Anda di halaman 1dari 51

Bentuk-bentuk

Penulisan

PLaGiaT
maharam@ukm.my
http://maharamdotcom.blogspot.com
03-89216924
Pengenalan
• Plagiat = jenayah besar dlm penulisan.
• Plagiat membunuh karya, kreativiti & hak cipta
penulis asal, seterusnya membunuh
perkembangan ilmu dlm bidang itu.

• Tidak banyak kes plagiat di bawa ke


mahkamah: kos tinggi

• Ramai penulis di Malaysia diamkan diri saja.


Definisi Plagiat
• Plagiat = ciplak = jiplak
• Kamus Dewan: Meniru,
mencontoh karangan (tulisan,
pekerjaan orang lain) @
mengutip karangan orang lain
(tanpa izin). Dianggap seperti
mencedok, sedokan ciptaan
orang lain & siarkannya sebagai
ciptaan sendiri.
Definisi Plagiat
Glosori Istilah Kesusasteraan (1998):
Penciplakan atau kegiatan dalam
kesusasteraan yakni mengambil karya
ciptaan orang lain yang pernah tersiar atau
diterbitkan yang dianggap mungkin sudah
dilupakan oleh pembaca lalu diakui oleh
penulis itu sebagai karyanya yang asli.
Penulis berkenaan mungkin mencedok cerita
dari segi plot dan sebagainya dan kemudian
mengolahnya semula tetapi pembaca atau
pengkaji sastera yang teliti dapat mengesan
dari mana sumbernya yang asal diambil oleh
si penciplak.
Definisi Plagiat
• Plagiarism; literary theft. A writer who steals the detailed
plot of some obscure, forgotten story and uses it as new
in a story of his or her own is a plagiarist. Plagiarism is
more noticeable when it involves a stealing of
language than when substance only is borrowed from
flagrant exhibitions of stealing both thought and language
plagiarism shades off into less serious things such as
unconscious borrowing, borrowing of minor
elements and mere imitation. In fact, the critical
doctrine of imitation, as understood in Rennaissance times,
often led to what would nowadays be called plagiarism
pihak yang melanggar hak cipta (infringer)

sebagai seseorang yang melanggar apa-apa


hak ekslusif pemilik asal hak cipta tersebut.

Ertinya, plagiarisme merupakan satu


penggunaan idea dan perkataan serta
pelanggaran hak cipta orang lain tanpa
memaklumkan sumber sesuatu maklumat
yang jelas. Moody (1982) berpendapat plagiat
sebagai menyalin (copying) artikel asal,
menukar atau mengubah beberapa perkataan
dan mempersembah tulisan berkenaan
sebagai miliknya, yang merupakan satu
kegiatan tidak beretika dan menyalahi
undang-undang.
Definisi Plagiat
• William L. Kibler (1993) telah mendefinisikan
plagiat sebagai ketidakjujuran akademik dan
satu bentuk penipuan yang digunakan ramai
pelajar tanpa memberi kredit kepada penulis
asal dalam tugasan mereka dan mengakuinya
sebagai hasil karya sendiri.
• Laurie Stearns (1998) pula definisikan plagiat
sebagai mengambil hasil kerja penulis lain dan
menyatakannya sebagai karya sendiri, gagal
untuk menyatakan sumber rujukan dan
mengulang guna daripada sumber asal tanpa
kredit secara wajar. Definisi ini dikutipnya
daripada beberapa sumber termasuk Kamus
Black’s Law, Kamus Oxford dan Websters’s Third
New International Dictionary of the English
Language Unabridged.
Definisi Plagiat
Berdasarkan pelbagai definisi yang dikemukakan,
dapatlah disimpulkan bahawa plagiat sebenarnya
merupakan satu aktiviti mencuri, mengambil,
mengakui “tulisan orang lain” tanpa
menjelaskan sumber rujukan secara wajar
dan menyatakannya/mengakui sebagai hasil
karya sendiri. Ianya meliputi;
• mengakui karya orang lain sebagai karya sendiri,
• mengakui gagasan orang lain sebagai pemikiran
sendiri,
• mengakui penemuan, data, ujikaji orang lain
sebagai kepunyaan sendiri,
• gagal menyatakan sumber asal sesuatu
maklumat yang dipilih,
Definisi Plagiat
• menyalin perkataan, idea, struktur ayat, susunan
dalam karya orang lain sebagai kepunyaan sendiri,
• mengakui karya kelompok orang lain sebagai
kepunyaan sendiri,
• menyajikan tulisan yang sama pada masa yang lain
tanpa menyebut asal usulnya,
• menyalin, meringkas dan menulis semula perkataan,
ayat atau idea yang diperoleh daripada sumber lain dan
menulis semula mengikut kefahaman sendiri hingga
menghasilkan tulisan baru sama ada menyebut sumbernya
atau tidak tetapi rangkaian atau pemilihan katanya masih
terlalu hampir atau sama dengan sumbernya,
• mengubahsuai penulisan atau penyelidikan sendiri
dan menghasilkannya semula sebagai tulisan baru tanpa
menyatakannya, dan,
• melakukan terjemahan bahasa tanpa menyatakan
sumber asal terjemahan tersebut.
”Hasil tulisan orang lain” dalam
tulisan ini merujuk kepada;
• Keseluruhan karya orang lain

• Idea yang diambil daripada sumber rujukan

• Menggunakan perkataan asal yang diperoleh


daripada sumber, sama ada menggunakan hanya
beberapa perkataan hingga keseluruhan rangkap.

