatan; - pelancongan.

Ministry of International Trade and Industry

LIBERALISASI PERKHIDMATAN
Tawaran China bagi Pakej Pertama: - Perkhidmatan berkaitan komputer; - Perkhidmatan konsultasi pentadbiran; - Pembinaan; -Perkhidmatan alam sekitar; -Perkidmatan rekreasi; - Perkhidmatan pengangkutan

Ministry of International Trade and Industry

LIBERALISASI PERKHIDMATAN
Rundingan bagi Pakej Kedua Perjanjian Perdagangan Dalam Perkhidmatan telah dimuktamadkan dan akan dikuatkuasa pada I January 2012.

Ministry of International Trade and Industry

PELABURAN
Perjanjian Pelaburan ASEAN-China ditandatangan pada 15 Ogos 2009 dan dikuatkuasa pada 1 Januari 2010. telah mula

Objektif Perjanjian Pelaburan Asean-China adalah untuk meningkatkan aliran pelaburan dan mewujudkan persekitaran pelaburan yang liberal, fasilitasi, telus dan berdaya saing antara ASEAN dan China.

Ministry of International Trade and Industry

Aliran FDI ke ASEAN


(US$ Million)
Value 2007 ASEAN USA Japan European Union (EU) China 9,682.0 8,067.6 8,828.7 17,765.5 1,684.3 2008 10,461.5 5,132.6 4,657.8 9,520.1 2,109.5 2009 4,428.9 3,357.7 5,308.4 7,297.2 1,509.5 2007-2009 24,572.4 16,557.9 18,794.9 34,582.8 5,303.3 Partner country/region

Republic of Korea
Australia India Canada Russia New Zealand Pakistan Total selected partner countries/regions Others Total FDI inflow to ASEAN
Source : ASEAN Secretariat

2,715.5
1,491.5 1,466.2 394.1 31.0 100.7 21.1 52,248.2 22,147.1 74,395.3

1,583.5
919.7 698.6 799.4 82.3 (165.1) 5.9 35,805.7 13,694.1 49,499.8

1,421.8
700.9 983.6 310.9 157.3 239.9 8.0 25,724.2 13,898.8 39,623.0

5,720.8
3,112.1 3,148.4 1,504.4 270.6 175.5 35.0 113,778.1 49,740.0 163,518.1

Ministry of International Trade and Industry

KERJASAMA EKONOMI
Bidang Kerjasama Ekonomi :

Pertanian; Meningkat daya saing syarikat-syarikat SME; Standard, kerjasama kastam dan halanganhalangan teknikal dalam perdagangan; ICT; Pembangunan Sumber Manusia (HRD); Pelaburan; dan Mekong River Basin Development

Ministry of International Trade and Industry

DANA PELABURAN ASEAN-CHINA


Perjanjian Dana Pelaburan ASEAN-China berjumlah US$ 10 billion telah diumumkan pada April 2009. Dana tersebut diwujudkan bagi menyediakan bantuan kewangan kepada syarikat-syarikat ASEAN dan China untuk meningkatkan perjanjian ekonomi antara China dan negara-negara ASEAN.

Ministry of International Trade and Industry

DANA PELABURAN ASEAN-CHINA


Dana pelaburan bagi setiap projek adalah antara US$50 juta US$150 juta. Projek-projek Infrastruktur terlibat: - Pengangkutan (jalan raya, jalan keretapi, pelabuhan dan lapangan terbang); - Tenaga (tenaga termal dan nuklear, tenaga grid); - Tenaga yang boleh diperbaharui (angin, hidro, solar, biomas and geothermal); - Utiliti (pelupusan sisa kumbahan dan pembentungan, sistem bekalan air bersih, sistem bekalan gas); - Telekomunikasi (menara dan kabel telekomunikasi); - Saluran paip dan tangki simpanan (tangki simpanan dan saluran bagi penghantaran minyak dan gas );

EKSPO ASEAN-CHINA
Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) yang ke-7 telah diadakan pada 19-24 Oktober 2010 in Nanning, China. Ekspo ini merupakan acara tahunan dan Malaysia melalui Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) telah menyertai ekspo ini sejak mula diperkenalkan pada tahun 2004. Tema bagi CAEXPO ke-7 ialah "CAFTA and New Opportunities. Sebanyak 101 buah syarikat Malaysia dengan 128 gerai pameran terlibat dalam ekspo ini.

