Anda di halaman 1dari 32

Kaum Iban dahulu dikenali sebagai Dayak Laut dan dengan jumlah sebanyak 876,000 iaitu 40% daripada

jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak , mereka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak dari daerah Lundu di barat dan Limbang di timur laut, tetapi kepadatan penduduk Iban adalah di bahagian Kota Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri.

Kebanyakan kaum Iban tinggal berkampung di rumah panjang yang kebiasaanya terletak di tebing sungai dan di tepi jalan raya ini adalah bagi mempermudahkan aktiviti kerja , berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain.
Kebanyakan masyarakat Iban pada hari ini menerima agama Kristian sebagai pegangan, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban. [Sarawak mempunyai 112 jenis suku Dayak]

Orang Iban biasanya menduduki di lembah Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai Batang Lupar, dan Sungai Rajang. Kaum Iban adalah kaum yang mengamalkan banyak budaya yang menarik.

Mereka hidup bermasyarakat dan mendiami rumah-rumah panjang.

Diketuai oleh ketua kampung yang dipanggil Tuai Rumah. Kebanyakkan masyarakat Iban sekarang telah menetap di bandarbandar besar di sekitar Negeri Sarawak. Namun demikian,ciri=ciri asal tradisi mereka tetap dikekalkan

Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil tajau. Ia diwarisi secara turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati. Tajau berfungsi sebagai harta simpanan dan diperoleh secara tukar barang. Sebilangan kecil masyarakat bumiputera Iban masih mengamalkan kepercayaan nenek moyang.

Perayaan Gawai merupakan perayaan utama bagi suku kaum Iban. Jenis-jenis Hari Gawai adalah seperti Gawai Dayak,Gawai Burung, Gawai Batu, Gawai Kenyalang, Gawai Panggul,Gawai Kelingkang,Gawai Tuah,Gawai Lelabi dan Gawai Antu. Antaranya sambutan Hari Gawai Dayak yang dijalankan antara hari pertama dan kedua pada bulan Jun adalah terpenting.

Biasanya, Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan menuai padi sepanjang tahun ini. Tuai rumah merupakan orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan sambutan yang penting ini.

Perayaan Gawai juga tidak akan lengkap, sekiranya Tuak tidak dihidangkan. Minuman yang diperbuat daripada ragi dan beras boleh didapati di rumah panjang.

Kaum Iban dikenali dengan " Master of Language " oleh dunia. Prof Derek Freeman adalah salah seorang dikalangan pengkaji Bahasa Iban yang menyatakan bahawa orang Iban sememangnya master of language. Prof Derek Freeman turut menyatakan bahawa Orang Iban pandai dalam menggunakan bahasa, di setiap baris ayat, mencipta serta membina puisi dengan cantik, bijak dalam memilih dan menyusun ayat serta mempunyai banyak jenis puisi yang menggunakan penyusunan ayat yang sesuai dengan bunyi, seperti yang digunakan dalam sajak dan prosa dalam Bahasa Inggeris. Orang Iban yang mempunyai bahasanya yang tersendiri, iaitu Bahasa Iban, bahasa Iban berbeza di setiap tempat bukan sahaja di Sarawak tetapi di Kalimatan, Sabah dan Semenanjung.

Bahasa Iban merupakan bahasa yang seragam (homogenous). Masyarakat Dayak-Iban merupakan satu-satunya bangsa bumiputra di Malaysia yang mempunyai sistem tulisan yang disebut 'Turai'. Ia mempunyai tidak kurang daripada 59 abjad yang mewakili bunyi sebutan seperti tulisan rumi.

Sistem tulisan ini berkesan apabila orang Iban dapat merujuk keturunan sehingga 15 generasi yang terdahulu dengan darjah ketepatan yang mengagumkan dan juga merekodkan peristiwa penting. Salah satu peristiwa yang penting dalam sejarah orang Iban ialah 'Pirate of Beting Maro' di mana mereka mematahkan kemaraan penjajah dengan serangan [Ngayau]dan membawa pulang kepala musuh yang dipenggal.

makan=makai sana=din sini=ditu kalau=enti boleh=ulih saya=aku kamu=nuan/dik nanti=legi

kejar=gagai tak nak=enggai tidur=tinduk jalan=jalai terbang=terbai sebarang/sembaranga n=sengapa

Dalam Kepercayaan Iban, mereka berpegang kepada adat yang diwarisi turun temurun dan ditulis di dalam 'Papan Turai' oleh 'Tuai Raban Bansa' atau "Chief Paramount" dengan berpandukan nasihat 'Beliau' dan 'Lemambang'.

Contohnya apabila hendak membuka penempatan dan mendirikan rumah, kawasan tanah yang hendak didirikan rumah tersebut hendaklah disemak terlebih dahulu.

Mereka juga percaya pada petandapetanda lain seperti bunyi burung ketupung dan burung beragai.
Bunyi yang dikeluarkan oleh binatangbinatang ini adalah petunjuk dan alamat untuk menentukan kesesuaian tapak. Semua petanda akan ditafsirkan oleh 'Beliau' dan 'Manang' bagi mematuhi adat supaya tidak mendatangkan malapetaka.

