Anda di halaman 1dari 67

Tamadun China

~Empayar-empayar China~

Dinasti Shang

Dinasti Ming

Dinasti Qing

Dinasti Dinasti Xia Dinasti Shang Dinasti Zhou Barat Dinasti Zhou Timur -Zaman Spring & Autumn -Zaman Warring States Dinasti Qin Dinasti Han Barat Xin (Wang Mang Interregnum) Dinasti Hang Timur Zaman 3 Kingdoms -Wei -Shu -Wu Dinasti Jin Barat Dinasti jin Timur Dinasti Utara Selatan Dinasti Sui Dinasti Tang Five Dynasties & Ten Kingdoms Dinasti Song Dinasti Yuan Dinasti Ming Dinasti Qing Peoples Republic of China

Sejak 2100 SM 1700 SM 1027 SM 770 SM 770 SM 475 SM 221 SM 206 SM 9M 25 M 220 M 221M 229 M 265 M 420 M 581 M 618 M 907 M 960 M 1279 1368 1644 1949

Sampai 1500 SM 1027 SM 771 SM 221 SM 476 SM 221 SM 207 SM 9M 24 M 220 M 265 M 263 M 280 M 316 M 588 M 617 M 907 M 960 M 1279 M 1368 1644 1911 Sekarang

Kronologi Dinasti-dinasti China

Dinasti Shang
Raja berminat terhadap perang demi menambahkan wilayah dan kuasa Angkatan tenteranya kuat

Faktor kejatuhan dinasti : a) Raja-raja mengabaikan tugas mereka b) Raja mementingkan kehidupan mewah c) Raja bertindak zalim terhadap pembesarpembesar dan rakyat jelata d) Pemberontakan bawah pimpinan Wu Wang menentang kerajaan Shang

Dinasti Zhou
Faktor keruntuhan Zhou barat : a) Wilayah-wilayah berperang sama sendiri untuk meluaskan pengaruh. b) Raja-raja bertindak zalim terhadap rakyat. c) Zhou barat diserang oleh orang gasar dan Raja Yu dibunuh. Faktor keruntuhan Zhou timur : a) Negeri-negeri kecil berperang sesama sendiri. b) Pemerintah tidak mentadbir dengan baik. c) Negeri Qin berjaya menggulingkan kerajaan Zhou.

Dinasti Qin
Pengasas ialah Shi Huang Ti Sebelum ini, semua pemerintah digelar sebagai Raja/Wan Ciri-ciri Maharaja Shih Huang Ti : a) Bersifat autokratik guna kekerasan dan undang-undang yang ketat. b) Menghapuskan sistem feudal. c) Menubuhkan kerajaan pusat yang kuat dengan melantik sendiri gabenor-gabenor dan pemglimapemglima tentera untuk tadbir provinsi-provinsi.

Perkara-perkara penting dalam masa pemerintahan Shih Huang Ti : a) Buku Confucius yang bertentang dengan dasar pemerintahannya dibakar. b) Rakyat yang menyimpan atau membincangkan falsafah Confucius akan dihukum bunuh. c) Sarjana yang mengkritik baginda akan ditanam secara hidup-hidup. d) Teruskan pembinaan Tembok Besar Cina untuk membanteras serangan orang Xiong Nu. e) Menyelaraskan bahasa & mata wang China.

Faktor keruntuhan a) Pengganti Shih Huang Ti lemah dan tidak dapat mengawal seluruh empayar. b) Pemberontakan pembesar wilayah selalu berlaku.

Dinasti Han
1. Han Barat Diasaskan Liu Pang, guna gelaran Han Gao Wu.
Menjalankan dasar perluasan kuasa

Mengubah dasar luar kepada dasar diplomatik dengan negara jiran akibat kegagalan menyerang puak Xiong Nu.
Penggantinya, Han Wu Ti berjaya menghalau puak Xiong Nu dari sempadan utara China.

Sebab-sebab keruntuhan : a) Peperangan yang berlarutan dengan puak Xiong Nu. b) Perbelanjaan besar untuk membina istana. c) Pelbagai jenis cukai dikenakan sehingga rakyat tidak puas hati.

