Anda di halaman 1dari 32

KERJA RUMAH TERANCANG CUTI AKHIR TAHUN 2010 PENGAJIAN PERNIAGAAN

KERTAS 1

KUMPULAN 20
DISEDIAKAN OLEH: SYAZWANI BINTI SULAIMAN NURHANISAH BINTI MD RADZI SITI MARYAM BINTI AHMAD YUSOFF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

20. FAEDAH,GANJARAN DAN

TINDAKAN DISIPLIN

Ganjaran merujuk kepada gaji atau upah asas yang diberikan berdasarkan prestasi atau kekananan seseorang

Faedah ialah ganjaran tambahan selain daripada gaji atau upah.

Nilai dan bentuk ganjaran yang diberikan akan memberikan kesan terhadap organisasi dari segi:

a)Kadar lantikhenti pekerja


Pekerja yg tdk berpuas hati dgn apa yg diperolehi di sesebuah organisasi akan beralih ke organisasi lain yg mampu memberikan apa yg mereka kehendaki. (b) Kepuasan kerja Pekerja yg mendapat apa yg mereka perlukan akan mempunyai kepuasan kerja yg lebih tinggi.

Sistem ganjaran yg baik boleh menjadi mekanisme untuk menggerakkan pekerja untuk berusaha ke arah mencapai objektif organisasi secara bersama.

Sistem ganjaran sesebuah organisasi akan menunjukkan nilai dan budaya organisasi tersebut.

Jom!!! Ikut saya masuk u..

Elemen-elemen Asas Sistem Ganjaran Pekerja

Bentuk wang

Bentuk bukan wang

Ganjaran bentuk wang


Gaji

Gaji = ganjaran asas kepada pengguna. -biasanya dibayar secara amaun yang tetap. -ada gaji yang dibayar berdasarkan produk aktiviti mengikut unit yang dihasilkan @ dijual.

bulanan

dalam

Upah

Upah=berdasarkan jumlah jam bekerja,maka amaunnya tidak tetap

Komisen dibayar apabila pekerja berjaya mengatasi sasaran jualan


yang ditetapkan.

Bonus tahunan

Bonus tahunan diberikan berdasarkan prestasi tahunan syarikat.Jika syarikat berupaya mendapat keuntungan yang banyak,pekerja akan berkongsi keuntungan tersebut dengan mendapat bonus setengah bulan,sebulan,dua bulan atau lebih,bergantung kepada kemampuan syarikat.

Elaun

Terdapat pelbagai jenis elaun yang boleh ditawarkan oleh organisasi. Antara jenis-jenis elaun termasuklah elaun perumahan dan pengangkutan, elaun kerja lebih masa elaun memangku jawatan elaun perpindahan.

oAnugerah untuk perkhidmatan cemerlang oKemudahan rumah dan kenderaan syarikat oCuti bergaji:cuti tahunan,cuti sakit,bersalin,cuti umum oPeluang untuk melanjutkan pelajaran oInsurans kesihatan oPencen oTabungan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Penentu-penentu ganjaran
Nilai dan bentuk ganjaran kepada pekerja ditentukan oleh banyak faktor.Antara faktor tersebut ialah: a)Kemampuan syarikat Tinggi atau rendah pendapatan dan faedah yang diterima oleh pekerja bergantung kepada kemampuan syarikat untuk membayarnya.

b)Permintaan dan penawaran buruh

Jika terdapat ramai majikan dalam industri tertentu tetapi pekerja yang mahir adalah sangat berkurangan,ganjaran yang diberikan kepada pekerja adalah tinggi untuk menarik mereka menyertai organisasi. Jika lulusan dalam bidang tertentu adalah ramai,sedangkan permintaan untuk mereka adalah rendah,pekerja perlu berpuas hati dengan apa yang ditawarkan oleh majikan.

Ekuiti dalaman: kesetaraan(keadilan) dalam struktur ganjaran pekerja-pekerja


dalam organisasi yang sama.

Ekuiti luaran: Kesetaraan ganjaran dengan pekerja yang melakukan pekerjaan


yang hampir sama di organisasi lain dalam kawasan geografi yang sama.

Ekuiti dalaman dan luaran

Ekuiti dalaman merujuk kepada kesetaraan ganjaran kepada semua ahli dalam organisasi yang sama.Misalnya, pekerja bagi jawatan yang sama dengan kelayakan yang sama harus diberi ganjaran yang sama. Ekuiti luaran merujuk kepada kesetaraan dengan pekerja di organisasi lain dalam industri yang sama.Dalam konteks ini,jika perbezaan ganjaran adalah besar,pekerja akan beralih ke organisasi yang menawarkan ganjaran yang lebih tinggi.

d)Bentuk tugas Tugas yang rumit dan memerlukan kemahiran yang tinggi akan diberikan ganjaran yang lebih berbanding dengan kerja-kerja rutin.Ganjaran juga akan ditentukan oleh nilai sesuatu pekerjaan kepada organisasi. e)Peraturan dan undang-undang kerajaan Kesemua bentuk dan jumlah ganjaran serta faedah yang diberikan mestilah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dalam Akta Pekerjaan,Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Akta Keselamatan Sosial Pekerja.

