Anda di halaman 1dari 14

ASAS MULTIMEDIA

PN. MAY ASLIZA BT TAN


ZALILAH
PENGENALAN
• MULTIMEDIA =
• elemen-elemen multimedia ;
teks, grafik, animasi, audio dan video
ELEMEN-ELEMEN MULTIMEDIA
Teks
• Jenis-jenis fon yang digunakan dalam menghasilkan teks biasanya ialah yang terdapat dalam
kebanyakan komputer pengguna supaya dapat menampung keperluan semasa penyebaran
produksi multimedia kelak. Penggunaan teks adalah untuk menyampaikan maklumat dengan
lebih berkesan. Selain itu teks juga kadangkala boleh berfungsi sebagai “hiperteks”.

Grafik
• Grafik adalah elemen penting dalam penghasilan produksi multimedia yang dapat bertindak
untuk menyampaikan maklumat kepada pengguna sama ada dalam bentuk lakaran, tulisan,
lukisan atau grafik berbentuk 2D dan 3D. Ia boleh membantu menerangkan konsep disamping
teks. Ia juga mestilah menarik dan mudah disampaikan dengan bermakna dan konsisten kepada
semua pengguna. Grafik boleh diintegrasikan dalam produksi multimedia melalui pelbagai cara
seperti pada latar belakang, antaramuka pengguna, imej, butang dan carta. Format penghasilan
grafik adalah seperti bitmap, jpeg dan gif.
Animasi
• Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan kepada suatu objek. Ia membolehkan
suatu objek yang pegun dapat bergerak dan kelihatan hidup. Ini akan menjadikan suatu produksi
multimedia kelihatan menarik dan lebih bermakna seterusnya mampu menghasilkan suatu
kelainan. Ada perisian pengarangan yang dapat menghasilkan animasi yang mudah sahaja dan
ada sesetengah perisian yang dapat menghasilkan animasi yang lebih kompleks. Format
penghasilan animasi yang biasa digunakan ialah gif animated dan swf.
ELEMEN-ELEMEN MULTIMEDIA
Audio
• Penggunaan audio adalah cara berkesan bagi menarik perhatian pengguna
terhadap suatu produksi multimedia di samping membantu menyampaikan
isi kandungan. Ia mampu menjadikan produksi multimedia itu lebih
berkesan dan meningkatkan minat pengguna. Ia biasa diintegrasikan ke
dalam produksi multimedia sebagai muzik latar, kesan bunyi khas dan suara
latar. Format penghasilan yang biasa digunakan ialah dalam bentuk wav,
mid dan mp3.
Video
• Video yang digunakan dalam produksi multimedia dapat bertindak sebagai
satu cara yang berkesan bagi menyampaikan maklumat secara terus. Ia
juga dapat berfungsi menyampaikan maklumat dengan tepat yang kadang
kala gagal ditangani oleh media-media yang lain. Ia mampu membawa
suasana sebenar kepada pengguna di samping dapat memberi kelainan
yang lebih menarik. Format penghasilan bahan berbentuk video yang lazim
digunakan ialah avi, mov dan mpeg.
• Dapat menghasilkan produk multimedia interaktif dalam pelbagai bentuk seperti:
– Persembahan linear
• persembahan berbentuk linear ialah persembahan yang menghubungkan paparan pertama dengan paparan seterusnya mengikut urutan dari mula hingga ke akhir.
• menu
• isi
• isi

Contoh intraktiviti persembahan berbentuk linear.
– Simple branching
• Bentuk persembahan ini dapat dihasilkan dengan cara menghubungkan satu paparan menu persembahan dengan paparan isi kandungan yang lain secara dua hala iaitu hubungan
paparan menu ke paparan isi kandungan dan kembali kepada paparan menu asal.
• isi
• menu
• isi
• keluar

