Anda di halaman 1dari 6

CIRI-CIRI BAHASA

BAHASA YANG DINAMIS


Maksud Bahasa yang
dinamis:
§ Bahasa yang bersifat dinamis bermaksud bahasa
yang bertenaga dan berkekuatan serta mampu
membuat penyesuaian serta menerbitkan
pembaharuan dan kemajuan.
PENGENALAN
Dalam konteks ini bahasa berkembang dari masa
ke semasa untuk mencapai keadaan saling terjemah
dengan beberapa bahasa moden lain.Ini
dilaksanakan terutamanya dengan pemupukan
istilah-istilah baharu,khususnya istilah dalam
bidang-bidang teknikal.Jawatnkuasa-jawatankuasa
istilah telah dibentuk dan hingga kini,lebih 600 ribu
istilah teknikal telah dicipta meliputi berbagai-
bagai bidang ilmu(kejuruteraan,kedoktoran,sains
angkasa,kehakiman,senihalus dan lain-lain)dan
bidang displin.
PENYESUAIAN
Dari aspek penyesuaian Bahasa Melayu itu sendiri,pada
awal abad ke-18 Francois Valentijn,dalam karangannya
yang mengandungi enam jilid telah menyenaraikan
karya-karya ilmu pengetahuan yang ditulis tentang
kepulauan melayu dan yang wujud pada akhir abad
yang ke tujuh belas dan awal abad ke lapan belas.Karya
Valentijn ini merupakan satu bukti nyata tentang
keupayaan Bahasa Melayu menyesuaikan dasar-
dasarnya serta landasannya.Pada masa itu,Bahasa
Mealyu juga mengalami penyesuaian dengan memikul
beban tugas sebagai bahasa kebangsaan,bahasa
rasmi,bahasa negara,bahasa pentadbiranbahasa
perhubungan umum,bahasa pengantar dan bahasa
ilmiah di sekolah serta institusi-institusi pengajian tinggi
PEMBAHARUAN
Dari segi pembaharuan bahasa itu secara konseptualnya
proses penyeragaman bahasa telah berlaku dimana ia
meliputi ejaan, perkamusan dan tatabahasa.Usaha
pengekodan,ejaan telah dilaksanakan dengan
mengadakan satu sistem ejaan baharu untuk mengatasi
kelemahan sistem-sistem yang sedia ada.Seterusnya
perkamusan sesuatu bahasa pula mampu
menambahkan jumlah perbendaharaan kata biasa
bersifat khusus atau teknikal.Usaha dalam bidang
pengkamusan ini telah dilakukan oleh pihak dewan
bahasa dan pustaka dan juga orang
perseorangan.Penyeragaman tatabahasa pula
mempunyai dua bahagian dalam bidang morfologi serta
bahagian pembentukan kata dan sintaksis bahagian
pembentukan frasa dan ayat.
KEMAJUAN
Kemajuan Bahasa Melayu pula mempamerkan
perancangan bahasa ke taraf yang lebih maju
mengikut fishman et. al (1971) proses
memajukan bahasa meliputi usaha-usaha ke
arah penyerapan variasi-variasi bahasa dari segi
daerah dan sosial melalui penyediaan
tatabahasa kamus panduan ejaan dan
sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai