Anda di halaman 1dari 19

H.

V Perkins dalam bukunya Human Development and Learning(1974), berpendapat konsep diri(konsep kendiri) terdiri daripada persepsi, kepercayaan, perasaan, sikap serta nilai yang khusus dipegang oleh seseorang individu tentang dirinya. Mengikut Vernon (1980) konsep kendiri ialah pandangan kekuatan dan kelemahan diri sendiri serta disokong dengan maklum balas tentang dirinya daripada orang lain.Manakala, Stewat dan Friedman (1987) menghuraikan konsep kendiri sebagai tanggapan individu terhadap identitinya yang berbeza dengan individu yang lain sejak peringkat bayi.

PENGERTIAN KONSEP KENDIRI

Konsep kendiri ini sememangnya mempengaruhi segala tingkah laku seseorang individu.Cara interaksi seseorang individu dalam persekitarannya biasanya mencerminkan konsep kendirinya, yang merangkumi nilai positif dan negative diintegrasi dari persepsi penilaian dan harapan orang lain, terutamanya orang yang difikir penting. Berdasarkan huraian-huraian di atas, maka konsep kendiri boleh dirumuskan sebagai persepsi diri dari segi penilaian, pandangan, tanggapan, kepercayaan, termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri.

JENIS-JENIS KONSEP KENDIRI


Konsep kendiri seseorang boleh digolongkan dalam dua kategori yang utama, iaitu konsep kendiri positif dan konsep kendiri negative, seperti mana dinyatakan berikut:

Konsep kendiri positif

Kosep kendiri negatif

KONSEP KENDIRI POSITIF


Mempunyai personaliti yang harmonis dan seimbang. Bersifat tenang dan penuh ketabahan apabila menghadapi cabaran. Menikmati lebih banyak kejayaan daripada kegagalan. Bersikap bertimbang rasa serta pandangan terbuka. Mempunyai pandangan positif terhadap diri sendiri. Merasa bangga diri sendiri dan berani mencuba. Mudah bersosialisasi dengan orang lain.

Mudah diterima oleh orang lain. Sedia menerima teguran, kritikan dan pendapat orang lain. Mempunyai penuh keyakinan diri sendiri. Optimistic dan sentiasa riang dan gembira dalam apa-apa situasi. Sentiasa menerima pujian, kasih sayang, pertolongan dan perhatian daripada keluarganya, guru, rakan sebaya dan ahli masyarakat.

KONSEP KENDIRI NEGATIF


Sahsiah tidak seimbang dan mempunyai kompleks rendah diri. Pasif dan tidak suka bergaul atau bekerjasama dengan orang lain. Kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri dan tidak berani mencuba. Mempunyai perasaan curiga, prasangka dan tidak percaya orang lain serta diri sendiri. Sentiasa menunjuk wajah muram dan masam muka. Terlalu sensitive terhadap teguran dan kritikan daripada orang lain. Bersifat penakut, pemalu, dan tidak sudi bertanggungjawab.

Tidak suka bergaul dengan orang lain dan tidak diterima oleh rakan sebaya. Mengalami lebih banyak kali kegagalan daripada kejayaan. Kadang-kadang dikritik dan dimarahi oleh ahli keluarga, guru, murid sedarjah dan ahli masyarakat. Tidak suka mendengar atau menerima pendapat orang lain. Sukar bersosialasi dengan orang lain dan sentiasa menjauhkan diri daripada khalayak ramai.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN KONSEP KENDIRI Sebagaimana yang telah dihuraikan, pembentukan konsep diri adalah bardasarkan kepada persepsi-persepsi diri dan orang lain terhadapnya, maka faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan konsep kendiri adalah berkaitan rapat dengan sistem psikofizikal, alam sekitar dan interaksi social seseorang individu.Di antara faktor-faktor yang boleh mempengaruhi pembentukan konsep kendiri ialah:

Pengaruh baka ke atas cirri-ciri fizikal serta kecerdasan. Bentuk tubuh badan mempengaruhi sahsiah. Keadaan fizikal mempengaruhi perubahan tingkah laku. Emosi mempengaruhi perasaan. Pengaruh keluarga membentuk sikap dan kepercayaan. Kebudayaan mempengaruhi persepsi diri dan persepsi orang lain terhadapnya. Pengaruh sekolah yang mengubah tingkah laku sesuai dengan aspirasi kumpulan sebaya atau gurunya. Status social keluarga mempengaruhi pembentukan konsep kendiri seseorang.

