Anda di halaman 1dari 29

Sistem ekonomi di Asia Tenggara

PERTANIAN SARA DIRI

Sehingga abad ke-19 pertanian sara diri, iaitu penanaman bahan makanan - terutamanya padi untuk keperluan diri serta untuk kewajipan cukai, merupakan kegiatan ekonomi yang asas bagi kebanyakan penduduk Asia Tenggara. Kegiatan pertanian ditekankan kerana kebajikan masyarakat dan ketenteraman negara bergantung kepada kebolehan negara berkenaan mengeluarkan makanan yang cukup untuk keperluan rakyatnya. Justeru itu, salah satu tugas raja yang amat penting ialah menjalankan upacara untuk menentukan hasil yang tinggi.

Di peringkat kampung juga, pelbagai upacara diamalkan untuk mencapai tujuan yang sama. Kerajaan juga menuntut hasil pertanian yang diperolehi oleh petani.

Tuntutan kerajaan terhadap hasil petani adalah berdasarkan dakwaan bahawa semua tanah merupakan hak milik raja dan rakyat hanya membayar cukai sebagai balasan untuk keizinan mengerjakan tanah itu.

Contohnya di Vietnam sistem personal share land memperuntukkan tanah kepada pegawai kerajaan berdasarkan kepada pangkat mereka dan kepada petani lelaki mengikut umur dan taraf kesihatan mereka. Tanah ini diagihkan semula setiap tiga tahun mengikut keadaan semasa. Di samping tanah pegangan persendirian ini terdapat juga "tanah umum" yang diperuntukkan kepada golongangolongan khas seperti askar, anak yatim, balu dan orang miskin yang tidak berupaya membayar cukai mereka.

Tanah umum ini tidak boleh dijual tetapi boleh disewa kepada para petani untuk tempoh maksima tiga tahun dan wang sewa itu dikhaskan untuk kegunaan kampung.

Di Burma pula, tanah dibahagikan kepada tiga jenis:


tanah kerajaan, tanah persendirian dan tanah biara.

Tanah kerajaan dikerjakan oleh golongan ahmudan untuk manfaat negara. Tanah persendirian diwarisi oleh sesebuah keluarga atau kampung dan jarang dikenakan cukai sehingga penghujung abad ke- 19 apabila cukai kepala dikenakan terhadap golongan athi. Tanah biara pula didermakan oleh orang perseorangan atau raja untuk menampung golongan sangha. Tanah ini dikerjakan oleh hamba biara (hpaya-kyun) dan tidak dikenakan cukai.

Selain daripada pengurusan tanah, pihak kerajaan tidak banyak memberi sumbangan demi meningkatkan daya pengeluaran. Penggunaan sistem perairan hanya didapati di lembah Kyaukse dan Irrawaddy di Burma serta lembah Sungai Merah di Vietnam.

Bagaimanapun teknologi pertanian tidak menampakkan kemajuan. Dalam kedudukan ini lebihan hasil - yang dikeluarkan oleh para petani adalah terhad. Kehidupan mereka sederhana sahaja dibandingkan dengan kemewahan yang dinikmati oleh golongan bangsawan.

Kemiripan mereka ialah cuba mengelakkan cukai. Amalan ini dimudahkan oleh sistem pemungutan cukai kerana kerajaan pusat bergantung kepada keikhlasan pegawai kampung untuk menaksirkan jumlah hasil yang patut diserahkan kepadanya. Jadi, pegawai kampung berada dalam kedudukan yang penting untuk menghadkan pengaliran kekayaan kepada kerajaan dan meningkatan sumber untuk kegunaan diri dan kampung mereka.

Namun, kelenturan ini mempunyai hadnya dan dikawal oleh hubungan patron-klien yang menyusupi keseluruhan masyarakat tradisional. Kesimpulannya, walaupun ekonomi pra-kolonial ini disifatkan sebagai ekonomi saradiri, ia mampu menghasilkan cukup lebihan untuk menampung sebuah kerajaan yang memakan perbelanjaan besar.