Dinasti Han
2. Han Hsin Wang Mang, seorang pegawai kerajaan isytiharkan diri sebagai Maharaja.
Menjalankan pembaharuan seperti memiliknegarakan tanah dan membahagikan tanah di kalangan rakyat.

Dinasti Han
3. Han Timur Guang Wu, pengasas yang mendapat sokongan golongan bangsawan.
Memperkenalkan reformasi seperti : a) Menghapuskan amalan seksa hamba abdi. b) Petani menjalankan latihan ketenteraan. c) Menggunakan falsafah Confucius sebagai asas pemerintahan negara.

Sebab-sebab keruntuhan : a) Golongan bangsawan enggan membayar cukai, lalu kerajaan mengenakan cukai tinggi terhadap kaum-kaum petani, akhirnya menyebabkan ketidakpuasan dan pemberontakan. b) Terdapat tiga pemimpin tentera (Cao Cao, Liu Bei, Sun Quan) yang menguasai beberapa bahagian negara China. Cao Pi, menggulingkan pemerintah terakhir Han Timur.

Dinasti Sui
Pengasas ialah seorang penglima, Yang Jian yang menggunakan gelaran Sui Wen Ti. Baginda menyatukan seluruh China bawah penguasaanya dan menamatkan persaingan dalam negara.
Mendapat sokongan petani melalui pengagihan semula tanah serta mengurangkan cukai tanah.

Memperkenalkan semula sistem pemeriksaan bagi kakitangan kerajaan. Sebelum ini, pegawai kerajaan adalah dilantik oleh bangsawan.
Membina terusan besar (Great menghubungkan Hang Zhou dengan Peking.

Sebab keruntuhan : a) Pengganti Maharaja Wen-Ti melancarkan dua ekspedisi menentang Korea. Kempen ini menelan perbelanjaan besar. b) Masalah kewangan menyebabkan kerajaan mengenakan cukai tinggi. c) Perasaan tidak puas hati di kalangan petani.

Dinasti Tang
Pengasas ialah Li Yuan dengan gelaran Tang Gao Zu.
Li Shih Ming dengan gelaran Tang Tai Zong ialah pemerintah yang agung. Dinasti Tang dikenali sebagai zaman keemasan dalam sejarah China.

Jajahan takluk menjadi luas, meliputi Mongolia, Mancuria, Korea, Vietanam Utara dan sepanjang koridor Asia Tengah.

Agama Buddha berkembang pusat.


Mengamalkan dasar toleransi terhadap agama lain. Pernah ditadbir oleh seorang Maharani yang bernama Maharani Wu semasa pemerintahan Tang Gao Zong.

Sebab keruntuhan:

a) Pengganti-pengganti Tang Tai Zong lemah. b) Wujud beberapa siri pemberontakan.

Dinasti Song
Pengasas ialah Chao Kuang Ying dengan gelaran Song Tai Zu. Perkara penting dalam dinasti Song : a) menyatukan negara China yang berpecah belah pada akhir zaman Tang. b) menyeragamkan sistem pentadbiran seluruh negara. c) meningkatkan kuasa Maharaja dan Perdana Menteri yang membolehkan mereka memerintah secara langsung empayar yang luas.

d) melancarkan banyak kempen terhadap sukusuku nomad di utara tetapi tidak berjaya. Sebab keruntuhan : a) Serangan Mongol bawah pimpinan cucu Genghis Khan, Kublai Khan. b) Ibu kota iaitu Hang Zhou ditawan. c) Dinasti Mongolia iaitu Dinasti Yuan muncul. (pertama kali China di bawah kuasa asing.) d) Pemberontakan dipimpin Zhu Yuan Zhang.

Dinasti Ming
Pengasas ialah Zhu Yuan Zhang. Maharaja yang masyhur ialah Maharaja Yong Lo.