• Keseluruhan struktur daripada penerangan atau hujah


yang dijadikan sumber rujukan.

• Maklumat yang diperolehi daripada sumber rujukan


yang bukan terdiri daripada ”common knowledge”.
Jenis-Jenis Plagiat
• Plagiat boleh dielakkan dengan
menyatakan sumber rujukan.
• Kaedah penulisan rujukan juga
perlu diambil perhatian. Tanpa
kaedah penulisan yang betul,
karya boleh terlibat dlm plagiat
tanpa disedari.
• Plagiat boleh dibahagikan kepada 8
kategori
Jenis Plagiat
1. Plagiat secara terus
• Tidak menyatakan sumber rujukan yang
digunakan.
• sama ada menyalin terus daripada
sumber rujukan ataupun hanya
melibatkan idea utama dan perubahan
struktur ayat dengan penambahan atau
pengurangan bagi perkataan-perkataan
tertentu tanpa menggunakan tanda kutip.
• The Ghost Writer (Penulis Hantu): penulis yang
menulis semula hasil karya orang lain, kata
demi kata dan kemudiannya mengakui sebagai
karyanya sendiri.
Jenis Plagiat/Plagiat secara terus

• The Photocopy atau “Penulis Fotokopi” pula


bermaksud penulis yang menyalin bahagian-
bahagian penting dalam teks daripada sumber
tunggal dan memasukkan ke dalam tulisannya
tanpa melakukan sebarang perubahan.

• The Potluck Paper bermaksud mencantumkan


pelbagai tulisan lain menjadi satu karya yang
baru. Penulis cuba mengelakkan kegiatan plagiatnya
dikesan dengan menyalin idea dan pemikiran daripada
beberapa sumber berbeza. Penyesuaian pada
bahagian-bahagian tertentu akan dilakukan tetapi
masih lagi mengekalkan kebanyakan teks asal
yang diambil.
Contoh Plagiat secara terus:
Petikan Asal
• Menjelang pertengahan abad kedua puluhan,
beberapa ciri tradisionalnya mulai luput.
Keluputan ciri-ciri tersebut kerana bentuk teater
itu sendiri sebagai teater popular. Persembahan
bangsawan mengambil kira sambutan dan cita
rasa penonton. Apa yang dipersembahkan dan
dihidangkan bersesuaian dengan selera
penonton. Transisi ini, daripada tidak
mementingkan cita rasa penonton kepada
mengutamakan citarasa penonton,
menyebabkan bangsawan berformatkan
sebegitu. (Abdul Samat Salleh, 2005; 40)
Tulisan yang di Plagiat

• Pertengahan abad kedua puluhan, beberapa ciri


tradisional bangsawan mulai luput. Ini kerana bentuk
teater itu sendiri sebagai teater popular. Persembahan
bangsawan mengambil kira sambutan dan cita rasa
penonton. Apa yang dipersembahkan perlu sesuai dengan
selera penonton. Transisi ini, daripada tidak
mementingkan cita rasa penonton berubah kepada
mengutamakan cita rasa penonton, menyebabkan
bangsawan berformatkan sebegitu.
Tanpa Plagiat:
• Abdul Samat Salleh berpendapat “Menjelang
pertengahan abad kedua puluhan, beberapa
ciri tradisionalnya mulai luput. Keluputan ciri-
ciri tersebut kerana bentuk teater itu sendiri
sebagai teater popular. Persembahan
bangsawan mengambil kira sambutan dan cita
rasa penonton. Apa yang dipersembahkan dan
dihidangkan bersesuaian dengan selera
penonton. Transisi ini, daripada tidak
mementingkan cita rasa penonton kepada
mengutamakan citarasa penonton,
menyebabkan bangsawan berformatkan
sebegitu. ¹
• ¹ Abdul Samat Salleh, Aspek Lakonan dalam
Teater Bangsawan, 2005, hal. 40.
Plagiat secara terus ini bukan sahaja melibatkan
tulisan-tulisan berkaitan sesuatu sahaja tetapi
juga turut dilakukan apabila;

