Anda di halaman 1dari 29

RUKHSAH

SOLAT KETIKA

BERMUSAFIR
Kumpulan 2 : NURUL HIDAYAH BT HUSSAIN SYUJAATI ILMI BT ABDULLAH NUR FATHIHA BT MOHD SHAMSUDDIN

RUKHSAH SOLAT
Kemudahan

/ keringanan bagi musafir menunaikan solat secara qasar dan jamak. Solat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan Solat fardhu dalam apa keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahawa agama Islam yang mengambil kira kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah telah mensyariatkan Solat Qasar dan Solat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka yang bermusafir.

Rukhsah

SYARAT PERJALANAN YANG DIHARUSKAN

Musafir untuk bertujuan yang baik, bukan bertujuan melakukan maksiat Destinasi yang dituju melebihi 2 marhalah (lebih kurang 91 km) Mengetahui destinasi yang dituju

PENGERTIAN SOLAT JAMAK

Mengumpulkan 2 solat dalam satu waktu : Misalnya mengumpul solat zohor kepada Asar dan sebaliknya, serta fardhu Maghrib dengan Isyak dan sebaliknya.

Solat Jamak
Jamak Taqdim - Apabila solat Zohor dijamakkan dengan Asar pada waktu Zohor, Solat Maghrib dan Isyak pada waktu Maghrib. Jamak Takhir - Melaksanakan solat Zohor dan Asar pada waktu Asar, solat Maghrib dan Isyak pada waktu Isyak.

SYARAT

JAMAK TAKDIM

Hendaklah dimulai solat pada waktunya yang terdahulu ertinya lakukan Zuhur daripada Asar dan maghrib drpada Isyak.

Niat jamak pada solat yg pertama pada permulaan takbiratulihram @ di tengah-tengah solat selama mana ia belum memberi salam.

Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua. Oleh itu, antara

kedua-duanya tidak boleh diselangi oleh pekerjaan dan perbuatan


lain.

Sekiranya diselangi oleh iqamat dan mengambil wuduk maka

jamaknya tidak batal.

Berkekalan musafirnya sehingga solat yang kedua, tetapi tidaklah disyaratkan sehingga selesai sempurna.

SYARAT JAMAK TAKHIR


berniat untuk mentakhirkn solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama. Berkekalan musafirnya sehingga selesai kedua-dua solat. Cara melakukan Jamak Takhir

Apabila masuk waktu zohor atau magrib, hendaklah memasang niat hendak mengerjakan s.zuhur pada wktu asar atau solat mgrib pada wktu isyak tidak disyaratkan tertib Digalakkan supaya mendahulukan solat Asar dan Isyak

PENGERTIAN SOLAT QASAR


1. 2.

Hendaklah melepasi sempadan kawasan tempat tinggal. Tidak berniat bermukim melebihi perjalanan pergi dan balik 4 hari, tidak termasuk

3.

Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya.

4.

Masih dalam keadaan musafir ketika mengerjakan solat Qasar.

5. 6.

Hendaklah diniatkan qasar dalam takbiratulihram


Dia tahu bahawa orang musafir itu harus mengerjakan solat Qasar.

HAL-HAL BERKAITAN JAMAK DAN QASAR

Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah (ulamaulama berbeza pandangan dalam menentukan jaraknya, ada yg myatakan 48,56 dan 60 batu), maka dia harus melakukan solat qasar dan jamak sekali.

Ertinya boleh menjamakkan dua solat serta mengqasarkannya

sekali. Walau bagaimanapun dia boleh melakukan antara salah satu


yg berikut: - Menjamakkan dua solat fardu tanpa qasar

- Menjamakkan dua solat fardu dan qasar


- Menqasarkan solat tanpa jamak, iaitu mengerjakan solat zuhur, Asar, Isyak dengan dua rakaat yang berasingan.

PERKIRAAN SEBAGAI MUSAFIR


Tidak kurang daripada 60 batu atau 100km. Solat jamak tidak boleh dipisahkan dengan jarak yang sangat lama. Tidak boleh berimamkan solat sempurna (tamam). Apabila seseorang itu berhenti di suatu tempat dengan niat akan brada di situ selama 3 hari, tapi kerana urusan tidak selesai dari sehari ke sehari, maka ia diharuskan jamak dan qasar sehingga 18 hari.