Sebagai contoh, kekuatan sesebuah kerajaan itu dipamerkan melalui kemewahan yang menonjol, mempunyai angkatan tentera yang besar, contohnya negara Siam dan Burma menyara golongan sangha yang besar jumlahnya. Di samping itu, lebihan beras telah menjadi barang eksport dari awal lagi. Jawa merupakan antara pengeluar utama beras. Siam, Burma dan Kampuchea turut serta dalam kegiatan ini dan pelanggan mereka ialah pelabuhanpelabuhan penting seperti Melaka, Brunei, Banjarmassin.

PERTANIAN TANAMAN KONTAN

Pertanian tanaman kontan telah diusahakan secara meluas sejak abad ke- 15 sehingga hasilnya iaitu bunga cengkih, kapas dan gula telah menggantikan hasil hutan dan laut sebagal eksport utama Asia Tenggara. Permintaan dunia dan harga yang tinggi telah mengakibatkan ramai penduduk Asia Tenggara terutamanya di Sumatera, Tanah Melayu dan Borneo, menceburkan diri dalam penanaman lada. Pada parmulaannya, kebanyakan penanaman ini dilakukan oleh penanam-penanam di pedalaman.

Di Banten, umpamanya sultan telah memerintah bahawa setiap penduduk yang melebihi umur 16 tahun mesti menanam 500 pokok lada setahun dan pembesar-pombesar dipertugaskan mangutip hasilnya.
Lada merupakan tanaman kontan yang paling bernilai antara abad ke-15 dan ke-18 dan pasarannya meliputi Eropah, India dan China.

Komoditi ini jugalah yang telah menarik pihak Belanda ke Indonesia, mula-mula untuk berniaga, kemudian dengan perluasan kuasa mereka sistem serahan secara paksa dikenakan dan akhirnya memuncak dengan Sistem Kultur yang menetapkan bahawa hasil daripada 1/5 tanah setiap petani diserahkan sebagai cukai.

Mulai abad ke-18 penanam-penanam China turut terlibat dalam pengeluaran lada, antaranya di Pulau Pinang, Johor dan Brunei tetapi pada abad berikutnya penamanan tumbuhan ini telah merosot kerana lada tidak mendatangkan keuntungan yang begitu lumayan lagi. Kapas ditanam secara lebih meluas daripada lada . Sementara padi juga ditanam untuk pasaran serantau. Oleh sebab penanaman kapas memerlukan musim kering, barangan ini selalunya dibekalkan oleh kawasan-kawasan kering kepada kawasan yang lebih basah sama ada dalam bentuk kapas mentah atau kain. Contohnya bahagian timur, Jawa, Bali, Lombok dan Sumbawa membekalkan kain ke Maluku, Sulawesi, Borneo dan Tanah Melayu.

Kawasan kering Luzon, Cebu dan Panay memasarkan kapas ke pulau-pulau yang lebih basah di Filipina, Kampuchea menjual kapasnya kepada Patani. Pada abad ke-18, dan mungkin sebelum itu juga, kapas dari bahagian tengah Burma dibawa melalui jalan kafilah untuk diniagakan di Yunnan. Tebu merupakan tumbuhan yang asli kepada Asia Tenggara tetapi pengeluaran gula tidak bermula di rantau ini sehingga abad ke-17 apabila cara penapisan diperkenalkan dari China. Gula yang dikeluarkan di Jawa, Siam, Kampuchea dan Vietnam dijual kepada China dan Jepun.

Siam telah mengeksport sejumlah lapan juta paun gula menjelang tahun 1820-an dan jumlah ini pasti telah meningkat selepas tahun 1943 apabila penanaman tebu dan industri gula telah diberi keutamaan dalam rancangan kerajaan Siam untuk memperkembangkan ekonominya.

Gula juga merupakan salah satu tumbuhan yang ditanam secara meluas di Jawa di bawah Sistem Paksaan dan Rodi Tanaman.