Contoh interaktiviti persembahan berbentuk simple branching.
– Conditional branching
• Bentuk persembahan ini boleh menghubungkan satu paparan menu dengan mana-mana paparan lain dan sub paparan secara terus dan dapat kembali ke mana-mana paparan menu
secara terus. Ia juga adalah gabungan beberapa simple branching.
• menusub
• menu
• isi
• keluar
• isi

Contoh interaktiviti persembahan berbentuk conditional branching
• iii. Dapat menyediakan bentuk aliran persembahan yang bersepadu antara elemen- elemen multimedia. Perisian pengarangan ini mampu untuk menyusun dan menguruskan
elemen-elemen multimedia tersebut supaya mesej serta objektif suatu produksi multimedia memenuhi sasaran. Di samping itu ia juga mampu menyediakan persekitaran bersepadu
yang dapat menghubungkan semua isi kandungan yang ingin disampaikan.
• iv. Dapat mengimport, merekacipta, mengintegrasi dan menyampaikan elemen- elemen multimedia dengan berkesan.
• Mengimport – mengimport sebahagian elemen multimedia seperti
• teks, grafik, audio, video dan animasi
• Merekacipta – menghasilkan sesuatu teks, grafik dan animasi yang
• sesuai
• Integrasi – gabungan elemen multimedia yang diwujudkan dalam
• produksi
• Penyampaian – merekabentuk susun atur persembahan
• Interaktiviti – membina hiperlink dan hiperteks serta antaramuka
• pengguna
JENIS-JENIS PERISIAN
PENGARANGAN
Berasaskan kad/buku
• Metafora berasaskan tatasusunan kad atau lembaran buku merupakan metafora yang awal
dalam perisian pengarangan.
• Perisian pengarangan ini bekerja berdasarkan susunan objek-objek pada skrin yang dikenali
sebagai kad atau buku.
• Setiap kad atau buku mengandungi isi kandungan dan fungsi yang pelbagai serta ciri-ciri
tertentu yang dihubungkan kepada kad atau buku yang lain yang berkaitan.
• Kad atau buku ini dipersembahkan kepada pengguna mengikut tatasusunan yang dapat
beroperasi sebagai produksi multimedia yang mantap.
• Antara perisian pengarangan yang berkonsepkan kad atau buku adalah seperti Asymetrix
Toolbook dan Comil.

Berasaskan masa
• Metafora perisian pengarangan ini juga biasa dikenali sebagai perisian pengarangan
berasaskan frame atau movie. Perisian ini diorganisasikan serta dikawal mengikut
penggunaan masa dan frame. Susunan frame dibuat berdasarkan tempoh masa suatu objek
yang hendak dipersembahkan. Ia amat sesuai untuk menghasilkan satu persembahan
berbentuk animasi. Perisian pengarangan berasaskan masa adalah seperti Macromedia
Director dan Macromedia Flash.

Contoh susunan frame berasaskan masa yang terdapat dalam perisian
• pengarangan Macromedia Flash.
JENIS-JENIS PERISIAN
PENGARANGAN
Berasaskan masa
• Metafora perisian pengarangan ini juga biasa dikenali
sebagai perisian pengarangan berasaskan frame atau movie.
Perisian ini diorganisasikan serta dikawal mengikut
penggunaan masa dan frame. Susunan frame dibuat
berdasarkan tempoh masa suatu objek yang hendak
dipersembahkan. Ia amat sesuai untuk menghasilkan satu
persembahan berbentuk animasi. Perisian pengarangan
berasaskan masa adalah seperti Macromedia Director dan
Macromedia Flash.