CAEXPO ke-8 akan diadakan pada 21-26 October 2011 di Nanning. Ministry of International Trade and Industry

EKSPO ASEAN-CHINA
Produk-produk yang dipamerkan oleh syarikat Malaysia: Produk-produk makanan dan minuman; Produk-produk kesihatan dan kecantikan; Produk-produk am; Perkhidmatan; Motosikal; Agensi Kerajaan Tempatan; Agensi Kerajaan.

Ekspo China-ASEAN
Ekspo ini dilihat oleh syarikat-syarikat Malaysia sebagai platform penting dalam usaha menembusi dan mempromosikan barangan dan perkhidmatan bagi pasaran China.

Hasil Jualan pada CAEXPO ke-7:


Jumlah Jualan Sebenar Jumlah Potensi Jualan Jumlah Potensi Pelaburan Jumlah Pertanyaan = = = = RM 23.1 juta RM 42.6 juta RM 129.0 juta 6,270

Ministry of International Trade and Industry

Pencapaian Perdagangan ASEAN-China


ASEAN-CHINA PERDAGANGAN / PELABURAN Perdagangan (Jumlah US$ billion) Tahun Export Import Jumlah Dagangan

2009: 2008: 2007: Pelaburan

81.4 85.5 77.9

95.3 106.0 93.2

176.7 191.5 171.1

Pelaburan China ke ASEAN bagi tahun 2009 berjumlah US$1.5 billion, berbanding US$2.1 billion pada 2008. Kadar purata pertumbuhan pelaburan 19.8% (20042009) China rakan dagang terbesar ASEAN
Ministry of International Trade and Industry

PERDAGANGAN DUA HALA MALAYSIA CHINA (2005-2010)


Year Total Export (US$ bil) 25.03 Growth of Export (%) 19.86 Total Import (US$ bil) 20.63 Growth of Import (%) 9.52 Total Trade (US$ bil.) 45.66 Growth of Total Trade (%) 14.95 Trade Balance (US$ bil.) 4.40

2010

2009

19.14

6.00

17.34

-9.26

36.48

-1.83

1.80

2008

19.05

19.60

20.08

3.35

39.13

10.48

-1.03

2007

15.42

24.44

18.81

11.08

34.23

16.72

-3.39

2006

11.61

21.24

15.88

16.8

27.49

18.64

-4.27

2005

9.28

8.88

13.16

27.01

22.44

18.83

-3.88

PERDAGANGAN DUA HALA MALAYSIA CHINA


Malaysia-China Bilateral Trade (2000-2010)
50,000 45,000 40,000 US$ million 35,000 30,000 25,000 20,000 15,000 10,000 5,000 0 2000 2001 2002 2003 2004 2005 Year 2006 2007 2008 2009 2010

Export

Import

Total trade Value

PENCAPAIAN PERDAGANGAN ASEAN-CHINA


2010, China merupakan: - Rakan dagangan terbesar (2 tahun berturut-turut); - Eksport destinasi kedua terbesar; - Penyumbang import kedua terbesar.

Ministry of International Trade and Industry

5 EXPORT TERTINGGI KE CHINA


Export Utama (2010) Produk Elektrik dan Elektronik Minyak Kelapa Sawit Bahan kimia dan produk berasaskan bahan kimia Produk berasaskan getah Pembuatan logam % 50.8 12.3 8.7 5.1 4.4