Filipina juga menjadi pengeksport gula yang penting mulai tahun 1770-an. Tumbuhan saradiri tradisional, padi juga semakin menjadi tanaman kontan utama, khususnya di Siam.

Dengan termeterainya Perjanjian Bowring (1855) dan persetujuan Siam, mengeksport beras, penanaman padi untuk eksport telah dipesatkan.

Selain daripada itu, beberapa tanaman baru turut diperkenalkan dan menjadi semakin penting sebagai sumber pendapatan contohnya tembakau di Siam serta kopi dan teh di Indonesia. Pertanian kontan telah mendatangkan kekayaan, hubungan antara bangsa dan perubahan sosial negara-negara yang terlibat.
Golongan-golongan yang mendapat banyak menfaat daripada perkembangan ini ialah pemerintah di pelabuhan-pelabuhan yang memasarkan hasil-hasil ini, peniaga-peniaga dan pengantara-pengantara yang membiayai penerokaan pertanian tanaman kontan ini.

Parkembangan yang pesat ke arah ini juga telah mengubah perhubungan sosial dalam masyarakat berkenaan.

Umpamanya di Siam, sesetengah phrai yang terlibat dalam pertanian tanaman kontan ini telah mendapat keizinan nai mereka untuk menggantikan perkhidmatan mereka kepada nai dengan pembayaran wang. Kebebasan daripada kewajipan tradisional itu membolehkan phrai memajukan usaha pertanian yang mendatangkan pendapatan yang lumayan.
Melalui proses ini, hubungan patron-klien menjadi semakin longgar. Perkembangan pertanian tanaman kontan juga membawa bersamanya kemasukan semakin ramai penanam asing, terutamanya penanam Cina.

PERDAGANGAN

Sepanjang sejarahnya, perdagangan merupakan unsur yang amat penting dalam ekonomi Asia Tenggara. Pemerintah-pemerintah Asia Tenggara memperolehi keuntungan daripada perdagangan antara bangsa melalui cukai, monopoli diraja barang-barang import dan eksport yang bernilai tinggi dan ekspedisi perdangangan antarabangsa dalam kapalkapal yang dimiliki atau disewa oleh raja.

Keuntungan ini digunakan untuk menaungi golongan pembesar dengan pemberian barang-barang mewah, pembinaan istana atau bangunan-bangunan ibadat untuk mempamerkan keagungan baginda dan memperkukuhkan keupayaan ketenteraan baginda dengan pemerolehan kapal perang, askar upahan dan senjata yang diimport.

Perdagangan asing tetap menjadi punca penting kuasa ekonomi dan selanjutnya kuasa politik pemerintah Asia Tenggara pada abad ke-19.

Justeru itu, tidak hairanlah pihak Barat bertindak tegas membolot perdagangan asing di Jawa dan Filipina. Raja-raja Burma menggalakkan perdagangan dengan menghantar utusan-utusan ke negaranegara maritim disamping menawarkan konsesi perdagangan dan pengurangan cakai kastam. Pada tempoh awal Wangsa Konbaung, Burma telah menjadi pembekal utama kayu jati dan kapal-kapal yang diperbuat daripada kayu jati di sekitar Lautan India.

Burma juga telah mengeksport kapas dalam jumlah yang semakin meningkat ke India.
Jumlah dagangan yang dikendali di pelabuhanpelabuhan Burma pada awal abad ke-19 adalah dua kali ganda jumlahnya seratus tahun sebelum itu. Kehilangan pendapatan daripada pelabuhanpelabuhan yang diambilalih oleh pihak British selepas Perang Inggeris-Buma Pertama dan Kedua telah menjejaskan kesejahteraan kewangan diraja dan manyumbang kepada keruntuhan Wangsa Konbaung pada akhirnya.

Di Thailand misalnya, penekanan yang diberi kepada perdagangan asing oleh raja-raja Chakri merupakan penerusan suatu tradisi yang telah menjadikan Ayudhya pelabuhan yang paling cergas di Tanah Besar Asia Tenggara pada zaman Iampau. Namun, terdapat dua perbezaan penting antara perdagangan pada zaman Ayudhya dan perdagangan zaman Bangkok.

Pertama, perdagangan asing pada zaman Ayudhya merupakan monopoli diraja sementara penguasaan perdagangan oleh raja semakin dilonggarkan pada zaman Bangkok dan akhirnya dibatalkan oleh Raja Rama III pada tahun 1824.
Kedua, Kebanyakan barang-barang yang diperolehi melalui perdagangan monopoli adalah untuk kegunaan istana sementara import-import pada permulaan zaman Bangkok adalah untuk kagunaan rakyat dan untuk memulihkan ekonomi negara selepas penewasan oleh Burma.

Galakan yang diberi kepada penglibatan orang Cina turut merupakan unsur yang penting untuk pemulihan ekonomi Siam pada tahap itu. Sebahagian besar perdagangan luar Siam dikendalikan oleh peniaga Cina mulai penghujung abad ke-17.

Akibatnya, perdagangan Siam dengan China berlipat kali ganda pada separuh kedua abad ke-18 dan demikian juga perdagagan antara Siam dengan pelabuhan-pelabuhan lain di Asia Tenggara yang diuruskan oleh perniaga Cina.
Komoditi utama yang dieksport oleh Siam ialah gula, garam, beras dan lak.

Kerajaan Siam semakin insaf bahawa liberalisasi perdagangan yang menggerakkan rakyat meningkatkan pengeluaran tanaman kontan demi memenuhi permintaan perdagangan asing merupakan asas kemakmuran ekonominya. Perkembangan ke arah ini dipesatkan lagi dengan termeterainya Perjanjian Bowring yang menamatkan penguasaan diraja terhadap perdagangan dengan pihak Barat juga. Manakala di Vietnam, perdangangan asing adalah lebih menjurus kepada China tetapi selepas pengasasan Singapura sebagai pelabuhan antarabangsa, Vietnam kerap menghantar kapalnya ke sana juga untuk menukarkan berasnya supaya mendapat candu.

Maharaja Vietnam masih berpegang kepada monopolinya dalam perdagangan sutera, teh, sumbu badak, gula dan beras. Kerajaan Nguyen inginkan perdagangan dengan Barat juga tetapi tertakluk kepada syaratnya sendiri, umpamanya, menghadkan pardagangan ini kepada pelabuhan-pelabuhan tertentu, mengharamkan pengeksportan komoditi asas Vietnam seperti beras dan sutera.

Kekhuatiran kerajaan Vietnam ialah pendedahan kepada pengaruh Barat, terutamanya penyebaran agama Kristian, akan menjejaskan keutuhan masyarakatnya dan justeru itu minatnya terhadap perdagangan dengan Barat semakin merosot dengan peningkatan jumlah penganut Kristian di Vietnam.

Cara yang digunakan untuk menebatkan rakyat Vietnam daripada pengaruh barat ialah menjalankan perdagangan ini melalui pengantara Cina yang dikawal oleh birokrasi Vietnam. Daripada contoh-contoh di atas, jelas bahawa kerajaan-kerajaan Asia Tenggara memang berminat kepada perdagangan, termasuk perdagangan dengan barat, tetapi cara yang dipilih untuk mengendalinya adalab bergantung kepada pertimbangan dalaman negara berkenaan.

Manfaat yang dinikmati daripada pardagangan ini perlu diimbangi dengan mudarat yang mungkin timbul daripada pembukaan negara mereka kepada usaha niaga barat.

Pengalaman satu demi satu kerajaan di Asia Tenggara terutamanya di kawasan kepulauan yang telah hilang autonomi mereka susulan dari jalinan hubungan perdagangan dengan kuasa Barat telah menjadi pengajaran kepada kerajaan-kerajaan ini dan mengakibatkan sikap berwaspada dalam kalangan mereka.

Anda mungkin juga menyukai