Anda di halaman 1dari 27

Bab 2 ....

Zaman Pra Sejarah


Zaman Paleolitik

Ciri-ciri Penempatan
Kegiatan dan Peralatan
Penemuan-penemuan Zaman Paleolitik di Malaysia (2)
Kepercayaan
Lokasi dan kewujudan Zaman Paleolitik di Malaysia

Nota
Maklumat tambahan

Zaman Neolitik

Ciri-ciri Penempatan
Kegiatan dan peralatan (2) (3)
Penemuan Zaman Neolitik di Malaysia (2) (3)
Kepercayaan
Lokasi dan kewujudan Zaman Neolitik di Malaysia
Nota
Maklumat tambahan
Zaman Logam

Ciri - ciri Penempatan


Kegiatan dan peralatan
Penemuan Zaman Logam di Malaysia
Kepercayaan
Lokasi dan Kewujudan Zaman Logam di Malaysia

Nota
Maklumat tambahan

Soalan Objektif Bab 2


Zaman Paleolitik

Ciri-ciri Penempatan
Kegiatan dan Peralatan
Penemuan-penemuan Zaman Paleolitik di Malaysia (2)
Kepercayaan
Lokasi dan kewujudan Zaman Paleolitik di Malaysia

Nota
Maklumat tambahan
Penemuan Zaman Paleolitik di Malaysia
Zaman Paleolitik

1. Ahli sejarah berpendapat Zaman Paleolitik meliputi tempoh masa 200 000 tahun
hingga
300,000 tahun dahulu

2. Ciri-ciri masyarakat Zaman Paleolitik adalah seperti berikut:

Lokasi

I. Kota Tampan, Perak


ii Bukit Jawa, Perak
iii Bukit Bunuh, Lenggong, Perak
iv Gua Niah, Sarawak
v Tingkayu, Sabah

Ciri-ciri penempatan dan masyarakat

i. Hidup berpindah randah atau nomad


ii.Tinggal di gua dan sekitar kawasan tasik
Kegiatan utama
i. Memburu binatang
ii.Memunggut hasil hutan seperti buah-buahan
iii.Mengamalkan cara hidup sara diri

Peralatan
i.Menggunakan alat batu untuk menumbuk, memburu dan mempertahankan diri dalam
kehidupan seharian

Kepercayaan
i. Mengamalkan kepercayaan animisme
ii Mengamalkan upacara perkuburan
Maklumat tambahan Zaman Paleolitik
Zaman Paleolitik

Zaman Paleolitik (Bahasa Inggeris: Paleolithic atau Palaeolithic, Yunani:παλαιός


(palaios) — purba dan λίθος (lithos) — batu) adalah zaman yang bermula kira-
kira 50 000 hingga 100 000 tahun dahulu. Zaman ini wujud antara tahun 50 000
SM - 10 000 SM.

Pada zaman ini, manusia Peking dan manusia Jawa telah wujud. Di Afrika,
Eropah dan Asia, manusia Neanderthal telah hidup pada awal tahun 50 000 SM,
manakala pada tahun 20 000 SM, manusia Cro-magnon sudah menguasai
kebudayaan moden di Afrika Utara dan Eropah.

Pada zaman ini, manusia hidup secara nomad atau berpindah-randah dalam
kumpulan kecil untuk mencari makanan. Mereka memburu binatang, menangkap
ikan dan mengutip hasil hutan sebagai makanan. Mereka tidak tahu bercucuk-
tanam.
Mereka menggunakan batu, kayu dan tulang binatang untuk membuat peralatan
memburu. Alat-alat ini juga digunakan untuk menetak dan mempertahankan diri
daripada musuh. Mereka membuat pakaian daripada kulit binatang.

Selain daripada itu mereka juga telah pandai menggunakan api untuk memasak,
memanaskan badan dan menakutkan binatang.

Mereka tahu menggunakan api apabila menyaksikan kebakaran hutan.

Manusia ini tinggal di dalam gua atau pondok yang diperbuat daripada ranting dan
rumput. Gua atau pondok ini penting untuk melindungi diri daripada binatang liar
atau cuaca buruk.

Mereka mengamalkan kepercayaan animisme iaitu setiap benda mempunyai roh.


Pada dinding gua terdapat gambar-gambar yang dilukis oleh mereka untuk
melahirkan idea dan perasaan mereka.

