Anda di halaman 1dari 52

Chuan Lim wai Anis syamimi Suhaila

Pendidikan Pergerakan merupakan satu bidang yang sangat luas dalam Pendidikan Jasmani. Pendidikan Pergerakan melibatkan pergerakanpergerakan asas seperti berjalan, berlari, melompat dan mengawal badan. Semua pergerakan adalah hasil daripada satu atau kombinasi beberapa pergerakan asas ini.

melatih pelajarnya agar mereka mempunyai kebolehan untuk melakukan sesuatu aksi dengan menggunakan daya tenaga yang minimum.

membolehkan pelajar menyedari perkaitan antara pergerakan-pergerakan dengan tubuh badan, ruang, masa, beban, daya, ritma, aliran dan kesinambungan pergerakan.

Pendidikan Pergerakan mempunyai 4 faktor yang saling bergantung antara satu sama lain terutamanya dalam proses mencipta satu rangkaian pergerakan agar kelihatan licin, teratur dan menarik. Faktor-faktor tersebut ialah - Kesearan Tubuh Badan, - Kawalan Berat Badan, - Masa -Aliran.

daya sentakan (flick) daya memedap (dab) daya berapung (float) daya meluncur (glide) daya menolak (thrust) daya menekan (press) daya mengelar (slash) daya memerah (wring)

Lokomotor dan Bukan lokomotor

Pergerakan Lokomotor
Pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan di tempat tersebut. Pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari iaitu bergerak dan beredar. Contoh:meniru gaya keretapi.

Dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan. Contoh:berjalan,berlari,melompat,lari sisi,guling hadapan,guling belakang,guling sisi dan guling galop.

atas,kiri,kanan dan ke bawah.

Haluan yang lurus

Haluan yang bengkang-bengkok

PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR


Pergerakan-pergerakan yang statik,Khususnya adalah pada keseimbangan.

Badan seharusnya diregangkan sepenuhnya


sepanjang masa,dan pastikan bahagian-bahagian hujung seperti hujung jari tangan dan hujung jari kaki diluuruskan tetapi berada dalam keadaan tenang.

PERBANDINGAN ANTARA LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR

LOKOMOTOR

BUKAN LOKOMOTOR

Kebolehan menggunakan otototot kasar seperti melompat,berjalan dan berlari(motor kasar) Pergerakan yang menyebabkan berubahnya kedudukan badan Pergerakan yang memerlukan ruang

Kebolehan menggunakan otot-otot kecil seperti menncucuk manik,mengangkat tangan dan sebagainya(motor halus). Keupayaan pergerakan tanpa mengubah kedudukan badan(tanpa beralih tempat). Pergerakan yang tidak memerlukan ruang.

Aktiviti Menggunakan Alatan : Tali

Tali : Satu bahan yang fleksibel dan serba boleh. Mampu menghasilkan banyak pergerakan yang menarik dan lembut. Diperbuat dari bahan sintetik atau gentian hem. Panjang tali boleh diubat suai dengan berdiri di atas tali dan memegang keduadua hujung tali sampai ke bawah ketiak. Bakar hujung tali supaya tidak berbulu.

Kemahiran asas 1 : Skip Skip setempat 1. Pegang hujung tali di antara jari-jari pertama dan kedua. 2. Pegang tali di bahagian belakang badan dengan kedua-dua tangan didepakan supaya tali berbentuk U yang besar. 3. Pusing tali dengan licin dengan menggunakan pergelangan tangan .

4. Apabila tali menghampiri kaki depan, lonjak dari hujung kaki dengan kedua-dua kaki rapat dan lurus sepanjang waktu.

5. Darat di atas bahaguan hadapan tapak kaki dan bengkokkan lutut sedikit 6. Tubuh badan harus tetap berbentuk T pada keseluruhan aksi ini.

Skip sambil bergerak

Skip dengan jarak yang pendek lutut dibengkokkan pada 90 darjah. Skip dengan jarak yang panjang Dilakukan dengan langkah yang lebh besar..

1. Melonjak tali. 2. Manakala kaki yang laimenghala lurus ke hadapan. 3. Mendarat atas kaki yang menghala lurus dan melonjak atas kaki ini. 4. Aksi ini berulang. 5. Kedua-dua tangan perlu didepakan di sisi sepanjang masa dan tali dipusing dengan menggunakan perlangan tangan.