5 IMPORT TERTINGGI DARI CHINA


Import Utama (2010) %

Produk Elektrik & Elektronik


Jentera , komponen dan perkakas Bahan kimia dan produk

46.4
10.7

berasaskan bahan kimia


Pembuatan logam Peralatan Optik and saintifik

7.8
5.9 4.3

FAEDAH KAWASAN PERDAGANGAN BEBAS ASEAN-CHINA


Meningkatkan akses produk Malaysia menembusi pasaran negara China melalui penurunan dan pemansuhan duti. Memansuhkan non-tariff barriers bagi eksport produk Malaysia ke China. Mewujudkan pasaran yang lebih luas bagi eksport perkhidmatan Malaysia. Penubuhan Kawasan Perdagangan mengurangkan peraturan-peraturan eksport dan import. Bebas akan perdagangan

Ministry of International Trade and Industry

FAEDAH KAWASAN PERDAGANGAN BEBAS ASEAN-CHINA


Mewujudkan pasaran yang besar berjumlah 1.9 billion pengguna, GDP serantau US$2 trillion dan jangkaan jumlah dagangan US$1.23 trillion. Pemansuhan halangan-halangan tarif antara ASEAN dan China akan mengurangkan kos pengeluaran melalui peningkatan skala ekonomi, perdagangan antara rantau serta kecekapan ekonomi. Syarikat-syarikat ASEAN dan China akan lebih efisyen dan menggalakkan pengkhususan. Maka ini akan menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan taraf ekonomi serta menarik lebih banyak pelaburan ke rantau ini.
Ministry of International Trade and Industry

PROSPEK KAWASAN PERDAGANGAN BEBAS ASEAN-CHINA


Dengan liberalisasi pasaran China, prospek yang lebih bagi barangan menembusi pasaran China yang besar. terdapat Malaysia

Faktor WTO - penurunan halangan tarif dan bukan tarif (tariff and non tariff barriers). Proses perindustrian yang pesat di China, mewujudkan peningkatan permintaan bagi keperluan barang metah dan barangan separuh siap.

Ministry of International Trade and Industry

PROSPEK KAWASAN PERDAGANGAN BEBAS ASEAN CHINA


Prospek eksport perkhidmatan Malaysian ke China adalah lebih terbuka dengan termeterainya perjanjian perdagangan dalam sektor perkhidmatan. China penawarkan peluang-peluang dalam pelbagai sektor untuk diterokai oleh Malaysia: - perkhidmatan pembinaan; - ICT; - kesihatan; - projek-projek utiliti; - pendidikan; - kursus/latihan/kemahiran; - pelancongan; - konsultasi.
Ministry of International Trade and Industry

IMPAK KAWASAN PERDAGANGAN BEBAS ASEAN-CHINA


Dengan liberalisasi pasaran barangan dan perkhidmatan, pesaingan di pasaran global akan lebih mencabar dan sengit. Syarikat-syarikat Malaysia perlu bersedia untuk menawarkan barangan dan perkhidmatan yang lebih berkualiti pada harga yang kompetitif. Syarikat perlu sentiasa kompetitif dengan merangka strategi jangka panjang bagi pemasaran dan pembangunan produk.

Ministry of International Trade and Industry

KESIMPULAN
Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA) adalah salah satu pendekatan bagi mempercepatkan liberalisasi perdagangan. Melalui ACFTA Malaysia akan mendapat faedah pengecualian pengurangan tarif bagi barang-barang yang dikategorikan sebagai senarai sensitif dan amat sensitif . Dalam rundingan ACFTA, Malaysia akan: Mewujudkan dan meningkatkan peluang-peluang perniagaan; Memastikan kepentingan produk-produk dan sektor-sektor yang berkaitan terpelihara serta menyediakan persekitaran ekonomi yang kondusif bagi perdagangan .

Isu Dan Cabaran Masa Hadapan

ISU-ISU UTAMA EKONOMI


1.

Pertumbuhan & agihan Pertumbuhan dan pembangunan yang tidak seimbang contohnya antara pantai barat & pantai timur dan antara bandar dan desa. Agihan kekayaan dan pendapatan yang tidak adil antara kelas sosial dan kelompok etnik.

ISU-ISU EKONOMI.