• Menyalin tugasan orang lain dan mengakuinya sebagai hasil karya


sendiri. Cara ini mudah dikesan kerana isi kandungannya, ayat,
penyampaian, susunan, format dan sebagainya adalah sama, tetapi
berbeza penulis.
• Laporan ujikaji makmal yang melibatkan lebih daripada
seorang. Walaupun ujikaji dilakukan secara bersama, laporan yang
disediakan perlu berbeza kerana disiapkan oleh individu yang berbeza.
Data-data yang diperolehi masih sama tetapi analisis, gaya penulisan,
struktur ayat adalah berbeza. Pengiktirafan terhadap ahli lain yang
turut menyiapkan ujikaji berkenaan perlu dibuat.
• Menggunakan laporan makmal yang lama daripada ujikaji orang
lain sebagai satu ujikaji yang baru dan dibuat sendiri.
• Dapatan kajian bersama diakui sebagai hasil tulisan persendirian.
Kejujuran amat penting dalam penulisan. Setiap maklumat perlu
dinyatakan kredit terhadap sumber yang diperolehi.
Maklumat berikut perlukan sumber
rujukan:
• Data yang diperolehi daripada pengkaji-pengkaji
lain sebagai data utama.
• Mana-mana ayat atau petikan yang digunakan
kata demi kata atau diterangkan dengan
menggunakan perkataan sendiri.
• Konsep, idea atau penemuan yang tidak jelas
dan bukannya kepunyaan sendiri.
• Lukisan, carta, graf dan sebagainya yang disalin
daripada mana-mana tulisan.
• Prosedur makmal yang diikuti, biasanya manual
makmal atau satu kajian daripada artikel asal.
• Setiap sesuatu karya yang bukan daripada kerja
sendiri.
Jenis-Jenis Plagiat
2. Menyalin drpd Pengarang asal tanpa sumber rujukan
• Sungguhpun pengarang sebenar diakui, masih berlaku plagiat
kerana teks asal telah ditiru dengan melakukan sedikit
perubahan tanpa menggunakan sama ada tanda kutip
atau nota kaki untuk menyatakan sumber karya berkenaan
diperolehi. Dikenali sebagai The Forgotton Footnote
• Penulis menyembunyikan maklumat dan lokasi sumber
yang dirujuk. Tulisan telah mengkreditkan sumber rujukan
yang dibuat tetapi tidak menyatakannya secara spesifik.
benar, salah dan tidak dapat disahkan
kewujudannya. Cara ini juga menyebabkan
sumber rujukan berkenaan amat mustahil
untuk dicari semula oleh pembaca.

The Resourceful Citer pula telah


menyebut semua sumber rujukan yang
diambil, menulis kembali apa yang
dimaksudkan sumber rujukan dengan
perkataan dan kefahaman sendiri serta
menggunakan petikan selayaknya. Walau
bagaimanapun, keseluruhan tulisan atau
penyelidikan berkenaan hampir tidak
mengandungi karya asli. Penulis bijak
menyalin dan menampal idea-idea daripada
sumber rujukan sehingga kelihatan seolah-olah sebuah
penyelidikan yang sempurna.
Contoh: Asal
• Menjelang pertengahan abad kedua puluhan,
beberapa ciri tradisionalnya mulai luput.
Keluputan ciri-ciri tersebut kerana bentuk teater
itu sendiri sebagai teater popular. Persembahan
bangsawan mengambil kira sambutan dan cita
rasa penonton. Apa yang dipersembahkan dan
dihidangkan bersesuaian dengan selera penonton.
Transisi ini, daripada tidak mementingkan cita
rasa penonton kepada mengutamakan citarasa
penonton, menyebabkan bangsawan
berformatkan sebegitu. (Abdul Samat Salleh,
2005; 40)
Karya Plagiat
• Abdul Samat Salleh mempunyai pendapat yang mengagumkan,
iaitu, menjelang pertengahan abad kedua puluhan, beberapa ciri
tradisionalnya mulai luput. Keluputan ciri-ciri tersebut kerana
bentuk teater itu sendiri sebagai teater popular. Persembahan
bangsawan mengambil kira sambutan dan cita rasa penonton. Apa
yang dipersembahkan dan dihidangkan bersesuaian dengan selera
penonton. Transisi ini, daripada tidak mementingkan cita rasa
penonton kepada mengutamakan citarasa penonton, menyebabkan
bangsawan berformatkan sebegitu.
Masih lagi dikira sebagai plagiat kerana tanda kutip yang sesuai tidak
digunakan, tidak menyatakan halaman sumber berkenaan dipetik
SEPATUTNYA seperti berikut;
Abdul Samat Salleh mempunyai pendapat yang mengagumkan, iaitu
“Menjelang pertengahan abad kedua puluhan, beberapa ciri
tradisionalnya mulai luput. ..... Transisi ini, daripada tidak
mementingkan cita rasa penonton kepada mengutamakan citarasa
penonton, menyebabkan bangsawan berformatkan sebegitu. ¹
• ¹ Abdul Samat Salleh, Aspek Lakonan dalam Teater Bangsawan,
2005, hal.40.
Jenis-Jenis Plagiat
3. Menulis nota kaki tanpa tanda kutip
Walaupun penulis telah meletakkan nota kaki pada
tulisan asal yang dipetiknya, tetapi tulisan sebegini
masih lagi bercirikan tulisan plagiat kerana tanda
kutip masih tidak digunakan bagi memenuhi
peraturan penggunaan petikan dalam penulisan
secara akademik. Penggunaan beberapa perkataan
dari sumber asal juga telah mengalami sedikit
perubahan menyebabkan tulisan baru kelihatan
berbeza berbanding karya yang asli.
Contoh:
ASAL

• Menjelang pertengahan abad kedua puluhan,


beberapa ciri tradisionalnya mulai luput.
Keluputan ciri-ciri tersebut kerana bentuk teater
itu sendiri sebagai teater popular. Persembahan
bangsawan mengambil kira sambutan dan cita
rasa penonton. Apa yang dipersembahkan dan
dihidangkan bersesuaian dengan selera
penonton. Transisi ini, daripada tidak
mementingkan cita rasa penonton kepada
mengutamakan citarasa penonton, menyebabkan
bangsawan berformatkan sebegitu. (Abdul
Samat Salleh, 2005; 40)
Karya Plagiat