Mimpi merupakan salah satu sumber alamat tentang sesuatu yang bakal terjadi di masa akan datang dan diterjemah oleh Beliau dan Manang. Bagi menghidar alamat yang boleh mendatangkan malapetaka, biasanya upacara 'Ngintu Burung' dan 'belian' akan dijalankan mengikut 'Adat' yang dirujuk kepada Tuai Raban Bansa.

Sebahagian besar masyarakat Iban masih tinggal di rumah-rumah panjang dimana pola pertempatan bagi rumah panjang ini adalah beselerak dilembah sungai di seluruh Negeri Sarawak, segolongan besar orang Iban masih melibatkan diri di dalam kegiatan pertanian iaitu menanam padi bukit atau padi huma.

Orang Iban pada zaman dahulu merupakan peneroka terulung dalam membuka hutan rimba (berimba)atau(berumpang kampong)bagi tujuan penanaman padi bukit.
Aktiviti penerokaan ini dilakukan dengan seluas yang termampu dengan matlamat untuk mendapatkan hasil tuaian tanaman padi yang lebih banyak.

Bagi masyarakat Iban sesiapa yang dapat tuaian padi yang banyak maka dia merupakan seorang yang boleh dianggap kaya dan dipandang tinggi ,pintar dan rajin. Justeru itu masyarakat Iban pernah dianggap sebagai salah satu masyarakat yang terkenal dengan penanaman padi bukit(Sultive,1978:3).

Selain itu orang Iban yang tinggal di rumah panjang masih menjalankan aktiviti memburu dan mendapat sumber-sumber hutan untuk mendapatkan bekalan makanan dan perubatan.
Pada hari ini sebahagian orang iban mula menetap di bandar- bandar besar di Sarawak, kebanyakan generasi baru Iban mempunyai pengetahuan dan kelayakan pendidikan dan berkerja di dalam sektor awam dan sektor swasta.

Kelahiran

Pontong
Sebaik sahaja bayi dilahirkan, buluh yang dipanggil Pontong akan dipalu untuk memanggil jiran-jiran.

Potong Tali Pusat dan Berurut


Sejurus selepas bayi dilahirkan, tali pusatnya akan segera dipotong dan bayi akan dimandikan. Seterusnya badan si ibu akan diurut oleh bidan bertujuan untuk menghilangkan rasa sengal-sengal badan akibat bersalin tadi.

Pantang
Dalam tempoh berpantang itu, ibu akan diberi makan nasi dan ikan salai atau ikan kering yang kadang-kadang dicampur dengan pucuk paku dan buah pulur.

Berdiang/Bersalai
Selepas bersalin, wanita kaum Iban perlu menjalani satu amalan yang dipanggil berdiang atau bersalai, di mana si ibu perlu duduk dekat dengan unggun api.

Tanggal Pusat
Adat melihat matahari atau merasa garam dijalankan apabila bayi sudah tanggal pusat iaitu ketika bayi berusia empat hari.

Menamakan bayi
Kaum Iban begitu mementingkan adat memberi nama kepada anak-anak mereka yang baru lahir. Ini kerana, nama yang baik dan elok mempunyai kesan ke atas masa hadapan kanak-kanak tersebut.

Berkhatan
Kanak-kanak lelaki kaum Iban akan berkhatan ketika berumur sepuluh tahun. Berkhatan lazimnya dilakukan secara senyap dan tidak disertai dengan kenduri.

Perkahwinan

Merisik
Perkahwinan biasanya ditentukan oleh pengantin lelaki. Sekiranya seorang teruna telah berkenan kepada seorang gadis, ibu bapanya atau wakil akan bertandang ke rumah gadis untuk merisik.

Meminang dan Bertunang

Rombongan pihak lelaki biasanya tidak kurang daripada lima orang dan paling ramai dua puluh orang yang terdiri daripada orang-orang tua. Pada masa itu syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan termasuklah berian atau mas kahwin serta lain-lain yang berkaitan.

Kematian

Semasa Kematian

Apabila ada kematian, semua saudara mara dan sahabat handai menghadirinya. Semua barang yang mahu dibekalkan bersama-sama mayat disediakan. Apabila mayat itu dimasukkan ke dalam keranda, mayat itu disuakan makanan menggunakan pinggan. Kemudian pinggan itu dipecahkan dan dibuang ke tanah melalui celahan lantai.

Semasa Pengebumian

Setelah kawasan kubur ditetapkan, seekor ayam dikorbankan di atasnya. Darah ayam itu dikatakan sebagai persembahan kepada sempulang gana supaya menerima mayat itu. Apabila sudah digali, daun atau rumput hijau dielakkan daripada memasuki lubang itu.

Selepas Kematian

Masa berkabung bermula sebaik sahaja pengebumian selesai. Tempoh berkabung ialah tiga bulan bagi keluarga si mati dan sebulan bagi penghuni rumah panjang tersebut. Dalam tempoh itu unggun api dinyalakan di luar rumah selama tiga malam.

http://totallydelicious.wordpress.com/20 12/02/12/makanan-tradisi-kaum-iban/ http://www.scribd.com/doc/46910948/k aum-iban


http://www.scribd.com/doc/51104315/P ANTANG-LARANG-DAN-KEPERCAYAANKAUM-IBAN

Buah pulur

Tamat