2. Equality & Special Privileges

Perkara 153: Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera. Perkara 8: Semua orang sama rata dari segi undangundang. Perkara 8 (2):kecuali sebagaimana dibenarkan dengan nyatanya oleh Perlembagaan.

3. Pegangan ekuiti

Tidak mencapai matlamat DEB.

Dasar Negara
Dasar diwujudkan berikutan menangani cabarancabaran yang akan dihadapi oleh negara dalam membangunkan lagi sektor pembangunan dan pertumbuhan ekonomi.

DEFINISI DASAR NEGARA Garis panduan pentadbiran yang merangkumi segala arahan dan peraturan untuk mencapai matlamat kepimpinan negara ke arah sebuah negara yang gemilang.

TUJUAN DASAR
MEMBANTU NEGARA MENCAPAI 1. Matlamat keselamatan negara. 2. Perpaduan dan kestabilan negara. 3. Kesejahteraan sosial dan ekonomi rakyat dan masyarakat.

DEFINISI DASAR AWAM


Public Policy is Whatever Goverments choose to do or not to do. (Thomas R. Dye-Understanding Public Policy, 1975) Usaha Kerajaan menghadapi/ mengatasi masalah yang membebankan semua atau sebahagian masyarakat untuk kebajikan umum. SESUATU DASAR KERAJAAN ADALAH PENGISTIHARAN HASRAT DAN NILAI (VALUES) KERAJAAN TERHADAP SESUATU FENOMENA, PERKARA, ISU, KEADAAN ATAU MASALAH DI DALAM MASYARAKAT. Dr. Abdullah Ab. Rahman, Masalah dan Isu Dalam penggubalan dan Pelaksanaan Dasar Awam.

ISU ISU YANG MELIBATKAN ASPEK DASAR YANG UTAMA DAN MEMERLUKAN PENGGUBALAN DASAR YANG KHUSUS.
ISU EKONOMI Arah dan kadar pertumbuhan ekonomi negara. Masalah pengeluaran yang menurun dan kekurangan tenaga buruh. Asas sektor pembuatan/perkilangan yang sempit.(Tertumpu kepada industri elektronik, tekstil dan beberapa jenis industri gantian inport). Kadar produktiviti yang secara relatifnya masih rendah. Perbezaan pendapatan dan status sosio-ekonomi rakyat antara kaum, wilayah dan kawasan bandar dan luar bandar.

ISU-ISU YANG MELIBATKAN ASPEK DASAR YANG UTAMA DAN MEMERLUKAN PENGGUBALAN DASAR YANG KHUSUS.
ISU POLITIK DAN PENTADBIRAN Polarisasi kaum. Penyalahgunaan dasar dan pengedaran dadah antarabangsa. Keperluan pembentukan budaya kerja dan sikap yang positif untuk pembangunan. Masalah kemiskinan mutlak yang berterusan walaupun menurun dari segi peratusnya. Saiz sektor awam yang masih besar beban perbelanjaan yang tinggi. Isu pencemaran alam yang lahir daripada aktiviti pembangunan yang tidak terkawal.

ISU-ISU YANG MELIBATKAN ASPEK DASAR YANG UTAMA DAN MEMERLUKAN PENGGUBALAN DASAR YANG KHUSUS.
ISU ANTARABANGSA Pergeseran politik kuasakuasa besar di rantau ini. Masalah politik di rantau Asia. Pendatang tanpa izin. Kecenderungan kuasa besar untuk menguasai dan menentukan arus politik dan sistem ekonomi antabangsa dan lain-lain.

DASAR-DASAR UTAMA KERAJAAN


I. DASAR-DASAR EKONOMI Wawasan 2020 RRJP (RM 6)/ DPN Dasar Perindustrian Negara Dasar Persyarikatan Malaysia Dasar Penswastaan Dasar pertanian Negara Dasar Halacara Baru Dalam Pembangunaan Kampung Dan Luar Bandar

DASAR-DASAR UTAMA KERAJAAN


II.

