Anda di halaman 1dari 18

Teori Pengajaran Pembelajaran Jean Piaget

Biodata

Dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896 Bapanya bernama Arthur Piaget, yang merupakan seorang Profesor Sastera dalam bidang Sejarah Jean merupakan anak pertama yang suka berdikari dan berminat tentang ilmu alam. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84 tahun, 1981. Jean mula meminati Psikologi apabila beliau terpilih menjadi pengarah makmal Psikologi di

Biodata
Beliau dilantik sebagai ketua "Swiss Society for

Psychologist Semasa bekerja dengan Binet, Jean lebih berminat untuk melihat pola- pola perlakuan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan jawapan yang salah.

Pada pandangan Jean, pola-pola perlakuan ini boleh memberikan petunjuk bagi pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak-kanak. Ekoran daripada itu, teori yang beliau kemukakan adalah memfokuskan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.

KONSEP UTAMA

KONSE P

Skema
Struktur kognitif yang berbentuk idea dan konsep

yang digunakan oleh individu untuk mentafsir persekitaran. Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu. Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang serta menggerakkan tangan dan kaki.

Asimilasi
Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian

antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada.
Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru

pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanakkanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal".

Akomodasi
Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan. Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran. Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu.

Keseimbangan
Keseimbangan antara skema proses asimilasi

dan akomodasi. Proses asimilasi dan akomodasi akan menimbulkan ketidakseimbangan antara diketahui dengan apa yang dilihat atau dialaminya sekarang. Proses ketidakseimbangan ini harus disesuaikan melalui proses akuilibrasi.(merupakan proses berkesinambungan antara proses asimilasi dan akomodasi.) Proses tersebut akan menjaga kestabilan mental dalam diri pelajar dan ia akan dapat terus mengembangkan dan menambah pengetahuan.

Peringkat Perkembangan Mengikut Jean Piaget

Deria Motor

Pra-Operasi

Operasi Konkrit

Operasi Formal

Peringkat Deria Motor (0-2 Tahun)


Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan

antara badannya dengan persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning) (Mussen dan Kagan,1974). Dalam perkembangan sensorimotor ini, terdapat enam sub tahap yang dikategorikan dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu pada umur yang tertentu.

Menggunakan deria motor untuk memahami dan

berinterkasi dengan persekitaran. Selepas 2 bulan, boleh membezakan objek di dalam persekitaran. 4-8 bulan, mempunyai daya kordinasi di antara penglihatan dan sentuhan. 1 tahun, mula menyedari objek-objek lain. 1-2 tahun, menyelesaikan masalah yang dihadapi. 2 tahun, boleh belajar lambang dan bahasa yang mudah

Peringkat Pra-Operasi (2-6 Tahun)


Boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk

menggambarkan konsep. Berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan mereka. Boleh mengelaskan objek mengikut ciri tertentu dan memahami konsep keabadian kehilangan. Tidak faham hukum keabadian jisim, luas, berat dan isipadu cecair. Mudah dipengaruhi oleh bentuk, saiz dan tinggi yang diperhatikan.

Peringkat Operasi Konkrit (7-11 Tahun)


Kanak-kanak boleh mempelajari lebih daripada

satu perkara pada satu masa. Boleh berfikir secara induktif (khusus kepada umum) atau deduktif (umum kepada khusus) serta dapat menguasai konsep masa dan kelajuan. Keupayaan berfikir secara logik tetapi masih terbatas kepada konkrit sahaja. Tidak mempunyai kebolehan berfikir secara abstrak dan menyelesaikan masalah kompleks. Pembelajaran masih bergantung kepada objekobjek konkrit dan pengalaman secara langsung.

Peringkat Operasi Formal (12 Tahun Ke Atas)


Boleh menyelesaikan masalah yang lebih

kompleks. Boleh berfikir secara deduktif dan induktif dan menggunakannya untuk membuktikan teorem atau hukum matematik. Boleh membuat rumusan dan generalisasi daripada aktiviti-aktiviti matematik. Boleh menggunakan simbol-simbol matematik untuk menggambarkan konsep yang abstrak dan mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain. Menggunakan logik untuk menyelasaikan masalah tanpa memerlukan kewujudan andaian konkrit.

Implikasi Kepada P&P Matematik Sekolah Rendah


Isi kandungan pelajaran hendaklah disusun

mengikut perkembangan kognitif kanak-kanak. Paling releven adalah daripada konkrit ke abstrak, dekat ke jauh, pengalaman sedia ada ke pengalaman baru dan dari kesar ke halus agar murid dapat hasil pembelajaran yang maksimum. Peringkat Tahun Dua dan Tiga, kanak-kanak bersifat egosentrik. Oleh itu, tajuk-tajuk seperti lembaran kerja operasi tambah dan tolak adalah sesuai disediakan sebagai bacaan dan tulisan.

Guru perlu memikirkan cara yang efisyen bagi

menarik minat mereka dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik atau menggunakan peralatan ICT. Pada peringkat awal kanak-kanak seperti kelas tadika perlu didedahkan kepada bahan-bahan yang terdiri daripada objek-objek yang besar iaitu yang senang dilihat dan disentuh.

Kesan Teori Pembelajaran Jean Piaget


Meransang Ingatan Kanak-Kanak Semula - Contohnya, ketika kanak-kanak tersebut di alam

persekolahan mereka akan melalui pembelajaran yang memerlukan pengalaman ataupun pengetahuan sedia ada. Dengan pengetahuan sedia ada di prasekolah dahulu, situasi ini tidak akan menyukarkan bagi kanak-kanak tersebut. Membantu Murid Mengingat Semula - Jean Piaget memandang kanak-kanak sebagai pelajar aktif yang berkelakuan seperti saintis muda dan akan memperkembangkan teori masing-masing. - Isi kandungan perlu disusun mengikut perkembangan kognitif kanak-kanak.

Bibliografi
Sumber daripada internet

http://en.wikipedia.org/wiki/Constructivism_(learning_theor

y)

http://projects.coe.uga.edu/epltt/index.php?title=Piaget's_S

tages

Teori konstruktivisme

http://www.teachersrock.net/adakah_kon.htm

Subsumption theory, http://tip.psychology.org/ausubel.html Meaningful Reception Learning Theory,

http://inst.usu.edu/~mimi/courses/6260/theorists/Ausubel/a ususc.html http://fadjarp3g.files.wordpress.com/2007/09/med2konstruksd-ok_median_.pdf

Konstruktivisme