Contoh susunan frame berasaskan masa yang terdapat
dalam perisian
• pengarangan Macromedia Flash.
JENIS-JENIS PERISIAN
PENGARANGAN
Berasaskan ikon
• Perisian pengarangan yang berasaskan metafora ini menggunakan
ikon-ikon yang disusun dalam suatu carta alir yang akan
membentuk satu persembahan penuh.
• Pada setiap ikon ia adalah mewakili paparan yang menempatkan
pelbagai isi kandungan dan arahan-arahan tertentu.
• Ia amat sesuai untuk produksi multimedia yang mempunyai aras
intraktiviti yang tinggi kerana susunan dan aliran persembahan
dapat dilihat dengan jelas dan mudah.
• Antara perisian pengarangan yang berasaskan ikon ialah
Macromedia Authoware.
• Contoh susunan ikon-ikon yang terdapat
• dalam perisian pengarangan Macromedia Authoware
Perisian Pembinaan Elemen
Multimedia
• Perisian yang boleh digunapakai bersama-sama dengan perisian pengarangan yang dipilih
hendaklah memenuhi keperluan mengimport dan menyunting elemen-elemen multimedia yang
digunakan.
• Perisian teks
• Antara perisian teks yang biasa digunakan ialah Notepad, Wordpad dan
• MS Word .
• Perisian grafik
• Antara perisian grafik yang sering diguna ialah Adobe Photoshop, Corel Draw,
• Macromedia Fireworks, Paint Shop Pro, Adobe Illustrator, Paint,
• Macromedia Freehand.
• Perisian audio
• Antara perisian audio biasa digunakan ialah Sound Forge, Cool Edit dan
• Audio Grabber.
• Perisian animasi
• Antara perisian animasi yang biasa digunakan ialah Macromedia Flash, Ulead Gif Animator,
Animation Shop.
• Perisian video
• Antara perisian video yang biasa digunakan ialah Adobe Premier,
• Ulead Video Editor, VCD Cutter, IFilm Edit, Pinnacle Studio.
Pengenalan

• Macromedia Flash MX ialah satu perisian yang berupaya


diaplikasikan dalam pelbagai aras pengarangan
multimedia, khususnya interaktif menerusi web. Ia
adalah perisian yang berasaskan Timeline yang dapat
memenuhi keperluan perisian pengarangan multimedia,
perisian grafik dan perisian animasi. Ia juga berupaya
membenarkan elemen interaktif digunakan dengan
mudah dan berkesan.
• Modul ini menyediakan beberapa kemudahan kepada
pengguna, supaya dapat mempelajari aspek-aspek
utama yang terdapat dalam Macromedia Flash MX.
Pada akhir modul ini pengguna akan dapat
menghasilkan satu persembahan interaktif yang mudah.
Antaramuka Flash MX
• Menu bar (bar menu)
• Mengandungi arahan-arahan kawalan serta fungsi-fungsi asas.
• Toolbox (kotak alatan)
• Mengandungi alatan kerja yang mempunyai fungsi dan peranan yang
tertentu. Ia dapat digunakan dengan cara mengaktifkannya. Setiap item
yang dipilih boleh ditentukan spesifikasi atau ciri-cirinya pada pilihan option.
• Timeline (garisan masa)
• Ia mengandungi bilangan nombor yang mewakili setiap frame
(bingkai). Ia juga mengandungi layer (lapisan) untuk susunan kerja.
KawasanTimeline ini digunakan untuk elemen-elemen didalam aplikasi
Flash disusun serta ditentukan peranan dan arahannya.
• Stage (pentas kerja)
• Merupakan kawasan atau lokasi untuk meletakkan isi kandungan
suatu persembahan dan dipaparkan kepada pengguna. Stage ini boleh
diubah saiznya mengikut keperluan persembahan yang hendak
dibangunkan.
• Tetingkap
• Tetingkap bagi :
• color mixer – menentukan tahap
campuran warna
• color swatches – pemilihan warna
• components – pilihan alatan bagi
antaramuka
• pengguna
• answer – maklumat berkaitan
• Macromedia Flash MX
• action – pilihan arahan action
• properties – maklumat tentang suatu
pilihan
• kerja yang dibuat
arrow subselection
line
lasso
pen
text
oval
rectangle
pencil
brush
free transform Fill transform
ink bottle paint bucket
eyedropper eraser
hand zoom

stroke color fill color