Anda di halaman 1dari 15

Warisan Kesenian Pelbagai

Kaum Di Malaysia.
Kumpulan 1.
-Azrul
-Muhd Nur
-Muhd Taufiq
-Muhd Khidir
Seni Tarian Pelbagai Kaum di
Malaysia
• Tarian Kuda Kepang
Tarian ini cukup unik dan lebih khususnya keturunan
jawa.Tarian kuda kepang dipersembahkan oleh sembilan orang
penari.Sekarang tarian ini lazimnya dipesembahkan dalam
majlis budaya saja.Namun,sudah ada usaha untuk
mempopularkannya semula.
Alat yang digunakan ialah boneka kuda berbentuk dua
dimensi yang dibuat daripada rotan dan kulit yang pelbagai
warna.Tarian kuda kepang diiringi oleh beberapa alat
muzik,iaitu gong,tamborin, dan angkung.
• Tarian Kenyah
Tarian kenyah adalah tarian suku kaum Kenyah di Sarawak
yang terdiri daripada pelbagai jenis.Salah satu jenis ini yang
popular ialah datun julud.Tarian ini biasanya dipersembahkan
untuk meraikan kedatangan para pengunjung ke rumah
panjang.Pada umumnya,para penari tarian ini terdiri daripada
lapan orang wanita yang akan menari mengikut alunan alat muzik
sape.
Peralatan utama dalam tarian kenyah ialah bulu-bulu burung
kenyalang.Bulu-bulu ini menghiasi kedua-dua belah tangan
setiap penari.Ayunan tangan yang dihiasi bulu-bulu kenyalang
serta gerak tari yang lemah lembut inilah yang menyebabkan
tarian kenyah sungguh unik dan tersendiri.
• Tarian Sumazau
Tarian Sumazau adalah tarian suku kaum Kadazandusun di
Sabah.Biasanya penari-penarinya terdiri daripada lelaki dan
wanita.Semasa menari,mereka akan memakai pakaian serba hitam
serta perhiasan seperti gelang suasa atau tembaga,cincin
tembaga,anting-anting,kalung,sepasang keris,dan penutup kepala
yang disebut terendak.
Dahulu,tarian sumazau dipersembahkan sempena upacara
tertentu yang berkait rapat dengan kepercayaan kaum
tersebut.Misalnya upacara memuja kuasa ghaib,roh,dan
semangat,upacara mengelak bencana,upacara memanggil semangat
padi,dan sebagainya.Kini,tarian sumazau turut dipersembahkan
sempena sesuatu keramaian seperti majlis perkahwinan,majlis
meraikan pembesar dan pelancong,majlis sambutan Pesta
Menuai,dan yang seumpamanya.
• Tarian Asyik.
Tarian asyik adalah tarian tradisional kaum Melayu,khususnya di
negeri Kelantan.Tarian ini menekankan ketertiban kepada para
penari dan pemuzik iringan dari segi cara berpakaian,perawakan,
serta gerak-geri.Hal ini demikian kerana tarian ini berasal dari
istana dan dahulunya memang sering dipersembahkan kepada raja-
raja Kelantan.Tetapi kini tarian ini turut dipersembahkan untuk
tontonan umum.
Tarian asyik bermula dengan kemunculan 10 orang penari yang
bersimpuh dengan tertib.Seketika kemudian,muncul puteri asyik
dengan gerak dan aksinya yang menarik,ditambah pula dengan
pakaianya yang anggun serta kuku panjang melentik yang
dipakaikan di hujung jari.Puteri asyik dan para penari akan
menyembah lalu menari dengan lemah lembut sambil mengajuk-
ajukkan gerak-geri burung.
• Tarian singa.
Tarian ini popular di kalangan rakyat
Malaysia,khususnya masyarakat Cina.Biasanya tarian ini
dipersembahkan semasa sambutan Tahun Baru
Cina,meskipun ada juga dipersembahkan dalam sesuatu
majlis rasmi.
Alat yang digunakan ialah boneka singa dan badan
singa yang dibuat daripada kain yang berwarna-warni
seperti merah,kuning keemasan,dan oren.Tarian singa
diiringi muzik yang dihasilkan oleh beberapa alat
muzik,iaitu gendang,canang,dan simbal.
Seni Muzik Tradisional Malaysia.