• Dalam bukunya, Aspek Lakonan dalam


Teater Bangsawan, Abdul Samat Salleh
menyatakan, menjelang pertengahan abad
kedua puluhan, beberapa ciri tradisionalnya
mulai luput. Ini kerana teater itu berbentuk
teater popular. Persembahan bangsawan
mengambil kira sambutan dan cita rasa
penonton. Apa yang dipersembahkan perlu
sesuai dengan selera penonton. Transisi ini,
daripada tidak mementingkan cita rasa
penonton kepada mengutamakan cita rasa
penonton, menyebabkan bangsawan
berformatkan sebegitu. ¹
• ¹ Abdul Samat Salleh, Aspek Lakonan
dalam Teater Bangsawan, bab 3.
Sepatutnya ditulis begini:
• Dalam bukunya, Aspek Lakonan dalam Teater
Bangsawan, Abdul Samat Salleh berpendapat
bahawa “menjelang pertengahan abad kedua
puluhan, beberapa ciri tradisionalnya mulai luput.
Keluputan ciri-ciri tersebut kerana bentuk teater itu
sendiri sebagai teater popular. Persembahan
bangsawan mengambil kira sambutan dan cita rasa
penonton. Apa yang dipersembahkan dan
dihidangkan bersesuaian dengan selera penonton.
Transisi ini, daripada tidak mementingkan cita rasa
penonton kepada mengutamakan citarasa penonton,
menyebabkan bangsawan berformatkan sebegitu”. ¹
• ¹ Abdul Samat Salleh, Aspek Lakonan dalam Teater
Bangsawan, 2005, hal. 40.
Jenis-Jenis Plagiat

4. Mengambil Mudah Penulisan Nota Kaki

• melibatkan pelbagai perubahan dan parafrasa-parafrasa, yang


melibatkan lebih daripada satu halaman.
• Walaupun terdapat penggunaan nota kaki, tetapi penggunaannya
tidak sesuai kerana nota kaki berkenaan tidak menyatakannya
secara tepat. Hanya satu sebutan telah diberikan tanpa
menyatakan secara tepat muka surat yang betul.
• Terdapat banyak penggunaan perkataan dan ungkapan telah diambil
daripada teks asal. Memparafrasakan telah digunakan untuk
menyingkatkan hujah tanpa penggunaan tanda kutip yang sesuai.
• Plagiat jenis ini menggunakan kaedah yang berbeza sebagai satu
cubaan yang disengajakan untuk menukar rupa tulisan berkenaan
tanpa mengubah kandungan menyebabkan kegiatan plagiat ini sukar
dikesan.
Contoh:
• Tulisan asal:

• Para pelakunnya hanya diberikan senario


ceritanya dan terpulanglah kepada pelakun
untuk menghasilkan keseluruhan ceritanya.
Walau apapun yang dihasilkan ia adalah hasil
kreativiti para pelakun, latihan tetap
diadakan untuk adegan-adegan atau babak-
babak tertentu yang dianggap penting.
Berbekalkan senario tersebut, para pelakun
akan melakunkan peranan yang telah
diberikan oleh pengarah, mengimprovise
baris-baris dialog, pergerakan-pergerakan
fizikal yang bersesuaian, menangani gerak-
gerak isyarat yang bertepatan, mencetuskan
emosi-emosi bersesuaian di sepanjang
persembahan tersebut. (Abdul Samat Salleh,
2005; 151 dan 153)
• Para pelakunnya hanya diberikan senario ceritanya dan terpulanglah
kepada pelakun untuk menghasilkan keseluruhan ceritanya. Walau
apapun yang dihasilkan ia adalah hasil kreativiti para pelakun, latihan
tetap diadakan untuk adegan-adegan atau babak-babak tertentu yang
dianggap penting¹. Menurut Smiley (1971), Berbekalkan senario
tersebut, para pelakun akan melakunkan peranan yang telah diberikan
oleh pengarah, mengimprovise baris-baris dialog, pergerakan-
pergerakan fizikal yang bersesuaian, menangani gerak-gerak isyarat
yang bertepatan, mencetuskan emosi-emosi bersesuaian di sepanjang
persembahan tersebut².
• ¹ Abdul Samat Salleh, Aspek Lakonan dalam Teater Bangsawan, 205 hal. 151.
• ² ibid., hal. 153.

