Anda di halaman 1dari 21

ADAKAH GOLONGAN OKU MEMERLUKAN BANTUAN DARIPADA KERAJAAN DAN MASYARAKAT ????

PENGENALAN * Orang Kurang Upaya OKU) bermula sejak tahun 70-an melalui Deklarasi Bangsa-bangsa Bersatu tentang Hak Asasi Orang Terencat Akal (1971) dan Deklarasi Bangsa-bangsa Bersatu tentang Hak Asasi Orang Kurang Upaya (1975). * Pengumuman Dekad bagi Orang Kurang Upaya (1993 2002) oleh Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Asia Pasifik Bangsa-bangsa Bersatu (UN-ESCAP) telah membawakan Peraturan Am Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Penyamaan Peluang bagi ( OKU ) .

Ini diikuti dengan pengumuman Dekad Kedua Asia Pasifik bagi Orang Kurang Upaya (2003 2012) dan pengesahan bagi Rangka Kerja Milinium Biwako oleh pelbagai kerajaan, termasuk kerajaan Malaysia. Persatuan Orang Cacat Anggota, Malaysia, telah ditubuhkan pada Orang Kurang Upaya (OKU) dari Persatuan Orang-Orang Cacat Anggota Malaysia (POCAM) tahun 1976. Kini mempunyai lebih 1000 ahli di seluruh negara. Ditubuh untuk menggalakkan kepentingan dan kesejahteraan ahli-ahli dan OKU di Malaysia.

Bahagian Pembangunan Orang Kurang Upaya Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah salah satu bahagian perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Tugas utama bahagian ini adalah untuk mengendalikan pengurusan berkaitan Orang Kurang Upaya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Segala pengurusan berkaitan pembangunan Orang Kurang Upaya adalah tertakluk di bawah Akta Orang Kurang Upaya 2008

Akta Orang Kurang Upaya 2008


Akta OKU telah diluluskan di Parlimen ( Dewan Negara ) pada 24 Disember 2007 dan telah diwartakan pada 24 Januari 2008 dan dikuatkuasakan pada 7 Julai 2008. Akta ini memberikan pengiktirafan hak OKU dan menukar konsep OKU daripada konsep kebajikan kepada konsep right-based. Akta ini membolehkan OKU mempunyai hak penyamaan peluang dan penyertaan penuh dalam masyarakat setara dengan ahli masyarakat yang lain.

Dasar OKU dan pelan Pelan Tindakan OKU diluluskan pada 21 November 2007. Dasar OKU akan menjadikan asas kesaksamaan hak dan peluang kepada OKU. Dasar OKU mengariskan 28 strategi yang merangkumi 15 bidang iaitu:
Advokasi Aksesibiliti Kesihatan Pemulihan Pendidikan Pekerjaan Keselamatan diri dan sosial Perkhidmatan sokongan Sosial Pembangunan Sumber Manusia Penglibatan masyarakat Penyelidikan dan pembangunan Perumahan Kanak-kanak OKU Wanita OKU

USAHA USAHA MEMBANTU OKU


- Ibu bapa berperanan mendidik anak-anak mereka supaya menghormati serta tidak memandang hina OKU. - Pihak kerajaan boleh menyediakan pelbagai peluang pendidikan dan memberikan kemahiran kepada golongan OKU. - Pihak swasta juga hendaklah turut sama membantu golongan OKU menjalani kehidupan yang lebih baik. - Pihak media massa boleh memainkan peranan mereka dengan menyebarkan maklumat peluang pendidikan dan kerjaya bagi OKU. - Setiap individu perlu menunjukkan nilai-nilai murni.

Keistimewaan dan Kemudahan Kepada Golongan Orang Kurang Upaya.

Sukan Kegiatan Kesenian dan Kebudayaan Kemudahan Pendidikan Kemudahan Akses di Bangunan Awam Kemudahan Dan Galakan Pelepasan Cukai Kemudahan Pengangkutan Awam Pengecualian Bayaran Rawatan Perubatan Kemudahan Peluang Pekerjaan Kemudahan Membeli Kereta Dan Motorsikal Nasional Kemudahan Alat Ganti Orang Kurang Upaya Kemudahan Telekom

JENIS JENIS BANTUAN

BANTUAN BULANAN
BANTUAN AM BANTUAN KANAK KANAK BANTUAN ANAK PELIHARA BANTUAN ORANG TUA ELAUN PEKERJA CACAT BANTUAN OKU TIDAK BERUPAYA KERJA BANTUAN PENJAGAAN OKU / PENYAKIT KRONIK

BANTUAN SEKALIGUS
BANTUAN SEKOLAH BANTUAN ALAT TIRUAN / ORTOPEDIK BANTUAN GERAN PELANCARAN BANTUAN PENGANGKUTAN JENAZAH BANTUAN KES TERKANDAS / TERDAMPAR BANTUAN BEKAS PENYAKIT BANTUAN BENCANA TABUNG BANTUAN SEGERA BANTUAN KEROSAKKAN TANAMAN BANTUAN AIR MINUMAN KES KEMARAU

BAJET 2.0 UNTUK OKU


1) UNTUK PELAJAR PEKAK SEKOLAH RENDAH/MENENGAH - RM100 UNTUK MEMBELI BAHAN-BAHAN SEKOLAH 2) UNTUK PELAJAR PEKAK UNIVERSITI/KOLEJ - BAUCER BUKU RM200 3) UNTUK PEKERJA PEKAK - PENDAPATAN RM5000 KEBAWAH, KWSP 12% - 13% 4) BAGI WARGA EMAS PEKAK - PERCUMA YURAN PENDAFTARAN HOSP KERAJAAN - DISKAUN 50% TAMBANG LRT DAN MONORAIL 5) BAGI GURU GURU PEKAK - KENAIKAN GAJI DAN BONUS - BIASISWA MELANJUTKAN PELAJARAN PHD/MASTER 6) BAGI MAJIKAN SENDIRI-PEKAK - Pinjaman 1mil maksimum RM untuk memulihkan perniagaan dan potongan cukai bagi francais. Mendapatkan bantuan bantuan dari MFD dan KLSD.

ISU ISU OKU


Isu keengganan pusat zakat memberikan bantuan zakat kepada badan bukan kerajaan NGO) yang mengendalikan kebajikan OKU telah mendapat pelbagai reaksi dari semua pihak yang terlibat. Bermula dengan pendedahan eksklusif dari NGONGO di dada akhbar Sinar Harian yang bertarikh 10 Ogos 2012 lalu melalui ruangan diskusi Isnin akhbar berkenaan sikap pusat zakat yang dilihat sebagai institusi Islam yang tidak proaktif untuk membantu NGO islam membela nasib OKU di negara ini.

1) Aksesibiliti bangunan awam dan persekitaran terbina


Akses kepada bangunan awam merupakan halangan utama bagi penyertaan OKU dalam masyarakat . Antara tindakan yang diambil : (a) Kertas Kerja Cadangan Penyediaan Persekitaran Bebas - Halangan dalam persekitaran terbina sedia ada dan masalah aksesibiliti serta mobiliti yang dihadapi OKU - Cadangan kepada PBT agar mengambil tindakan serta-merta, mengikut kesesuaian bagi memastikan persekitaran terbina dapat diakses oleh semua. (b) Tinjauan Kemudahan Dan Tahap Akses OKU Di Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Dan Institusi OKU

2) Aksesibiliti kepada pengangkutan awam


Sistem pengangkutan awam sedia ada tidak mesra OKU dan menghalang OKU daripada menjalani aktiviti harian dan kehidupan dalam masyarakat. KPWKM telah mengambil beberapa tindakan untuk menangani masalah ini:

- Beberapa siri Mesyuarat/Rundingan berhubung dengan dengan pengusaha pengangkutan awam. - Memorandum Jemaah Menteri
Mohon Kerajaan mengambil maklum akan masalah askes OKU kepada pengangkutan awam dan menimbangkan tindakan bagi menangani masalah ini.

3) Pekerjaan OKU
OKU menghadapi masalah mendapat pekerjaan produktif dan pendapatan bagi menyara hidup. Susulan daripada itu, KPWKM telah mengadakan satu mesyuarat bersama SPA, JPA dan 16 NGO OKU yang berkaitan pada 5 Mei 2008 bagi membincangkan usaha-usaha mempercepatkan pelaksanaan Dasar 1 Peratus Peluang Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam kepada OKU. HASILNYA... - Menentukan penempatan kerja yang sesuai (job matching) Melaksanakan job coaching bagi membantu OKU dan agensi di tempat kerja. - Mengubah minda (mindset change) para majikan dan OKU - NGO akan membantu mencari orang kurang upaya yang sesuai serta mendaftarkan mereka. - NGO akan membantu dalam memberi sebarang cadangan yang sesuai dilaksanakan.

JOHOR BAHRU: Penerima Anugerah Kecemerlangan Pelajar Istimewa Penilaian Menengah Rendah PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 Negeri, Mohd Nadhir Abdul Nasir membuktikan bahawa golongan Orang Kurang Upaya (OKU) juga mampu berjaya di dalam bidang akademik. Pelajar Maktab Sultan Abu Bakar ini berpegang kepada nilai positif . Beliau memperoleh 7A untuk matapelajaran yang diambil bagi peperiksaan SPM. Mengakui pelbagai cabaran terpaksa dilalui untuk sampai ke tahap ini.

MELAKA: Tuah Atan, seorang peguam yang hari ini dinamakan Tokoh OKU Melaka 2009, beliau dilahirkan di Tanjung Kling dengan hanya tangan kanan yang sempurna, tanpa kedua-dua kaki dari paras lutut manakala tangan kirinya hanya pada paras siku. Beliau menerima anugerah itu daripada isteri Ketua Menteri Melaka, Datin Seri Asmah Abdul Rahman pada sambutan Hari OKU.

KUALA TERENGGANU Tengku Arman Harris Tengku Ismail, 36, yang cacat pendengaran, kegigihan dan ketabahannya menjadikan beliau antara usahawan OKU yang berjaya dalam perusahaan membuat batik sutera di Terengganu.

KUANTAN: Bapa kepada seorang remaja yang cacat fizikal dan mental terkejut apabila didatangi dua anggota polis yang mahu menahan anaknya, Mohamad Sukri, 20 kerana gagal melaporkan diri menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada 2008. Beliau hanya boleh duduk di atas kerusi roda saja dan hidupnya seratus peratus dibantu, dan sepatutnya beliau dikecualikan untuk menghadiri PLKN.

MELAKA ; REMAJA OKU DIKURUNG DI DALAM SEBUAH BILIK DENGAN KUNCI RANTAI BESI DIIKAT PADA SEBELAH KAKINYA. DIA TIDAK DIBERI MAKAN DAN MINUM. KEADAAN BADANNYA TERDAPAT KUDIS DAN TIDAK BERMAYA. REMAJA OKU ITU DISYAKI MENJADI MANGSA PENDERAAN OLEH PUSAT KEBAJIKAN BERKENAAN KERANA IBUNYA TIDAK MAMPU MENJAGANYA SELEPAS KEMATIAN SUAMI.

TERIMA KASIH TAMAT