Anda di halaman 1dari 15

PERMAINAN TENGTENG

Ahli kumpulan : Amy Ting Shu Ting Ella Tiong Shi Yun Huong Hong Ming Lim Shu Ting Mah Cheng Yee Tan Shin Hooi PJ (SJKC)

Asal Usul
Teng-teng atau lebih dikenali sebagai ketinting adalah sejenis permainan tradisional yang selalu dimainkan oleh kanak-kanak. Kebiasaannya permainan ini selalu dimainkan oleh kanak-kanak perempuan berbanding kanakkanak lelaki tidak begitu lasak dan hanya menggunakan kaedah lompatan satu kaki dan dua kaki. dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak yang terdiri daripada dua hingga empat orang sahaja.

Gelanggang
Di kawasan kampung gelanggang dibuat hanya menggoreskannya di atas tanah sahaja. Gelanggang ini memerlukan kawasan yang rata untuk menggoreskannya. Di kawasan perumahan atau pekan yang tiada halaman bertanah,mereka menggunakan kapur tulis untuk dilukis di kawasan jalan bertar.

Gundu
gundu atau buah teng-teng juga penting dalam permainan ini. berbentuk leper dan anggaran saiz bagi gundu adalah sebesar duit syiling 50sen. Antara benda yang boleh dijadikan gundu ialah pecahan pinggan,kepingan besi dan batu yang leper. Gundu berperanan sebagai tanda bagi para pemain untuk menggerakkan kedudukan mereka di petak gelanggang.

UNDIAN
Sebelum memulakan permainan ini,pemain haruslah melakukan undian untuk sebelum memulakan permainan. Sesetengah undian dengan cara memilih batang ranting atau lidi. Pemain yang memiliki batang ranting atau lidi yang terpanjang akan memulakan permainan dahulu dan begitulah sebaliknya. undian juga boleh dibuat dengan menggunakan kaedah lai la li tam plong.

CARA BERMAIN
Pada permulaan permainan,pemain hendaklah mencampakkan gundu ke dalam petak pertama. Setelah selesai melepasi permainan pertama,kedua dan seterusnya cara mencampakkan gundu adalah sama. Pemain dianggap mati atau hilang giliran jika gundu tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan atau terkeluar dari petak tersebut. Setelah pemain mati atau hilang giliran,pemain lain akan mengambil bahagian pula. Pemain dikehendaki melompat ke dalam semua petak dengan sebelah kaki. Bagi pemain yang baru sahaja memulakan permainan dimana gundu berada di petak pertama,maka pemain hendaklah melompat terus ke petak kedua dan petak seterusnya.

gundu hendaklah dikutip di petak pertama lalu melompat ke petak pertama dan terus ke garisan penamat. Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya samada kepunyaannya sendiri atau pihak lawan. Jika ini berlaku ia dikira mati,giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan.

MEMBINA RUMAH
Bagi mendapatkan rumah pemain perlulah berdiri membelakangkan kesemua petak di garisan permulaan dan mencampakkan ke dalam mana-mana petak gelanggang dan di situlah kedudukan rumahnya. Sekiranya gundu jatuh di atas garisan atau terkeluar maka ia dikira mati. Setiap pemain mestilah memijak dengan kedua belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan memijak petak rumah lawan. Sekiranya pemain lain memijaknya atau rumah lupa memijak dengan kedua belah kakinya ia dikira mati.

PEMENANG Pemenang dikira berdasarkan jumlah rumah terbanyak yang dapat dikumpul oleh pemain. MATI Pemain dikira mati sekiranya: buah yang dilontar dan kaki terkena garisan petak, buah yang dilontar tidak masuk ke dalam petak yang sepatutnya menukar kaki sewaktu giliran terlupa memijak dua belah kaki serentak ke dalam sayap iaitu kaki kiri di petak sayap kiri dan kaki kanan dalam sayap petak kanan, tidak memijak dua kaki serentak dalam petak rumahnya serta memijak kaki ke rumah pemain lawan.

Kepentingan Dari Segi Psikomotor


Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan bahagianbahagian anggota badan mereka untuk bermain. Kanak-kanak dapat menyihatkan badan. Dapat meningkatkan kemahiran fizikal. Dapat meningkatkan kemahiran mengimbang. Dapat menguji ketepatan mata dan tangan.

Kepentingan Dari Segi Sosial


Dapat merapatkan hubungan antara kawankawan. Dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan. Mendapat ramai kawan. Membina kemahiran sosial

Kepentingan Dari Segi Emosi


Membina kemahiran kendiri yang positif. Dapat berinteraksi dengan positif. Boleh mengawal emosi sendiri semasa menjalani permainan ini. Membantu dalam menyelesaikan masalah.

Kepentingan Dari Segi Kognitif


Memikirkan teknik-teknik dan cara-cara untuk memenangi sesuatu permainan teng-teng. Otak dapat berfungsi dengan cepat semasa hendak memikirkan bagaimana untuk meneruskan permainan ini. Memenuhi perasaan ingin tahu melalui penerokaan.

Kepentingan Dari Segi Moral


Bersikap terbuka dan membentuk nilai-nilai murni dalam diri. Dapat belajar mematuhi peraturan

SEKIAN, TERIMA KASIH!!!

Anda mungkin juga menyukai