Anda di halaman 1dari 10

Pentaksiran jenis ini adalah lebih kepada membuat penilaian serta pemerhatian tentang seseorang murid di dalam bilik

darjah.

Pemerhatianserta penilaian ini boleh berasaskan tingkah laku, emosi , dan juga kognitif.

Pelbagai cara digunakan untuk menjalankan penilaian tidak formal iaitu :


i.Pemerhatian ii.Senarai semak dan skala pemeringkatan

iii.Rekod Anekdot
iv.Hasil kerja pelajar v.Temu bual

i. Pemerhatian
Guru Pendidikan Moral atau guru kelas akan memerhatikan tingkah laku pelajar didalam dan di luar bilik darjah.

Hasil pemerhatian guru tentang kelebihan dan kelemahan pelajar boleh direkodkan dalam borang yang direka bentuk oleh guru atau pun menilai tingkah laku muridmurid dengan menggunakan borang pemerhatian yang telah ditentukan.

ii) Senarai semak

Senarai tingkah laku yang dijangka oleh muridmurid daripada Tahun satu hingga Tahun enam telah ditentukan terlebih dahulu. Guru akan menyemak prestasi pelajar berasaskan kriteria tingkah laku yang ditentukan untuk satu tempoh tertentu. Semakin tinggi markah senarai semak, semakin banyak tingkah laku positif yang dijangkakan telah ditonjolkan oleh muridmurid.

Sampel Senarai semak Tingkah laku pelajar adalah seperti yang berikut :-

iii) Rekod Anekdot


Rekod anekdot merupakan satu rekod perisitiwa yang berlaku dalam sesuatu tempoh tertentu. Sebelum sesuatu catatan dibuat guru haruslah memerhatikan tingkah lakupelajar dengan tepat dan teliti. Pemerhatian untuk menilai tingkah laku pelajar seharusnya merangkumi seberapa ramai pelajar yang mungkin. Tingkah laku yang diperhatikan haruslah direkodkan dengan jelas, ringkas dan objektif. Kemudian guru harus membuat pentafsiran atau intepretasi tingkah laku yang diperhatikan.

Berikut adalah satu contoh rekod anekdot :-

iv) Hasil Kerja Pelajar


Prestasi seseorang pelajar boleh juga dinilai berdasarkan hasil kerja yang dijalankan oleh murid-murid dalam dan di luar bilik darjah. Guru boleh menilai hasil murid-murid berasaskan isi kandungan dan sikap semasa menghasilkan kerja. Aspekaspek yang boleh dinilai termasuk sikap dan kebolehan berkolaborasi dengan orang lain dalam menghasilkan kerja.

v) Temu bual
Temu bual melibatkan interaksi bersemuka dengan murid-murid. Murid-murid diberikan peluang menyatakan perasaan mereka yang dapat menggambarkan sikap mereka. Semasa menjalankan temu bual, guru mendorong pelajar berfikir supaya dapatmewujudkan pelbagai situasi untuk merangsangkan pelajar berfikir secara kritis danmembuat pertimbangan moral.