Anda di halaman 1dari 27

Penglibatan Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah Soalan 1 Keluarga, fungsi dan perubahan bentuk keluarga

PENGENALAN
Dalam sesebuah masyarakat, unit asas institusi sosial adalah keluarga

Sekolah juga merupakan institusi sosial dalam isu-isu sesebuah keluarga

Kanak-kanak bersosialisasi melibatkan institusi iaitu keluarga dan sekolah

Bobolz & Sontag (1993) definisi keluarga secara menyeluruh di mana keluarga tidak terhad kepada orang yang mempunyai hubungan darah,perkahwinan@pengangkatan Essa (2003)- keluarga adalah teras dalam pendidikan awal kanak-kanak, iaitu salah satu penghubung yang paling intim dalam setiap kehidupan.

Satu penyatuan manusia dalam satu kumpulan yang berkerjasama dikalangan ahlinya (Macionis 2001)

DEFINISI KELUARGA
Olson & Defrain(1994) mentakrifkan keluarga sebagai satu @ lebih drp seseorang individu komited antara satu sama lain utk berkongsi kasih sayang

Driscoll & Nagel 2002, - Keluarga dimaksudkan kepadadua atau lebih perhubungan antara manusia yang tinggal dalam satu penempatan
3

FUNGSI UTAMA KELUARGA


Fungsi Keagamaan Fungsi Reproduksi Fungsi Sosial Budaya

Fungsi Rekreasi

Fungsi Kasih Sayang

Fungsi Status Dan Kedudukan Fungsi ekonomi

Fungsi Perlindungan

Fungsi Pendidikan
4

Fungsi Reproduksi
Fungsi yang merupakan mekanisme untuk melanjutkan keturunan yang

direncanakan dapat menunjang terciptanya kesejahteraan manusia di dunia yang penuh iman dan takwa.

Fungsi Keagamaan
Didorong dan dikembangkan agar kehidupan keluarga sebagai tempat

persemaian nilai-nilai luhur budaya bangsa untuk menjadi insan beragama yang penuh keimanan dan ketakwaan kepada Tuhan Yang Maha Esa.

Fungsi Kasih Sayang


Memberikan landasan yang kukuh terhadap hubungan anak dengan

anak, ibu dengan bapa, ibu bapa dengan anaknya serta hubungan kekerabatan antara generasi. Ini penting untuk perkembangan psikologi sihat kepada anak-anak.

Fungsi Sosial Budaya


Anak-anak dibesarkan di dalam keluarga dengan nilai dan budaya yang

dianuti di dalam keluarga tertentu. Oleh itu, anak-anak mendapat pembudayaan di dalam keluarga.

Fungsi Perlindungan
Menambahkan rasa aman dan keakraban pada setiap ahli keluarga.

Keluarga memberi perlindungan kepada anak-anak dari segi tempat tinggal yang sempurna serta memberi perlindungan kepada perkembangan emosi anak-anak.

Fungsi Pendidikan
Keluarga mendidik anak-anak kemahiran kerja-kerja di dalam rumah,

kemahiran kerjaya warisan keluarga seperti kemahiran berniaga, nilai murni dan moral dan spiritual.

Fungsi Ekonomi
Di dalam hal ini keluarga akan menyediakan semua keperluan kehidupan

seperti makan, minum, barangan dan perkhidmatan kepada anak-anak serta merupakan unsur ketahanan keluarga.

Fungsi Rekreasi
Keluarga menyediakan aktiviti rekreasi bersama ahli keluarga seperti

berkelah, bersukan, bermain, beriadah dan sebagainya.

Fungsi Status Dan Kedudukan


Keluarga memberikan status kepada anak-anak melalui nama keluarga,

kedudukan keluarga dari segi ekonomi dan sosial di dalam komuniti.

Perubahan Bentuk Keluarga Masa Kini


Perubahan dari segi ekonomi keluarga yang memerlukan pendapatan

lebih seiring dengan pembangunan dunia moden. Jika dahulu kaum ibu hanya duduk di rumah menjaga dan mengasuh anak terutama anak kecil telah beralih kepada bekerja

Masa dahulu segala keperluan, kemudahan, bahan dan perkhidmatan

semuanya akan disediakan oleh keluarga. Pada hari ini, perkara sebegini tidak lagi dilakukan di mana segalanya diperolehi dengan cara pembelian.

Masa dahulu segala keperluan, kemudahan, bahan dan perkhidmatan

semuanya akan disediakan oleh keluarga. Pada hari ini, perkara sebegini tidak lagi dilakukan di mana segalanya diperolehi dengan cara pembelian.