Tindakan disiplin ialah hukuman yang diberikan kepada pekerja yang malanggar peraturan syarikat. Contoh;lewat datang kerja,ponteng kerja,mencuri harta benda syarikat dan sebagainya.
Disiplin terbahagi 2 iaitu: Disiplin positif ialah cara pembetulan melalui nasihat,kaunseling dan memberi peluang kepada pekerja untuk menghentikan perbuatannya selepas dinasihati. Disiplin negatif atau progresif diberikan kepada pekerja yang gagal mengubah gelagat mereka ke arah yang lebih positif atau menjadi semakin teruk.

Proses Disiplin Progresif


Amaran lisan

Amaran bertulis

Mengadakan perbincangan formal

Tindakan disiplin

Hukuman yang diberikan kepada pekerja yang melanggar peraturan syarikat


adalah seperti berikut:

a) Teguran Teguran secara lisan akan diberikan kepada mereka yang membuat kesalahan buat kali pertama. b) Amaran bertulis Amaran bertulis ialah amaran yang akan direkodkan di dalam fail pekerja.Mereka yang mempunyai rekod yang buruk akan menghadapi kesukaran untuk mendapat kenaikan pangkat.

c)Kehilangan faedah kerja Faedah-faedah seperti kemudahan mel elektronik dan kereta akan ditarik balik.
d)Penurunan pangkat Jika kesalahan adalah terlalu teruk,pekerja terlibat akan diturunkan pangkat. e)Pemecatan Jika sebarang teguran dan amaran gagal mengubah gelagat pekerja yang terlibat,pekerja tersebut akan dipecat.Namun,pemecatan mesti dilakukan mengikut saluran yang betul kerana jika tersilap,majikan akan disaman oleh pekerja di mahkamah.

KUIZ ASAH MINDA


Soalan 1: Nilai dan bentuk ganjaran kepada pekerja ditentukan oleh banyak faktor.Nyatakan faktorfaktor tersebut. (2/1/2m) Jawapan?? Soalan 2: Encik Zaidi merupakan Juruteknik Syarikat Aura Sdn.Bhd. Beliau merupakan seorang pekerja yang sering melanggar peraturan syarikat seperti datang lewat ke tempet kerja dan ponteng kerja .Sekiranya Syarikat Aura Sdn.Bhd ingin mengambil tindakan disiplin ke atas beliau,apakah proses yang perlu dilakukan oleh Syarikat Aura Sdn.Bhd.(8m) Jawapan??

Jawapan: Soalan 1:

1.Kemampuan syarikat 2.Permintaan dan penawaran buruh 3.Ekuiti dalaman dan luaran 4.Bentuk tugas 5.Peraturan dan undang-undang kerajaan.

Jawapan soalan 2 Amaran lisan. Pengurus Pengeluaran mungkin terima aduan daripada pihak tertentu tentang tingkah laku E.Zaidi. Amaran lisan akan dikenakan kepada E.Zaidi bagi kesalahan ringan yang dilakukan untuk kali pertama seperti datang lewat. Amaran bertulis: Amaran bertulis merupakan tindakan disiplin yang akan direkodkan dalam fail peribadi.Hal ini akan menyukarkan untuk mendapatkan kenaikan pangkat. E.Zaidi akan dikenakan amaran bertulis sekiranya melakukan kesalahan yang berulang kali oleh Pengurus Pengeluaran.

Perbincangan formal: Sekiranya masih melakukan kesalahan walaupun sudah diberi amaran lisan dan bertulis,E.Zaidi akan dibawa kepada pengetahuan jawatankuasa tindakan disiplin.E.Zaidi harus berterus terang tentang masalahnya. Pihak pengurusan akan mengumpulkan bukti dan saksi untuk dikemukakan semasa sesi perbincangan nanti. Tindakan disiplin: Selepas siasatan dijalankan,didapati E.Zaidi bersalah.Beliau akan dikenakan tindakn disiplin sesuai dengan jenis kesalahan yang dilakukan seperti menurunkan pangkat,mengantung pekerja dan sebagainya.

Jangan direnung letihnya usaha tapi renunglah manisnya sebuah kejayaan. Salam ukhwah Salam perjuangan

Anda mungkin juga menyukai