Anda di halaman 1dari 9

Seorang Guru Tua,Gunawan Mahmood

Maksud Rangkap 1
-Penyajak bercerita tentang gurunya yang
sudah tua yang pernah mendidiknya dan
dia juga sudah dewasa sekarang.Guru
tua itu masih setia terhadap tugasnya
mendidik anak bangsa tanpa berasa
jemu.Anak-anak muridnya banyak yang
berjaya.Ada yang menjadi menteri,
usahawan, dan memegang jawatan tinggi.
Maksud Rangkap 2

-Guru penyajak masih mengajar sekolah


yang sama.Gurunya itu masih memandu
kereta lamanya.Perasaan jemu dan bosan
tidak ada dalam hidupnya semasa
memberi didikan kepada anak-anak
didiknya.Guru penyajak cekal dan gigih
semasa menjalankan tanggungjawab yang
diamanahkan kepadanya.
Maksud Rangkap 3

-Penyajak menyanjung jasa dan pengorbanan


gurunya serta memberikan pengiktirafan
kepada gurunya itu.Gurunya bersemangat
tinggi sebagai pendidik anak-anak bangsa
yang berusaha untuk menggilap martabat
bangsa ke arah yang lebih maju dan
berwawasan.
Tema
Sanjungan terhadap
kegigihan guru dalam usaha
mendidik anak bangsa.
Persoalan
1. Pengorbanan guru dalam mendidik
pelajar.
2. Mengenang dan menghargai jasa guru.
3. Tanggungjawab guru yang semakin
mencabar.
4. Kesetiaan guru terhadap tugasnya.
Gaya Bahasa
1. Pengulangan baris ayat
-Guruku yang baik
2. Peribahasa
-air muka
3. Inversi
-kini rambut memutih kepala
4. Anafora
-masih di situ
-masih memandu kereta lama
-masih menuju sekolah yang sama
5. Metafora
-memutih kepala
-gigih menggenggam
Nilai
Mengenang jasa, hormat-menghormati,
kasih sayang, ketabahan, kesetiaan
Pengajaran
1.Kita hendaklah menghargai jasa guru.
2.Kita harus berusaha dengan gigih dalam
melaksanakan tanggungjawab yang
diamanahkan.
3.Kita perlu menghormati insan yang banyak
berjasa kepada masyarakat.
4.Janganlah melupakan pengorbanan guru
yang banyak berjasa.
Biodata Penyajak
1. Lahir pada 29 Januari 1959 di Parit
Raja, Batu Pahat, Johor.
2. Mendapat pendidikan di Fakultas
Bahasa dan Sastera di Universitas
Nasional Indonesia.
3. Hasil Karya-pernah menghasilkan dua
buah buku, iaitu puisi kanak-kanak
dan novel.