• Para pelakunnya hanya diberikan senario ceritanya dan terpulanglah


kepada pelakun untuk menghasilkan keseluruhan ceritanya. Walau
apapun yang dihasilkan ia adalah hasil kreativiti para pelakun, latihan
tetap diadakan untuk adegan-adegan atau babak-babak tertentu yang
dianggap penting¹. Menurut Smiley (1971), Berbekalkan senario
tersebut, para pelakun akan melakunkan peranan yang telah diberikan
oleh pengarah, mengimprovise baris-baris dialog, pergerakan-
pergerakan fizikal yang bersesuaian, menangani gerak-gerak isyarat
yang bertepatan, mencetuskan emosi-emosi bersesuaian di sepanjang
persembahan tersebut².
• ¹ Abdul Samat Salleh, Aspek Lakonan dalam Teater Bangsawan, hal. 151.
• ² Smiley, 1971. Tajuk buku, halaman dibuat rujukan berkenaan.
Jenis-Jenis Plagiat
5. Petikan yang Tergantung
• Plagiat dimulakan dengan menggunakan satu sumber rujukan. Rujukan
daripada sumber yang lain telah dibuat tanpa menyatakannya
menyebabkan pembaca menyangka bahawa tulisan berkenaan masih
lagi daripada sumber yang sama. Contoh:
• Menjelang tahun 1880-an teater Parsi begitu popular di Pulau Pinang
hinggakan lagu-lagu Hindustan dinyanyikan oleh orang-orang India,
peranakan Arab dan Melayu (Tan, 1993;16). Lagu-lagu ini berlirikkan
Melayu menggantikan lagu Hindustan asal, dipersembahkan di majlis-
majlis perkahwinan (Edrus, 1960;50-51). Banyak kumpulan nyanyian
ditubuhkan dan salah satu kumpulan dipimpin Mamat Mashor yang
berperanakan Arab. (Abdul Samat Salleh, 2005; 16)
• Menurut Abdul Samat Salleh, “menjelang tahun 1880-an teater Parsi
begitu popular di Pulau Pinang hinggakan lagu-lagu Hindustan
dinyanyikan semula oleh orang-orang India, peranakan Arab dan
Melayu¹. Lagu-lagu ini menggunakan lirik dan bahasa Melayu
menggantikan lagu Hindustan asal, dipersembahkan di majlis-majlis
perkahwinan. Banyak kumpulan nyanyian ditubuhkan dan salah satu
kumpulan dipimpin Mamat Mashor yang berperanakan Arab².
• ¹ Abdul Samat Salleh, Aspek Lakonan dalam Teater Bangsawan, hal. 16.
• ² Edrus, 1960;50-51
Cara yang Betul:

Menurut Abdul Samat Salleh, “menjelang tahun 1880-an teater


Parsi begitu popular di Pulau Pinang hinggakan lagu-lagu
Hindustan dinyanyikan semula oleh orang-orang India,
peranakan Arab dan Melayu¹. Lagu-lagu ini menggunakan
lirik dan bahasa Melayu menggantikan lagu Hindustan asal,
dipersembahkan di majlis-majlis perkahwinan². Banyak
kumpulan nyanyian ditubuhkan dan salah satu kumpulan
dipimpin Mamat Mashor yang berperanakan Arab³.
¹ Tan Sooi Beng, Bangsawan: A Social and Stylistic History of
Popular Malay Opera, hal.16, dipetik Abdul Samat Salleh
dlm. Aspek Lakonan dalam Teater Bangsawan, hal. 16.
² Edrus, A.H., Persuratan Melayu: Drama dan Perkembangan
Bahasa Melayu, 1960 hal.50-51 dipetik Abdul Samat Salleh
dlm. Aspek Lakonan dalam Teater Bangsawan, hal. 16.
³ Abdul Samat Salleh dlm. Aspek Lakonan dalam Teater
Bangsawan, hal. 16.
Jenis-Jenis Plagiat

6. Plagiat Secara Parafrasa

• Parafrasa adalah menulis kembali apa yang


dinyatakan dalam sumber rujukan dengan
bahasa sendiri. Memparafrasakan mana-mana
sumber yang diakui dengan melakukan
parafrasa yang terhad kepada material,
kemudian membincangkannya, menjelaskan,
dan memperdebatkan adalah dibolehkan.
Setiap parafrasa dibolehkan apabila memenuhi
syarat berikut;
• Parafrasa berkenaan tidak mendominasi
(menguasai) sumber yang dirujuk.
• Parafrasa dilakukan untuk membenarkan
pengarang berinteraksi secara kritis dengan
pendapat-pendapat orang yang lain
• Apabila hujah teks asal ditulis semula dalam
kata-kata yang berbeza.
• Memparafrasakan secara meluas dan berterusan tanpa rujukan
kepada sumber asal, masih lagi dianggap sebagai plagiat.
• Walaupun tidak melakukan penambahan maklumat yang baru dan
menyatakan punca tulisan tersebut, tulisan sebegini tidak
dianggap sebagai tulisan yang asli.
• Menyusun pandangan orang lain dan menyatakannya sebagai
satu penyelidikan sendiri sebegini tetap dipanggil plagiat.
Sesebuah kajian dan penyelidikan menuntut nilai “asli” walaupun
pada masa tersebut tidak ada siapa lagi mempunyai himpunan
koleksi yang sama seperti yang menjadi rujukan penulis.
• Plagiat sebegini dipanggil The Labor of Laziness. Proses ini
biasanya memakan masa kerana melibatkan juga proses
mencantum daripada pelbagai sumber yang lain.
• The Too-Perfect Paraphrase pula adalah plagiat parafrasa yang
menyebut sumber rujukannya di dalam tulisan tetapi telah
mengabaikan penggunaan tanda kutip (“ ”)
Petikan asal:

• Waktu untuk latihan selalunya diadakan di


sebelah tengahari. Untuk cerita-cerita yang
ringan atau cerita-cerita yang sellau
dipersembahkan, jarang diadakan latihan.
Jangkamasa yang diambil untuk mengadakan
latihan tertakluk kepada keadaan cerita.
Cerita yang berat, masa latihan lebih lama
dan cerita yang ringan masa latihannya tidak
selama cerita berat. Latihan yang dilakukan
tidak melibatkan kepada keseluruhan cerita,
sebaliknya tertumpu kepada babak-babak
tertentu sahaja. Babak yang dianggap baru,
rumit dan kompleks serta melibatkan iringan
muzik, nyanyian atau teknik tasmat (Abdul
Samat Salleh, 2005; hal. 82, 83 dan 84)
Plagiat:

• Latihan untuk para pelakun biasanya dilakukan pada waktu tengahari dengan
jangkamasa latihan tertakluk kepada keadaan cerita. Cerita yang ringan dan
telah biasa dilakunkan jarang diadakan latihan berbanding cerita berat yang
memakan masa latihan yang lebih lama. Walaupun begitu, latihan yang
dilakukan ini tidak melibatkan keseluruhan cerita, sebaliknya tertumpu kepada
babak-babak tertentu yang dianggap baru, rumit dan kompleks serta melibatkan
iringan muzik, nyanyian atau teknik tasmat...
Ubahsuaian yang dibenarkan:
• Abdul Samat Salleh menjelaskan bahawa Latihan untuk para pelakun biasanya
dilakukan pada waktu tengahari dengan jangka masa latihan tertakluk kepada
keadaan cerita¹. Cerita yang ringan dan telah biasa dilakunkan jarang diadakan
latihan berbanding cerita berat yang memakan masa latihan yang lebih lama².
Walaupun begitu, latihan yang dilakukan ini tidak melibatkan keseluruhan
cerita, sebaliknya tertumpu kepada babak-babak tertentu yang dianggap baru,
rumit dan kompleks serta melibatkan iringan muzik, nyanyian atau teknik
tasmat³. Ini bermakna, bukan semua adegan dalam sesebuah persembahan
bangsawan perlu diadakan latihan walaupun persembahan Bangsawan
berlangsung secara terus di hadapan penonton. Kemahiran para pelakun yang
berbakat menguasai jalan cerita dan menghayati watak masing-masing...
• ¹ Abdul Samat Salleh dlm. Aspek Lakonan dalam Teater Bangsawan, hal. 82.
• ² ibid., hal. 83.
• ³ ibid., hal. 84.
Jenis-Jenis Plagiat

7. Kitar Semula Karya


• Plagiat jenis ini dikenali sebagai The Self-Stealer. Penulis
telah meminjam secara keseluruhannya idea, data,
maklumat, analisis, hujah, dan penemuan daripada tulisan-
tulisan atau kajiannya sendiri yang telah dibuat sebelum
ini.
• Plagiat karya sendiri merupakan satu bentuk penipuan yang
menyalahi etika penulisan dan dianggap sebagai satu
tindakan mencuri. Pengarang seakan sengaja mengelirukan
pembacanya dengan anggapan pembaca boleh memafkan
perkara berkenaan kerana hanya melibatkan hasil penulisan
penulis sendiri.
• Pengubahsuaian hanya dilakukan di sana sini dan dihantar
kepada pensyarah yang berbeza bagi kursus-kursus tertentu
yang saling berkaitan.
• Di kalangan ahli akademik yang telah mantap sendiripun,
plagiat menjadi satu masalah apabila artikel atau buku yang
sama diserahkan untuk penilaian bagi kenaikan gaji atau
pangkat. Ada juga dikalangan mereka yang menghantar
artikal yang telah diubahsuai kepada beberapa syarikat
penerbitan untuk diterbitkan.
Jenis-Jenis Plagiat

8. Melakukan terjemahan bahasa


• Penterjemahan karya ke bahasa yang lain melibatkan
hakcipta. Terjemahkan karya tanpa kebenaran penulis dan
penerbit, tidak mengkreditkan sumber secara wajar,
seterusnya mengakui karya terjemahan itu sebagai karyanya
yang asli, tergolong sebagai karya ciplak.
• Karya terjemahan perlu mendapat kebenaran bertulis
daripada penulis asal dan penerbit.
• Penulis asal dan penerbit akan dikreditkan secara sewajarnya
dalam karya terjemahan. Pada masa yang sama, nama
penterjemah turut dicetak. Karya ini dilindungi di bawah akta
hakcipta sama seperti karya asal.
• Penulis asal dan penerbit akan mendapat royalti. Penterjemah
pula hanya dilindungi akta hakcipta bagi karya terjemahan itu
sahaja.
• Kepesatan IT mudahkan banyak perkara termasuk ada
perisian kamus dan enjin penterjemahan secara atas talian
(online). Boleh lakukan terjemahan dengan mudah, cepat dan
percuma.
Plagiat di Malaysia
Izani Zakaria. April 2000 dlm Ranolfa Dianti Irwan. Berita
majalah EH! Minggu, 3 Disimber 2000.
ASAL CIPLAK
Yang Aneh dan Unik Itu Lelaki Harga Sebuah Kasih Ayah
• Hei, para gadis. Sampai • Sembuhlah daripada
waktunya. Sembuhlah impresimu yang
daripada impresimu yang menyimpang. Ketahuilah
menyimpang! Kenalilah lelaki. Fahamilah lelaki.
lelaki! Fahamilah lelaki! Kenalilah siapa itu lelaki.
Kenalilah siapa itu lelaki – Bermula daripada
bermula fikirannya, fikirannya, perasaan,
kelebihan, sikap, tindakan kemahuan, kesukaan,
sehinggalah gaya kebencian, kekuatan,
hidupnya. Belajarlah kelebihan, sikap, tindakan
daripada experimental sehinggalah gaya
learning kerana itulah hidupnya. Bisikan diri
sebaik-baik pembelajaran. berlegar pada setiap zarah
diri Aku.
Izani Zakaria. April 2000 dlm Ranolfa Dianti Irwan. Berita
majalah EH! Minggu, 3 Disimber 2000.

ASAL CIPLAK

Yang Aneh dan Unik Itu Lelaki Harga Sebuah Kasih Ayah
• Menjenguk satu ceritera parah.
• Menjenguk satu lagi cerita Cinta benar-benar telah
parah. Cinta benar-benar telah membutakan mata, hati dan
membutakan mata, hati dan jiwa seorang wanita di kelopak
jiwa seorang wanita di kelopak kemudaannya. Cinta yang gila
kemudaannya. Cinta yang gila dan buta. Malang, itulah yang
dan buta. Malang, itulah yang diperolehi.
diperolehi. Cinta yang nikmat
dan bahagia bukan untuknya. • Cinta yang nikmat dan bahagia
bukanlah untuknya. Aku hanya
• Dia hanya bercinta dengan bercinta dengan bayang sang
bayang-bayang sang lelaki. Air lelaki. Air matanya yang murah
matanya yang murah telah lama telah lama kering. Baginya,
kering sampai badan turut dunia hanya air mata. Amat
kurus kering. Baginya, dunia malang apabila dunia yang
hanya pilu dan air mata. Amat dihuni hanya wujud manusia
malang lagi apabila dunia yang berjantina lelaki atau semuanya
dihuni hanya seorang manusia berjantina perempuan. Ini
berjenama lelaki. bukanlah satu dogma; mungkin
juga satu igauan integrasi diri
Aku.
Lee Keok Chih. Berita Minggu, 3 Februari Azman Hussin. Berita Minggu, 9 Disimber
2002. 2001.
CIPLAK ASAL

• Carpe Diem • Apa Yang Kau Cari

• Engkau memang lincah • Kau memang lincah


berbicara ketika soal politik- berbicara ketika soal politik-
ekonomi-sosial diungkit. Juga ekonomi-sosial diungkit.
soal hidup! Engkau bicarakan Juga soal hidup! Kau
soal hidup, yang seandainya bicarakan soal hidup, yang
ada pilihan, katamu, biarlah seandainya ada pilihan,
aku tidak wujud langsung di katamu, biarlah aku tidak
dunia ini. Hidup menyusahkan,
hidup ini tidak berguna. Hidup wujud langsung di dunia ini.
bermaksud jahanam. Hidup Hidup menyusahkan, hidup
satu accident, dan kewujudan ini tidak berguna. Hidup
manusia langsung tidak bermaksud jahanam. Hidup
bermakna. Semuanya tidak satu accident, kewujudan
berguna. Tolak. Kali-campur- manusia sungguh tak ada
bahagi, semuanya tak berguna maksud apa-apa. Semuanya
langsung. tidak berguna. Tolak. Kali-
campur-bahagi, semuanya
tak berguna langsung.

