Anda di halaman 1dari 16

Terapi Bercerita

Bimbingan & Kaunseling

Disediakan Oleh :

Allven Attna Steven

Molly Peter

Elorine Kait Zubair Shuhaimie

Definisi Terapi
Terapi berasal daripada perkataan Greek iaitu "Therapeia" yang bermaksud satu perkhidmatan(pesakit). Dalam konteks pendidikan pula, terapi dapat didefinisikan sebagai kaedah untuk membantu seseorang individu untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti dan kemahiran.

Terapi Bercerita
Aktiviti yang digunakan untuk menyampaikan peristiwa dengan perkataan, imej dan suara. Plot, watak-watak serta pandangan ,persoalan dan nilai-nilai murni.

Bercerita untuk Terapi


Tujuan bercerita yang lain juga ialah untuk menerapkan nilai murni, pengajaran dan unsur-unsur teladan yang baik kepada murid. Oleh itu, seorang pencerita hendaklah bijak membuat pemilihan jalan cerita supaya kanak-kanak dapat dipupuk dengan nilai-nilai yang positif.

Fungsi cerita untuk Terapi


1. Cerita menggambarkan hidup emosi dalaman
Cerita merangkumi pengalaman emosi Mereka memberi kanak-kanak perkataan yang diperlukan dan suatu konteks untuk menolong mereka memahami perasaan tersebut. Kanak-kanak menjadi lebih yakin , kreatif dan cergas sewaktu menghadapi masalah harian

2. Mendengar cerita menyediakan pengalaman hadapan


Bercerita dengan teknik yang berkesan atau melibatkan secara keseluruhan minda, deria dan emosi pendengar, seakan-akan hidup sering dengan dunia cerita itu. Kesannya, pendengar lebih bersedia untuk menghadapi situasi yang serupa dalam kehidupannya.

3. Cerita mengajar penyelesaian masalah secara kreatif Lazimnya, cerita mengandungi masalah atau konflik yang harus diselesaikan. Cerita membawa pendengar menghayati setiap langkah untuk menyelesaikan masalah konflik tersebut. Cara ini mengajar kanak-kanak lebih kreatif, pintar akal dan tabah.

4. Cerita juga menunjukkan tindakan dan akibat Cerita memberi contoh kegagalan dan kejayaan, kesedihan dan kegembiraan. Mereka mencerminkan akibat setiap keputusan watak, sama ada positif atau negatif. Ini memberi tunjuk ajar kepada kanak-kanak untuk membuat keputusan positif pada masa kelak.

5. Cerita juga mencerminkan keadaan manusia yang universal


Melalui peristiwa yang distruktur secara emosi, cerita memberi persepsi dalam emosi pendengar dan pengalamannya, dan mengingatkan pendengar walaupun wujud perbezaan antara satu sama lain, semua manusia menghadapi rintangan hidup yang sama.

Teknik terapi cerita

Harus Sensitif

Harus positif

Harus Kreatif

Menggalakkan Kanak-kanak bercerita

Prinsip-prinsip panduan penguasaan KEMAHIRAN BERCERITA

>

Guru haruslah memilih cerita yang sesuai dengan minat dan kebolehan,mumur dan pengalaman murid serta objektif pelajaran. Guru harus menghafal isi-isi penting yang terkandung dalam cerita tersebut

ABM-Kad perkataan, boneka atau gambar-untuk menarik perhatian

Pastikan murid bersedia untuk mendengar cerita

Guru boleh berdiri atau dudukselagi murid boleh nampak wajah dan ekspresi Mulakan cerita dengan suara yang menarik dan penuh dengan emosi

Pandangan terus ke muka murid secara bergilir-gilir

Suara jelas dan lantang Nada suara dan intonasi haruslah berubah-ubah mengikut watak dan situasi Kad perkataan dan gambar harus digunakan agar murid lebih jelas tentang isi cerita

Mengemukakan soalan semasa sesi bercerita bagi perkembangan daya imaginasi.


Perkataan dan ayat mudah difahami.

Isi cerita harus disampaikan kepada murid dengan gerak-geri secara semula jadi.

Mengadakan aktiviti susulan selepas berceritasoal jawab(Tema,nilai murni) -Topeng-Aktiviti berlakon

Perancangan dan pengurusan sesi bercerita Tiga peringkat aktiviti bercerita :

Perancangan dan persediaan

Sesi Bercerita

Penutup