Anda di halaman 1dari 25

PEMAKANAN KANAK-KANAK

NAMA PENSYARAH: PUAN NORMALA BT MEHAT DISEDIAKAN OLEH: AINAA NAJIHA BT KAMARUDIN ALIF HAIKAL BIN RAMLEE JINA ULAU JOK NUR ARIFAH BT JASMI

PISMP PRASEKOLAH IPG KAMPUS PERLS

TUJUAN MENEKANKAN KONSEP MAKANAN DAN PEMAKANAN


Meningkatkan tahap dan taraf kesihatan kanak-kanak Membina kelaziman supaya makan makanan berkhasiat Tingkatkan proses perkembangan & pertumbuhan positif Memelihara adab sopan & peraturan makan Berpeluang memperoleh bimbingan ilmu pengetahuan tentang pemakanan, vitamin & nilai-nilai positif bagi membina gaya hidup sihat Kanak-kanak diterapka rasa bersyukur dengan razeki . Memantapkan daya ketahanan kanak-kanak dari segi JERIS

PERANCANGAN PEMAKANAN KANAKKANAK

Alam kanak-kanak adalah masa yang kritikal kerana ini adalah masa dimana mereka memupuk tabiat kesukaan kepada sesuatu makanan. Tabiat pemakanan yang betul perlu dititikberatkan di peringkat ini.

PROSEDUR PERANCANGAN MAKANAN

Berikan kanak-kanak makanan seimbang mengikut Piramid Makanan Malaysia. Bukan setiap hidangan perlu mengandungi semua kumpulan makanan tetapi hidangan hendaklah seimbang dan mengandungi pelbagai jenis makanan setiap hari.

Pada usia ini, pengambilan susu berkurangan. Jadi, adalah penting untuk memberikan makanan yang sesuai daripada jenis makanan lain.

Mulakan dengan memperkenalkan jadual waktu makan 3 kali sehari dan makanan snek antara waktu makan.

Berikan susu semasa waktu snek. Kanak-kanak mungkin rasa kenyang dan mungkin enggan makan jika susu diberi pada waktu makan utama.

Tambah jenis makanan baru secara perlahan-lahan agar kanak-kanak tidak merasai pelbagai rasa pada masa yang sama.

Ketika memasak makanan untuk keluarga, asingkan sebahagian untuk kanak-kanak sebelum menambahkan rempah ratus.

KEPENTINGAN PERANCANGAN MENU


Dapat memberi tenaga yang diperlukan serta mencukupi bagi kanak-kanak dalam aktiviti belajar sambil bermain.
Dapat membantu ketahanan badan bagi mengelak daripada jangkitan virus serta sembuh daripada luka atau pun penyakit. Untuk membekalkan makanan dan snek yang sihat pada waktu yang bersesuaian justeru baik untuk pembinaan badan dan juga pembesaran.

Memastikan kepelbagaian dalam setiap sajian agar kanak-kanak mendapat makanan yang seimbang

Untuk mengurangkan pilihan makanan berulang.

Membuat perancangan awal bahan yang diperlukan bagi mengelakkan daripada membeli di saat akhir atau dalam keadaan yang tergesa-gesa.

PERMASALAHAN YANG BERLAKU SEMASA PERANCANGAN PEMAKANAN KANAK-KANAK

Jika kanak-kanak memilih jenis makanan kegemarannya, cuba campurkan semua jenis makanan lain bersama makanan kegemarannya. Jangan beri kanak-kanak makan jika dia mengantuk. Jangan memaksa kanak-kanak untuk makan. Ini boleh meningkatkan tekanan dan mungkin mengurangkan selera makan. Waktu makan seharusnya tenang dan menggembirakan.

Jangan berikan banyak minuman sebelum atau semasa kanak-kanak menikmati hidangan kerana boleh mengganggu selera makannya. Elakkan daripada memberi snek terlau dekat dengan waktu makan utamanya. Berikan masa kepadak anak-kanak menikmati hidangan mereka, jangan terburu-buru. Beri ruang untuk dia bermain sedikit semasa makan.

KARBOHIDRAT
(tenaga dan haba bagi mengekalkan suhu badan)

GARAM MINERAL
(Perkembangan dan pertumbuhan)

LEMAK
JENIS PEMAKANAN YANG DIPERLUKAN OLEH KANAK-KANAK
(membekalkan tenaga)

VITAMIN
A,B,C,D,E,K

PROTEIN
(membina otot-otot tubuh badan)

Protein boleh didapati dari haiwan atau tumbuhan. Di antara makanan yang mempunyai sumber protein termasuklah ikan bilis, telur, susu, daging dan ikan. Minyak sayur-sayuran , mentega, minyak sapi, minyak limpa, limpa ikan dan minya kelapa sawit membekalkan lemak kepada kanak-kanak. Kanak-kanak perlu kabohidrat kerana makanan ini perlu membekalkan tenaga bagi mereka yang suka bergerak, aktif dan bersenam.Di antara sumber makanan ialah nasi, roti, ubu kayu, keledek, kentang dan mihun.