Perkara penting dalam dinasti Ming : a) Zhu Yuan mencontohi corak pentadbiran Zaman Tang. b) Ekspedisi ketenteraan dilancarkan ke bahagian utara untuk menguasai suku-suku Mongolia dan Turkistan tetapi gagal.

c) Ekspedisi maritim dihantar ke negara IndoChina dan kepulauan Melayu. Kempen ini dirancang dan diketuai Zheng He (Cheng Ho). d) kekuatan China dorong negara-negara seperti Korea, Jepun, Vietnam dan Melaka menghantar utusan ke negara China. e) Kuasa tentera merosot selepas kematian Zheng He.

Dinasti Qing
Dinasti terakhir ialah dinasti Manchu. Maharaja yang masyhur ialah Maharaja Kang Xi.

Perkara penting dalam dinasti Ming : a) Mengamalkan dasar tutup pintu asalnya, tapi terpaksa buka pintunya kepada kuasa Barat selepas Perang Chandu, 1842. b) Kelemahan China menjadikannya mangsa imperialisme kuasa Barat.

c) Terdapat usaha memodenkan bidang politik, ketenteraan, ekonomi dan sosial tetapi gagal. d) Kelemahan kerajaan Manchu mengakibatkan ia diguling oleh pemimpin cerdik pandai seperti Dr. Sun Yat Sen yang menubuhkan Republik China pada tahun 1911. e) Republik China bawah pimpinan kerajaan Kuomintang menghadapi banyak masalah dan akhirnya diguling Parti Komunis China yang menubuhkan Republik Rakyat Negara China.

TAMADUN CHINA
URBANISASI & EKONOMI CHINA

Pekerjaan utama

PERTANIAN

Tanah subur , Delta Yangtze dan Hwang Ho

Petani status sosial tinggi

PETEMPATAN DI CHINA
Kegiatan-kegiatan pertanian berkait rapat dengan kemunculan petempatan. Bermula di Dataran Tinggi Loes dan tersebar ke arah barat dan timur. Kebudayaan awal diasaskan oleh petani-petani (Kebudayaan Yangshao / Kebudayaan Tembikar Berwarna)

Zaman Neolitik-kebudayaan Lungshan ( Kebudayaan Tembikar Hitam) Zaman transisi daripada kampung-kampung Yangshao kepada tamadun bandar. Tapak-tapak petempatan Lungshan tersebar

Timur ke utara
Merentasi Taiwan

Utara ke selatan

Kegiatan ekonomi

Tanam millet (utara) Tanam padi ( selatan china)

Tembikar dan alat-alat bantu

Petempatan lungshan- utara & selatan china Dibina di kaki bukit dan bukit-bukit kecil di dataran tanah Perkembangan petempatan merintis jalan ke arah kemunculan bandar-bandar pada zaman Shang. Dikeliligi tembok(elak banjir & serangan binatang)

PEMBANDARAN CHINA
Proses urbanisasi bermula-zaman Shang ( maju dalam ekonomi) Bandar-bandar adalah pusat perdagangan dan keagamaan seperti Loyang,Anyang dan Cheng Zhou Perkembangan pesat ekonomi pada zaman Tang ( persaingan antara bandar-bandar di utara dengan selatan)

Perkembangan maritim-pelabuhan Amoy, Shanghai dan Tientsin Tembok-tembok didirikan sekeliling bandar memastikan keselamatan istana Berfungsi sebagai pusat kediaman dan pentadbiran kerajaan.

Ciri-ciri bandar

terancang

Tidak terancang

Terancang

dinasti Pusat kediaman/ pentadbiran kerajaan baru

Tidak terancang

Secara semulajadi Berkembang atas sumbangan swasta Sektor perindustrian, perdagangan dan komunikasi

PEMBANGUNAN EKONOMI CHINA


Kekayaan( tanah,emas,pakaian,mewah dan barang perhiasan) Kombinasi sistem ekonomi (perkongsian perniagaan antara kesatuan,pertubuhan sulit dan keluarga) Hasilan untuk keperluan sendiri Pedagang asing tidak diutamakan

Ekonomi china meliputi perkembangan prasana ekonomi seperti pengangkutan, pelabuhan,mata wang, empangan dan tali air. Mata wang-kulit siput digunakan ( Dinasti Shang) Mata wang tembaga dalam pelbagai rupa dan saiz(Dinasti Chou) Emas dan perak digunakan sebagai mata wang Shih Huang Ti menstandartkan mata wang Wang kertas diperkenalkan (Dinasti Song)

Sistem pengairan yang baik Sistem pengairan pertanian diwujudkan pada akhir kerajaan Chou. Empangan berhampiran Sungai Wei sepanjang 300li ( Dinasti Sui) Sistem cukai diperkenalkan ( pendapatan) Dalam Dinasti Tang cukai dikenakan ke atas beberapa barangan seperti arak.

