Anda di halaman 1dari 24

KEMAHIRAN BERFIKIR

APAKAH BERFIKIR
melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah ( Mayer 1977 ) merupakan pembentukan idea, pembentukan semulapengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu ( Fraenkel 1980 ) ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep,memberi sebab atau membuat penentuan ( Bayer 1991 )

RUMUSAN BERFIKIR
Proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman serta penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang timbul dengan menggunakan pelbagai cara, membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses yang dialami.

PROSES BERFIKIR
Bila kita berhadapan dengan sesuatu perkara, persoalan ini mungkin akan timbul

Apakah itu ? Apakah kegunaan ? Bagaimanakah menggunakannya ? Adakah ia memberi manfaat ?

Proses Berfikir
Pengetahuan ( apa yang anda tahu
tentang objek itu ) Kemahiran ( menyoal diri sendiri tentang objek itu ) Sikap atau nilai ( keinginan untuk mengetahui tentang objek itu )

Kemahiran Berfikir Secara Kritis


Kebolehan membuat, mentafsir dan menilai data, idea dan maklumat untuk mencari makna atau menyelesaikan masalah.

Kemahiran Berfikir Secara Kreatif


Kebolehan memperluas dan mengembanagkan daya imaginasi, kreativiti dan inovasi dengan tujuan mendapat idea baru.

Kemahiran Berfikir Menaakul


Sebagai pelincir dalam membantu membuat pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi berfikir.

Strategi Berfikir

Proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya dan mengandungi beberapa langkah yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif.

KEMAHIRAN BERFIKIR

KREATIF Menjana idea Menghubung kaitkan Membuat inferens Meramalkan Membuat hipotesis Mensintesis Mengitlak Gambaran mental Menganalogi Mereka cipta MENAAKUL Logik Rasional

KRITIS
Mencirikan Membanding beza Mengumpul mengelas Membuat urutan Menyusun keutamaan Menganalisis Mengesan kecondongan Menilai Membuat kesimpulan

STRATEGI BERFIKIR
Mengkonsepsikan Menyelesaikan masalah Membuat keputusan

Kemahiran Berfikir dalam model ini telah


disusun mengikut hierarki daripada kemahiran asas kepada kemahiran yang lebih kompleks. Dalam P & P, KB perlu diperkenalkan mengikut urutan. Murid perlu mempelajari dan menguasai KB yang asas sebelum mempelajari KB yang lebih kompleks.

KEPENTINGAN KB
Memperoleh ilmu
( penggunaan akal ) Mencapai kecemerlangan budaya ilmu ( membaca, berfikir, belajar, berkarya,bermusyawarah, refleksi ) Merealisasiskan wawasan 2020 Memupuk bakat mencipta Mengelakkan kesilapan berfikir

KEPENTINGAN BERFIKIR
Berfikir sebagai satu ibadah Tafkir ( berfikir) adalah sebagai kewajipan Islam
dalam membuktikan keyakinan kepada tuhan dan mencari kebenaran. Galakan daripada Al-Quran supaya manusia berfikir dalam berbagai bidang kehidupan, terutama bidang tauhid, iktibar sejarah, kejadian alam dan manusia serta mengkaji Al-Quran itu sendiri. Berfikir adalah satu keperluan memahami dan menghayati syariat dan syiar Islam untuk maslahat hidup manusia dunia dan akhirat.

KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS

MENCIRIKAN
Mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti
dan unsur sesuatu konsep objek Kegunaan untuk * Mendefinisi konsep * Mengenali item yang hampir serupa Langkah penggunaan * Tumpukan perhatian kepada item atau konsep secara menyeluruh. * Kenal pasti ciri.

BANDING BEZA
Mencari persamaan dan perbezaan
berdasarkan kriteria ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa. Kegunaan apabila * Terdapat dua atau lebih ciri * Membuat pilihan atau keputusan Langkah penggunaan * Tumpuan kepada satu atau lebih objek * Tentukan objek yang lain mempunyai ciri yang sama. * Nyatakan ciri itu sama atau berbeza

MENGUMPUL MENGELAS
Mengasing dan mengumpulkan objek
kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu Kegunaan apabila * Banyak item * Maklumat yang tidak tersusun Langkah penggunaan * Kenal pasti ciri umum * Kenal pasti ciri lain * Masukkan item berciri sama

URUTAN
Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib. Kegunaan supaya
* Mudah difahami * Item tertentu mudah dikesan Langkah penggunaan * Tentukan jenis susunan * Ambil satu item sebagai asas * Susun item * Semak semula susunan

MENYUSUN MENGIKUT KEUTAMAAN


Menyusun objek atau maklumat mengikut
kepentingan Kegunaan untuk * Menonjolkan perkara yang mustahak * Menentukan tindakan yang perlu dibuat dahulu Langkah penggunaan * Tentukan matlamat * Ambil satu item sebagai asas * Ambil item lain dan banding sama ada lebih dekat atau jauh * Susunan yang paling atas lebih diutamakan

MENGANALISIS
Mengolah maklumat kepda bahagian yang
lebih kecil untuk memahami sesuatu konsep Kegunaan untuk * Mengenali * Memahami Langkah penggunaan * Tentukan pendapat / kenyataan * Huraikan ciri yang lebih terperinci * Renung semula pendapat * Buat pernyataan yang telah diperbaiki

MENGESAN KECONDONGAN
Mengesan pandangan atau pendapat yang berpihak
kepada sesuatu atau menentang sesuatu Kegunaan apabila * Terdapat pernyataan yang cuba mempengaruhi keputusan * Menimbangkan ketepatan sesuatu sumber * Mengenal pasti kecondongan Langkah penggunaan * Kenal pasti petunjuk kecondongan * Analisis maklumat untuk mendapat petunjuk * Buat penilaian sejauh manaakah kecondongan berlaku

Contoh kecondongan
Kami ada cara..
Cetusan! Inilah penawar yang dinanti-nantikan oleh anda sekalian. Anda pasti telah mencuba pelbagai penawar untuk mengurangkan berat badan tetapi kurang atau tidak berkesan langsung atau kelebihan berat badan datang semula selepas berhenti memakan ubat berkenaan. Nah! Anda sekarang berpeluang mencuba cetusan. Sejenis ramuan herba asli yang boleh menguranagkan berat badan anda, tanpa perlu berlapar atau melakukan senaman. Anda tidak perlu risau kalau-kalau berat badan datang semula selepas berhenti memakan cetusan. Kajian telah membuktikannya. Ikut sahaja panduan kami dan jadilah ahli kelab cetusan untuk badan yang langsing sepanjang hayat. Belum cuba belum tahu, sudah cuba hendak selalu

MENILAI
Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara
daripada segi kebaikan dan keburukan berdasarkan bukti Kegunaan untuk * Memilih sesuatu * Menerima atau menolak sesuatu idea Langkah penggunaan * Perhatikan idea * Senaraaikan ciri positif * Senaraikan ciri negatif * Beri wajaran kepada setiap ciri * bandingkan wajaran secara keseluruhannya

KESIMPULAN
Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang
berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkana sesuatu perkara bedasarkan penyiasatan Kegunaan untuk * Membuat keputusan * Menerangkan sesuatu * Menyokong pernyataan Langkah penggunaan * Kumpulakan maklumat * Susun maklumat dengan urutan logik * Analisis maklumat dan buat gambaran mental * Buat pernyataan kesimpulan

Anda mungkin juga menyukai