PJM 3106
Membawa darah yang kaya dengan oksigen dan berwarna merah cerah (kecuali: arteri pulmonari yang membawa darah tak beroksigen dari jantung ke paru-paru.)
Kelikatan darah
Disebabkan oleh protein plasma dan jumlah sel darah dalam aliran darah. Setiap perubahan pada dua faktor ini mengubah tekanan darah.
Keelastikan dinding pembuluh darah Dalam arteri tekanan lebih besar daripada yang ada dalam vena sebab otot yang menyalut erteri lebih elastik daripada yang ada pada vena. Rintangan periferi Dikeluarkan oleh geseran darah yang mengalir dalam pembuluh. Rintangan utama pada aliran darah dalam peredaran sistemik juga berada dalam arteriol dan turunnya tekanan terbesar terjadi pada tempat ini.
Regulasi Kardiovaskular
Autoregulasi aliran darah di tisu
Darah adalah tisu cair yang terdiri daripada 2 bahagian. Bahagian intersel adalah cecair yang disebut plasma dan di dalamnya terdapat unsur-unsur terapung iaitu sel darah. Pada waktu sihat isipadu darah adalah tetap dan sehingga batas tertentu diatur oleh tekanan osmotik dalam pembuluh darah dan dalam tisu.
Kawalan neural ke atas tekanan dan aliran darah Apabila berada dalam keadaan tertekan, tubuh badan bertindak seperti berikut: Sistem saraf simpatetik menggerakkan kimia yang menyusun rembesan hormon. Kelenjar pituari mengeluarkan hormon biasa ACTH ormon adrenocorticotropic) ke dalam aliran darah.
Apabila ACTH sampai ke kelenjar tirenal, ia membentuk satu tindakan lalu nempergiat pengeluaran adrenalin ke dalam aliran darah dengan sekumpulan hormon dipanggil corticoids. (menjadikan tubuh badan dalam keadaan terangsang.) Aliran darahsistem perhubungan dan pengangkutan am bagi tubuh membawa kimia tekanan kepada setiap sel walaupun jauh kedudukannya, dalam tempoh lapan saat. Pertambahan tindakan ini akan diberitahu kepada jantung paru-paru dan otot melalui arahan menjalar melalui prat saraf. Kesannya sistem saraf simpatetik yang giat:
Otot-otot menjadi lebih penuh dengan darah dan meningkatkan tekanan darah. Arah aliran darah juga diubah keterlaluan, menjadikan jari-jari tangan dan kaki sejuk. Rentak otot meningkat dengan cepat, menjadikan tindakan lebih cekap dan cepat. Hati menyediakan glukosa yang kepada otot dan otak. Pernafasan deras dan berat, meningkatkan oksigen dalam darah supaya dapat membakar glukosa dengan berkesan.
Jantung berdenyut cepat, menghantar bekalan darah berlebihan ke bahagian tubuh yang memerlukan. Peredaran darah berubah radikal. Sistem keutamaan dikaji semula. Bekalan darah berlebihan di dalam perut dan usus segera dikurangkan untuk memberi laluan kepada keutamaan lain. Ini menyebabkan sistem penghadaman terjejas apabila tubuh mengalami tekanan berat dan berpanjangan.
Kegiatan elektrik otak diperhebat apabila darah menyerbu ke kepala. Sejumlah otak ditumpukan bagi menyedia tindakan, yang menjelaskan kesukaran berfikir pada peringkat abstrak ketika berada dalam keadaan gugup. Pendengaran menjadi tajam. Anak mata terbeliak, penglihatan lebih sensitif. Agen pembekuan meningkat pemekatan darah.
Karl Albrecht di dalam Stress and the Manager (1979): Tindak balas tekanan ialah pergerakan kimia yang disesuaikan di dalam seluruh tubuh manusia untuk memenuhi keperluan dalam pergelutan kehidupan dan kematian atau untuk mendapatkan kebebasan yang pantas dalam keadaan itu. Tindak balas tekanan ini bergantung kepada penanggapan otak terhadap betapa parahnya keadaan."
Hormon
Merupakan bahan kimia yang disintesis oleh sel-sel hidup. Dirembes ke dalam darah dan diangkut oleh sistem peredaran darah ke organ sasaran yang terletak jauh daripada tempat hormon disintesis.