Masa lalu keluarga lebih mengamalkan kerja-kerja beribadat di

rumah tetapi pada hari ini segala tugas tersebut banyak diberikan oleh sekolah, guru-guru, para alim ulama dan institusi agama.

Perubahan yang berlaku kepada sistem kekeluargaan pada masa kini

disebabkan pengaruh daripada bentuk perhubungan keluarga yang kompleks serta respon daripada pihak lain pada komuniti di dalam masyarakat itu sendiri.

Pada masa ini kasih sayang yang diberikan oleh keluarga kepada

anak-anak mereka lebih kepada aspek material bagi menunjukkan kasih sayang mereka berbanding pada masa lalu kasih sayang diberikan dengan sepenuhnya kepada anak-anak dalam apa jua keadaan.

Tahap pendidikan ibu bapa


Tahap pendidikan ibu bapa juga telah meningkat. Jika dahulu, tanggungjawab untuk menyara keluarga terletak pada bahu bapa yang mencari nafkah, tetapi pada masa kini, ibu dan bapa telah bersama-sama mencari rezeki. Tugas menjaga anak telah diserahkan kepada pusat asuhan mahupun pembantu rumah. jika pembantu rumah tersebut adalah warga asing, maka secara tidak langsung anak tersebut akan belajar nilai dan budaya warga asing itu sendiri.

Perubahan tempat tinggal.


Ibubapa muda telah mula berhijrah dari kampong ke bandar. Ini mungkin kerana di bandar mempunyai lebih pekerjaan dan kemudahan yang lebih selesa. Namun demikian, suasana perumahan di bandar lebih kepada konsep tidak menjaga tepi kain orang oleh yang demikian, apa yang berlaku jika anak-anak melakukan kesilapan di luar pengetahuan ibu bapa, maka, tiada siapa yang akan menegur.

Keluarga nucleus
Ibubapa muda yang berpisah akan meminta ibubapa mereka untuk menjaga anak-anak. Namun jika di bandar , tiada siapa yang akan menjaga mereka dan menyebabkan anak-anak mereka terbiar.

KONFLIK, MATLAMAT DAN NILAI.


Ibubapa dan keluarga bertanggungjawab menjadikan anak-anak mereka berakhlak mulia, beragama matang berfikir serta menghayati nilainilai murni tradisi yang diwarisi keluarga.
Oleh yang demikian, ibubapa bertanggungjawab mengeluarkan perbelanjaan kesihatan, perubatan, pakaian untuk anak-anak.

BUDAYA KELUARGA
Sebuah keluarga yang baik mempunyai sokongan emosi, menghormati orang lain, bertanggungjawab terhadap segala tindakan. Perbezaan budaya adalah dari segi ekspektasi kanak-kanak , cara menjaga mereka, corak mendewasakan mereka dan juga tahap kepentingan ibubapa terhadap pelajaran.

APLIKASI PENYELESAIAN KONFLIK.


Guru harus memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan konflik didikan dan nilai

berkeluarga. Guru perlu memberi peneguhan dan sokongan kepada setiap tingkahlaku kanak-kanak sejajar dengan matlamat dan hasrat pendidikan Guru memerlukan sokongan dari keluarga dan komuniti dalam menjalankan peranan ini

Kanak-kanak perlu didedahkan dengan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, tolong menolong, hormat menghormati dan sebagainya selaras dengan falsafah pendidikan negara yang mahukan perkembangan secara menyeluruh (JERIS).

Nilai-nilai murni perlu diterapkan sejak mereka masih kecil lagi kerana dapat membentuk moral yang baik dalam diri kanak-kanak tersebut.
Nilai agama juga perlu diajar kepada kanak-kanak dari kecil lagi. Amalan baik yang diajarkan oleh sesebuah agama hendaklah dilaksanakan oleh keluarga mereka agar dapat menjadi tauladan dan ikutan kepada kanak-kanak.

