Anda di halaman 1dari 11

MODEL KAJIAN TINDAKAN KURT LEWIN

oleh : Mohd Iduan bin Masri Mohd Farid bin Ghazali Amirul Ikhwan bin Mustafha
7 PISMP SN Januari 2011 IPGM Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan

KURT ZADEK LEWIN (9 SEPTEMBER 1890 12 FEBRUARI 1947)

BIODATA
Ahli Psikologi Amerika berketurunan Jerman. Lahir dalam keluarga Yahudi di Prussia (Poland). Mempelajari bidang perubatan di Universiti Freiburg pada 1909,sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Munich dalam bidang Biologi. Tamat Perang Dunia Pertama,memperoleh Ijazah kedoktoran (Ph.D) dari Universiti Berlin. Pernah berkhidmat di Gestalt School of Psychology, dan Psychological Institute di Universiti Berlin sebelum berpindah ke Amerika Syarikat pada 1933 setelah Adolf Hitler berkuasa.

Di Amerika,dia mula berkhidmat di Universiti Stanford, Universiti Iowa sebelum akhirnya menjadi pengarah di Massachusetts Institute of Technology (MIT),di mana beliau mengeluarkan pelbagai model & teori. Terkenal sebagai perintis kepada bidang psikologi sosial, psikologi organisasi dan psikologi gunaan moden. Dianggap sebagai pengasas bidang social psychology Di MIT pada 1944,beliau mula merintis penggunaan frasa action research,melalui jurnal terbitan beliau Action Research and Minority Problems yang menggunakan spiral langkah-langkah dalam merangka,bertindak dan mencari fakta berkenaan hasil daripada tindakan dijalankan. Secara tidak langsung,beliau merupakan pelopor & pengasas kepada bidang kajian tindakan.

MODEL KAJIAN TINDAKAN KURT LEWIN

Di dalam Spiral yang dihasilkan oleh Kurt Lewin,


Ia menekankan penambahbaikan berterusan dalam pembelajaran mengenai apa yang telah dikaji

LANGKAH LANGKAH DI DALAM


SPIRAL Mengenal pasti idea Pencarian fakta Perancangan pelan tindakan Pelaksanaan tindakan Penilaian tindakan yang diambil Ulangkaji pelan tindakan berdasarkan apa yang dipelajari dari langkah 5 Mengambil langkah tindakan seterusnya

Lewin percaya bahawa kesedaran atau motivasi untuk berubah sangat dipengaruhi dengan tindakan seseorang

Seseorang yang aktif dan tegas dalam membuat keputusan mempengaruhi mereka untuk membina kaedah baru untuk menyelesaikan masalah mereka.
Menurut Lewin, Pengurusan sosial secara rasional melibatkan langkah-langkah spiral di mana setiap langkah mengandungi kitaran merancang(planning), tindakan(action) dan dapatan kajian(fact-finding) berdasarkan hasil akhir tindakan.

Lewin turut mengembangkan teori bahawa proses perubahan melibatkan 3 langkah : (U Unfreezing, C Changing, R Refreezing)

Unfreezing : berhadapan dengan dilema & ketidaktentuan,seseorang atau suatu kelompok menjadi lebih sedar dan sensitif dengan keperluan untuk berubah.

Changing : situasi memerlukan suatu diagnosis dan model baru untuk tingkah laku yang untuk diterokai dan diuji. Refreezing : Apabila aplikasi untuk tingkahlaku dijalankan,ia akan dinilai serta merta dan jika membantu ke arah penambahbaikan,ia akan terus digunakan.

RUJUKAN

http://en.wikipedia.org/wiki/Kurt_Lewin http://kindamafia.blogspot.com/2009/11/tugasankelas-konsep-dan-model-kajian.html http://kajiantindakanjjblues.blogspot.com/2009/11/m odel-model-kajian-tindakan.html

RUJUKAN TAMBAHAN

http://bscw.wineme.fb5.unisiegen.de/pub/nj_bscw.cgi/d759359/5_1_ActionRes earchandMinortyProblems.pdf

Anda mungkin juga menyukai