Rujukan
Khoo, Kay Kim; Ahmad Fawzi bin Mohd. Basri; Mohd. Fo'ad bin Sakdan; Azami
bin Man (2002). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Sejarah Tingkatan 1.
Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN
2. Ciri-ciri masyarakat zaman ini adalah seperti berikut:

Lokasi di Malaysia
i. Gua Cha, Kelantan
ii. Bukit tengkorak, Sabah

Ciri - ciri penempatan dan masyarakat

i. Tinggal di gua yang berhampiran dengan sungai


ii. Membuat pembahagian kerja
iii. Wujud sistem bermasyarakat
iv. Mempunyai seorang ketua

Kegiatan utama

i. Bercucuk tanam
ii. Menangkap ikan
iii.Menternak binatang
iv.Berburu
v. Memungut hasil hutan
vi.Membuat barang kemas seperti kalung, anting-anting dan gelang

Peralatan
Maklumat tambahan Zaman Neolitik
ZAMAN NEOLITIK

Pengenalan

Zaman Neolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Baru.


Zaman ini dianggarkan berlangsung di seluruh dunia di antara 5,000 SM sehingga 3,000 SM.
Tamadun awal manusia dikatakan bermula pada akhir Zaman Neolitik ini. Daripada pelbagai
bidang, Zaman Neolitik telah menunjukkan perubahan yang amat besar.
Contoh petempatan orang Neolitik ialah Lembah Indus, Lembah Hwang-Ho, Lembangan Sungai
Eupharates dan Tigris dan sebagainya.

Ciri-ciri

Tempat Tinggal

Manusia Neolitik tinggal di rumah yang dibina oleh diri sendiri.


Rumah mereka dibuat daripada batu-bata, kayu dan sebagainya.
Bukti yang menunjukkan manusia Neolitik tinggal di rumah ialah penemuan tiang-
tiang kayu yang ditinggalkan oleh orang zaman ini di Switzerland.
Tiang-tiang ini telah ternampak apabila air tasik besar ini menjadi tohor.
Setelah dikaji, didapati rumah ini disambungkan antara satu sama lain dan tebing
tasik dengan titi-titi yang boleh diangkat pada waktu malam untuk menjaga
keselamatan.
Peralatan

Orang Neolitik telah mencipta alat-alat yang lebih elok dan halus seperti
kapak, beliung dan pisau daripada batu dan juga logam untuk
memburu, memotong dan bercucuk tanam.
Selain itu, teknologi baru dalam bidang pertanian seperti bajak, tajak
atau cangkul juga diperbuat daripada granit juga dicipta.
Penggunaan peralatan yang disebutkan di atas telah membantu
masyarakat ini menghasilkan pelbagai jenis tanaman.
Orang Neolitik juga pandai menganyam bakul.
Bakul yang dianyum ini digunakan untuk menyimpan bijirin,
mengangkap ikan dan memburu binatang.
Selain itu, masyarakat Neolitik juga pandai membuat alat tembikar
daripada tanih yang dikeringkan.
Alat tembikar ini digunakan untuk memasak, mengisi makanan dan
menyimpan air. Hasil tembikar ini menjadi lebih bermutu apabila roda
ceper digunakan.
Cara Hidup

Orang Neolitik hidup secara tetap di rumah yang didirikan.


Kini, cara hidup mereka juga lebih teratur.
Rumah-rumah dibina untuk membentuk sebuah kampung.
Kampung ini biasanya terletak di tepi sungai atau laut.
Setiap kampung mempunyai seorang ketua yang akan menyelesaikan sebarang pertikaian
yang berkaitan dengan pertanian dan hak milik tanah.
Benteng dibina untuk melindungi kampung itu daripada serangan musuh atau binatang liar.
Faktor utama yang mendorong orang Neolitik hidup secara tetap ialah mereka perlu menjaga
tanaman dan binatang ternakan mereka daripada dimusnah oleh binatang dan serangga
perosak.
Kegiatan Harian

Masyarakat Neolitik mencapai perkembangan dalam bidang pertanian yang mengagumkan.


Kini mereka menjadi petani dengan menanam sayur-sayuran dan bijirin seperti barli, jagung
dan gandum.
Selain itu, mereka juga menternak binatang seperti kambing, lembu dan memelihara anjing.
Selain daripada bercucuk tanam dan menternak binatang, masyarakat ini juga terus memburu,
menangkap ikan dan memungut hasil hutan.
Tujuan mereka melakukan kegiatan ini ialah untuk mendapatkan bekalan makanan tambahan.
Selain itu, masyarakat ini juga mula menghasilkan alat tenunan, kain dan tembikar.
Kepercayaan

Masyarakat primitif ini mengamalkan kepercayaan


animisme, iaitu percaya bahawa semua benda di alam ini
mempunyai roh.
Selain itu, mereka juga percaya bahawa semangat atau
tuhan mengawal alam semesta.
Sebab itulah mereka cuba memuja semangat yang
mengawal alam semesta seperti banjir dan kemarau yang
dianggap pemusnah pertanian.
Masyarakat Neolitik juga mengamalkan adat dan upacara
yang lebih maju dripada masyarakat sebelum ini.
Contohnya, upacara pengebumian dan sebagainya.
Pakaian