DASAR-DASAR SOSIAL/ETIKA KERJA Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan Dasar/Program Pembaharuan Dan Peningkatan Produktiviti:Dasar Pandang Ke Timur Dasar Bersih, Cekap Dan Amanah Kepimpinan Melalui Teladan Program-program Pembaharuan dan Peningkatan Produktiviti Dalam Perkhidmatan Awam

III.

DASARDASAR LUAR NEGERI Kawasan aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN) Antartika

Dasar Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Pentadbiran Dasar Wanita Negara Dasar Sosial Negara

PENERANGAN DASAR-DASAR UTAMA KERAJAAN


DASAR EKONOMI BARU
Dilancarkan ekoran peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Ia merupakan Rancangan Pembangunan Ekonomi secara berperingkat selama 20 tahun. (1979-1990) Objektif DEB ialah membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Strategi perlaksanaan DEB ialah Serapang Dua Mata iaitu:i. Membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan, mengadakan perkhidmatan sosial percuma atau dibantu tanpa mengira kaum. Menyusun semula masyarakat untuk akhirnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Pencapaian matlamat DEB haruslah dalam kontek perkembangan ekonomi negara yang berterusan.

ii.

iii.

PROGRAM PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT MELIPUTI:-

Usaha meninggikan pengeluaran pendapatan dan mutu kehidupan golongan miskin di mana 64.8% adalah Melayu, 26.2% Cina dan 38.2% India. (86% berada di luar bandar) Usaha menseimbangkan struktur gunatenaga supaya menjelang 1990 ianya mencerminkan susunan penduduk mengikut etnik. Usaha menambahkan pemilikan modal rakyat Malaysia khususnya Bumiputra dalam Syarikat Berhad. (Bumiputra 2.4%, bukan Bumiputra 34.3% dan pelabur asing 63.3%) Usaha membentuk satu masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan Bumiputra supaya pada 1990 mereka akan memiliki dan menguruskan sekurang-kurangnya 30% daripada kegiatan dagangan dan perindustrian. Usaha memajukan negeri dan kawasan yang mundur melalui Program Pembangunan Wilayah.

SUNGGUHPUN TEMPOH DEB TAMAT PADA TAHUN 1990, MENGIKUT YAB PERDANA MENTERI USAHA MENCAPAI MATLAMATNYA AKAN DITERUSKAN DALAM RANCANGAN PEMBANGUNAN JANGKA PANJANG MALAYSIA KEDUA 1991-2020.

Rancangan Malaysia Ke 10
Teras: Mencarta pembangunan ke arah negara berpendapatan tinggi Sasaran pertumbuhan 6 peratus Pendapatan perkapita dijangka meningkat kepada RM38,845 (US$12,139) pada 2015 Membentuk ekonomi yang diteraju sektor swasta Menyokong pertumbuhan yang diteraju oleh inovasi Pekerjaan sepenuhnya Penstrukturan subsidi

Peruntukan
RM230 bilion: 60 peratus pembangunan fizikal; 40 peratus pembangunan bukan fizikal Peruntukan sektor: ekonomi 55 peratus, sosial 30 peratus, keselamatan 10 peratus, pentadbiran am 5 peratus

MENCARTA PEMBANGUNAN KE ARAH NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI


Ekonomi dipacu faktor dalam negeri, disamping mengambil kira persekitaran luar negara Memanfaatkan kepelbagaian di arena antarabangsa Transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi menerusi pengkhususan Menjayakan pertumbuhan yang diterajui produktiviti dan inovasi Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan Memastikan peluang sama rata dan melindungi golongan yang mudah terjejas Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif Menyokong perkongsian pintar dan berkesan Menghargai khazanah alam sekitar Kerajaan umpama syarikat berdaya saing

Meningkatkan penyertaan bumiputera dalam ekonomi


Sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti korporat Bumiputera kekal Membangunkan komuniti komersil dan perindustrian Bumiputera Mewujudkan peneraju industri yang lebih kukuh dan berdaya saing Memperluas dan mempertingkat pemilikan kekayaan secara kekal dan berterusan Menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam pekerjaan berpendapatan tinggi melalui peningkatan keupayaan dan insentif permintaan pasaran