Anda di halaman 1dari 14

UNSUR, SEBATIAN DAN CAMPURAN

UNSUR
bahan yang paling ringkas/mudah terdiri daripada hanya satu jenis atom sahaja Contoh-contoh unsur: Emas (gold). Zink (zinc). Besi (iron). Oksigen (oxygen). Karbon (carbon). Nitrogen. Hidrogen (hydrogen). Aluminium.

Unsur-unsur boleh dikelaskan kepada logam dan bukan logam. Logam 87 jenis logam telah dikenal pasti.

Contoh-contoh logam: Kalium (potassium) Kalsium (calsium) Magnesium Merkuri/raksa (mercury) Natrium (sodium) Perak (silver) Kuprum/tembaga (copper) Platinum Emas (gold)

Bukan Logam 17 jenis bukan logam telah dikenal pasti.

Contoh-contoh bukan logam: Hidrogen (hydrogen) Oksigen (oxygen) Fluorin (fluorine) Klorin (chlorine) Karbon (carbon) Fosforus (phosphorus) Bromin (bromine) Iodin (iodine) Nitrogen Sulfur (sulphur)

SEBATIAN
terbentuk apabila dua atau lebih jenis unsur (element) bergabung secara kimia (combine chemically). Contoh sebatian: 1) karbon dioksida 2) natrium klorida

3) benzena

4) metana

5) ammonia

6) air

Memecahkan sebatian dengan pemanasan : 1) Memecahkan sebatian gula

Satu sudu gula dimasukkan ke dalam tabung uji yang kering dan dipanaskan dengan kuat. Pemerhatian: 1. Gula berwarna putih sebelum pemanasan. 2. Semasa pemanasan pepejal hitam (karbon) terbentuk. 3. Selepas pemanasan dan dibiarkan sejuk, titisan air terpeluwap pada dinding tabung uji. Kesimpulan: Gula dipecahkan kepada karbon (unsur) dan air (sebatian) apabila dipanaskan.

MEMECAHKAN SEBATIAN DENGAN ELEKTROLISIS

1. Memecahkan sebatian air tulen

Pemerhatian: Gas tidak berwarna dikumpulkan ke dalam kedua-dua tabung uji, P dan Q. Gas dalam P menyalakan kayu uji berbara, manakala gas dalam Q menghasilkan bunyi 'pop' apabila diuji dengan kayu uji yang menyala. Kesimpulan: Air adalah sebatian daripada unsur oksigen dan unsur hidrogen. Pemecahan air oleh arus elektrolisis menghasilkan gas oksigen dalam P tiub dan gas hidrogen dalam tiub Q.

CAMPURAN

terdiri daripada dua atau lebih bahan yang digabungkan secara fizikal, contohnya, dengan mengacau.

Beberapa jenis campuran serta komponennya. Udara Komponen: Nitrogen, oksigen, karbon dioksida, gas lengai (inert gas), habuk, mikroorganisma, wap air.

Tanah Komponen: Air, pasir, tanah liat, tanah gambut, kerikil, humus. Air laut Komponen: Natrium klorida, air, magnesium, kalsium, oksigen. Air limau Komponen: Garam, gula, limau.

Jeruk buah-buahan Komponen: Buah-buahan, garam, gula, cuka air. Kari Komponen: Santan kelapa, gula, garam, rempah, serbuk cili. Makanan ringan Komponen: Garam, gula, perisa, pewarna, pengawet. Darah Komponen: Hormon, sel darah, nutrien, mineral, air, plasma, oksigen.

Bahan yang terdapat di dalam suatu campuran boleh dipisahkan secara fizikal dengan menggunakan proses-proses berikut:

Penurasan (Filtration) Pengayakan (Sieving) Penyejatan (Evaporation) Penyulingan (Distillation) Kromatografi (Chromatography) Pengekstrakan (Extraction) Menggunakan magnet (Using a magnet) Pemendakan (Precipitation)

Campuran boleh bertukar kepada suatu sebatian dengan cara pemanasan. Sebagai contoh, serbuk besi (ferum) dan sulfur membentuk suatu sebatian yang dipanggil ferum (II) sulfida apabila ianya dipanaskan.

Anda mungkin juga menyukai