dilancarkan bagi merancakkan bagi pembangunan ekonomi negara.Huraikan teras-teras Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Walaupun banyak pihak masih ragu-ragu dengan usaha kerajaan memperkenalkan MEB dan ETP, rakyat perlu faham bahawa transformasi ekonomi adalah perlu dan tidak boleh dielakkan memandangkan kos hidup dan perniagaan sedang meningkat.
Pertumbuhan ekonomi yang baik bermakna rakyat akan menikmati kualiti hidup yang lebih baik, peluang kerja yang banyak malah majoriti daripada kita akan beroleh pekerjaan yang menawarkan gaji sederhana dan tinggi. Kedudukan ekonomi yang kukuh juga akan membolehkan rakyat menikmati kemudahan pengangkutan awam yang lebih baik dan berkualiti, memperoleh pendidikan lebih canggih serta mempunyai pilihan luas kepada produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi. Selain itu, ETP juga bakal menyediakan tapak asas yang kukuh bagi negara untuk menikmati pembangunan mampan agar generasi akan datang menikmati kehidupan lebih berkualiti. Sementara untuk dunia perniagaan pula, ETP akan menyediakan peluang-peluang yang lebih mantap, persekitaran yang lebih kondusif serta pasaran pengguna tempatan dengan kuasa membeli yang lebih tinggi.
Manfaatnya
Pertumbuhan ekonomi yang baik bermakna rakyat akan menikmati kualiti hidup yang lebih baik, peluang kerja yang banyak malah majoriti daripada kita akan beroleh pekerjaan yang menawarkan gaji sederhana dan tinggi.
Kedudukan ekonomi yang kukuh juga akan membolehkan rakyat menikmati kemudahan pengangkutan awam yang lebih baik dan berkualiti, memperoleh pendidikan lebih canggih serta mempunyai pilihan luas kepada produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi. Selain itu, ETP juga bakal menyediakan tapak asas yang kukuh bagi negara untuk menikmati pembangunan mampan agar generasi akan datang menikmati kehidupan lebih berkualiti.
Sementara untuk dunia perniagaan pula, ETP akan menyediakan peluang-peluang yang lebih mantap, persekitaran yang lebih kondusif serta pasaran pengguna tempatan dengan kuasa membeli yang lebih tinggi.
Pengenalan
NKEA ditakrifkan sebagai pemacu kegiatan ekonomi yang berpotensi memberi sumbangan secara langsung yang penting kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia, dengan nilai yang boleh diukur melalui indikator pendapatan negara kasar (PNK) dan peluang pekerjaan yang diwujudkan serta menarik bakat terbaik. Pendekatan pembangunan ekonomi NKEA juga berbeza di mana pertumbuhan ekonomi akan diterajui sektor swasta dan disokong oleh pihak Kerajaan yang bertindak sebagai pemudah cara dan fasilitator.
Dua belas NKEA menjadi teras ETP, dan salah satunya adalah NKEA Pertanian. Sektor pertanian memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi Malaysia mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar serta menjamin keselamatan makanan negara. Selepas mengecualikan tanaman perindustrian seperti minyak sawit dan getah, sektor pertanian menyumbang RM20 bilion atau 4 peratus daripada PNK Malaysia pada 2009.
NKEA Pertanian
NKEA Pertanian memberi tumpuan kepada sub-sektor yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi, iaitu akuakultur, pertanian rumpai laut, sarang burung walit, produk herba, buahbuahan dan sayur-sayuran serta makanan diproses premium. Ini akan membolehkan Malaysia menembusi pasaran global bernilai tinggi yang sedang membangun dengan pesat. Subsektor seperti padi dan ternakan haiwan turut dipilih kerana kepentingan mereka sebagai sumber utama keterjaminan makanan negara. Matlamat NKEA Pertanian adalah untuk memberi sumbangan kepada peningkatan pendapatan negara kasar (PNK) berjumlah RM21.44 billion menjelang tahun 2020. Selain daripada itu, 74,000 tambahan peluang pekerjaan juga diharap dapat dicapai dalam tempoh tersebut. Untuk mencapai objektif, sebanyak 16 Projek Permulaan (EPP) dan 11 peluang perniagaan telah dikenal pasti untuk memangkinkan penubuhan perniagaan yang dipacu oleh permintaan pasaran, berskala industri dan mempunyai ciri-ciri pertanian bersepadu.
