Anda di halaman 1dari 20

EKONOMI ASAS

TINGKATAN 5

6.1
WANG

Disediakan Oleh
NOR EAIZAN BIN MOHD NOOR
Ketua Panitia
Prinsip Perakaunan dan Ekonomi Asas
SMK Jelai [Felda]
http ://ekonomiasas.wordpress.com
PENGERTIAN WANG

Sebarang benda (komoditi) yang boleh diterima


umum sebagai alat perantaraan pertukaran barang
dan perkhidmatan.
EVOLUSI WANG
CIRI-CIRI WANG

Diterima Umum
Benda yang hendak dijadikan wang mestilah
diterima umum sebagai alat perantaraan
pertukaran barang/perkhidmatan.
Penawaran terhad
Benda yang hendak dijadikan wang mestilah
kuantitinya tidak terlalu banyak sehingga
menjejaskan nilainya ; tidak terlalu kurang hingga
menjejaskan aktiviti ekonomi.

Kestabilan Nilai
Benda yang hendak dijadikan wang mestilah
nilainya tidak mudah berubah dalam jangka masa
pendek atau panjang.
CIRI-CIRI WANG

Tahan lama
Benda yang hendak dijadikan wang mestilah
tahan lama dan tidak mudah rosak supaya
boleh digunakan untuk suatu jangka masa yang
panjang.

Mudah dibawa
Benda yang hendak dijadikan wang mestilah
bersaiz kecil dan ringan supaya mudah dibawa
kemana-mana sahaja.

Boleh dibahagikan kepada unit


yang lebih kecil
Benda yang hendak dijadikan wang mestilah
boleh dibahagikan kepada unit-unit nilai yang
lebih kecil bagi membolehkan urus niaga dapat
dijalankan dengan mudah dan tepat.
JENIS-JENIS WANG
Duit syiling
•Memudahkan aktiviti urus
niaga yang melibatkan nilai
muka yang kecil
•Mempunyai nilai muka yang
kecil seperti 5 sen, 10 sen, 20
sen dan 50 sen yang diperbuat
daripada campuran logam.
•Merupakan wang tanda iaitu
mempunyai nilai muka yang
lebih tinggi berbanding nilai
sebenar bahan untuk
membuatnya.
•Merupakan wang sah iaitu
wang yang mesti diterima
untuk sebarang pembayaran
dalam negara pengeluar wang
tersebut [ wang yang
dikeluarkan oleh kerajaan
JENIS-JENIS WANG

Wang kertas

•Digunakan dalam urus niaga


yang lebih besar nilainya.
•Mempunyai nilai muka RM1,
RM5, RM10, RM50, RM100
•Mesti disandarkan kepada
rizab antarabangsa dalam
bentuk emas dan pertukaran
asing bagi menjamin nilainya
dan mengelakkan inflasi.
•Merupakan wang tanda dan
wang sah.
JENIS-JENIS WANG

Deposit Semasa
•Kemudahan yang ditawarkan oleh
bank perdagangan sahaja.
•Pemegang akaun deposit semasa
diberi buku cek dan boleh membuat
pembayaran dengan menggunakan
cek.
•Penerima cek berkenaan akan
menunaikannya di bank
perdagangan dan apabila ditunaikan
jumlah deposit semasa pemegang
akaun tersebut akan berkurang.
•Kelebihan deposit semasa – boleh
membuat pembayaran bila-bila
masa, mudah dibawa (tidak perlu
membawa wang tunai dengan
banyak), dan selamat dikendalikan.
•Bukan wang sah – oleh itu
pembayaran menggunakan cek
Contoh cek [deposit semasa]
FUNGSI WANG

Perantaraan
Pertukaran

Memudahkan urus niaga


dijalankan kerana hanya
perlu membayar sejumlah
wang tertentu untuk
melakukan urus niaga.

Wang tersebut mestilah


mempunyai ciri diterima
umum untuk
menjadikannya sebagai
alat perantaraan
pertukaran.
FUNGSI WANG

Unit Ukuran Nilai

Mengukur/menilai
sesuatu barangan dalam
bentuk harga.

Memudahkan
perbandingan nilai antara
satu barang dengan
barang yang lain.

Wang tersebut mestilah


mempunyai ciri boleh
dibahagikan kepada unit
yang lebih kecil bagi
membolehkannya
FUNGSI WANG

Simpanan Nilai

Wang dapat berfungsi


sebagai alat simpanan
nilai kerana mempunyai
ciri kestabilan nilai dan
tahan lama.

Disamping itu, wang


yang disimpan di institusi
kewangan akan
memperoleh faedah atau
dividen. Ini
menggalakkan orang
ramai membuat
FUNGSI WANG

Bayaran Tertunda

Wang membolehkan
sesuatu pembayaran
dilakukan secara ansuran
kerana mempunyai ciri
kestabilan nilai.

Penjual sanggup
menerima bayaran
ansuran kerana yakin
bahawa wang
mempunyai nilai yang
stabil untuk satu jangka
masa yang lama.
PERBANDINGAN SISTEM WANG DAN SISTEM
BARTER
SISTEM WANG ASPEK SISTEM BARTER

Dapat berfungsi sebagai Tidak dapat berfungsi


alat perantaraan Perantaraa sebagai alat
pertukaran yang baik. n perantaraan pertukaran
Pertukaran yang baik.

Tidak memerlukan Kehendak serentak


kehendak serentak. amat diperlukan dalam
pertukaran

Individu boleh Pertukaran hanya boleh


menjalankan dilakukan antara dua
pengkhususan individu
PERBANDINGAN SISTEM WANG DAN SISTEM
BARTER
SISTEM WANG ASPEK SISTEM BARTER

Barangan diukur Sukar mengukur nilai


berasaskan mata wang Ukuran sesuatu barang
Nilai

Contoh : Contoh :
Sepasang kasut Seekor lembu perlu
berharga RM25. ditukar dengan berapa
ekor ayam?
PERBANDINGAN SISTEM WANG DAN SISTEM
BARTER
SISTEM WANG ASPEK SISTEM BARTER

Wang yang bersifat Kebanyakan barang


tahan lama dan tidak Simpanan yang digunakan dalam
mudah rosak Nilai proses pertukaran tidak
menjadikan wang tahan lama.
berfungsi sebagai alat
penyimpan nilai yang
Wang
baik. yang disimpan di Mengalami susut nilai
insitusi kewangan akan dan tidak boleh
dibayar faedah/dividen. disimpan untuk tempoh
yang lama.
PERBANDINGAN SISTEM WANG DAN SISTEM
BARTER
SISTEM WANG ASPEK SISTEM BARTER

Dapat berfungsi sebagai Sesetengah barang


alat bayaran tertunda Bayaran tidak tahan untuk suatu
Tertunda tempoh yang lama.

Boleh membeli pada Nilai sesuatu barangan


masa sekarang dan tidak stabil untuk
membayar pada masa dijadikan pertukaran
hadapan pada masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai