Anda di halaman 1dari 6

KAEDAH KEEMPAT

Kemudharatan Mesti Dihapuskan

MAKSUD KAEDAH
Kemudharatan wajib dihilangkan kerana ia satu bentuk kezaliman. Oleh itu, ia tidak boleh dibiarkan kerana setiap kemudharatan ditolak dan dihindarkan serta langsung tidak wajar untuk berlaku

DALIL KAEDAH
Al-Quran


Ayat-ayat ini menunjukkan pengharaman melakukan kemudharatan dan menegah ia daripada berlaku

DALIL KAEDAH
Hadis


Nabi (s.a.w) menafikan sama sekali daripada berlakunya kemudharatan dalam Islam HARAM melakukan sesuatu yang mendatangkan kemudharatan

KAEDAH TERBITAN

Sesuatu yang ditegah atau diharamkan diharuskan apabila keadaan terpaksa atau terdesak. Cth : Harus makan bangkai ketika sangat lapar untuk menyelamatkan nyawa


Pengharusan atau kebolehan tersebut hanyalah sekadar untuk menghilangkan kemudharatan yang sedang menimpa. Cth : Doktor lelaki diharuskan merawat wanita ajnabi pada bahagian sakit sahaja.


Perkara bahaya tidak boleh dihilangkan dengan melakukan perkara yang bahaya juga. Cth : Doktor tidak boleh mengambil darah seseorang untuk didermalkan pada pesakit yang lain jika darah tersebut menyebabkan ia lebih tenat atau mati.


Menolak perkara membawa bahaya lebih diutamakan daripada mengambil kemaslahatan. Apabila dalam sesuatu perkara itu, padanya terdapat manfaat namun disitu juga terdapat kerosakan. Harus diutamakan untuk menghilangkan kemudharatan.


Keperluan itu diletakkan pada kedudukan darurah

Anda mungkin juga menyukai