Anda di halaman 1dari 15

PROGRAM KENAL PASTI BAKAT (TID)

AINUN BARIAH BINTI JAAFAR ANDI HASLINDA BINTI ANDI SIKANDAR NOR AMIRAH BT MOHD EDDIE EFFENDI ONG NURUL HAFIQAH BINTI BAHARUDIN SYAHEEMA BINTI SAFUAN

DEFINISI
Satu kaedah dimana ianya melibatkan pemilihan, penilaian, pencarian serta melibatkan penyelidikan tentang bakat atau kesesuaian kanak-kanak, individu dan atlet untuk menyertai satu-satu sukan.

Program TID sangat sesuai untuk sukan-sukan yang mementingkan keperluan fizikal dan fisiologikal serta sukan yang mana kejayaannya ditentukan oleh kemahiran dan strategistrategi tertentu. Pencarian asas dilakukan dengan bantuan guru sekolah dan dianalisa oleh saintis sukan. Selepas proses mengenalpasti dilakukan, ujian sukan spesifik perlu dilakukan untuk melengkapkan proses pemilihan.

Fasa-fasa dalam TID: 1)Fasa permulaan 2)Fasa kedua 3)Fasa Akhir

FASA PERMULAAN (PRIMARY PHASE)


Pada fasa permulaan ini, program perkembangan yang sistematik dijalankan untuk mengenalpasti atlet muda yang berpotensi melalui pengukuran rudimentary kesihatan dan aspek perkembangan fizikal yang luas. Ianya juga merangkumi penyaringan kesihatan yang bertujuan untuk mendedahkan strukturstruktur atau fisiologikal yang tidak berfungsi dengan sempurna.

Fokus utama program ini adalah bagi kanakkanak yang berumur antara 3 - 10 tahun. Maklumat asas yang berkaitan dengan kesihatan sahaja yang dapat dikumpulkan pada fasa ini.

Setelah selesai pemeriksaan kesihatan fizikal ke atas mereka maka, kanak-kanak yang memiliki tahap kesempurnaan fizikal yang baik sahaja yang akan dipilih manakala selebihnya akan ditentukan melalui ujian-ujian yang lain yang dirasakan perlu sebelum mereka dipilih semula jika tahap kesempurnaan mereka tidak terlalu meruncing.

Fasa Kedua (secondary phase)


Fasa yang kedua ini merupakan fasa yang sangat sukar yang mana program mengenalpasti bakat perlu dilakukan ke atas kanak-kanak ketika mereka berusia dalam lingkungan 9 - 17 tahun tetapi jarak umur adalah berubah-ubah antara sukan seperti
gimnastik pada ketika umur 9 - 10 tahun, sukan-sukan yang lain bagi perempuan adalah pada umur 10 - 15 tahun manakala bagi lelaki pula dalam lingkungan 10 - 17 tahun.

Ujian fasa kedua ini dilakukan ke atas atlet yang pernah:


mempunyai pengalaman mengikuti sesi latihan melalui proses penilaian fizikal yang lengkap sebelum ini bagi mengetahui tahap fisiologikal dan parameter anthropometric.

Contohnya, jenis pengukuran biometric iaitu biacromial diameter (keluasan bahu) yang berhubungkait dengan kekuatan badan terutamanya panjang tapak kaki dan arch yang akan memberi kesan kepada abiliti berlari dan melompat.

Tujuan fasa kedua:


penilaian psikologikal dan kajian permulaan bagi tingkahlaku individu serta analisa mengenai ciri-ciri psikologikal .

Cara melaksana:
Ujian broad psychology dikendali oleh pakar psikologi yang berkelayakan yang dapat membantu memberitahu darjah abiliti psikologikal atau hubungan atlet muda berkaitan dengan sukan tertentu. Tujuan: Penilaian ini menunjukkan bahawa latihan psikologikal diperlukan pada masa depan yang juga merupakan salah satu aspek yang harus didedahkan kepada setiap atlet mengenai kepentingannya.

Fasa Akhir (final phase) Fasa akhir tertumpu kepada atlet elit yang berada dalam lingkungan proses perkembangan. Tumpuan utama :
memeriksa abiliti innate atlet dengan teliti dalam konteks sukan spesifik seterusnya tumpuan dari segi kesihatan atlet, adaptasi fisiologikal dalam sesi latihan dan pertandingan, abiliti atlet untuk mengatasi tekanan dan peningkatan prestasi seseorang atlet yang berpotensi.

Atlet yang telah menjalani kesemua ujian yang diperlukan seperti ujian kesihatan fizikal, ujian psikologikal, ujian berkaitan fisiologikal dan sebagainya akan diteliti setiap rekod mengenainya sebelum mereka dipilih.

Kelebihan TID Malaysia

Secara keseluruhannya, TID di Malaysia semakin diberi perhatian dan merupakan elemen penting dalam mencari bakat kanakkanak yang mempunyai bakat dalam sukan. Program TID digunakan sebagai asas atau platform untuk mengenalpasti individu yang berpotensi untuk maju

Kelemahan TID Malaysia


Antaranya kakitangan dan pegawai yang tidak mencukupi untuk melakukan program pencarian bakat di seluruh pelusuk negara.
Dari segi perkembangan teknologi pula, kita masih ketinggalan jauh berbanding negara-negara lain seperti Jepun, China dan Singapura misalnya. Peningkatan dari segi teknologi dan peralatan TID adalah sesuatu yang perlu agar dapat mempercepat serta memberikan ruang yang lebih untuk meneruskan pencarian individu yang berbakat.

Proses TID juga memerlukan kos yang tinggi dan memakan masa yang agak lama dan ini secara tidak langsung memungkinkan ketidakmampuan untuk mengeluarkan perbelanjaan yang menelan kos berjuta ringgit semata-mata ingin menjalankan proses TID di seluruh negara ditambah pula jika satu-satu program TID itu di jalankan di luar bandar.

Dari aspek yang lain pula, kita masih lagi tidak begitu serius menjalankan satu-satu pemilihan melalui program mengenalpasti bakat. Usaha yang dijalankan dilihat seolah-olah dilakukan separuh jalan sahaja.
Contoh, kita telah banyak melakukan program pencarian bakat kanak-kanak seperti Talent ID Rakan Muda Jiran Muda Fitkids yang baru-baru ini diadakan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan. Ianya kini senyap begitu sahaja tanpa ada sebarang hitam putih mengenainya.