DEFINISI Keputusan : Pilihan yang dibuat antara alternatif yang ada Proses Pembuatan Keputusan : Proses membuat pilihan alternatif yang terbaik untuk mencapai sesuatu objektif

JENIS-JENIS KEPUTUSAN

1. Keputusan Berprogram : berulang dan rutin; mengikut prosedur atau garis panduan yang telah disediakan CTH: pendaftaran kursus setiap semester
2. Keputusan Tidak Berprogram :

berlaku secara tidak rutin dan keadaan yang tidak biasa CTH: hendak melabur dalam syarikat baru tersenarai di BSKL

Langkah Pertama : Kenalpasti masalah dan peluang : - Menganalisa punca atau penyebab - Mengenalpasti kesukaran yang menghalang pencapaian matlamat - Mengenalpasti situasi yang menunjukkan peluangpeluang untuk melepasi matlamat yang sedia ada Langkah Kedua : Memikirkan alternatif penyelesaian : - Untuk keputusan berprogram : alternatif hendaklah mudah dan ketara - Untuk keputusan tidak berprogram : alternatif yang lebih kreatif dan inovatif

Langkah Ketiga : Pilih alternatif paling sesuai Perlaksanaan yang berjaya : Berhati-hati ketika merancang; Sensitif terhadap mereka yang menerima kesan

Langkah Keempat : Melaksanakan alternatif yang dipilih

Langkah lima: Dapatkan maklumbalas

Membuat tindakan susulan dan menilai hasil daripada keputusan

Wrightsman dan Deaux (1981) mendefinisikan perilaku prososial sebagai perilaku seseorang yang mempunyai konsekuensi sosial positif yang ditujukan bagi kesejahteraan orang lain secara fisikal mahupun psikologi. Perkembangan prososial ialah perkembangan seseorang dari segi tingkahlaku yang dapat diterima sosial umum. Kanak-kanak perlu diberi bimbingan tingkahlaku seperti berikut. Membimbing kanak-kanak ke arah membina kawalan diri Menggalakkan kanak-kanak berdikari Membimbing kanak-kanak untuk memenuhi keperluan emosi dan intelek mereka Membina ekspektasi untuk kanak-kanak Merancang tingkahlaku yang sesuai dengan menyusun persekitaran supaya disiplin kendiri dapay dilakukan kanak-kanak Mengubah tingkahlaku kanak-kanak sekiranya perlu

Seorang kanak-kanak akan meningkat dalam pelbagai perkara seperti perkembangan kognitif, perkembangan bahasa, perkembangan sosial dan lain-lain lagi. Menurut Moss dan Page (dalam Baron & Byrne, 1991) menyatakan bahawa seseorang yang mendapatkan pengukuh positif pada saat melakukan suatu perilaku prososial maka ia cenderung akan melakukan perilaku itu lagi pada saat yang lain, sedangkan seseorang yang mendapatkan pengukuh negatif pada saat melakukan suatu perilaku prososial maka akan cenderung menghindari perilaku tersebut pada saat yang lain.

Elemen penting dalam pendidikan awal kanak-kanak adalah memberikan bimbingan yang berkesan kepada kanak-kanak seperti berikut. Mengenali diri Mengetahui perkembangan kanak-kanak Memenuhi keperluan kanak-kanak dengan cara sesuai dari segi berdikari dan bertanggungjawab Menetapkan ekspektasi yang sesuai Menyusun dan memodifikasi persekitaran supaya tingkahlaku dan kawalan kendiri yang diharapkan dapat dibina Menunjukkan model tingkahlaku yang sesuai kepada kanakkanak Mengelakkan daripada membina atau menggalakkan tingkahlaku bermasalah

Rumusan Jika dilihat daripada tugasan ini,kebanyakkanya mengulaskan

mengenai definisi keluarga, jenis-jenis keluarga, fungsi keluarga,

perubahan bentuk keluarga, struktur keluarga, budaya dan nilai


mendidik anak-anak, tanggungjawab keluarga, budaya keluarga serta memupuk tingkah laku prososial kepada anak-anak agar mereka berkembang menjadi orang dewasa yang sihat mental, emosi , sosial, dan rohani. Turut diulas adalah mengenai tanggungjawab ibubapa, masyarakat serta komuniti dalam membentuk keperibadian kanakkanak. Ibubapa dan guru memainkan peranan yang cukup penting untuk memastikan apa yang terbaik untuk kanak-kanak. Kesemua isu ini dikupas dalam konteks kanak-kanak dan kehidupannya dengan keluarga.

Rujukan
Buku Ilmiah Sabariah Siron & Kasnani Ab. Karim. HBPS2103 Keluarga dan Profesional dalam Perkhidmatan Kanak-Kanak. Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd. Internet http://khairatna.blogspot.com/2009/03/kepentingan-keluarga-dalamislam.html http://www.penyayang.org.my/bm/keluarga/text.html http://ahmadjaafar.blogspot.com/2009/04/pengenalan.html http://astaqauliyah.com/2006/12/26/konsep-keluarga-dinamika-danfungsinya/ http://www.bloggaul.com/trainingcentre/readblog/64153/8-fungsi-keluarga

Anda mungkin juga menyukai