Anda di halaman 1dari 21

BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN

Disediakan oleh : NURUL FATEKAH BINTI ABDULLAH SHAZUWANI BINTI MOHAMAD NOR PISMP BAHASA MELAYU SEMESTER 6

Kata dasar atau morfem dasar, ialah kata-kata yang merupakan morfem bebas yang belum mendapat proses imbuhan (morfem terikat), pengulangan, dan sebagainya. Sebagai contoh :
peta air serap sayur luka

Kata dasar yang diberi imbuhan sama ada imbuhan awalan, sisipan, akhiran atau apitan. Contoh: perkataan tunjuk
Awalan Akhiran apitan tunjuk tunjuk tunjuk pe- + tunjuk = petunjuk tunjuk + -kan = tunjukkan men--kan + tunjuk = menunjukkan

Sisipan

tunjuk

tunjuk + -el- = telunjuk

Merupakan proses pengulangan sesuatu perkataan sama ada pengulangan keseluruhan perkataan, sebahagian perkataan dan pengulangan yang mengalami perubahan pada bunyi fonem. Pengulangan keseluruhan perkataan : meja-meja, rumah-rumah, budak-budak, buku-buku Pengulangan sebahagian perkataan : kata tunggal : laki lelaki, pohon - pepohon perkataan berimbuhan : berlari-lari, terseyum-senyum Pengulangan yang mengalami perubahan pada bunyi fonem : kuih-muih, sayur-mayur, batu-batan, huru-hara

Peleburan kata atau bahagian kata kepada satu kata melalui gabungan satu atau lebih kata dasar. Kemudian diberi makna yang berbeza daripada kata asal. Terdapat tiga jenis penggabungan, iaitu:

> Perangkaian menjadi satu Contoh: beritahu, olahraga, bumiputera


> Penggunaan garis penghubung Contoh: batu-pasir, roda-gigi, dua-sendi, mesin-hitung > Penulisan secara terpisah Contoh: rumah tangga, tengah hari, jalan raya, alat tulis,

Percantuman unsur linguistik atau penggabungan bunyi bahasa atau kata. Kata itu digabungkan menjadi satu dengan meleburkan fonem atau suku kata yang sama. Peleburan kata melalui proses ini adalah dengan menggabungkan perkataan agar kelihatan satu kata dengan menggugurkan fonemfonem tertentu. Misalnya perkataan benda + alir menjadi bendalir terbentuk setelah satu fonem vokal /a/digugurkan. Contoh : meN + salin = menyalin meN + kagum = mengagum beR + rantai = berantai

Bentuk tatabahasa dan leksikal yang berubah disebabkan oleh pengaruh pola seragam lain dalam bahasa, iaitu bentuk yang sudah lazim digunakan. Pembentukan melalui proses ini adalah dengan mengiaskan kata baharu denganbentuk kata yang telah sedia ada. Misalnya perkataan tatabahasa memang telah ada, dan melalui proses analogi diciptakan pula perkataan tatatertib, tatacara dan tatahias.

Contoh: Jurumudi: Tatabahasa:

Lelaki: Tunasusila: Prasangka:

jurubayar, jurubicara / cakap, jurukamera, jurukira, jurumasak, juruselam, jururunding tatakrama / adab, tatabahana, tatabusana, tatacahaya, tataniaga, tatasurya, tatawarna, tatahidup jemari,telunjuk,gerigi tunaaksara, tunabusana, tunadaksa, tunaganda, tunalaras, tunagrahita, tunanetra, tunawicara pralahir, prameswari, prakata, prakarsa, prakonsep

Istilah baru dapat disusun dengan menterjemahkan istilah asing. Contohnya :

Mean sea level


diterjemahkan menjadi

permukaan laut rata-rata

ASAS PENTERJEMAHAN
Asas penterjemahan yang harus diikuti adalah kesamaan dan kesepadanan makna konsep, bukan kemiripan bentuk luarnya. Di samping itu, medan makna dan ciri makna istilah bahasa masing-masing perlu diperhatikan. Contohnya :

Bar-check, diterjemahkan menjadi besi periksa

Melihat hubungan makna antara satu perkataan dengan perkataan lain. Kajian semantik tradisional:

i. Sinonim ii. Antonim iii. Homonim iv. Hiponim v. Polisemi

i. Sinonim
Dua perkataan atau lebih yang maknanya hampir sama atau maknanya seolah-olah sama Contoh: cantik boleh disinonimkan dengan indah

indah boleh disinonimkan dengan cantik

perkataan cantik dan indah bersinonim


(kedua-dua boleh ditukar ganti) Contoh lain: ibu kekal emak abadi

senang

mudah

ii. Antonim
Dua perkataan atau lebih yang maknanya berlawanan. Contoh: gemuk antonimnya kurus lelaki antonimnya perempuan tinggi antonimnya rendah Ali kurus tetapi adiknya gemuk.

iii. Homonim
Perkataan yang mempunyai bentuk dan bunyi yang sama, mendukung makna yang berbeza. Contoh: haus kering tekak haus berkurangan besarnya atau ketebalannya kerana tergosok

Dalam kamus, ditandai angka roman (I,II dan III)


buku I bahan bacaan buku II tempat pertemuan dua ruas (buluh,tebu) : Setiap ruas tebu akan dipotong di tepi bukunya. daki I kotoran daki II panjat

Homonim mengandungi dua konsep, yaitu homofon dan homograf Homofon Perkataan yang sama bunyinya tetapi ejaan dan maknanya berbeza. bang abang / azan (panggilan untuk bersembahyang) bank tempat berurusan wang. masa waktu massa sekelompok benda yang banyak jumlahnya dan tidak teratur

I.

II.

Homograf Kata homograf merujuk pada kata yang sama ejaan tetapi berlainan sebutan. Disebabkan huruf e mewakili dua bunyi, iaitu e-taling atau e pepet. Contoh: semak belukar semak - meneliti atau memeriksa bela - memelihara bela - menuntut bela/balas pelekat - kain sarung pelekat - gam

v. Hiponim
Perkataan yang maknanya dianggap sebagai sebagian daripada makna suatu perkataan lain.

kata yang mempunyai lingkungan dalam struktur makna.


Misalnya, perkataan mawar berhiponim dengan bunga, kerana makna mawar termasuk dalam makna bunga. Contoh perkataan berhiponim:

burung

- merbuk, tekukur, pipit, gagak

kenderaan - kereta, motorsikal, basikal, beca, kapal terbang perabot - katil, meja, almari,

vi. Polisemi
Perkataan yang mempunyai bentuk yang sama tetapi mendukung banyak makna. Contohnya, perkataan berat mempunyai sembilan makna yang berbeza. Antaranya:

i. tekanan benda ii. tidak ringan iii. sukar (dilakukan, diselesaikan) iv. amat sangat, kuat v. menyebelah, memihak vi. berkenaan dengan drama yang mengisahkan perkara yang serius (seperti pergolakan rumah tangga, perjuangan politik, dan sebagainya)

sambungan

Mempunyai makna yang lebih luas daripada homonim Tidak terbatas pada perkataan saja tetapi juga kelompok kata dan ayat. Contoh:

i. Pemenggalan bunyi
am/bil/kan/tong ii. Imbuhan

pe+latih = orang yang melatih atau orang yang dilatih


iii. Kelompok kata

makan nasi, makan angin, makan gaji, makan garam

SEKIAN, TERIMA KASIH