Falsafah dan Sumbangan Tamadun China

Dalam Tamadun China, terdapat 4 aliran pemikiran utama:


Confucianisme Taoisme Moisme Legalisme

Sejarah Ringkas Kung Fu Zi dan Confucianisme


Dilahir pada tahun 551 S.M. Beliau dilantik menjadi Menteri keadilan dan selepas ini sebagai Perdana Menteri di Wilayah Lu. Selepas 13 tahun, beliau letak jawatan dan menggembara ke wilayah-wilayah China. Penggembaraannya bertujuan menasihati pembesarpembesar feudal mengenai cara pentadbiran yang baik. Berharap ada raja boleh menerima cadangannya tetapi tidak berjaya. Akhirnya, beliau menjadi seorang guru dan mengajar murid-murid cara berkelakuan baik.

Ajaran-ajaran Confucius
Diperoleh daripada 2 buah buku iaitu Klasik Conficius dan Lun Yu atau Analekta. Mengenai keperluan menjaga keharmonian manusia dengan alam dan masyarakat. Keharmonian masyarakat- peraturan yang perlu diikuti oleh setiap rakyat dan pemerintah mewujudkan budi pekerti yang baik supaya dapat dicontohi oleh rakyat. Menggalak masyarakat mengadakan upacara adat istiadat (Li ). Pemerintah mesti menunjukkan budi pekerti yang baik supaya dapat dicontohi.

Confucius membahagikan hubungan dalam masyarakat kepada 5 bentuk: -hubungan bapa dengan anak -hubungan suami dengan isteri -hubungan saudara tua dengan saudara mara (adikberadik) -hubungan raja dengan pegawai -hubungan antara sahabat Hubungan-hubungan ini menitikberatkan kejujuran dan kebaikan. Beliau mementingkan kebajikan kolektif dan muzik oleh sebab menurutnya muzik mengeratkan hubungan antara orang.

Hasil Kerja Utama Confucius


Sesetengah daripada penulisan Confucius dipanggil Jing() atau Kitab. Kitab hasil karya yang terbaik dan suci. Terdapat 5 klasik utama yang dihasilkan oleh beliau: -Book of Odes -Book of History -Book of Changes -Book of Rites -Spring and Autumn Annals Book of Music- buku beliau yang percaya telah hilang akibat tindakan Shih Huang Ti yang membakar buku beliau semasa zaman pemerintahannya.

Taoisme
Pengasas ajaran- Li Erh/ Lao Zi(Old Master)(/ ) Beliau menulis buku Dao De Jing() atau Book of Taoist Virtue. Mengkritik keganasan dengan sekeras-kerasnya. Baginya setiap jeneral adalah pembunuh. Setiap hero adalah seorang yang jahat. Keseluruhan penulisannya mengkritik nilai yang dipandang tinggi oleh masyarakat semasa. Beliau menyoal apakah nilai atau harga kekuasaan, kemasyhuran dan kekayaan.

Bagi Taoisme, masyarakat yang diidamkan adalah masyarakat yang mudah dan primitif. Pemerintahan dan peradaban terhasil daripada perbuatan manusia yang tidak sesuai dengan tabii manusia yang bersifar bebas. Kekuasaan adalah sumber bagi segala keburukan dalam hidup manusia. Pemerintahan yang baik ialah yang sesuai dengan alam tabii tanpa diganggu oleh undang-undang buatan manusia. Intisari penting falsafah Taoisme Saya tidak akan membuat apa-apa, dengan sendirinya rakyat akan menjadi baik.