Kemahiran asas 2: Membuat lingkaran dengan tali


1. Merapatkan kedua-dua pergelangan tangan supaya kedua-dua hujung tali juga rapat. 2. Pegang tali di atas bahu kanan dan ayun tali ke arah hadapan. 3. Gunakan pergelangan tangan untuk memutar dalam bentuk lingkaran, tali ini akan menghasilkan beberapa lingkaran di sebelah kanan badan anda.

4. Kemudian bertukar ke sebelah kiri dan membuat lingkaran-lingkaran ini di sebelah kiri badan anda. 5. Aksi helikopter: Kedua-dua tangan diluluskan di atas kepala dan memutar tali dalam bentuk lingkaran dengan pergelangan tangan sahaja mengikut arah lawan jam.

Kemahiran asas 3 : Bentuk angka lapan


1. 2. 3. Pegang tali di hadapan anda dengan tangan diluluskan pada paras bahu. Tali tergantung di hadapan dan membentuk U. Ayun tali ke kanan(kiri) dan kemudian ke atas dan ke bawah melintasi badan di hadapan.

Nota: Tangan mesti membuat bentuk angka lapan yang mudah dengan tangan di hadapan. Pastikan tali itu membuat bentuk angka lapan semasa tali dipegang. Tali jangan sekali-kali melintas dan bentuk U mesti dikekalkan sepanjang masa.

Kemahiran asas 4: Melompat melepasi tali


1. Mengayun tali dalam bentuk lingkaran di bawah kaki dan melompat melepasi tali semasa tali menghampiri kaki. 2. Ingat supaya melompat dari hujung kaki.

Aktiviti Menggunakan Alatan: Bola

Bola adalah salah satu alat yang biasa dilihat dalam pelbagai acara sukan. Jika ia dikendalikan dengan baik dan betul, banyak pergerakan boleh dihasilkan dengan menggunakan alat ini. Bola diperbuat daripada bahan getah atau sintetik dan mempunyai garis pusat sekurangkurangnya 16 sentimeter. Seorang guru boleh juga menggunakan bola-bola lain seperti bola baling, bola tampar atau bola jaring.

cara mengendalikan bola boleh dilakukan dengan mengenali bola secara lebih terperinci dan teliti supaya dapat mengawalnya sepanjang waktu. Kemahiran mengendali bola yang pertama ialah menggolek bola di atas bahu, dari tangan kanan ke atas dada dan terus ke arah tangan kiri. Lentikkan bahan sedikit ke belakang supaya bola itu boleh bergolek tanpa jatuh dari badan.

Imbangan dua tapak (Bukan lokomotor)

Melakukan imbangan dua tapak dengan berdiri tegak sambil bola diangkat tegak di atas kepala.

Imbangan satu tapak (imbangan bangau)- bukan lokomotor

Melakukan imbangan satu tapak sokongan yang diberi nama imbangan bangau kerana ianya seperti satu dirian bangau.

Imbangan satu tapak (bukan lokomotor)

Berdiri setempat, tangan kanan memegang bola dan tangan kiri mencapai kaki kiri dan imbangan satu tapak sokongan dilakukan

Imbangan dua tapak sokongan (bukan lokomotor)

Imbangan dua tapak sokongan dilakukan dengan cara melutut dan badan ditegakkan serta mata memandang ke atas dan bola dipegang di belakang kepala.

Kilas (bukan lokomotor)

Mengilas badan kiri dan kanan sambil bola mengikut pergerakan badan dan tangan

Ballet (Lokomotor)

Berjalan dengan langkah ballet di atas bangku sehingga hujung bangku sambil menggerakkan bola.

(Alunan

badan) Body wave (bukan lokomotor)

Berdiri setempat, mengangkat tangan. Kemudian, melakukan alunan tubuh badan ke depan dan ke belakang.

Chasse (Lokomotor)

Pergerakan ini seakan-akan separti gallop, dua kali tukar kaki. Sebelah tangan melantun bola di sisi.

Skip (Lokomotor)

Bergerak secara skip sambil bola dilantun di sisi sebelah kanan.

Ketinting (Lokomotor)

Seakan-akan jengket di atas satu kaki. Pergerakan ini dilakukan sambil bola dilantun di sebelah kanan.

Lompat layang (leap) (Lokomotor)

Bola dilambung tinggi ke hadapan dan kemudiannya satu lompat layang mengejar bola dilakukan dan bola disambut semula.

Meregang dan mengendur (bukan lokomotor)

lompatan dibuat sambil badan dipusing 180dan badan dikecilkan untuk mengendurkan badan.

Guling depan (Lokomotor)

Melakukan guling depan dengan mendepakan tangan. Pada awal gulingan,bola dileret ke hujung tilam. Di penghujung tilam, bola disambut dalam keadaan duduk menghadap tilam semula.

