KATA NAMA
Hidup
Tak Hidup
Manusia
Tengku Halim Tun Mahathir Encik Othman Nik Aziz Bukan Manusia
benda Proton Saga institusi Universiti Malaya negara Malaysia tempat Sungai Petani bangsa Melayu pangkat Tan Sri
Kata Nama Am
Kata nama am ialah perkataan yang merujuk kepada:
benda
perkara
konsep
Kata Nama Am
Hidup
Tak Hidup
Manusia
Bukan Manusia
Institusi
Bukan Institusi
Konkrit
Abstrak
Berbilang
Tak Terbilang
Kata Ganti Nama Tunjuk Umum - Merujuk kepada perkara atau benda
Kata Ganti Nama Tunjuk Tempat - Merujuk kepada tempat
Kata ganti nama diri pula terdiri daripada kata ganti nama diri tanya dan kata ganti diri orang. Kata ganti diri tanya digunakan untuk menanyakan benda, perkara atau manusia.
Kata ganti nama diri orang digunakan untuk merujuk kepada manusia dan terbahagi kepada:
- Kata ganti nama diri orang pertama - Kata ganti nama diri orang kedua - Kata ganti nama diri orang ketiga
Tempat
Pertama
Kedua
Ketiga
a) b) c)
d)
e)
f)
Berikut ini ialah contoh kata ganti nama. Kata ganti nama tunjuk umum ini, itu. Kata ganti nama tunjuk tempat sana, sini, situ Kata ganti nama diri tanya apa (untuk benda atau perkara), siapa (untuk manusia), dan mana(untuk manusia dan benda atau perkara) Kata ganti nama diri orang pertama aku, beta, patik, saya, kami, kita Kata ganti nama diri orang kedua anda, awak, engkau, kamu, tuanku,kalian. Kata ganti nama diri orang ketiga baginda, beliau, dia, ia, mereka, -nya.
KATA KERJA
KATA KERJA
1)Kata kerja ialah sejumlah kata yang menjadi unsur inti dalam binaan binaan frasa kerja. 2)Kata kerja terbahagi kepada dua iaitu: a) kata kerja transitif. b) kata kerja tak transitif.
3) Kata kerja transitif aktif boleh menggugurkan objeknya seandainya kata kerja tersebut membawa makna adjektif. Contohnya: Tragedi yang menggerunkan kami itu berlaku dengan tiba-tiba. Tragedi yang menggerunkan itu berlaku dengan tiba-tiba. Penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Somalia menyedihkan kami. Penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Somalia menyedihkan.
1)Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa diikuti oleh pelengkap.Contoh ayat :
Kedua-dua orang pemimpin itu berbincang. Para peserta maraton itu baru sahaja tiba.
2)Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap boleh ditambah dengan unsur keterangan seperti berikut :
Kedua-dua orang pemimpin itu berbincang tentang isu ekonomi. Peserta maraton itu baru sahaja tiba di pintu masuk stadium.
1)Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang memerlukan pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. 2)Unsur yang menjadi pelengkap terdiri daripada kata adjektif, frasa sendi nama dan kata nama. Contoh: a) Pelengkap kata adjektif : Orang tua itu berperangai aneh . b) Pelengkap frasa sendi nama : Dia tidak kenal akan anaknya sendiri. c) Pelengkap kata nama : Dia tidur bertemankan radio.