16 EPP tersebut adalah : EPP 1 EPP 2 EPP 3 EPP 4 EPP 5 EPP 6 EPP 7 EPP 8 EPP 9 EPP 10 EPP 11 EPP 12 EPP 13 EPP 14 EPP 15 EPP 16 : : : : : : : : : : : : : : : : Produk herba bernilai tinggi Pengeluaran sarang burung walit Mini estet untuk rumpai laut Penternakan ikan dalam sangkar Integrasi lembu di ladang kelapa sawit Replikasi i-ZAQ Pasaran premium buah dan sayur segar Taman pengeluaran makanan Pengeluaran beras wangi di luar kawasan saliran Penanaman padi di MADA Penanaman padi di kawasan jelapang Penambahan ladang fidlot Kluster tenusu Pembangunan industri benih Penyertaan syarikat multi-nasional Pengambilalihan syarikat luar negara/JV
Pembangunan produk nutraseutikal dan ubat botanik berasaskan 5 herba dikenalpasti - Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Misai Kucing, Hempedu Bumi, Dukung Anak Penubuhan Taman Penanaman Herba untuk penanaman bahan mentah secara komersial oleh ECERDC di Pasir Raja, Chegar Perah & Durian Mentangau. Lima (5) R&D Clusters of Excellence ditubuhkan untuk menyelaraskan R&D bagi setiap institusi dan universiti penyelidikan dalam kluster: Penemuan, Penanaman & Agronomi, Toksikologi/Pre-clinical, Pembuatan Produk & Teknologi Pemprosesan Penubuhan Majlis Pembangunan Herba
Menambah pengeluaran produk huluan dengan membina 2,000 premis baru setiap tahun dan 6 Pusat Pengumpulan Menambahbaik pemantauan dan pelaksanaan skim Good Animal Husbandry Practice (GAHP), dan Good Manufacturing Practice (GMP) untuk premis burung walit dan kilang pemproses dengan memperkenalkan sistem pengesanan Menambah pembuatan produk hiliran dan pembersihan sarang burung walit di dalam negara dengan menjalankan aktiviti penyelidikan untuk pemprosesan dan pembangunan produk.
Tumpuan untuk pengeluaran ikan bagi spesis bernilai tinggi (siakap, kerapu, tilapia) untuk menghasilkan 28% dari jumlah pengeluaran pada tahun 2020. Inisiatif pemangkin huluan: penubuhan pusat benih ikan berkualiti untuk mengurangkan penggantungan kepada benih ikan import. Pendekatan mekanisme syarikat anchor akan digunakan untuk memastikan pengeluaran dijalankan dalam skala besar dan di integrasi dari peringkat pembenihan sehingga pemprosesan. Lokasi ZIA (cth. Tasik Kenyir, Tasik Bakun, Tasik Temenggor) telah dikenal pasti untuk pelaksanaan.
Integrasi sebanyak 300,000 lembu di ladang kelapa sawit berskala besar, pada anggaran 3-4 hektar untuk satu lembu. Penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Program Integrasi Lembu untuk memantau pelaksanaan projek. Penekanan kepada pemakanan rumput bergilir yang sistematik, patuh kepada GAHP, dan program pembiakan lembu yang selari dengan program pemilik estet.
Pengeluaran 5 jenis buah-buahan tropika bernilai tinggi: tembikai susu, belimbing, betik, pisang dan nenas; dan 3 jenis sayur-sayuran tanah tinggi bernilai tinggi: lettuce, tomato dan capsicum. TKPM sedia ada akan digunapakai untuk pengeluaran tembikai susu, belimbing dan betik. TKPM dikenalpasti merangkumi Puncak Baring, Bukit Sapi, Sendayan, Lanchang, Inderapura, Kuala Lipis, dan lain-lain. Program intercropping untuk kelapa sawit dan pisang/nenas akan dilaksanakan oleh FELDA. Program pemulihan, intensifikasi dan konsolidasi tanah untuk meningkatkan pengeluaran sayur-sayuran tanah tinggi di Cameron Highland dan Lojing I & II.
Pembangunan Taman Pengeluaran Makanan berintegrasi berasaskan pendekatan model syarikat anchor untuk menyelaraskan SME dan pengusaha kecil dengan tujuan pengeluaran berskala besar dalam sistem yang diakreditasi.
Pembaikan pengurusan ladang dengan pengenalan skim penggemeleengan tanah sebanyak 500 hektar untuk setiap ladang dan pemberian insentif kepada petani tradisional untuk menyerah tanah. Mempercepatkan penggunaan teknologi dengan memperkenalkan varieti benih baru, teknologi pengeluaran/pemprosesan, dan penggunaan mesin berskala besar. Intensikasi penggunaan infrastruktur dengan meningkatkan kepadatan saliran di kawasan berpotensi untuk meningkatkan hasil. MADA dan BERNAS akan bekerjasama untuk menubuhkan SPV bagi pelaksanaan inisiatif di MADA.
