Anda di halaman 1dari 27

C5305 – Kej.

Bekalan air &


air sisa

TOPIK 2 : RAWATAN AIR


(SAMBUNGAN)

Adilen @ Lucia bte Suil


adilen@polikk.edu.my
www.scribd.com/delpkk

15 Ogos 2009
Topik 2: RAWATAN AIR
Objektif pengajaran & pembelajaran:-

• Mempelajari 8 proses rawatan air mentah

• Mempelajari 4 teknik lain dalam rawatan air


tambahan

15 Ogos 2009
Kekotoran Dalam Air Mentah

• Dari segi fizikal, kekotoran dapat diketahui


melalui rasa, warna dan bau.

• Bau disebabkan oleh kedapatan gas hidrogen


sulfida (H2S) di dalam air atau pereputan
organisma yang mati dan tumbuhan
akuatik.

• Rasa disebabkan kepekatan ferum melebihi


0.04 mg/l dan kepekatan klorida melebihi
250 mg/l.

• Warna pula adalah disebabkan oleh ferum,


magnesium atau bahan organik yang
terdapat
15 Ogos 2009 dalam air.
15 Ogos 2009
2.2.1 Teknik-teknik Rawatan Air
Mentah

15 Ogos 2009
Kemasukan Air
 Melibatkan kaedah-kaedah fizikal spti:
– Penyaringan/penabiran (screening)
– Penyingkiran kersik (grit removal)
– Teknik2 fizik kimia dimana bahan pencemar
ditukar secara kimia & disingkirkan secara
fizikal
Proses:

15 Ogos 2009
i. Penyaringan/penabiran
Tujuan utama proses penyaringan ini ialah :
• Menyekat kemasukan pepejal terampai seperti
sampah sarap ke dalam loji rawatan air.
• Mengelakkan pam, paip dan alatan daripada
tersumbat atau rosak.

Terdapat dua jenis penyaring digunakan iaitu :


• Penyaring kasar – untuk menyaring bahan2
terapung yg lbh besar spti sampah-sarap &
ranting2 kayu
• Penyaring halus – untuk menyingkirkan
bahan2 terapung yg lebih kecil spti tumbuhan
air, dedaun & sebginya
15 Ogos 2009
ii. Penyingkiran Kersik

• Kersik merupakan bahan yang tidak mudah


hancur seperti pasir, batu kelikir dan
logam-logam.

• Pembuangan kersik ini dilakukan bertujuan untuk


mengelakkan kerosakan pada pam dan
mengurangkan bahan pepejal daripada
memasuki ke dalam loji rawatan.

• Kersik dibuang dengan cara membina kebuk


pada pintu masuk air. Dengan cara ini halaju
aliran air dapat diperlahankan dan dengan ini
membolehkan
15 Ogos 2009 kersik tersebut mendap.
Pengudaraa
Tujuan utama proses pengudaraan adalah n
untuk:

 Memasukkan oksigen dari atmosfera ke


dalam air mentah bagi meningkatkan kualitinya.

 Menghapuskan bau dan rasa tidak enak


yang disebabkan oleh gas hidrogen sulfida dan
tumbuhan alga.

 Menghilangkan sifat mudah karat yang


disebabkan oleh karbon dioksida dan
mengoksidakan ferum dan manganan.

15 Ogos 2009
Pengudaraan percik
(spray aeration)

CARA-CARA Pengudaraan
Pengudaraan MENGUDARAKA resapan
dulang (tray N AIR udara
aeration)

Pengudaraan air terjun


atau apron (cascade or
apron aeration)

15 Ogos 2009
Pengklorinan Awal

• Proses ini dilakukan jika keadaan air mentah


benar-benar memerlukannya

• Air yg banyak kandungan alga memerlukan


pengklorinan awal bagi memusnahkannya

Tujuan utama:-
 Mengoksida kandungan besi & mangan di
dalam air
 Menghalang pembiakan alga yg
menyebabkan komponen loji rawatan tersumbat&
bersifat karsinogenik
15 Ogos 2009
Pembauran
Kimia
• Tujuan utama proses ini adalah untuk
mendapatkan pembauran bahan kimia
secara pantas dan menyeluruh dalam air
yang dirawat.

• Campuran bahan kimia yang tidak mencukupi


dan tidak mengikut peraturan akan merosakkan
proses penggumpalan di dalam tangki
penggumpalan. Ini akan memberi kesan buruk
kepada keupayaan loji dan juga pembaziran
bahan-bahan kimia.

