Anda di halaman 1dari 14

ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN JASMANI

HUKUM NEWTON DALAM PENDIDIKAN JASMANI

Disediakan oleh : Edward Poil PPSIMP PJ/BI/BM SEMESTER 1 2008

PERGERAKAN Berlaku apabila keseimbangan terganggu.Semua objek yang bergerak akan tertakluk kepada Hukum Newton.Daya diperlukan untuk:

Menggerakkan objek Menghentikan objek yang bergerak Mengurangkan atau menambahkan kelajuan objek yang bergerak Mengubah arah

Hukum Newton Pertama :Hukum Inertia


Suatu objek yang pegun,akan berada di dalam keadaan statik kecuali diganggu oleh daya luar,atau jika bergerak akan bergerak terus dalam arah yang sama dan dalam garisan lurus melainkan jika diganggu oleh daya luar.

3 konsep penting Hukum Inertia :

Otot-otot besar menghasilkan daya yang lebih berbanding dengan otot-otot kecil. Sedikit daya diperlukan untuk mengekalkan kelajuan dan arah (momentum) objek yang sedang bergerak. Daya yang lebih, perlu untuk menghentikan objek yang berat dan bergerak cepat (menyerap momentum )

MOMENTUM
Bermaksud jumlah pergerakan yang dipunyai oleh sesuatu objek yang bergerak.

Hukum Newton Kedua : Hukum Pecutan


Perubahan dalam kelajuan objek adalah berkadar langsung kepada daya yang menghasilkannya tetapi ia berkadar songsang dengan jirim.

Konsep-konsep penting Hukum Pecutan

Objek yang berat memerlukan daya yang besar untuk meningkatkan kelajuan atau melambatkannya. Peningkatan kelajuan adalah berkadar terus kepada daya.Apabila daya besar dikenakan,maka kelajuan ditingkatkan. Jika daya yang sama dikenakan dan dalam tempoh yang sama ke atas dua objek berlainan berat,pecutan objek ringan akan lebih meningkat berbanding dengan objek berat. Jika objek yang berlainan berat digerakkan kehadapan dengan kelajuan yang sama,objek yang lebih berat akan mendapat momentum yang lebih besar.

Hukum Ketiga Newton


Bagi setiap aksi,ada reaksi yang sama dan bertentangan.

Konsep-Konsep Penting

Apabila sesuatu objek memberi tekanan kepada objek kedua,objek kedua itu memberi tekanan yang sama kepada objek pertama itu. Daya bertentangan menghapuskan di antara satu sama lain jika ia terdapat di dalam jasad yang sama.Dalam sukan,daya sama dan bertentangan wujud di dalam jasad yang yang berbeza.

APLIKASI HUKUM NEWTON DALAM PENDIDIKAN JASMANI

LOMPAT TINGGI

Faktor Mekanikal

Kelajuan Lonjakan

Kelajuan = lompatan menggunakan kaki secara drastik kepada setiap lompatan. Dipengaruhi oleh daya komponen mendatar dan kompenan menegak. Daya komponen ini mengawal kelajuan pelepasan dan terus kepada kedudukan pinggang selepas lonjakan. Lompatan yang baik ialah memperlahankan kelajuan mendatar dengan kadar yang paling perlahan. Ketika menghasilkan daya menegak, kedudukan pinggang perlu berada dibawah persediaan melompat. Kelajuan semasa berlari sangat penting, tetapi sekiranya lonjakan terlalu cepat, kaki lonjakan tidak terkawal.

Kelajuan dalam lonjakan yang terbaik adalah dengan menggunakan pecutan secara beransur-ansur. Masa yang biasa untuk memperlahankan penujuan apabila atlit mula membuat penukaran daripada mendatar kepada menegak. Kebanyakan masalah disebabkan faktor-berikut berikut:

Kelajuan kaki yang berkurangan ketika langkah kedua yang terakhir sebelum melonjak. Berhenti dengan kaki lonjakan. Kedudukan pinggag terlalu rendah supaya dapat berlari dengan lebih laju.

Pinggang mestilah direndahkan sedikit dengan membengkokkan bahagian buku lali, lutut dan pinggang. Perubahan dari mendatar kepada menegak adalah secara melembutkan pinggang dan tidak mengurangkan kelajuan mendatar.

KETINGGIAN PINGGANG SEMASA MELONJAK Terdapat tiga teknik berbeza yang membantu meningkatkan pusat tubuh kepada ketinggian yang maksimum.

Teknik pertama = kebolehan berlari secara tinggi dan tegak yang diperlukan. Semasa fasa larian penujuan, sehingga sampai ke fasa lonjakan, kaki hendaklah memijak terus di bawah pinggang. Setiap kecenderungan untuk melangkah terlebih luas akan menyebabkan kedudukan pinggang berada di bawah. Teknik kedua = lompatan yang efektif mempunyai kebolehan untuk memendekkan langkah terakhir sebelum melakukan lonjakan. Kependekan langkah akan menyebabkan pinggang naik atau berada diatas. Teknik ketiga = kelajuan semasa lonjakan. Faktor ini memberi kesan yang penting pada ketinggian pinggang sepanjang lonjakan. Kelajuan lonjakan yang tinggi dan kedudukan pinggang yang tinggi akan membuat lengkungan layangan lompatan tersebut.

SUDUT LONJAKAN

Sudut melalui pusat badan iaitu pinggang pelompat. Layangan atau parabola ditentukan oleh dan semasa atlit mengangkat kakinya untuk lompatan. Ketika atlit berada di udara, laluan tidak boleh ditukar. Pelompat itu memulakan lompatan dan mendarat pada sudut yang sama. Sudut lonjakan hasil daripada kelajuan larian. Semakin cepat fasa penujuan itu dan tanpa gangguan pergerakan, semakin mendatar sudut lonjakan itu. Sudut lonjakan yang rendah sangat penting dalam lompat jauh. Penyelesaian yang jelas menghasilkan kelajuan yang tinggi ketika di laluan larian dan dalam melakukan lonjakan. Lompat tinggi ialah pengecualian dalam prinsip kelajuan kerana atlit lompat tinggi mencuba untuk mencipta kompenen menegak atau lompatan yang tinggi dengan menggunakan kaki. Tetapi dalam lompat tinggi, kelajuan sangat penting dan sudut lonjakan lebih mendatar daripada yang kita fikirkan. Lompatan terbaik di dunia ialah dalam lingkungan 52 sudut lonjakan.