Moisme
Mo Ti menekankan cinta sejagat dan menolak fahaman ketenteraan. Mengajar manusia harus menumpukan keseluruhan perhatiannya kepada kebajikan masyarakat dan bukan kepada seseorang seperti raja. Kebajikan bermaksud kebajikan material, bukan moral. Melarang pengikut hidup mewah dan harus berjimat cermat. Muzik dilarangkan kerana muzik boleh melalaikan seserorang.

Legalisme atau Legalis


Salah satu aliran falsafah yang penting. Muncul demi kepentingn undang-undang sebagai satu cara untuk mencapai kecekapan dalam kerajaan ketertiban dalam masyarakat. Tiada pengasas tertentu kerana lama dipraktiskan dalam setiap dinasti China. Salah satu hasil karya ialah Kuan-tzu. Satu lagi ialah Book of Lord Shang atau Shang Chiin Shu. Pemikir unggul legalis ialah Han Fei yang menulis Han Fei Tzu.

Tidak percaya kasih sayang dan belas kasihan. Kuasa harus dikekalkan walaupun ia melibatkan pembunuhan. Pengikut mengkritik falsafah Confucius kerana dikatakan hiprokratif dan untuk kepentingan diri sahaja. Masyarakat yang ideal adalah terdiri daripada petani dan tentera yang ditadbir dan dikawal oleh sebuah kerajaan yang dipimpin oleh seorang raja yang maha kuasa.

Sumbangan Tamadun China


Matematik Cina -karya matematik yang terkenal ialaj Zhou Pei Suan King yang mengandungi perbincangan mengenai kalendar dan pengiraan masa yang ditulis oleh Zhou Pei. -Jiu Zhang Suan Shu membicarakan cara-cara mengukur keluasan tanah, mengira peratus, prisma, piramid dan lain-lain yang ditulis oleh Liu Hui.

Mempunyai sistem perubatan tersendiri Dokumen yang paling awal mengenai tradisional Cina ialah Huang Ti Nei Jing yang ditulis pada abad ke-3 S.M. Konsep asas perubatan Ying dan Yang dinyatakan Mempunyai teori yang unik tentang penyakit dan perubatan Tubuh manusia ada 2 sistem peredaran iaitu peredaran darah dan peredaran angin Gangguan dalam peredaran angin boleh menyebabkan penyakit

Perubatan Cina

Seni Ukur Cina


Tidak diterima sebagai seni utama Pengukir-pengukir silam Cina biasanya pengukir batu nisan yang menggambarkan pemujaan nenek moyang Kedatangan Buddha terdapat perubahan dalam seni ukir Ukiran dilihat di kuil-kuil Buddha Contohnya kuil-kuil Buddha di Lung Men dan Tun Huang, China

Seni Bina
Kemajuan seni bina dapat diperhatikan dari kerja-kerja pengairan dan pengawalan banjir Kejuruteraan hidraulik telah menjadi satu sains yang maju Contohnya, jurutera Dinasti Chin, Li Ping telah membina sistem pengairan yang paling rumit di barat Szechuan yang masih berfungsi Tembok Besar membukti kemajuan seni Cina Panjangnya adalah 1700 batu dan merupakan kejayaan luar biasa dalam bidang kejuruteraan

Feng Shui
Satu bidang sains yang mempunyai pengaruh kuat dalam kehidupan masyarakat Cina Semua benda di dunia dibahagikan kepada 5 kumpulan asas yang membawa kesan-kesan positif dan negatif yang dikenali sebagai tenaga atau qi Feng Shui dipercayai mempunyai yin dan yang Feng bermaksud angin dan Shui bererti air

Ia adalah bidang sains yang mementingkan pemilihan alam sekeliling yang sesuai diduduki agar elemen-elemen di alam ini mencapai keseimbangan Pada zaman dahulu, pengetahuan tentang Feng Shui hanya boleh dikaji dalam kalangan aristokrat yang memerintah negara oleh sebab bimbang akan kedudukan istimewa dalam pemerintahan Pada masa kini, Feng Shui menjadi amalan yang penting dalam kalangan masyarakat Cina Feng Shui bukan amalan spiritual atau mistik, ia tidak mencipta kekayaan kepada seseorang