• Ghazal.
Ghazal merupakan seni dan nyanyian Melayu yang mula
berkenbang pada awal abad ke-19 di istana Riau-Lingga.Seni
muzik yang mempunyai pengaruh Arab ini diperkenalkan oleh
pedagang India dan Parsi.Malah kata ghazal merupakan kata Arab
yang bermaksud “lagu dan puisi kasih”.
Ghazal amat popular di negeri Johor.Seni muzik yang mulanya
sering dipersembahkan di istana Johor telah menarik minat
masyarakat Melayu di sana lalu berkembang dengan
baiknya.Beberapa kumpulan ghazal mula tubuh dan telah
mengadakan persembahan dalam majlis-majlis
keramaian,perkahwinan dan upacara berkhatan.Hal ini semakin
mempopularkan muzik ghazal hingga ke luar negeri Johor.
Persembahan ghazal menggunakan alat-alat muzik seperti
harmonium,tabla,biola,gambus,gitar,tamborin,dan marakas.
Liriknya pula merupakan pantun dua kerat,pantun empat
kerat,atau pantun berkait.Antara tema dalam lagu ghazal
termasuklah keindahan alam dan kawasan setempat,kasih
sayang,nasihat,dan sebagainya.
Alat Muzik Tradisional Malaysia

• Sape.
Sejenis alat muzik tradisional bertali kaum Kenyah.Alat
muzik ini dimainkan dengan cara dipetik.
• Rebab
Alat muzik bertali dua atau tiga.Biasanya dimainkan semasa
persembahan teater tradisi Melayu.Rebab dimainkan dengan
cara digesek.
Seni Bina Malaysia.

Di negara kita,ada pelbagai warisan seni bina yang


melambangkan kekayaan sejarahnya serta budaya
penduduknya yang berbilang bangsa dan agama.Justeru
warisan seni bina ini dipelihara dan dipulihara dengan sebaik-
baikya agar terus dapat dinikmati oleh generasi akan datang.
Lukisan

Tujuan lukisan dilukis ialah untuk menarik minat masyarakat


dan pelancong terhadap seni lukis tempatan.Di samping
itu,tujuan ini juga ingin menyedarkan mereka tentang
pentingnya lukisan sebagai suatu bentuk warisan kesenian
pelbagai kaum di Malaysia.
Selain itu,lukisan tersebut juga memaparkan cara hidup
rakyat yang berbilang bangsa.
Permainan Tradisional Di Malaysia.

• Congkak
Congkak dikatakan berasal daripada kata congak yang
bermaksud mengira.Permainan ini dipercayai wujud sejak
zaman Kesultanan Melayu Melaka.Congkak yang pada
mulanya hanya dimainkan di istana pada waktu itu telah
berkembang dan turut dimainkan oleh rakyat jelata.
Rupa bentuk papan congkak menyerupai sebuah sampan.
Menurut ceritanya,congkak direka oleh seorang nelayan yang
tidak dapat turun ke laut sebagai akibat musim tengkujuh.Oleh
itu,untuk mengisi masa lapang yang banyak terluang,dia
mendapat ilham mereka bentuk papan congkak berdasarkan
sampannya.
Ada dua alat yang digunakan dalam permianan congkak,iaitu
papan congkak dan buah congkak.Papan congkak boleh dibuat
daripada pelbagai jenis kayu.Papan ini kemudiannya ditebuk
tujuh atau sembilan lubang yang disebut “kampung”.Kampung-
kampung ini ditebuk dalam dua barisan secara berasingan dan
selari.Di kedua-dua hujung kampung itu,ada sebuah lubang yang
lebih besar dan lebih dalam disebut “rumah”.Sementara itu,buah
congkak pula terdiri daripada biji saga,biji getah,kulit lokan,guli
atau sebagainya
Kraf Tangan Tradisional Malaysia.

• Batik
Batik merupakan seni menghias corak kain dengan
motif hiasan dan bahan pewarna khusus.Batik
dihasilkan daripada teknik mencorakkan tekstil
melalui proses penerapan lilin dan pencelupan
benang.Batik berasal daripada kata Jawa “ambatik”
yang bermaksud kain bercorak titik-titik kecil.
• Songket
Songket pula adalah sejenis tenunan yang
menggunakan benang emas.Juteru songket pada
umumnya dianggap eksklusif dan agak mahal
harganya.Itulah sebabnya pada masa dahulu songket
dipakai hanya oleh gologngan bangsawan Melayu.Tetapi
hari ini,songket sudah tidak asing lagi di kalagan orang
kebanyakan dan makin dikenal oleh pelancong luar
negara.Songket banyak dihasilkan di pantai timur
Semenanjung,khususnya di Terengganu dan Kelantan

Anda mungkin juga menyukai