Aktiviti Menggunakan Alatan: Reben

MEMILIN

MEMBENTUK ULAR

Memusing reben ke arah pusingan jam gunakan pergelangan tangan untuk memutar reben

Gerakkan reben ke atas dan ke bawah,kiri ke kanan REBEN kekalkan pergerakan ini

Membentuk angka lapan secara mendatar MEMBENTUK ANGKA LAPAN Satu bulatan sebelah kiri Satu bulatan sebelah kanan

PENGENALAN : merupakan satu alat yang cantik dan menarik serta kelihatan lembut apabila digunakan dengan baik . lilitannya ialah lebih kurang 76 sentimeter .

ukuran rotan atau kaca gentian seharusnya lebih kurang saiz jari telunjuk supaya mudah dipegang .
gelung rotan boleh dicantikkan lagi menggunakan pita beraneka warna di sekeliling gelung rotan atau mewarnanya untuk menunjukkan corak corak yang menarik .

-Pegang gelung dengan jari jari anda dengan tapak tangan menghala atas -gelung ke kanan dengan kedua dua tangan direnggang dan pindahkan berat badan dari kaki kiri dan kanan . -anda sekarang akan mendapat satu ayunan yang selesa dari kanan ke kiri dan ke kanan semula . Ayun empat kali ke kanan dan kemudian pindah ke tangan kiri . Ulangi ayunan yang sama . Ingat supaya mengalihkan berat badan anda dengan licin dari sebelah kaki ke sebelah kaki yang lain .

DILAKUKAN DENGAN MEMEGANG GELUNG DI HADAPAN , SEPERTI BINGKAI MUKA ANDA


AMBIL 1 LANGKAH KE KANAN , RAPATKAN KAKI KIRI DENGAN KAKI KANAN KEMUDIAN AMBIL 1 LANGKAH KE KANAN SEKALI DAN MEMBAWA KAKI KIRI KE BELAKANG BENGKOKKAN KEDUA-DUA LUTUT DALAM SATU TUNDUKAN DAN BONGKOKKAN BADAN KE KIRI

PUSING GELUNG KELILING KE ARAH KIRI DAN PASTIKAN ANDA BINGKAIKAN MUKA ANDA .

ULANGI LANGKAH-LANGKAH YANG SAMA KE KIRI TETAPI APABILA ANDA TUNDUK HORMAT DENGAN MEMBAWA KAKI KANAN KE BELAKANG KAKI KIRI , PUSING GELUNG ITU KE ARAH KANAN

KEMAHIRAN GELUNG ROTAN INI MEMERLUKAN KAWALAN GELUNG SEPENUHNYA LATIHAN AKAN MEMASTIKAN AKSI INI MENJADI LANCAR . ANDA BOLEH MENOLAK GELUNG SEDIKIT KE HADAPAN DAN TAHAN DENGAN SENTUHAN YANG LEMBUT . ANDA JUGA BOLEH MENGGOLEK GELUNG ITU DI HADAPAN ANDA KEMUDIAN MELAKUKAN RODA KERETA DI SISINYA DAN MENGAMBIL SEMULA GELUNG DENGAN LEMBUT PADA MASA YANG TEPAT SETELAH SELESAI MELAKUKAN RODA KERETA ANDA . PERGERAKAN YANG SAMA BOLEH DILAKUKAN DENGAN MENGGANTIKAN RODA KERETA DENGAN GULINGAN HADAPAN ATAU SATU LONJAKAN DI UDARA .

INI DILAKUKAN DENGAN BERDIRI DENGAN KAKI TERKANGKANG SECARA SEDERHANA DAN GELUNG ROTAN DIPEGANG TINGGI ATAS KEPALA . PADA KIRAAN SATU , BAWA GELUNG TERUS KE BAWAH KANAN DAN PADA KIRAAN KEDUA , AYUN GELUNG KE HUJUNG KIRI . KEMUDIAN PADA KIRAAN KETIGA , AYUN GELUNG KE HUJUNG KANAN SEKALI LAGI , KE BAWAH HADAPAN DAN KE KIRI BAWAH KEMUDIAN KE ATAS LAGI SEKALI SUPAYA MEMBENTUK SATU BULATAN YANG BESAR UNTUK MENAMATKAN PADA AKHIR KIRAAN KEEMPAT . PERGERAKAN TOP HAT BOLEH JUGA DIMULAKAN DARI ARAH KIRI .

Sekian.. Terima Kasih!!!!