Falsafah Feng Shui terdiri daripada Tian, Di dan Ren Ketiga-tiga falsafah ini termasuk dalam golongan Rahmant Bertiga(Trinity of Luck)- Rahmat Syurga (Heaven Luck), Rahmat Bumi (Earth Luck), dan Rahmat Kemanusiaan (Mankind Luck) Rahmat Syurga merupakan rahmat yang dibawa oleh seseorang itu sejak lahir Ia tidak dapat dikuasai oleh seseorang seperti kematian Orang ramai lebih sanggup bergantung kepada agama yang mempunyai kuasa penentu kehidupan dan kematian seseorang

RAJA Menduduki hierarki yang teratas dalam susun lapis masyarakat China. Mempunyai kuasa mutlak. Merupakan ketua pentadbiran dan agama.

GOLONGAN ARISTOKRAT/ BANGSAWAN Merupakan kelas yang amat berpengaruh.

Rakyat jelata China dibahagikan kepada empat peringkat:

GOLONGAN CERDIK PANDAI memberikan nasihat kepada raja dan masyarakat tentang pentadbiran dan tingkah laku. PETANI Kumpulan yang mulia kerana mereka membekalkan makanan.

ARTISAN Terdiri daripada tukang-tukang yang mahir contohnya mengukir batu nisan. PEDAGANG Menduduki tempat yang terbawah sebab mereka dianggap sebagai penipu yang mendapat keuntungan daripada orang ramai. Terdapat satu golongan yang tidak diberi status dalam masyarakat, iaitu para pelakon, pelacur dan hamba.

ZAMAN SHANG Mempunyai sistem kepercayaan dan agama tersendiri. Mereka memuja alam semula jasi seperti sungaidan sungai. Mereka juga memuja roh nenek moyang, dewa dewi dan Maharaja Shang yang telah mangkat.

ZAMAN ZHOU Kepercayaan animisme seperti pemujaan bulan dan sungai dijalankan. Terdapat pemujaan roh nenek moyang dan pengorbanan binatang. Raja dianggap sebagai anak syurga.

ZAMAN HANG dan TANG Agama Buddha berkembang. Pengaruh agama Buddha disebarkan melalui kesenian, falsafah dan kesusateraan.

Orang Cina menghormati golongan intelektual. Sejak zaman awal kerajaan China menyediakn keperluan-keperluan asas untuk pendidikan. Sejak Dinasti Sui, sistem peperiksaan diperkenalkan untuk memilih pegawai kerajaan. Pendidikan tradisional Cina mengandungi tiga tahap iaitu:
Xiu Cai Selepas lulus peperiksaan kelayakan di daerah pelajar, pelajar tersebut akan bersedia untuk peperiksaan rasmi pertama di bandar uatama di kountinya. Jika dia lulus peperiksaan ini, dia akan menerima ijazah pertama Xiu Cai.

Ju Ren
Peperiksaan di peringkat ibu kota provinsi yang dibuka kepada mereka yang telah memperoleh ijazah pertama. Calon yang berjaya akan dianugerahkan ijazah Ju Ren.

Jin Shi Peperiksaan peringkat ketiga dan yang paling tinggi diadakan di ibu kota empayar melalui peperiksaan istana dengan kehadiran maharaja. Ijazah paling tinggi ini dikenali sebagai Jin Shi.

Sepuluh orang Jin Shi akan dipilih mengikut prestasi mereka.


Tiga orang Jin Shi dipilih sebagai Jin Shi kategori pertama. Antaranya, jin shi yang paling terkemuka itu akan di gelar sebagai Zhuang Yuan.

Tujuh Jin Shi yang lain akan dibahagikan mengikut kategori kedua dan
ketiga. Jin shi biasanya akan dilantik sebagai pegawai kerajaan atau dilantik

sebagai pegawai yang berkhidmat di Akademik Han Lin.


Akademik Han Lin : sebuah majlis ahli-ahli akademik terkemuka yang disokong oleh kerajaan sebagai sebuah badan penasihat untuk memberi

nasihat kepada Maharaja dan penyunting catatan sejarah Dinasti.

Disediakan oleh

Anda mungkin juga menyukai