Dengan jumlah yang sedikit sudah mampu untuk mempercepatkan atau memperlahankan sesuatu fungsi biologi.
Regulasi kardiovaskular Coronary contraction does not depend on stimulus from the nervous system, because the heart has its own intrinsic pacemakers ( SA and AV nodes) HOWEVERheart rate can be temporarily influenced by stimulus from the autonomic nerves.
Sympathetic nerves can act to increase or decrease the heart by stimulating the SA or AV nodes. Parasympathetic nerves act to decrease the heart rate Being excited or startled can cause a rapid increase in heart rate. Heart rate can also be influenced by hormones
Epinephrine and Thyroxine mimic the effects of the sympathetic nerves. Ion concentrations also has a rofound influence on the heart. Decreased Ca+ will depress the heart rate Excessive Ca+ will cause prolonged contractions, and possibly stop the heart from beating.
Sistem kardiovaskular Terdiri daripada satu pam, serangkaian tiub yang membahagi dan mengumpul serta satu sistem ekstensif pembuluh nipis yang membolehkan pertukaran bahan antara tisu dan salur vaskular dengan cepat.
Tindakbalas kardiovaskular ke atas pendarahan berlaku pendarahan berlebihan. Badan akan menghantar tanda amaran seperti rasa sejuk, berpeluh, tekanan darah rendah, darah dan oksigen kurang dialir ke peluruh badan, kencing sedikit, bemafas pantas dan tercungap-cungap, ia tanda membimbangkan. Jika tidak mendapat rawatan segera, jiwa mungkin melayang.
Saluran Darah
Kitaran pulmonari Peredaran ini membawa darah tidak beroksigen dari jantung melalui arteri pulmonari ke paru-paru dan balik ke jantung melalui vena pulmonari.
Kitaran sistemik Peredaran ini membawa darah beroksigen dari jantung melalui aorta ke semua bahagian badan dan balik ke jantung
Jantung Terletak di dalam ruangan toraks (sangkar rusuk) di belakang tulang sternum, di hadapan tulang belakang dan kedudukannya menyendeng dari kanan ke kiri. Dibahagikan kepada 2 bahagian : kiri dan kanan. Ia dibahagikan oleh dinding yang dipanggil septum.
Antara atrium dan ventrikel terdapat injap yang mengawal pengaliran darah di dalam jantung
Saluran darah
Arteri
Vena
Kapilari darah
Arteri
salur darah yang membawa darah keluar dari jantung ke bahagian-2 lain badan. Dinding arteri tebal, berotot dan elastik supaya ia boleh tahan tekanan darah yang tinggi disebabkan oleh denyutan jantung Arteri bercabang-2 membentuk arteriol Semua arteri membawa darah beroksigen kecuali arteri pulmonari.
Vena
salur darah yang membawa darah ke jantung dari bahagian-bahagian lain badan. mempunyai dinding yang nipis dan saluran yang lebih besar jika dibandingkan dengan arteri. Darah yang berada dalam vena mengalir pada tekanan yang rendah dan oleh itu, dinding yang tebal tidak diperlukan. Saluran yang besar memberikan kurang rintangan terhadap pengaliran darah.
Vena dilengkapi dengan injap-injap yang menentukan darah mengalir hanya dalam satu arah sahaja, iaitu arah ke jantung. Injap-injap ini akan tertutup jika darah mengalir ke belakang dalam alirannya.
Vena yang terkecil sekali dinamakan venul.
Vena
Kapilari Darah
salur darah yang terkecil sekali. menghubungkan arteriol kepada venul. Dindingnya hanya setebal satu sel. Dinding-dindingnya yang nipis serta telap memudahkan resapan bahan-bahan antara darah dan tisu-tisu berlaku dengan cepat.
Kapilari darah ialah salur darah yang terkecil sekali. Kapilari darah menghubungkan arteriol kepada venul. Dinding kapilari darah hanya setebal satu sel.
Dinding-dindingnya yang nipis serta telap memudahkan resapan bahan-bahan antara darah dan tisu-tisu berlaku dengan cepat.