Anda di halaman 1dari 33

Peraturan 200 ACARA-ACARA BERCAMPUR

LELAKI Junior dan Senior ( PENTATLON DAN


DEKATLON)
PENTATLON: Mengandungi 5 acara. Dijalankan dalam masa
satu hari mengikut susunan ini:
Lompat Jauh; Merejam Lembing; 200m; Melempar Cakera;
1500m
DEKATLON: Mengandungi 10 acara. Dijalankan dalam
masa 2 hari berturut-turut mengikut susunan ini:
HARI PERTAMA:
100m; Lompat Jauh; Lontar Peluru; Lompat Tinggi; 400m.
HARI KEDUA :
110m Lari Berpagar; Lempar Cakera; Lompat Bergalah;
Merejam Lembing; 1500m
WANITA Junior dan Senior
(HEPTATLON DAN DEKATLON)
HEPTATLON: Mengandungi 7 acara. Dijalankan dalam masa 2
hari berturut-turut mengikut susunan ini:
HARI PERTAMA:
100m Lari Berpagar; Lompat Tinggi; Lontar Peluru;
200m.
HARI KEDUA :
Lompat Jauh; Merejam Lembing; 800m
DEKATLON : Mengandungi 10 acara. Dijalankan dalam masa 2
hari berturut-turut mengikut susunan ini:
HARI PERTAMA:
100m; Lempar Cakera; Lompat Bergalah; Merejam
Lembing; 400m.
HARI KEDUA :
100m Lari Berpagar; Lompat Jauh; Lontar Peluru;
Lompat Tinggi; 1500m.
LELAKI Remaja (Oktatlon)

Mengandungi 8 acara. Dijalankan


dalam masa 2 hari berturut-turut
mengikut susunan ini:
HARI PERTAMA:
100m Lari; Lompat Jauh; Lontar
Peluru; 400m.
HARI KEDUA :
110m Lari Berpagar; Lompat
Tinggi; Merejam Lembing; 1000m.
PEREMPUAN Remaja (Heptatlon)

Mengandungi 7 acara. Dijalankan


dalam masa 2 hari berturut-turut
mengikut susunan ini:

HARI PERTAMA:
100m Lari Berpagar; Lompat
Tinggi; Lontar Peluru; 200m.
HARI KEDUA :
Lompat Jauh; Merejam
Lembing; 800m.
• Atas budi bicara Referi acara bercampur, hendaklah
dibenarkan masa rehat sekurang-kurangnya 30 minit di
antara masa selesainya satu acara dan masa bermulanya
acara berikutnya.
• Jarak masa antara selesainya acara terakhir hari pertama
dan mulanya acara pertama hari kedua hendaklah
sekurang-kurangnya 10 jam.
• Giliran bertanding akan diundi berasingan sebelum
bermulanya acara. Bagi acara 100m, 200m, 400m, 100m
Lari Berpagar dan 110m Lari Berpagar, peserta akan
bertanding dalam kumpulan yang diputuskan oleh Wakil
Teknikal / Referi supaya elok-eloknya ada 5 orang atau
lebih, tetapi tidak kurang daripada 3 orang dalam satu
kumpulan. Bagi acara terakhir, saringan hendaklah
diaturkan supaya satu kumpulan akan mengandungi
peserta-peserta yang mendahului selepas acara kedua
terakhir. Wakil Teknikal / Referi mempunyai kuasa untuk
menyusun semula mana-mana kumpulan jika langkah itu
perlu.
• Dalam acara Lompat jauh dan semua acara balingan,
setiap peserta hanya diberikan 3 percubaan.
• Jika peralatan mencatat masa automatik tidak dipakai,
masa setiap peserta hendaklah diambil berasingan
oleh tiga orang penjaga masa. Dalam acara balapan,
peserta akan dibatalkan pada mana-mana acara jika
melakukan 2 salah mula
• Hanya satu sistem penjagaan masa boleh digunakan
sepanjang satu-satu acara.
• Mana-mana peserta yang gagal bermula atau gagal
membuat percubaannya dalam salah satu acara, tidak
dibenarkan untuk meneruskan acara berikutnya dan
dikira telah menarik diri daripada pertandingan.
Namanya tidak akan muncul dalam senarai keputusan
akhir. Mana-mana peserta mahu menarik diri
hendaklah dengan segera memaklumkan kepada
Referi.
• Mata yang diperoleh mengikut jadual permarkahan
IAAF terkini, hendaklah diumumkan bagi tiap-tiap
acara secara berasingan serta jumlah terkumpul
kepada peserta setiap kali selesainya satu acara.
Pemenangnya ialah peserta yang memperoleh jumlah
mata tertinggi.
• Jika seri, pemenangnya ditentukan dengan memilih
peserta yang mempunyai mata tertinggi dalam lebih
banyak acara daripada peserta yang terikat seri
dengannya.
• Jika ini masih tidak dapat menyelesaikan seri itu,
pemenang akan ditentukan dengan memilih peserta
yang mempunyai mata tertinggi dalam mana-mana
satu acara dan jika ini masih tidak dapat
menyelesaikannya, pemenang akan ditentukan oleh
peserta yang mempunyai mata tertinggi dalam acara
kedua, dan seterusnya. Cara ini juga terpakai bagi
menyelesaikan kedudukan seri yang lain.
MENENTU KEDUDUKAN & MENYELESAI IKATAN
SERI DALAM ACARA-ACARA CAMPURAN

Peserta 1 2 3 4 5 6 7 Jum Ked

A 705 712 745 805 672 573 761 4973


2
B 700 701 724 853 614 633 750 4972
4
C 690 712 742 820 708 521 780 4973
1
D 695 706 731 853 609 627 751 4972
3
link
PERATURAN 230 LUMBA JALAN KAKI

TAKRIF LUMBA JALAN KAKI.


• Lumba Jalan Kaki ialah pergerakan langkah
tersebut di mana sentiasa mencecah bumi,
tanpa kelihatan ada jejak yang tidak
mencecah bumi berlaku. Kaki yang berada
di hadapan sentiasa lurus – tidak
membengkokkan lutut dari mula mencecah
bumi sehinggalah keadaan kaki pejalan
benar-benar tegak.
TEKNIK LUMBA JALANKAKI YANG BETUL
PENGHAKIMAN
• Hakim-hakim Jalankaki yang dilantik
hendaklah memilih seorang Ketua Hakim
dari kalangan mereka, jika tidak ada
perlantikan dibuat sebelumnya. Dalam
pertandingan-pertandingan yang dijalankan
mengikut peraturan 1(a), Ketua Hakim
Jalankaki hanya mempunyai kuasa
membatalkan peserta, daripada litar ke
stadium dan di dalam stadium bila
perlumbaan tamat di dalam stadium atau
pada 100m terakhir bila perlumbaan
dijalankan hanya di balapan atau di haluan
jalan raya, bila cara jalan peserta tidak
mematuhi takrifan Lumba Jalan Kaki, tanpa
mengendahkan peserta itu pernah
menerima amaran sebelum ini.
• Ketua Hakim Jalankaki, hanya bertindak
sebagai pegawai penyelia pertandingan
tersebut dan hanya bertindak sebagai
Hakim dalam situasi yang khas seperti
ternyata dalam takrif lumba jalan kaki.
Dalam pertandingan mengikut peraturan 1
(a), (b) dan (c) IAAF, maksimum dua orang
Penolong Ketua Hakim akan dilantik oleh
Jawatankuasa Pengelola Tempatan, selepas
berunding dengan Ketua Hakim dan Delegat
Teknikal, Penolong Ketua Hakim akan
membantu memberitahu pembatalan sahaja
dan hendaklah tidak bertindak sebagai
Hakim Lumba Jalankaki.
• Semua hakim hendaklah bertindak bebas secara
bersendirian dan penghakiman mereka akan
berdasarkan kepada penelitian dengan mata kasar.
• Bagi pertandingan yang dijalankan mengikut
Peraturan 1 (a) IAAF, semua hakim hendaklah
terdiri daripada ahli-ahli panel Hakim Lumba
Jalankaki Antarabangsa IAAF.
Bagi pertandingan yang dijalankan mengikut
Peraturan 1 (b)&(c) IAAF, semua hakim hendaklah
terdiri daripada ahli-ahli panel Hakim Lumba
Jalankaki Antarabangsa IAAF atau kawasan.
• Bagi perlumbaan yang dijalankan di atas jalan raya,
lazimnya hendaklah dilantik minimum 6 orang dan
maksimumnya 9 orang hakim, termasuk seorang
Ketua Hakim.
• Bagi perlumbaan yang dijalankan di balapan,
lazimnya hendaklah dilantik minimum 6 orang
hakim, termasuk seorang Ketua Hakim.
• Bagi pertandingan yang dijalankan mengikut
Peraturan 1 (a) IAAF, tidak lebih daripada seorang
hakim daripada satu negara dilantik.
Ketua Hakim
• Pertandingan di bawah Peraturan 1 (a), (b), (c), Ketua
hakim berkuasa membatalkan seseorang atlet dalam
stadium bila perlumbaan itu tamat dalam stadium atau
pada akhir 100m bagi perlumbaan atas balapan atau
jalanraya, bila cara atlet berjalan tidak ikut peraturan
jalan kaki tanpa hirau berapa bilangan Kad Merah
diterima. Atlet yang dibatalkan oleh Ketua Hakim dalam
keadaan ini dibenarkan tamat perlumbaan.
• Tugas Ketua Hakim adalah menyelia pertandingan dan
akan bertindak sebagai hakim dalam keadaan seperti
ternyata di atas dalam pertandingan di bawah
Peraturan 1(a),(b),(c) & (d)
• Pertandingan di bawah Peraturan 1 (a), (b), (c),
maksimum dua orang Penolong Ketua Hakim dilantik
bagi membantu Ketua Hakim memberitahu pembatalan
kepada atlet dan tidak boleh bertindak sebagai hakim
jalan kaki, seorang pegawai Papan Maklum Pembatalan
dan Setiausaha juga dilantik.
TEGURAN
• Peserta hendaklah diberi teguran, jika
didapati rentak langkah mereka hampir
menjurus kepada melanggar peraturan
yang dinyatakan
• Mereka tidak berhak menerima teguran
kedua daripada hakim yang sama bagi
kesalahan yang sama
AMARAN DAN PEMBATALAN
• Setiap cadangan dari setiap Hakim untuk
membatalkan peserta dinamakan amaran.
Peserta hendaklah diberi amaran apabila
rentak langkahnya melanggar peraturan
dengan menampakkan jejak terapung atau
membengkokkan lututnya pada bila-bila
masa sahaja.
• Apabila seseorang peserta menerima
amaran daripada tiga orang Hakim yang
berasingan, peserta tersebut dibatalkan
dan pembatalan akan dimaklumkan
kepadanya oleh Ketua Hakim atau Penolong
Ketua Hakim dalam semua pertandingan,
tidak dibenarkan sama sekali dua orang
Hakim dari negara yang sama diberi kuasa
membatal.
• Sekiranya ketika perlumbaan sedang
berjalan, dan Ketua Hakim tidak sempat
memberitahu peserta tersebut yang beliau
telah dibatalkan, maka hendaklah ia
dilakukan sebaik sahaja perlumbaan tamat.
Kegagalan memberitahu kepada peserta
berkenaan dengan secepat mungkin tidak
akan mengembalikan kedudukan
pembatalan peserta itu.
• Satu isyarat berwarna kuning yang mempunyai
simbol kesalahan yang dilakukan di kedua-dua
belahnya hendaklah ditunjukkan kepada
peserta tersebut apabila memberi teguran.
Isyarat berwarna merah menandakan
pembatalan seseorang peserta. Ia diguna oleh
Ketua Hakim untuk memaklumkan pembatalan
peserta. Peserta-peserta boleh juga
dimaklumkan tentang pembatalan mereka oleh
Penolong Ketua Hakim. Seseorang peserta yang
telah dibatalkan dan tidak meninggalkan haluan
atau balapan mungkin kena hukuman
selanjutnya yang bersesuaian dengan Peraturan
IAAF 53.1(viii)
• Sebuah papan makluman amaran hendaklah
ditempatkan di haluan dan berhampiran garisan
penamat untuk memaklumkan peserta-peserta
bilangan amaran yang telah diberikan kepada
setiap peserta.
KAKI BENGKOK

KAKI TERAPUNG
KAKI TERAPUNG

KAKI BENGKOK
PESERTA PEMBATALAN CATATAN

B 012

K 461

C 771 Dibatalkan

E 235
P 511
KESELAMATAN DAN PERUBATAN
• Lumba jalankaki di jalan raya hendaklah
dijadualkan bermula pada waktu yang akan
nanti mempastikan peserta-peserta apabila
menamatkan perlumbaannya, waktu masih
siang.
• Seseorang peserta hendaklah meninggalkan
pertandingan dengan serta-merta apabila
diarahkan oleh Staf Perubatan yang dilantik
oleh Jawatankuasa Pengelola. Staf-staf
Perubatan hendaklah mudah dikenali dengan
memakai toaha, jaket atau pakaian lain yang
khusus
MINUMAN / PEMBASAHAN DAN
STESEN PERSEGARAN
• Air dan minuman persegaran lain yang sesuai
hendaklah disediakan di permulaan dan
penamat semua perlumbaan
• Bagi acara-acara sehingga 10km, minuman atau
pembasahan hendaklah disediakan pada selang
jarak yang sesuai, jika keadaan cuaca
memerlukan ia disediakan
• Bagi acara-acara 10km dan ke atas, stesen
persegaran hendaklah disediakan pada setiap
pusingan. Sebagai tambahan, stesen minuman
atau pembasahan yang hanya menyediakan air
sahaja, boleh diletakkan lebih kurang di setiap
pertengahan antara dua stesen persegaran,
atau lebih banyak jika keadaan cuaca
memerlukannya
• Persegaran boleh disediakan sama ada
oleh Jawatankuasa Pengelola atau peserta
sendiri, hendaklah diletakkan di stesen-
stesen supaya mudah dicapai atau
dihulurkan oleh mereka yang dibenarkan
kepada peserta.
• Seseorang peserta yang mengambil
persegaran dari tempat yang lain daripada
stesen yang disediakan boleh
menyebabkan beliau dibatalkan
• Dalam pertandingan yang dijalankan
mengikut Peraturan 1 (a),(b) dan (c)
maksimum dua orang pegawai dari
sesebuah negara peserta dibenarkan
berada di belakang meja persegaran. Tidak
dibenarkan sama sekali pegawai ini berlari
mengiringi peserta semasa menghulurkan
persegaran.
HALUAN JALAN RAYA
• Bagi pertandingan yang dijalankan
mengikut Peraturan 1.1 (a), (b) dan
(c), litar hendaklah tidak melebihi
2.5km dan tidak kurang daripada
2km. Bagi acara yang bermula dan
tamat di stadium, litar harus
bertempat sehampir mungkin dengan
stadium.

link
PERATURAN 240 LUMBA LEBUHRAYA
• Jarak standard untuk lelaki dan wanita ialah
15km, 20km, separuh marathon, 25km, 30km,
marathon (42.195km), 100km dan lari
berganti-ganti jalan raya.
• Bagi acara di jalan raya, laluannya hendaklah
diukur melalui bahagian paling dekat yang
dapat dilalui peserta. Untuk pengukuran,
‘cara basikal tentukur’ adalah dicadangkan.
• Bagi mengelakkan laluan nanti didapati lebih
pendek, faktor mengelakkan laluan pendek
diambil kira. Faktor ini ialah 0.1% yang
bererti setiap km laluan akan mempunyai
jarak yang diukur 1001m.
• Jarak dalam kilometer hendaklah dipamerkan
kepada semua peserta mengikut turutan
menaik.
5 km 10 km 15 km

20 km 25 km 30 km
KESELAMATAN & PERUBATAN
• Jawatankuasa Pengelola mempastikan keselamatan
peserta-peserta. Dalam pertandingan yang
dijalankan mengikut Peraturan 1 (a),(b) dan (c).
pengelola wajar mempastikan jika jalan raya yang
digunakan ditutup untuk pertandingan iaitu tidak
digunakan oleh kenderaan bermotor dari semua
hala.
• Seseorang peserta hendaklah meninggalkan
pertandingan dengan serta-merta apabila diarahkan
oleh Staf Perubatan yang dilantik oleh Jawatankuasa
Pengelola. Staf-staf perubatan hendaklah mudah
dikenali dengan memakai toaha, jaket atau pakaian
lain yang khusus
MINUMAN/PEMBASAHAN DAN STESEN
PERSEGARAN
• Air dan minuman persegaran lain yang sesuai hendaklah
disediakan di permulaan dan penamat semua perlumbaan
• Bagi acara-acara sehingga 10km, minuman atau
pembasahan hendaklah disediakan pada selang jarak
yang sesuai kira-kira 2 – 3 km, jika keadaan cuaca
memerlukan ia disediakan.
• Bagi acara-acara 10km dan ke atas, stesen persegaran
hendaklah disediakan pada jarak lebih kurang 5km dan
berikutnya setiap 5km seterusnya. Sebagai tambahan,
stesen minuman/pembasahan yang hanya menyediakan
air sahaja, boleh diletakkan lebih kurang disetiap
pertengahan antara dua stesen persegaran, atau lebih
banyak jika keadaan cuaca memerlukannya.
• Persegaran, yang boleh disediakan sama ada oleh
Jawatankuasa Pengelola atau peserta sendiri, hendaklah
diletakkan di stesen-stesen supaya mudah dicapai atau
dihulurkan oleh mereka yang dibenarkan kepada peserta.
R = STESEN PERSEGARAN

S = STESEN MINUMAN DAN PEMBASAHAN

MULA R R R R R
S S S S S

5 km
5 km

42.195 km
• Seseorang peserta yang mengambil persegaran
dari tempat yang lain daripada stesen yang
disediakan boleh menyebabkan beliau dibatalkan.
• Dalam pertandingan jalan raya, seseorang
peserta boleh meninggalkan laluan atau balapan
dengan kebenaran dan pengawasan seorang
hakim, asalkan tindakannya tidak mengurangkan
jarak yang sepatutnya dilalui.
• Dalam pertandingan yang menyaksikan
penyertaan yang terlalu ramai, maka undian
menetukan barisan dan susunan di dalamnya
akan dilakukan dan seorang peserta dari setiap
negara akan diwakili di barisan hadapan tersebut.
Peserta-peserta lain akan mengekor di belakang
peserta negaranya yang di depan.