Penubuhan kluster tenusu yang diketuai oleh syarikat anchor untuk mengeluarkan susu dalam skala besar dan menguruskan operasi dari pengeluaran ke pemasaran. Menaiktaraf kemudahan pemprosesan susu sedia ada untuk memastikan kualiti susu dari ladang ke pasaran adalah terjaga. Syarikat anchor yang dikenalpasti adalah: Dutch Lady Milk Industries, Evergreen Livestock, and Fonterra.
Maklumat Projek
Menarik pelaburan asing dalam bidang Biotekologi Pertanian ke Malaysia untuk menyumbang kepada pelbagai sektor yang akan menyumbang kepada industri dan membangunkan sumber manusia yang berkemahiran tinggi Biotechcorp akan menjadi agensi pelaksana dan menyediakan pakej yang sesuai untuk membawa masuk pelaburan asing ke dalam negara
Memastikan sumber ternakan yang konsisten dan berpatutan untuk pembiakan, program fidlot dan tenusu untuk 10 tahun akan datang. Skop projek telah diperluaskan untuk mengambil kira sektor pertanian lain yang berpotensi cth perniagaan ayam di luar negara untuk membawa masuk keuntungan ke dalam negara Syarikat yang telah dikenalpasti termasuk SEDC Sarawak, Intan Farm, Felda Global Venture Holding dan NFC
NKEA PENDIDIKAN
Kerajaan sedang berusaha mempertingkatkan standard kualiti dan mencipta penjenamaan Malaysia sebagai sebuah pusat pendidikan tinggi antarabangsa. Kerajaan menumpukan kpd peranan institusi swasta dlm menerajui inovasi dan memacu pembangunan dlm industri pendidikan tinggi. Kerajaan mengaggap sektor pendidikan swasta sebagai pemangkin untuk mentransformasi industri pendidikan. Pelaksanaan aspirasi NKEA pendidikan memerlukan lima peralihan penting,khususnya: Struktur industri Pengantarabangsaan pelajar Kaedah baru dlm cara bekerja Transformasi pengawalaseliaan Peralihan pembiayaan
a) b) c) d) e)
Tema 1: EPP1 : Penskalaan ke atas pusat penjagaan awal kanak- kanak dan pusat pendidikan awal EPP2 : Penambahbaikan penjagaan awal kanak2 dan latihan pendidikan EPP3 : Penskalaan ke atas sekolah antarabangsa EPP4 : Mengembangkan latihan guru swasta EPP5 : Pengskalaan ke atas penyediaan latihan kemahiran swasta EPP6 : Mengembangkan pengajian jarak jauh antarabangsa
Tema 2 : EPP7 : Membangunkan kelompok disiplin pendidikan kewangan dan perniagaan Islam EPP8 : Membangunkan kelompok disiplin pendidikan sains kesihatan EPP9 : Membangunkan kelompok disiplin kejuruteraan lanjutan, sains dan inovasi EPP10: Membangunkan kelompok disiplin hospitaliti dan pelancongan EPP11: Melancarkan EduCity@Iskandar
Tema 3 : EPP12 : Menyokong penjenamaan Malaysia sebagai sebuah pusat pendidikan antarabangsa EPP13 : Memperkenalkan kerjasama awam swasta dlm pendidikan asas
NKEA Pelancongan
Definisi: ~ Pelancongan merujuk kpd pelancongan libur dan pelancongan perniagaan dan ia merangkumi subsektor yg berikut: 1. Penginapan 2. Membeli-belah 3. Produk pelancongan 4. Makanan dan minuman 5. Pengangkutan dlm negeri dan pengangkutan domestik
12 EPP terbahagi kpd lima tema: Tema 1: Barangan mewah mampu milik
Tema2 : Kembara Alam Semula Jadi Tema3 : Keseronokan Seisi Keluarga
Tema 1: EPP1 : Menempatkan Malaysia sebagai destinasi membeli belah bebas cukai bagi barangan pelancongan EPP2 : Menjadikan kawasan Kuala Lumpur City Centre(KLCC)-Bukit Bintang sebagai Presint Membeli belah yg meriah EPP3 : Membuka tiga ruang perniagaan prenium baharu di Malaysia Tema 2 : EPP4 : Memartabatkan msia sebagai hab biodiversiti global
Tema3: EPP5 : Membangunkan resort bersepadu eko-semula jadi di Sabah EPP6 : Mewujudkan Straits Riviera
Tema4 : EPP7: Menyasarkan lebih banyak acara antarabangsa EPP8 : Mewujudkan zon hiburan khas EPP9 : (a)Membangunkan kepakaran tempatan dan mengawal selia industri spa dgn lebih baik (b)Meluaskan tawaran pelancongan sukan di msia tanpa hanya terbatas pada penganjuran acara
Tema5 : EPP10 : Memartabatkan msia sebagai destinasi Pelancongan perniagaan yg terutama projek merentas tema EPP11 : Meningkatkan kesalinghubungan dgn pasaran jarak sederhana yg penting EPP12 : Menambah baik kadar , jenis dan kualiti hotel
21 projek baru di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang dijangka mampu melonjakkan Pendapatan Negara Kasar (GNI) sebanyak RM4.59 bilion menjelang 2020.