Bagi mereka yang hendak mengerjakan solat jamak takhir hendaklah berniat lebih awal, jangan sampai waktu hendak akhir baru berniat.

Perjalanan seorang musafir itu hendaklah tentu dan tahu ke mana arah tujuan.

CARA MELAKUKAN SOLAT JAMAK TAKHIR


Solat Zohor dan Asar
Sahaja Aku solat fardhu Asar 4 rakaat dihimpunkan kepada Zohor Jamak Tahir kerana Allah Taala Sahaja Aku solat fardhu Zohor 4 rakaat dihimpunkan solat Asar kepadany Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Solat Maghrib dan Isya


Sahaja Aku solat fardhu Isya 4 rakaat dihimpunkan kepada Maghri Jamak Tahir kerana Allah Taala Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya kepadanya Jamak Tahir kerana Allah Taala.

CARA MELAKUKAN SOLAT JAMAK & QASAR


Solat Zohor dan Asar (Taqdim)
Sahaja Aku solat fardhu Zohor 2 rakaat Qasar dihimpunkan solat Asar kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala Sahaja Aku solat fardhu Asar 2 rakaat Qasar dihimpunkan kepada Zohor Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Solat Maghrib dan Isya (Taqdim)


Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala. Sahaja Aku solat fardhu Isya 2 rakaat Qasar dihimpunkan kepada Maghri Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Solat Zohor dan Asar (Takhir)


Sahaja Aku solat fardhu Asar 2 rakaat dihimpunkan kepada Zohor Jamak Tahir kerana Allah Taala. Sahaja Aku solat fardhu Asar 2 rakaat dihimpunkan kepada Zohor Jamak Tahir kerana Allah Taala.

Solat Maghrib dan Isya (Takhir)


Sahaja Aku solat fardhu Isya 2 rakaat dihimpunkan kepada Maghri Jamak Tahir kerana Allah Taala. Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya kepadanya Jamak Tahir kerana Allah Taala.

HUKUM JAMAK SOLAT JUMAAT DENGAN ASAR

Orang yang bermusafir tidak wajib solat jumaat dan jika dia solat jumaat sah jumaatnya dan tidak perlu solat zuhur. Ini adalah ijmak ulama. Pada hari jumaat juga boleh bagi musafir melakukan solat jamak takdim atau takhir untuk solat zuhur dan asar.

ULAMA BERSELISIH TERHADAP HUKUM SOLAT JUMAAT DIJAMAK DGN SOLAT ASAR KEPADA DUA PENDAPAT:PENDAPAT PERTAMA: Mazhab hambali tidak membenarkan jamak diantara solat jumaat dengan Asar. DALIL MEREKA: 1. Tidak ada dalil membolehkan, asal bagi hukum ibadat adalah dilarang kecuali ada dalil. 2. Tidak boleh digunakan hukum qias dalam ibadat. Oleh itu tidak boleh samakan dengan zuhur. 3. Solat jumaat adalah solat yang berbeza dgn solat zuhur dr segi hukum hakamnya. Ini disebut dlm kitab Kasyaful Qina dan Matalib ulun nuha.

PENDAPAT KEDUA: Jumhur ulama membenarkan jamak takdim diantara solat jumaat dengan solat asar.

Cuma bagi Mazhab Syafie hanya boleh jamak


takdim diantara solat jumaat dan solat asar dan tidak boleh jamak takkhir dengan melakukan solat jumaat diwaktu asar. (Majmuk Syarhul Muhazzab)

DALIL PENDAPAT JUMHUR


1. Solat jumaat adalah ganti kepada solat zuhur. 2.Qias Jumaat dengan Zuhur pada jamak takdim adalah dari bab Rukhas yang dibenarkan oleh ulama usul fekah.

KESIMPULAN: Pendapat yang kuat ialah harus jamak takdim sahaja diantara jumaat dan asar. Adapun jamak takhir hendaklah diantara solat

asar dan zuhur sahaja.