PENGARUH KONSEP KENDIRI TERHADAP TINGKAH LAKU INDIVIDU.

Konsep kendiri banyak mempengaruhi tingkah laku manusia kea rah penyesuaian sendiri, iaitu (a) penerimaan atau penolakan diri, dan (b) penghargaan kendiri. Seseorang yang dapat menyesuaikan diri kea rah penerimaan kendiri biasanya berperasaan kasih sayang dengan keluarga, kawan ataupun gurunya di sekolah. Perasaan yang dirasainya ialah bahawa dia telah diterima dan dihargai oleh orang-orang yang berinteraksi dengannya. Perasaan ini akan membawanya menerima dan menghargai dirinya. Sebaliknya, jika seseorang individu merasa kurang mendapat penerimaan daripada orang-orang yang berinteraksi dengannya, maka dia akan bersikap penolakan diri. Sikap ini akan membawa kesan negatif dalam usahanya mengatasi masalah hidup yang dihadapi.

Penghargaan kendiri adalah ditimbul daripada penilaian terhadap kebolehan dalam kebaikan diri sendiri. Penghargaan kendiri ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu penghargaan kendiri tinggi, sederhana dan rendah. Orang yang mempunyai penghargaan kendiri tinggi biasanya bersikap positif, sanggup berusaha bersungguh-sungguh hingga berjaya mencapai yang diharapkan, percaya dan yakin terhadap diri sendiri yang berbakat dan berkebolehan. Orang yang mempunyai penghargaan kendiri sederhana biasanya kurang yakin diri sendiri, sentiasa merasa konflik dalam kehidupan dan ragu-ragu mengambil keputusan dengan tepat. Manakala, orang yang mempunyai penghargaan kendiri rendah biasanya bersikap negatif, kurang yakin diri sendiri, ragu tentang kebolehan sendiri dan sering berusaha melepaskan diri apabila menghadapi masalah.

Rumusan Teori pembelajaran Carl Rogers


Teori pembelajaran yang disarankan oleh Carl Rogers mengandungi beberapa ciri yang berkaitan dengan konsep kendiri adalah dirumuskan seperti berikut: Pengalaman setiap individu adalah fenomena-logikal, iaitu pengalamannya hanya dialami dan difahami oleh individu sendiri sahaja. Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Setiap individu membentuk konsep kendiri yang unik melalui sistem nilai dan kepercayaan diri yang berbeza dengan individu yang lain. Tingkah laku yang ditonjolkan oleh individu adalah selaras dengan konsep kendiri dan kepercayaannya. Kefahaman tingkah laku individu hanya dapat diperolehi melalui proses komunikasi. Mengikut Rogers, pengamalan peribadi setiap individu adalah unik dan tersendiri, serta berbeza dengan individu yang lain. Ia juga banyak dipengaruhi oleh persekitarannya.

Cara Guru Membantu Pembentukan konsep kendiri positif


Mengikut kajian pakar-pakar pendidikan, konsep kendiri dan nilai-nilai diri merupakan faktor-faktor yang paling untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum. Seorang pelajar yang mempunyai persepsi kendiri yang positif, menikmati penerimaan daripada ibu bapa, rakan sebaya dan gurunya serta memperoleh perasaan penghargaan diri yang tinggi, akan melibatkan diri secara bersungguh-sungguh dalam aktiviti pembelajaran di alam belajarnya. Sekiranya seorang pelajar yang ingin belajar dengan jayanya, dia hendaklah mempersepsikan dirinya sebagai seorang pelajar yang berkebolehan dan mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi.

Dengan perkataan lain, pelajar-pelajar di sekolah haruslah diberi peluang untuk membentuk konsep kendiri yang positif serta memupuk nilai-nilai diri yang tinggi supaya membolehkan mereka mencapai objektif pelajaran yang diharapkan, sehubungan ini, guru memainkan peranan yang penting untuk membimbing murid-muridnya membentuk konsep kendiri yang positif dan memupuk nilai-nilainya yang tinggi seperti:

Memberi dorongan, bantuan dan sokongan kepada usaha pembelajarannya. Memberi bimbingan yang wajar dengan membetulkan kesilapan murid dalam proses pembelajaran.