NKEA Pertanian, katanya, ia melibatkan pelaburan bernilai RM456.69 juta dan RM367.58 juta GNI serta mewujudkan 2,539 peluang pekerjaan bagi menambah baik jaringan keselamatan makanan negara.
NKEA Perkhidmatan Perniagaan pula menyaksikan pelaburan sebanyak RM2.4 bilion dan RM1.41 bilion GNI di samping mewujudkan 10,909 peluang pekerjaan dalam bidang pembuatan dan pembaikan kapal, kejuruteraan reka cipta, pusat maklumat serta pusat perkhidmatan global.
NKEA Pemborongan dan Peruncitan pula melibatkan pelaburan berjumlah RM466.8 juta yang menyumbang kepada RM1.1 bilion nilai GNI dan mencipta 16,363 peluang pekerjaan. NKEA Penjagaan Kesihatan menyaksikan pelaburan RM107.14 juta dengan RM238.06 juta GNI dan menyediakan 3,735 peluang pekerjaan dalam tempoh lapan tahun akan datang.
NKEA Pendidikan, kata Perdana Menteri, ia melibatkan pelaburan RM535.58 juta dan menyumbang RM146.39 juta dalam GNI serta mewujudkan 660 peluang pekerjaan dalam tempoh itu. NKEA Elektrikal dan Elektronik pula menyaksikan pelaburan RM4 bilion dan 1,000 peluang pekerjaan dengan 400 daripadanya merupakan pekerjaan berkemahiran tinggi.
NKEA Greater KL pula melibatkan pelaburan RM12.5 bilion termasuk pembinaan Bandar Antarabangsa Sepang dengan RM1.34 bilion GNI dan menyediakan 4,712 peluang pekerjaan.
lapan projek permulaan (EPP) di mana lima (5) di peringkat huluan dan tiga (3) di peringkat hiliran. EPP mensasar peningkatan sumbangan industri sawit kepada PNK sebanyak RM125.3 bilion daripada RM52.7 bilion (2009) kepada RM178 bilion menjelang 2020. EPP telah disasar menjana RM47.1 bilion Pendapatan Negara kasar. Ini membabitkan pelaksanaan lapan (8) EPP di mana lima (5) di peringkat huluan yang akan menjana PNK RM33.1 bilion manakala tiga di peringkat hiliran yang menjana PNK RM14 bilion.
EPP yang berorientasikan penyelesaian masalah semasa mampu: Meningkatkan pendapatan pekebun kecil persendirian kelapa sawit sebanyak 47 peratus ;
a)
b) Meningkatkan produktiviti tenaga buruh tempatan dengan penggunaan mekanisasi ladang seterusnya mengurangkan 15-20 peratus penggantungan kepada buruh asing; dan
c) Menguasai permintaan minyak sawit global yang semakin meningkat.
Di peringkat huluan EPP digubal dengan matlamat peningkatan produktiviti dan kemampanan sektor huluan industri sawit seperti : EPP 1 - Mempercepatkan penanaman semula kelapa sawit EPP 2 - Mempertingkatkan hasil buah tandan sawit (BTS)
Di peringkat hiliran industri sawit, EPP digubal dengan bermatlamatkan perkembangan dan kemampanan sektor hiliran sawit seperti : EPP 6 - Membangunkan derivative oleo EPP 7 - Mengkomersialkan bio-bahan api generasi kedua EPP 8 - Mempercepatkan pertumbuhan sektor hiliran berasaskan makanan.
Secara keseluruhan Projek Transformasi Ekonomi Industri sawit mensasarkan peningkatan kepada PNK sebanyak RM125.3 bilion di mana lapan EPP akan menjana PNK sebanyak RM47.1 bilion, peluang perniagaan baru sebanyak RM74.6 bilion dan kesan penggandaan ekonomi (economic multiplier) sebanyak RM3.6 bilion. Di samping sasaran peningkatan dalam PNK, pelaksanaan projek permulaan akan mewujudkan sejumlah 122,400 peluang pekerjaan.
TAMAT