WATAN ASLI

Watan asli menurut jumhur ulama adalah merujuk tempat kediaman kekal dengan niat tidak pindah ke tempat lain. Samada tempat kelahirannya atau tempat lain. Dan tempat kediaman isteri juga adalah watan asli. sekiranya anda telah mempunyai tempat kediaman kekal dengan niat tidak pindah ke tempat lain, kampung ibubapa anda bukan lagi watan asli anda. Maka dengan itu anda boleh melakukan solat jamak dan qasar jika cukup syaratnya. Begitu juga dengan tempat kediaman mertua anda. Jika anda belum menetap di tempat kediaman kekal tetapi hanya tinggal di tempat kediaman sementara, dalam kes ini, watan asli anda adalah tempat kediaman asal anda iaitu kampung ibubapa anda.

Watan asli anda yang asal berkekalan sehingga anda meninggalkan watan asli yang asal dan berniat untuk tidak kembali menetap di situ dan kemudian menetap di watan asli yang baru dengan niat tidak pindah ke tempat lain.

PERMASALAHAN JAMAK DAN QASAR


ANDA
SUDAHPUN DALAM PERJALANAN PULANG KE RUMAH.

AKIBAT
CONTOH,

KESULITAN SEPANJANG PERJALANAN PULANG MENYEBABKAN ANDA TIDAK MAMPU MENUNAIKAN SOLAT DALAM PERJALANAN. TERLUPUT WAKTU SOLAT.

SEBAGAI

JALAN YANG SANGAT 'JAM' (MUSIM PERAYAAN) YANG BOLEH MENYEBABKAN

ADAKAH

DIBOLEHKAN JAMAK DAN QOSAR?

Dibolehkan anda jamak takhir di rumah Dibolehkan JAMAK, bukan JAMAK QASAR. Kerana jamak qasar tidak valid apabila anda telah sampai di rumah.

KALAU SAYA PERGI HARI NI, BOLEH KE JAMAK & QASAR KAT JOHOR TU (2-3 HARI DUDUK SITU SEKEJAP). OR QASAR SAHAJA. ATAU JAMAK SAJA TANPA QASAR? SAYA NAK SURVEY DULU TEMPAT TU.. JADI TAK CONFIRM LAGI.
CONTOH

Kedua-dua soalan ini masih menunjukkan status anda seorang musafir kerana :a. anda tidak berniat untuk menetap disana atau niat bermukim (Menurut Mazhab Hanafi, dinamakan watan al-iqamah jika didiami setengah bulan atau lebih. Dinamakan watan al-sukna jika didiami kurang dari setengah bulan.(al-Fiqh al-Islami)). b. anda tidak tinggal disana dalam tempoh 4 hari 4 malam, atau lebih.

BAGAIMANA PULA SEKIRANYA SAYA AKAN MEMULAKAN PENGAJIAN, BERMALAM DI JOHOR 2-3 MALAM SEBENTAR, SEBAB SAYA DUDUK DI KL, DAN PENGAJIAN HANYALAH BERBENTUK PENYELIDIKAN. YG NI BOLEH JAMAK/QASAR/JAMAK+QASAR? TAK NAMPAK MACAM BERMUKIM PUN ... SEBAB SEKEJAP2 SAJA.

a. Boleh jama dan qasar solat semasa perjalanan apabila keluar dari sempadan tempat tinggal dan perjalanan tersebut melebihi 96km (2 marhalah) b. Lebih afdal melakukan qasar solat (tanpa jama bagi solat yang 4 rakaat) apabila berada disana (kerana berada disana kurang 4 hari 4 malam); c. Boleh juga, jika terdapat kesukaran, jama dan qasar solat semasa berada disana. d. Boleh jama dan qasar solat semasa pulang, sebelum sampai di sempadan tempat tinggal anda.

SESEORANG MUSAFIR BOLEH MELAKUKAN JAMA' DAN QASAR WALAUPUN


TELAH SAMPAI KE KAMPUNG TEMPAT KELAHIRANNYA ATAU TEMPAT IBU BAPANYA MEMBESAR.

ADAKAH SITUASI INI BENAR?

1. Anda tidak boleh melakukan Jama' dan Qasar sehingga keluar dari tempat anda bermastautin di Melaka. Semasa didalam perjalanan dari Melaka ke Bukit Mertajam, anda boleh melakukan Solat Jama' dan Qasar. Setiba di Bukit Mertajam, rumah ibu dianggap sebagai Al-Watan Al-Asli atau tempat anda dibesarkan. Solat ditempat yang sebegini tidak boleh dijama' dan di qasarkan. Anda hendaklahSolat secara sempurna.

2. Perjalanan dari Bukit Mertajam ke Alor Setar yang jaraknya lebih dari 89km diperbolehkan anda melakukan Solat Jama' dan Qasar. Setibanya anda dirumah mertua anda, Solat tidak lagi boleh di jama' dan Qasar, kerana rumah mertua anda juga dianggap sebagai Al-Watan Al-Asli.

3. Perjalanan pulang dari Alor Setar ke Melaka membenarkan anda melakukan Solat Jama' dan Qasar selagi mana solat tersebut dilakukan sebelum masuk di kawasan tempat anda bermastautin. Jika sampai dikawasan (mukim) yang anda tinggal, dan anda masih belum menunaikan solat, maka solat wajib ditunaikam dengan rakaat yang penuh.

Situasi 1 :: Kampung halaman si A adalah Kota Baru. Dia bermusafir (dengan kadar yang lama, eg: pelajar Universiti) ke KL, dan tidak berniat untuk menetap di KL. Dengan itu, Kota Baru masih menjadi kampung halaman si A, iaitu digelar Watan Aslinya. Maka apabila si A pulang ke KB, si A tidak boleh melakukan solat Qasar. KL adalah Watan Iqamah si A.

Situasi 2 : Kampung halaman si A adalah Kota Baru. Dia bermusafir ke KL dan menjadikan KL sebagai tempat tinggal / bermaustatin, dan dia memang niat untuk menetap di KL, maka dengan itu KL sudah menjadi watan aslinya yang baru. Maka apabila si A pulang ke kampungnya di Kota Baru, dia BOLEH melakukan solat qasar. Watan Aslinya KB telah terbatal.

Asal hukum : Bahawa Nabi :saw dan sahabat-sahabatnya merupakan asal ahli Mekah, iaitu Mekah merupakan Watan Aslinya. Kemudian mereka telah berhijrah dan menjadikan Madinah sebagai tanah airnya dan tinggal disana. Mereka telah membina rumah di Madinah untuk kediaman mereka. Watan Asli di Mekah telah pun terputus. Maka semasa mereka bermusafir ke Mekah, mereka akan solat secara solat orang musafir. Nabi bersabda kepada ahli Mekah : Sempurnakan solat Ya Ahli Mekah, kerana sesungguhnya kami adalah orang yang bermusafir
Kesimpulannya, jika anda telah menjadikan tempat tinggal sekarang sebagai watan asli (lihat definasi di tautan dibawah), maka apabila pulang ke kampung (rumah bapa atau mertua), maka anda boleh melakukan solat secara musafir (eg: qasar solat).

WATAN ASLI

Watan asli menurut jumhur ulama adalah merujuk tempat kediaman kekal dengan niat tidak pindah ke tempat lain. Samada tempat kelahirannya atau tempat lain. Dan tempat kediaman isteri juga adalah watan asli.

Dalam kes ini, sekiranya anda telah mempunyai tempat kediaman kekal dengan niat tidak pindah ke tempat lain, kampung ibubapa anda bukan lagi watan asli anda. Maka dengan itu anda boleh melakukan solat jamak dan qasar jika cukup syaratnya. Begitu juga dengan tempat kediaman mertua anda.

Jika anda belum menetap di tempat kediaman kekal tetapi hanya tinggal di tempat kediaman sementara, dalam kes ini, watan asli anda adalah tempat kediaman asal anda iaitu kampung ibubapa saudara.

Watan asli saudara yang asal berkekalan sehingga saudara meninggalkan watan asli yang asal dan berniat untuk tidak kembali menetap di situ dan kemudian menetap di watan asli yang baru dengan niat tidak pindah ke tempat lain.

SOLAT JAMA' TA'KHIR DI RUMAH SOALAN: BOLEHKAH SAYA MENGQADA'KAN SEMBAHYANG ZUHUR KE DALAM WAKTU ASAR (JAMA' TA'KHIR) APABILA SAYA TELAH SAMPAI KE RUMAH SAYA. SAYA TIDAK SEMPAT UNTUK MENJAMA'NYA KETIKA DALAM PERJALANAN KERANA SAYA MENAIKI BAS. ADAKAH SAH SEMBAHYANG SAYA ITU? JIKA TIDAK BOLEH ADAKAH SAYA WAJIB UNTUK MENGQADA' SEMBAHYANG SAYA ITU KERANA KEJAHILAN SAYA?

Jawapan: Jila seorang musafir sampai di rumahnya sedangkan ia belum selesai mengerjakan Solat Jama' Ta'khir, setengah ulama mengatakan dikira solat tunai. Solat itu wajiblah dikerjakan dengan solat sempurna, jika Zuhur, Asar atau Isyak empat rakaat tidak lagi boleh diqasarkan. Jika tertinggalnya solat tersebut kerana halangan tertentu seperti sukar menemukan tempat solat kerana naik bas ataupun kapal terbang maka perlulah ia mengqada solat yang tertinggal tersebut.

TEMPOH MUSAFIR SOALAN: BOLEHKAH SAYA MELAKUKAN SOLAT JAMAK DAN QASAR BERTERUSAN SELAMA 3 HARI DI RUMAH KELUARGA SAYA KETIKA SAYA MENZIARAHI MEREKA?

Jawapan: Tempoh seorang musafir itu diharuskan mengqasar solatnya apabila sampai ke destinasi yang dituju ialah tidak lebih dari tiga hari penuh (tidak termasuk hari ketibaan dan hari berangkat balik). Ini jika sebelum bertolak ia berniat hendak bermukim di situ selama tidak lebih dari masa tersebut. Setelah tiga hari, sekiranya ia melanjutkan lagi tempoh menetap di situ maka wajiblah solat sempurna, tidak qasar dan jamak lagi.

SYARAT-SYARAT JAMAK TA'KHIR SOALAN: BOLEHKAH SAYA MELAKUKAN SOLAT JAMAK TAKHIR KETIKA SAMPAI DI RUMAH SAYA SENDIRI SELEPAS PULANG MEZIARAHI MEREKA (ZUHUR DI TAKHIRKAN KEPADA ASAR)?

Jawapan: Solat Jamak Ta'khir hanya sah dikerjakan apabila dapat memenuhi dua syarat yang berikut :1. Berniat hendak menjamakkan kedua-dua solat dalam waktu solat yang pertama. Apabila berniat hendak menjamakkan solat fardhu Zuhur dengan solat fardhu Asar dengan Jamak Ta'khir, maka sebaik sahaja masuk fardhu Zuhur atau masih ada waktu Zuhur berniatlah dalam hati hendak menjamakkan kedua solat fardhu Zuhur dan Asar pada waktu Asar nanti. Jika anda tidak berniat demikian sehingga luput waktu Zuhur, maka anda dikira berdosa dan solat fardhu Zuhurnya hendaklah di Qada' tidak boleh dijamakkan lagi. 2. Hendaklah berkekalan masa musafirnya sehingga selesai solat yang kedua (Asar ataupun Isyak). Jika anda sedang solat dalam kenderaan (misalnya naik kapal) dan anda mengetahui ketika itu kapal tersebut telah tiba di tempat anda, maka wajiblah anda meneruskan solat dengan solat yang sempurna.

WAKTU MULA DIBOLEHKAN SOLAT QASAR SOALAN: BILAKAH WAKTUNYA MELAKUKAN SOLAT QASAR, ADAKAH SETELAH PERJALANAN SEJAUH DUA MARHALAH? BOLEHKAH DIQASARKAN SOLAT SEBELUM PERJALANAN BERMULA?

Jawapan: Waktu dibolehkan kepada seseorang yang ingin bermusafir mengqasarkan solatnya ialah setelah keluar dari kawasan kampungnya. Setelah melepasi bangunan terakhir di kampungnya, di situ barulah ia dibolehkan mengqasarkan solatnya. Inilah pendapat majoriti ulamak Islam termasuk imam Asy-Syafii. Pendapat yang mengatakan boleh mengqasarkan solat di rumah sebaik sahaja seseorang itu berniat hendak musafir adalah pendapat yang dikemukakan oleh imam Ata'. Walaubagaimanapun pendapat imam Atta' ini sangat lemah dan ditolak oleh majoriti ulama. Dengan ini dapatlah disimpulkan menurut majoriti ulama masa yang dibolehkan mengqasarkan solat ialah selepas seseorang itu keluar dari kampung halamannya dengan melepasi bangunan terakhir di kampungnya itu.

SEKIAN TERIMA KASIH