Anda di halaman 1dari 31

PERLEMBAGAAN

Persekutuan

2.2 Perlembagaan Persekutuan Hasil Pembelajaran

dapat menjelaskan konsep & peruntukan dalam perlembagaan persekutuan

C A L O N
dapat menerangkan sistem & struktur pemerintahan dapat menjelaskan kepentingan perlembagaan terhadap keamanan, perpaduan, kestabilan politik & sosial

dapat membincangkan amalan demokrasi serta sistem & proses pilihan raya
2

2.2.1 Peruntukan Perlembagaan Persekutuan

Pindaan Kandungan

Kepentingan

Kewarganegaraan ( Bhg. 3) Kebebasan Asasi (Bhg. 2)

Sistem Pemerintahan

SEJARAH RINGKAS PERLEMBAGAAN


Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (PPTM) digubal oleh Suruhanjaya Reid. PPTM berkuatkuasa 31 Ogos 1957 PPTM ditukar menjadi Perlembagaan Persekutuan Malaysia (PPM) setelah kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia PPM berkuatkuasa 16 September 1963.

TAKRIF DAN KONSEP

PERLEMBAGAAN

Kumpulan peraturan dan undangundang yang menjadi asas pembentukan kerajaan


Menggariskan dengan jelas: Pembahagian kuasa pemerintahan Ciri-ciri kerajaan Hak asasi rakyat

KETERTINGGIAN

PERLEMBAGAAN

Undang-undang yang tertinggi Sebarang undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan dikira BATAL Lebih tinggi daripada Parlimen dan Yang di-Pertuan Agong.

Tujuan Perlembagaan Diwujudkan


Lambang Negara Berdaulat & Merdeka Menjadi Sumber Rujukan Bagi Semua Hal Ehwal Negara Sistem Pemerintahan Menjadi Lebih Teratur, Licin Dan Adil Memastikan Pengasingan Kuasa Di Kalangan Badan-badan Pemerintah Terjamin Menjamin Kedaulatan Undang-undang Keamanan Rakyat & Negara Akan Terjamin

PINDAAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan boleh dipinda berdasarkan keperluan semasa melalui proses Parlimen.
Tindakan pindaan perlembagaan dibuat bagi tujuan melicinkan pemerintahan, mengawal ketenteraman awam dan emberi perlindungan kepada rakyat.

Perlembagaan Persekutuan (15 Bahagian & 183 Perkara)


Bilangan
1 2 3 Kebebasan Asasi Kewarganegaraan

Tajuk Bahagian
Negeri-negeri, Agama dan Undang-Undang bagi Persekutuan

Perkara
1-4 5-13 14-31

4
5 6 7

Persekutuan
Negeri-negeri Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri Peruntukan-peruntukan Kewangan

32-69
70-72 73-95E 96-112

8
9 10 11

Pilihanraya
Kehakiman Perkhidmatan Awam Kuasa-kuasa Khas Menentang Subvensif dan Kuasa-kuasa Darurat

113-120
121-131A 132-148 149-151

12
12A 13 14

Am dan Pelbagai
Perlindungan Tambahan bagi Negeri-negeri Sabah dan Sarawak Peruntukan Sementara dan Peralihan Pekecualian bagi Kedaulatan Raja-raja, dsb.

152-160
161-161H 162-180 181
9 182-183

15

Prosiding Terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja

Peruntukan Utama Dalam Perlembagaan Malaysia


Isu-isu Tersebut Ialah:

Bahasa Agama Kewarganegaraan Hak Asasi Kedudukan Istimewa Orang Melayu Dan Bumiputera Sabah Dan Sarawak

Bahasa (Perkara 152)


Penting untuk perpaduan. Bahasa Melayu telah dipilih sebagai Bahasa Kebangsaan. Bahasa Melayu digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan. Bahasa Inggeris juga boleh digunakan

Takrifan Melayu dalam Perlembagaan

Perkara 260 (2) Melayu diertikan sebagai :-

Menganut Agama Islam Lazim bercakap dalam Bahasa Melayu Mengamalkan adat istiadat Melayu

Agama Rasmi (Perkara 3)

Agama Islam telah dipilih sebagai agama rasmi tetapi agama lain boleh diamalkan secara bebas Di negeri beraja, Sultan atau Raja sebagai - ketua negeri, - ketua agama Islam di negeri berkenaan. Bagi negeri-negeri tidak beraja (Sabah, Sarawak, Melaka, P. Pinang, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) ketua agama Islam ialah Yang di-Pertuan Agong.

Kewarganegaraan

Kewarganegaraan merupakan status istimewa yang dipegang oleh rakyat.


Antara keistimewaan yang diperolehi seseorang warganegara ialah:

Berhak menjadi pemilih dalam pilihan raya Layak aktif dalam politik

Layak mengisi jawatan eksklusif yang dikhaskan untuk warganegara sahaja


Bebas memiliki hartanah seluruh Bebas bergerak dalam negeri

Tidak boleh dibuang negeri Berhak menerima pelbagai faedah dan kemudahan dalam negerinya

Kehilangan Taraf Kewarganegaraan

Seseorang itu boleh hilang kewarganegaraan dengan 2 cara:Pertama Beliau menolak kewarganegaraannya Kedua Beliau menyalahi undangundang dengan:Menjadi warganegara lain Berniaga/ berhubung dengan negara musuh

Wanita yang menjadi warganegara negara asing (perkahwinan dengan lelaki negara berkenaan) Bertindak negatif yang menunjukkan dia tidak lagi taat setia kepada negara Malaysia Dihukum di mana2 negara dalam tempoh 5 tahun setelah dia menjadi warganegara dengan hukuman penjara tidak kurang 12 bulan @ denda tidak kurang RM 5 ribu. Memberi khidmat kepada negara lain tanpa kebenaran

Tinggal menetap di negara asing selama 5 tahun berturut-turut kecuali untuk berkhidmat dengan @ bagi kerajaan Malaysia
Memperolehi kewarganegaraan dengan cara penipuan Wanita asing yang mendapat taraf kewarganegaraan melalui perkahwinan, telah bercerai dengan suaminya, kecuali cerai mati.

Cara Mendapatkan Kewarganegaraan

Terdapat 4 cara yang membolehkan seseorang itu mendapatkan taraf kewarganegaraan di Malaysia iaitu melalui:Prinsip Jus Soli (undang2 tempat lahir) Prinsip Jus Sanguinis (undang2 keturunan darah Perkahwinan (bermastautin) Naturalisasi (masukan)

Jus Soli

Ia adalah berdasarkan undang-undang tempat lahir Sesiapa yang lahir di Malaysia antara hari Merdeka dan Oktober 1962, secara automatik mendapat taraf warganegara. Bagi yang lahir selepas 1962 dia boleh menjadi warganegara sekiranya: - ibu @ bapanya warganegara - ibu @ bapanya masih lagi bermastautin di negara ini - dia masih tidak mempunyai kewarganegaraan daripada mana2 negara lain

Jus Sanguinis

Konsep ini merujuk kepada undangundang mengikut keturunan darah. Menekankan kedudukan warganegara bapa seseorang yang dilahirkan. Sekiranya seseorang itu dilahirkan diluar negara, dia tetap menjadi warganegara jika bapanya adalah warganegara.

Perkahwinan

Khusus untuk wanita asing yang berkahwin dgn warganegara Malaysia Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat berikut: - Si suami telah pun menjadi warganegara pada bulan Okt 1962 @ sebelumnya & perkahwinan itu masih kekal; @ - Wanita asing itu telah menetap dalam Persekutuan selama 2 tahun sebelum permohonan itu dibuat - Berniat hendak tinggal kekal - Berkelakuan baik

Naturalisasi

Untuk pemastautin yang tidak lahir di Persekutuan. Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat berikut: - Berumur 21 tahun @ lebih - Telah bermastautin di Persekutuan tidak kurang 10 tahun - Berniat hendak kekal bermastautin dlm negara ini - Berkelakuan baik - Mempunyai pengetahuan BM yang cukup

Kebebasan Hak Asasi

Hak individu dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dalam Bahagian 2

Hak asasi terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:


kebebasan beragama kebebasan diri kebebasan ekonomi.

Kebebasan asasi memberi peruntukan kepada 9 hak asasi iaitu:


Perkara 5 Perkara 6 Perkara 7 Perkara 8 Perkara 9 Perkara 10

Perkara 11 Perkara 12 Perkara 13

Kebebasan diri Keabdian & kerja paksa dilarang Perlindungan kepada UU jenayah Hak sama rata Larangan bungan negeri & kebebasan bergerak Kebebasan bercakap, berhimpun & menubuh persatuan Kebebasan beragama Hak2 berkenaan dengan pelajaran Hak terhadap harta

Kebebasan Beragama

Perlembagaan Malaysia menjelaskan beberapa perkara penting tentang kebebasan agama antaranya: - Setiap orang berhak mengamalkan agamanya - Seseorang di bawah umur 18 tahun tidak boleh diajak mengambil bahagian dalam upacara keagamaan selain daripada agamanya. - Seseorang tidak boleh diminta membayar apa-apa cukai jika hasil pengutan itu digunakan untuk kepentingan agama lain daripada agamanya. - Kelompok seagama berhak mengurus hal2 agamnya termasuk menubuh yayasan dan memiliki harta. - Semua aspek kebebasan beragama hendaklah tidak mengganggu keamanan awam.

Kebebasan diri

Seseorang tidak boleh diambil nyawanya @ dihapuskan kebebasannya melainkan dikehendaki oleh undang-undang. Seseorang itu bebas bercakap, berkumpul, menubuhkan persatuan dan sebagainya Walau bagaimanapun kebebasan tersebut boleh dihadkan demi menjaga kepentingan orang ramai dan negara. Contoh: Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

Kebebasan Ekonomi

Rakyat Malaysia berhak memiliki harta @ diberikan pampasan yang sewajarnya. Boleh menubuhkan persatuan yang memperjuangkan kepentingan pekerjapekerja. Boleh berpakat untuk mengadakan mogok bagi tujuan mendapatkan layanan yang lebih adil daripada majikan.

Peruntukan Khas Perkara 153

Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah perkara 153 bertujuan memelihara hak istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.
Peruntukan ini melibatkan simpanan khas bagi orang Melayu dan bumiputera,beberapa kuota dalam biasiswa, jawatan dalam perkhidmatan awam, lesen berniaga dan perusahaan serta tanah simpanan.

Sekian

Anda mungkin juga menyukai