Anda di halaman 1dari 15

DISEDIAKAN OLEH:

ROSMAN BIN BAHRI PENOLONG PENGARAHG RUSLI BIN MAMAT SEKTOR PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL GURU CEMERLANG BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN

Selaras dengan transformasi pendidikan vokasional kepada Kolej Vokasional Rintis mulai tahun 2012, Competency-Based-Training and Assessment Plan (CBTA PLAN) dilaksanakan di Kolej Vokasional di seluruh negara. Kompetensi adalah kebolehan menunjukkan tugas spesifik (boleh buat) mengikut standard yang memenuhi kehendak industri, majikan, organisasi dan individu. Kompetensi mengandungi pengetahuan, kemahiran dan sikap yang konsisten bagi setiap kemahiran, pengetahuan serta sikap yang merujuk kepada prestasi yang standard di bidang pekerjaan

Pensyarah telah diarahkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) supaya menggunakan Rancangan Sesi Latihan (CBTA PLAN) dalam pengajaran dan pembelajaran. CBTA PLAN merupakan rancangan pengajaran yang ringkas tetapi lebih spesifik dan jelas dalam rangka konsep pembelajaran vokasional dan kemahiran. CBTA PLAN dapat menunjukkan bentuk perancangan dan menjelaskan kemahiran dan subkemahiran yang perlu dipamerkan oleh pelajar. CBTA PLAN juga mampu membantu pensyarah merancang bentuk eviden proses dan eviden produk yang ingin dihasilkan kerana ianya dirancang dengan jelas dan terbukti.

Perancangan pengajaran yang baik amat penting untuk menjayakan satu proses pengajaran dan pembelajaran. Pensyarah perlu merancang isi pembelajaran pelajar, teknik mengajar dan bahan sumber agar proses pengajaran pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Objektif utama menulis Rancangan Sesi Latihan (CBTA PLAN) ialah menolong pensyarah merancang pengajaran dengan lebih baik supaya lebih yakin dan bersedia untuk pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas atau bengkel.

Pendekatan pengajaran pula merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu modul, atau beberapa modul atau sesuatu kemahiran

CBTA PLAN ditegaskan adalah rancangan pengajaran yang digunakan oleh pensyarah untuk merancang sesi latihan teori dan amali. CBTA PLAN boleh dipilih untuk menyediakan CBTA PLAN seperti berikut sama ada: Satu CBTA PLAN bagi setiap modul semester 1 - Teknologi Automotif [ contoh: Modul 1 (Teknologi Automotif) mengandungi 5 kompetensi dan 4 sudkompetensi, maka sediakan 5 CBTA PLAN ], atau, Satu CBTA PLAN bagi sebahagian objektif / hasil pembelajaran [ contoh: Semester 1 - Teknologi Automotif mengandungi 5 modul, maka boleh sediakan 10 CBTA PLAN untuk satu modul, sediakan dua (2) CBTA PLAN ] dan seterusnya jika mampu bolehlah disediakan seberapa banyak CBTA PLAN diperlukan bagi setiap satu modul tersebut. BAGAIMANA PUN CBTA PLAN YANG TERLALU BANYAK ADALAH TIDAK DIGALAKKAN.

Pensyarah adalah digalakkan menggunakan ring-file bagi menyimpan CBTA PLAN supaya lebih kemas dan mudah dikemaskini. Ahli Jawatankuasa Kurikulum Kolej boleh bertindak sebagai penguatkuasa dan penyelaras kepada perubahan ini. Semua CBTA PLAN dan RP CBTA disusun mengikut modul yang telah siap. Modul yang telah siap diletak di atas, manakala modul yang terkemudian akan diletak dibahagian bawah ring-file.

CBTA PLAN disediakan sebelum pengajaran dibuat. Jadual di bawah menerangkan maksud komponen CBTA PLAN. Petak di sebelah kiri menyatakan komponen CBTA PLAN dan di sebelah kanan ialah keterangan bagi setiap komponen CBTA PLAN. Dokumen Standard Kurikulum (Learning Standard) hendaklah dibaca bersama bagi menerangkan maksud jadual di bawah.

KOLEJ VOKASIONAL RANACO. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA RANCANGAN SESI LATIHAN SEMESTER _1___

Jabatan Nama Kursus Kod dan Tajuk Modul Tarikh/Jangka masa pelaksanaan

Jam Pertemuan:

Module Outcomes: ( copy paste dari module outcome dari DSK)

BIL

KOMPETENSI

KAEDAH PENGAJARAN

KAEDAH PENTAKSIRAN

BAHAN / SUMBER

(copy paste dari CONTENT STANDARD dalam DSK)

(copy & paste dari

TEACHING
STRATEGIES)

(nyatakan kaedah pentaksiran seperti kuiz,folio, penghasilan eviden produk atau proses dan lain-lain yang bersesuaian)

(senaraikan bahan sumber pembelajaran seperti bahan sebenar, buku istilah kejuruteraan dan lain-lain yang sesuai)

Jabatan Nama khas bagi kursus.( Cth: Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan) Tajuk Nama kursus Kod dan Tajuk modul Tarikh / Jangka masa perlaksanaan CBTA PLAN Tarikh proses pengajaran dimulakan (Mengikut pecahan mingguan dalam semester)

Objektif latihan Objektif modul seperti yang dinyatakan di DSK ( Dokumen standard kurikulum)

Pentaksiran Menyatakan bentuk pentaksiran yang ingin digunakan oleh pengajar berdasarkan objektif modul.

Kaedah pengajaran (copy & paste dari TEACHING STRATEGIES)


Bahan Sumber Menyatakan bahan sumber pengajaran yang digunakan semasa proses pengajaran sesi latihan ini.(merujuk bahan-bahan seperti buku rujukan, maklumat dari ICT, learning guide dan lain-lain) .

BPK dan BPTV sedang berusaha meningkatkan kecemerlangan PTV di mata industri dan masyarakat dengan memperkenalkan satu rancangan sesi pengajaran secara CBC yang digunakan oleh negara maju dan kaedah ini diiktiraf dunia. Pembaharuan ini adalah sejajar dengan usaha meningkatkan mutu pengajaran guru-guru PTV bagi memantapkan kualiti pendidikan untuk mencapai tahap pensyarah bertaraf dunia. Adalah menjadi harapan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia supaya CBTA PLAN dan RP CBTA di praktikkan dan seterusnya boleh membantu pensyarah mengisi agenda NKRA sebagaimana yang dihasratkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia. .

Sila dapatkan salinan template RANCANGAN SESI LATIHAN daripada pihak urusetia kursus dan mulakan kerja-kerja PENULISAN Rancangan Sesi Latihan untuk bidang masing-masing mengikut KUMPULAN yang telah ditetapkan.