Anda di halaman 1dari 10

Perang Dingin

Dibentangkan oleh :-

Pengenalan
Perang Dingin ialah persaingan terbuka tetapi terhad yang bermula selepas Perang Dunia Kedua antara Amerika Syarikat dan sekutunya dengan Kesatuan Soviet dan sekutunya. Pergeseran ini dikenali sebagai Perang Dingin kerana ia tidak membabitkan pertempuran bersenjata secara langsung antara kuasa besar (perang "panas") secara besar-besaran. Perang Dingin dijalankan melalui tekanan ekonomi, bantuan terpilih, pergerakan diplomatik, propaganda, pembunuhan, operasi ketenteraan tahap rendah dan perang proksi sepenuhnya antara 1947 sehingga kejatuhan Kesatuan Soviet pada 1991. Istilah ini dipopularkan oleh pembiaya dan penasihat politik AS Bernard Baruch pada April 1947 semasa perdebatan mengenai Doktrin Truman.

Sebab berlakunya perang dingin

Kebuntuan dalam siri rundingan selepas perang dunia kedua menimbulkan bibit perpecahan dan akhimya membawa kepada kemunculan blok dunia dan Perang Dingin. Perang Dingin berlaku disebabkan ideologi dan fahaman politik yang berbeza. Persaingan kuasa yang berlaku antara blok kapitalis yang diketuai oleh Amerika Syarikat dengan blok komunis yang diketuai oleh Soviet Union. Kedua-dua blok ini ingin membuktikan kekuatan masingmasing. . Mereka berusaha menyebarkan pengaruh dan memajukan kepentingan masing-masing di Eropah dan juga di Asia . Kedua-dua blok ini menyebarkan propaganda serta bantuan ekonomi dan ketenteraan.

Kegagalan 3 Siri Rundingan

Sejak tahun 1943 - 1945, pemimpin Kuasa Berikat iaitu AS, Rusia, Perancis dan Britain mengadakan 3 siri pertemuan untuk membincangkan keadaan politik di Eropah lebih-lebih lagi ketika Jerman berada di ambang kekalahan. Perbincangan ini menyangkut hal konsesi Rusia di Eropah Tengah, pembahagian negara Jerman kepada 4 zon tentera, penguasaan Rusia ke atas Poland dan isu penguasaan ke atas Eropah Timur dan Eropah Tengah. Walau bagaimanapun, 3 siri perbincangan di Teheran, Yalta dan Postdam ini tidak mencapai kata putus. Keadaan ini menyebabkan keretakan hubungan sehingga membawa kepada Perang Dingin. Lebih mengeruhkan keadaan, rakan dalam Kuasa Berikat curiga dengan tindak-tanduk Rusia yg dikuasai oleh

Perbezaan Ideologi [Kapitalisme vs Komunisme]


Perbezaan ideologi juga menyumbang kepada meletusnya Perang Dingin. AS mendukungideologi kapitalis manakala Soviet Union mengamalkan ideologi komunis. Hal ini menimbulkan persaingan dan konflik untuk mendapatkan pengaruh.

Kemerosotan Ekonomi di Eropah

Kesan daripada PD2, ekonomi di negara2 Eropah terjejas teruk. Ekonomi Britain, Perancis, Jerman, Itali dan Belanda terjejas berikutan sebahagian besar pendapatan negara diperuntukan membiayai PD2. Kelemahan ekonomi negara terbabit membolehkan AS menawarkan bantuan berupa dana dan sokongan bagi menghalang perluasan ideologi komunis. Pada tahun 1948, AS menubuhkan Rancangan Marshall bagi membangunkan semula ekonomi Eropah Barat selain mengekang pengaruh komunis.
Rusia menolak Rancangan Marshall kerana beranggapan bahawa ia adalah salah satu bentuk campur tangan AS. Rusia kemudian cuba mempengaruhi negara2 di Eropah Timur agar tidak menerima bantuan AS. Atas inisiatif Rusia, blok komunis [negara2 di Eropah Timur] telah menubuhkan satu pertubuhan ekonomi untuk mengimbangi pertubuhan ekonomi yang dianjurkan oleh AS.

Rusia Bimbang Ancaman Jerman

Rusia sentiasa bimbang ancaman Jerman. Oleh itu, Rusia bercadang menguasai negara2 di Eropah timur untuk dijadikan sebagai Zon Penampan. Joseph Stalin iaitu pemerintah Rusia ketika itu bimbang sejarah Peristiwa Operasi Barbarossa berulang [ Adolf Hitler memimpin serangan besar-besaran selama 900 hari dan menggugurkan lebih 600 000 bom ke atas Rusia]. Rusia berusaha melemahkan Jerman yg dianggap sebagai negara terkuat dan agresif dengan menghalang Jerman bersatu di bawah kerajaan kapitalis. Oleh yang demikian, Jerman terbahagi 2 iaitu Jerman Timur [Komunis] dan Jerman Barat [kapitalis]. AS yang mengharapkan bantuan Rusia bagi menghadapi Jepun terpaksa membiarkan Rusia mengembangkan pengaruhnya sehingga semua negara di Eropah Timur dikuasai oleh komunis.

Perang Dingin yang tercetus antara AS dengan Rusia meninggalkan pelbagai kesan yang turut dirasai sehingga kini.

Perang Dingin yang tercetus di antara AS dengan Soviet Union memberi impak yang mendalam kepada negara-negara di Eropah khususnya dan seluruh dunia amnya. Beberapa peperangan yang tercetus di antara negara dikatakan didalangi oleh dua blok kuasa tersebut bagi tujuan meraih sokongan dan menguji senjata baru. Alhamdulillah