Masyarakat Neolitik mula menenun kain daripada bulu binatang dan gentian-
gentian tumbuhan dengan menggunakan alat tenunan.
Kini, mereke telah mula berpakaian kain dan jarang sekali mereka berpakaian kulit
binatang.
Mereka mendapati pakaian yang dibuat daripada kain adalah lebih selesa jika
dipakai. Selain itu, berpakaian kain juga dapat menunjukkan bahawa mereka ini
lebih tinggi tamadunnya kalau dibandingkan dengan orang yang berpakaian kulit
binatang.
Aktiviti Perdagangan
Sejak Zaman Neolitik, aktiviti perdagangan telahpun mula dijalankan.
Perdagangan dijalankan di antara kampung-kampung.
Mereka saling menukar barang yang dikehendaki.
Sistem tukar barang dikenali sebagai sistem barter.
Selain perdagangan antara kampung dijalankan, mereka juga menjalankan aktiviti
perdagangan dengan masyarakat yang berhampiran.
Pada zaman ini, wang memang langsung tidak digunakan.
Sistem yang diamalkan juga menemui pelbagai masalah, contohnya, kehendak
yang serentak sukar dicapai di antara satu sama lain, unit ukuran atau kadar
pertukaran sukar ditentukan dan sebagainya.
Organisasi Sosial

Organisasi sosial dalam bentuk kekeluargaan telahpun


wujud pada zaman ini.
Setiap keluarga mempunyai seorang ketua yang akan
memimpin keluarga ini untuk melakukan aktiviti harian.
Daripada kumpulan ketua keluarga ini, seorang akan dipilih
untuk memimpin kampung ini.
Tanggungjawabnya adalah menyelesaikan pertikaian di
antara penduduk kampung dalam pelbagai perkara.
Beliau juga dikenali sebagai ketua kampung.
Teknologi Baru

Zaman Neolitik telah mencapai perkembangan yang amat pesat


dalam bidang infrastruktur.
Pada zaman ini, roda buat pertama kali digunakan.
Roda telah dicipta untuk menjadikan sistem perhubungan yang lebih
cepat.
Sebagai contoh, roda dipasang di kereta kuda membolehkan kereta
kuda berjalan dengan lebih cepat.
Selain ciptaan roda, kapal layar juga telah diciptakan.
Ciptaan kapal layar membolehkan mereka berhubung antara satu
sama lain dengan mudah walaupun dipisah oleh lautan yang luas.
Bukti penggunaan kapal layar ialah perjumpaan pelabuhan awal
seperti Santubong dan Kuala Selinsing.
2. Antara ciri-ciri Zaman Logam ialah

Lokasi

i. Sungai Tembeling, Pahang


ii. Gua Harimau, Perak
iii. Chankat Menteri, Perak

Ciri-ciri penempatan dan masyarakat

i. Suka hidup secara menetap di satu tempat


ii. Penempatan berdekatan dengan sungai dan ada segelintir tinggal di gua
iii. Mempunyai adat resam

Kegiatan utama

i. Bercucuk tanam
ii. Menangkap dan menternak binatang
iii. Berburu
iv. Berdagang secara bertukar barang

Peralatan
Maklumat tambahan Zaman Logam
Zaman Logam di Malaysia

Selepas Zaman Neolitik,teknologi manusia


Zaman Prasejarah telah berkembang ke
arah teknologi logam.Zaman Logam di
Malaysia bermula kira-kira 4000 tahun
dahulu.

Pada zaman ini manusia telah mencipta


alat gangsa dan besi.
Ciri-ciri Penempatan

Pada zaman ini mereka hidup menetap di sesuatu


tempat tidak berpindah-randah dari suatu tempat ke
suatu tempat yang lain.
Ada yang tinggal berhampiran dengan sungai dan ada
yang masih tinggal di dalam gua.
Pada masa ini mereka mula mempunyai adat resam
mereka yang tersendiri.
Kegiatan dan Peralatan

Mereka menghasilkan alat logam daripada gangsa dan


besi.
Mereka juga bercucuk tanam , menangkap ikan ,
berburu binatang liar di hutan, menternak binatang
ternakan, dan menjalankan perniagaan secara tukar
barang.
Di antara alat-alat yang digunakan ialah kapak, sabit,
pisau, dan mata lembing.
Mereka juga menggunakan tulang mawas sebagai
salah satu daripada alat yang mereka gunakan.
Kepercayaan

Pada Zaman Logam, mereka mempunyai kepercayaan


dan pegangan hidup yang tertentu.
Mereka turut menjalankan upacara pengebumian
menggunakan kepingan batu.

Lokasi Di Malaysia

Sungai Tembeling, Pahang


Gua Harimau, Perak
Changkat Menteri, Perak
Lembah Bernam, Selangor