15 Ogos 2009
Pemendapan
Awal
• Dilakukan hanya untuk air mentah yg
mempunyai kandungan pepejal terampai yg
sangat tinggi & mengakibatkan air menjadi
keruh

• Air yg mempunyai kandungan bahan terampai di


bawah 1,000 mg/l tidak memerlukan
pemendapan awal

• Sekiranya diperlukan, masa tahanan yg


digunakan ialah antara 30 – 60 minit

15 Ogos 2009
Pengentalan dan Penggumpalan

• Pengentalan dan penggumpalan dalam proses


pengenapan dan penapisan air asasnya adalah
untuk mendapatkan kadaralir yang tinggi
secara ekonomi.

• Pengentalan ialah proses di mana bahan-


bahan kimia dicampur dan diaduk ke
dalam air lalu berlaku tindakbalas yang
menghasilkan zarah mikroskopik dan
seterusnya mendak ke bawah.

• Penggumpulan ialah proses zarah halus


dan koloid bergabung sesama sendiri dan
mendap apabila halaju air diperlahankan.
15 Ogos 2009
• Bahan-bahan pengental yang biasa digunakan
ialah :

 Aluminium sulfat [Al2(SO4)3] atau alum,


digunakan dengan meluas kerana harganya
murah dan berkesan.

 Ferik klorida (Fe Cl3) dan ferik sulfat


[Fe2(SO4)3], merupakan agen pengoksida
yang kuat. Bahan ini jarang digunakan kerana
mempunyai sifat menghakis yang kuat.

 Koperas berklorin (Fe SO4), iaitu campuran


ferik klorida, ferik sulfat dan klorin. Ia
merupakan bahan pengental yang kuat.

 Natrium aluminat (Na2Al2NO4), jarang


15 Ogos 2009
digunakan sebagai bahan pengental kerana
• Terdapat beberapa kaedah digunakan dalam
proses penggumpulan, di antaranya ialah :

 Tangki beradang

 Tangki penggumpalan dengan pengayuh


berputar

15 Ogos 2009
Pengenapan (Sedimentation)

• Pengenapan ialah proses pemberbukan


mengalami endapan dan enapan.

• Melalui proses ini dapat mengurangkan jumlah


zarah terampai yang akan dibuang melalui proses
penapisan.

• Selain dari itu, ia juga dapat menghapuskan


bakteria di dalam air. Kajian menunjukkan 90 –
99% bakteria di dalam air dapat dihapuskan jika
pengendalian sistem pengenapan dilakukan
dengan teliti.

15 Ogos 2009
• Tiga jenis tangki pengenapan utama iaitu :

 Tangki aliran mendatar (horizontal flow tank).


 Tangki aliran menaik (rising flow tank).
 Tangki aliran pilin (spiral flow tank)

Rajah : Tangki mendapan aliran mendatar


15 Ogos 2009
Rajah : Tangki mendapan aliran jejari

15 Ogos 2009
Rajah : Tangki aliran menaik
15 Ogos 2009
Penapisan/Penurasan (Filteration)

• Penapisan ialah proses membuang zarah


bukuan yang halus dan bahan-bahan
terampai yang lain. Bahan-bahan ini tidak
dapat dibersihkan semasa proses penyaringan
dan pengenapan.

• Antara jenis-jenis penapis yang digunakan ialah :


Penapis pasir perlahan (slow sand filter)
Penapis pasir gravity deras (rapid sand
filter)
Penapis tekanan – tegak atau mendatar
(pressure filter)

15 Ogos 2009
Rajah : Penapis pasir perlahan

15 Ogos 2009
Rajah : Penapis pasir graviti deras
15 Ogos 2009
Rajah : Penapis tekanan mendatar

15 Ogos 2009
Rajah : Penapis tekanan tegak

15 Ogos 2009
Pemfloridaan

• Pemfloridaan adalah proses menambahkan


kandungan florida ke dalam air yang telah
dirawat pada tahap yang dibenarkan.

• Tujuannya adalah untuk mencegah penyakit dan


kerosakan gigi.

• Bahan kimia yang digunakan ialah sodium silikon


florida dengan kadar dos yang dibenarkan di
antara 0.6 – 0.8 mg/liter.

15 Ogos 2009
Pembasmian Kuman (Disinfection)

• Pembasmian kuman ialah proses


membunuh kuman yang masih terdapat di
dalam air yang telah ditapis.

• Terdapat banyak kaedah untuk membunuh


kuman, di antaranya ialah dengan
menggunakan ozon, sinar ultra-ungu dan
klorin.

• Lazimnya penggunaan klorin digunakan


kerana mempunyai harga yang murah,
senang dikendalikan dan disukat serta
berupaya membasmi kuman di dalam sistem
agihan.
15 Ogos 2009