Vitamin A boleh didapati daripada makanan seperti tomato, lobak, minyak limpa ikan, sayur-sayuran berdaun hijau dan sebagainya . Penting untuk kesihatan mata dapat menggelakan penyakit rabun ayam. Vitamin B boleh didapati daripada susu, telur, bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran segar . Penting untuk membina sel-sel darah supaya kulit sentiasa segar dan cantik. Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan penyakit beri-beri dan pelagra. Vitamin C boleh didapati daripada jambu batu, betik, limau , oren dan sayur-sayuran berdaun hijau. Vitamin C perlu untuk kesihatan kulit dan kekurangannya menyebabkan penyakit kulit dan gusi berdarah.

Vitamin D boleh membantu kanak-kanak dari segi pertumbuhan gigi yang sihat dan kuat. Di antara makanannya termasuklah ikan , minyak limpa, susu, telur dan mentega. Kekurangannya boleh menyebabkan tulang dan perut menjadi lemah. Vitamin E pula boleh didapati daripada gandum, kekacang, sayuran berdaun, bijiran dan hati haiwan. Vitamin E penting supaya otot-otot boleh berfungsi dengan berkesan selain menjadikan bulu dan rambut menjadi hitam dan berseri. Vitamin K pula boleh didapati dari daripada sayur-sayuran berdaun hijau, telur, kaca soya, minyak soya, minyak limpa ikan dan bunga kubis. Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan darah sukar membeku apabila luka atau kemalangan.

GARAM MINERAL
Kalsium dapat membina pertumbuhan tulang dan gigi supaya kuat dan sihat. Susu, ikan bilis, ketam dan kulit udang dapat membekalkan kalsium kepada tubuh badan. Fosforus pula boleh didapati daripada kismis, telur, ikan, kuaci dan daging. Kalium pula membolehkan otot kanak-kanak berfungsi disamping membantu pertumbuhan saraf. Kalium boleh didapati dari buah-buahan seperti belimbing, pisang, oren dan sayur-sayuran berdaun.

Natrium pula penting bagi membantu pengawalan imbangan cecair di dalam badan. Di antara makanan yang boleh memberikan rasa masin ini ialah kicap, makanan berjeruk semulajadi, garam dan perasa. Besi pula penting di dalam pembentukan hemoglobin yang memproses oksigen di dalam darah. Makanan seperti telur, kismis, daging ayam , hati, ikan dan kacang tanah kaya dengan sumber besi. Iodan pula penting untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan yang normal disamping mengekalkan rambut, kuku dan gigi sihat dan kuat

Piramid Makanan Malaysia memberi panduan tentang bagaimana untuk mengimbangkan pengambilan makanan setiap hari. Makanan yang pelbagai membantu kanak-kanak mendapat semua nutrien yang diperlukan.

PIRAMID MAKANAN (

Pendidikan pemakanan yang sihat)

PENDIDIKAN PEMAKANAN YANG SIHAT KEPADA KANAK-KANAK

PROGRAM AMALAN PEMAKANAN BERKHASIAT


Terdiri daripada tiga modul Dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu selama 12 minggu (3 bulan)
Peringkat pertama Modul 1: Unit 1 sehingga 5 Peringkat kedua Modul 2: Unit 6 sehingga 10 Peringkat ketiga Modul 3: Unit 11 sehingga 13

MODUL 1 (Unit 1 -5)


Setiap unit pembelajaran mengambil masa selama 30 minit dan dilaksanakan selama 5 hari. Kaedah:bercerita, nyanyian, soal jawab dan perbincangan. Setiap hari guru akan memperkenalkan satu jenis kumpulan makanan yang baru. (bijirin, sayur dan buah) Setiap kumpulan makanan akan dikaitkan antara satu sama lain. Sebagai peneguhan, kanak-kanak diminta mengumpulkan gambar-gambar daripada lima kumpulan makanan dan tampal di dalam buku skrap. Modul ini dijalankan dalam tempoh 4 minggu.

MODUL 2 (UNIT 6 10)


Setiap unit pembelajaran mengambil masa selama 30 minit 40 minit. Kaedah: pengalaman langsung, nyanyian, demonstrasi dan perbincangan. Contoh: menyediakan salad buah-buahan. Penekanan: sikap mahu mencuba dan melakukan sendiri dengan menggunakan pelbagai deria. Modul ini dijalankan dalam tempoh 5 minggu.

MODUL 3 (UNIT 11 13)


Setiap unit pembelajaran mengambil masa selama 40 minit dan diulang-ulang beberapa kali pada hari lain. Kaedah: bermain, perbincangan, soal jawab dan nyanyian. Contoh: pertandingan membina piramid dan mencari snek yang sihat. Penekanan: kerjasama, patuh pada peraturan dan mengikut giliran. Modul ini dijalankan dalam tempoh 3 minggu.

Tujuan program Meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan kanak-kanak prasekolah dalam hal pemakanan yang berkhasiat dan seimbang. Kanak-kanak dijangka dapat mengenal dan memilih pelbagai makanan yang berkhasiat berasaskan Piramid Makanan.

RUMUSAN
Merancang dan menyediakan makanan yang seimbang adalah penting bagi kanak-kanak yang membesar. Semua zat yang diperlukan badan dapat diperoleh. Amalan pengambilan makanan sihat perlu diterapkan di kalangan kanak-kanak sekolah.

Anda mungkin juga menyukai