Azman Hussin. Berita
• Lee Keok Chih
Minggu, 9 Disimber 2001.
• CIPLAK ASAL
• Carpe Diem • Apa Yang Kau Cari
• Engkau kupas teori Bing • Kau kupas teori Bing Bang,
Bang, saduran idea saduran idea Stephen
Stephen Hawking, Hawking, penulis buku
penulis buku Black Black Hole. Kalau Nietzche
ditakwil menyadur teori
Hole. Kalau Nietzche
evolusi Charles Darwin
ditakwil menyadur teori dalam kaji hayat, kau
evolusi Charles Darwin mengadaptasi idea alam
dalam kaji hayat, semesta Howking demi
engkau mengadaptasi menzahirkan kebenaran
idea alam semesta pemikiran.
Howking demi
menzahirkan kebenaran
pemikiran.
Dikejauhan ini Fatimah Ngah (ASAL)
Kepada Ibu Normah Harun (CIPLAK)
Dikejauhan ini
Ada resah Ibu, Dikejauhan ini
dalam menyambung harap ada resah
yang patah dalam menyambung
ibu, rangkullah aku harapan yang patah
dalam doamu Dalam keasingan di sini
Dalam keasingan begini
aku lemas sendu
aku lemas sendiri di
di belantara duka
Belantara duka,
tiada sudahnya tiada sudahnya
kucuplah aku dalam Dalam dingin malam di sini
rindumu, Ibu. aku terkenang
Dalam dingin malam di sini bayang wajah dukamu
Aku terkenang bayang wajah
didakap risau
dukamu
yang sentiasa
didakap nisan
mencengkam ruang hatimu
yang sentiasa mencengkam
ruang hatimu kirimlah kasih
kirimkan kasihmu titipkan rindu
dikejauhan ini, panjatkan doa
ibu! penuh syahdu, buatku, dikejauhan ini,
ibu!
Cara Elak Plagiat
1. Memberikan Kredit dalam Tulisan
• sumber rujukan yang memerlukan kredit dalam
setiap tulisan;
− Kata-kata atau idea yang diterbitkan atau terdapat dalam
majalah, buku, akhbar, jurnal, lagu, atur cara TV, filem,
laman web, pengaturacaraan komputer, surat, iklan atau
mana-mana medium lain.
− Memperolehi maklumat melalui temuramah atau
perbincangan dengan orang lain secara bersemuka, melalui
telefon ataupun secara bertulis.
− Apabila menyalin kata-kata atau ungkapan yang unik.
− Apabila mencetak semula apa-apa gambarajah, illustrasi,
jadual, graf, carta, gambar atau bahan-bahan visual yang
lain.
− Apabila menggunakan atau menghantar semula (secara
elektronik) imej-imej, suara, muat turun video atau media
lain.
Perkara tidak perlu
dikreditkan:
1. Menulis pengalaman-pengalaman hidup sendiri, berdasarkan
pemerhatian dan wawasan sendiri, pemikiran sendiri dan
kesimpulan mengenai sesuatu. Ianya perlulah belum pernah
diterbitkan.
2. Apabila menulis hasil kajian sendiri menggunakan data
mentah yang diperolehi melalui ujikaji makmal dalam bidang
eksperimen yang memerlukan penulis melakukan sendiri
ujikaji. Ianya juga perlulah belum pernah diterbitkan.
3. Apabila menggunakan hasil seni sendiri seperti foto, audio,
video yang belum pernah diterbitkan.
4. Apabila menggunakan “pengetahuan umum” seperti budaya
rakyat, pemerhatian akal, mitos, lagenda dan peristiwa
bersejarah (tidak termasuk dokumen-dokumen sejarah).
5. Menggunakan fakta yang diterima umum, umpamanya,
angkasawan pertama negara adalah Sheikh Muszaphar
Shukor Al Masrie, Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri
Malaysia pertama, Malaysia mencapai kemerdekaan pada
31 Ogos 1957.
Cara Elak Plagiat

2. Menyatakan sumber dalam teks

• Ada ketikanya, menyebut nama


pengarang, hak milik, dan genre (buku,
artikel, atau laman web dan sebagainya)
adalah salah satu cara yang baik
sekiranya sumber berkenaan menjadi
rujukan utama dalam tulisan yang
dihasilkan.
Cara Elak Plagiat

3. Membuat petikan

Nyatakan petikan yang diambil daripada


sumber rujukan.
Gunakan kaedah penulisan “memetik”
yang sewajarnya.
Lengkapkan maklumat berkaitan sumber
yang dirujuk apabila membuat
petikan.
Cara Elak Plagiat

4. Menyenaraikan rujukan

i. Bibliografi
ii. Nota kaki
iii. Nota hujung
Cara Elak Plagiat
5. Memohon Izin Penulis Asal
Mohon izin penulis asal apabila ingin
melakukan terjemahan,
menggunakan data, graf, hasil
kajian secara meluas dalam
tulisan.
Izin diperolehi secara bertulis, emel,
perjanjian dll.
Plagiat & Internet

• Kemajuan teknologi menjadikan dunia


bersifat langit terbuka tanpa sempadan
• Tidak banyak perbezaan antara plagiat
secara siber atau plagiat secara tradisional
yang sering dilakukan. Kedua-dua plagiat
ini tetap bersifat “mencuri” harta orang lain
dan kemudiannya “mengaku” sebagai hasil
karya sendiri.
• plagiat secara siber melibatkan karya-karya
secara digital dan perisian program
tertentu yang akan dijadikan hak milik
tanpa izin.
• Aktiviti plagiat secara siber ini biasanya
melibatkan teks, perisian, grafik, audio,
video, animasi dan sebagainya.

• Teks yang diplagiat biasanya bersumberkan


artikel, buku, jurnal, ensiklopedia dan
lain-lain.

• Bahan berbentuk grafik audio, video dan


animasi melibatkan komponen seperti
mp3, video, filem, logo, banner, gambar,
lukisan, simbol dan juga pelbagai
permainan komputer secara atas talian
(online).
Bagaimana Plagiat Secara Siber Berlaku

• Salin dan tampal (copy and paste) artikel daripada


laman web,
• Muat turun (download) artikal secara percuma,
• Membeli artikel secara maya dan menyatakannya
sebagai karya sendiri,
• Menyatakan idea secara tidak sempurna rujukannya
atau tidak menyatakan sumber rujukan langsung,
• Membuat petikan secara tidak sempurna,
• Memalsukan pernyataan atau petikan,
• Mengambil idea, konsep, formula, fakta, rumusan dan
perbincangan orang lain dan menulis semula
menggunakan ayat dan kefahaman sendiri tanpa
memberi kredit secara wajar (parafrasa).
• Mengambil keseluruhan kajian orang lain.
• Melakukan terjemahan bahasa.

Anda mungkin juga menyukai