Anda di halaman 1dari 35

NAMA : NAZIFA BINTI MOHD HANIPAH

KAD PENGENALAN : 911125025496

KUMPULAN : PPISMP ( JULAI 2009 )

OPSYEN : PENDIDIKAN SENI VISUAL

TAJUK : TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

NAMA PENYSARAH : EN . MAD NOOR


SENI H A L U S
LUKISAN
LUKISAN
Lukisan ialah salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni halus.

Lukisan menyediakan landasan asas untuk berkomunikasi dalam pelbagai cara dan bidang.

Biasanya lukisan menggunakan media kering untuk menghasilkan karya.

Penghasilan lukisan bertujuan untuk mengkaji struktur bentuk subjek atau imej yang dilukis
secara teliti.

Lukisan akan mengikatkan kita dengan emosi, keintelektualan dan juga spiritual.

Lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi, intelektual dan spiritual manusia.

Lukisan dapat mengembangkan kedua-dua minda dan semangat (spirit).

Justeru, lukisan dilakukan sebagai satu cara menghargai penglihatan dan pemikiran
manusia.
SEJARAH LUKISAN
Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh
manusia purba.

Lukisan tersebut berkisar tentang aktiviti kehidupan seharian seperti


perburuan dan pengembaraan.

Di Malaysia lukisan gua telah dijumpai di Gua Niah, Sarawak dan Gua
tambun, Perak.

Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama,


iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan
ringkas dengan komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan
berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin
menjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dulu.
MEDIA LUKISAN
Media dominan ialah media kering seperti pensel dan arang untuk
mendapatkan kesan rupa dan bentuk ilusi pada sesuatu permukaan.

Penghasilan mestilah memperlihatkan struktur sesuatu benda. Lukisan


juga boleh dihasilkan melalui campuran media kering dan media basah.
Contohnya, warna pensel dan warna air.

Penggunaan media basah seperti warna air juga boleh digunakan tetapi
penggunaannya adalah secara terhad dan minimum.

Lukisan menitikberatkan kepada penghasilan struktur bentuk sesuatu


benda dengan penggunaan pelbagai jenis garisan.
TUJUAN
PENGHASILAN
Media dominan ialah media kering seperti pensel dan arang untuk
mendapatkan kesan rupa dan bentuk ilusi pada sesuatu permukaan.

Penghasilan mestilah memperlihatkan struktur sesuatu benda. Lukisan


juga boleh dihasilkan melalui campuran media kering dan media basah.
Contohnya, warna pensel dan warna air.

Penggunaan media basah seperti warna air juga boleh digunakan tetapi
penggunaannya adalah secara terhad dan minimum.

Lukisan menitikberatkan kepada penghasilan struktur bentuk sesuatu


benda dengan penggunaan pelbagai jenis garisan.
JENIS LUKISAN


Lukisan Figuratif
Penumpuan kepada tubuh badan dan anatomi manusia

VIDEO LUKISAN
FIGURATIF
Lukisan Fantasi
Lukisan imaginasi di alam nyata atau khayalan

VIDEO LUKISAN
FANTASI
Lukisan Ilustrasi
Lukisan yang mempunyai tema atau keterangan tertentu yang ingin disampaikan

kepada audiens.
Lukisan Kajian
Merakamkan ketelitian pada subjek yang dikaji.

Contoh,memasukkan unsur jalinan, cahaya dan struktur bentuk yang


terperinci
Lukisan Kontour
Lukisan Gesture

a.Menggunakan seluruh pergerakan tangan dan tidak terhad pada pergelangan tangan.

b.Dihasilkan sebelum penghasilan catan, arca atau seni grafik.
c.Dihasilkan dalam masa yang singkat dan digunakan untuk menyelaras antara kerja

mata, minda dan tangan pada objek yang dilukis.
VIDEO LUKISAN
GESTURE
Lukisan Teknikal
Menggunakan skala tertentu untuk memastikan sudut pandangan dan kadar banding

yang tepat.
VIDEO LUKISAN
TEKNIKAL
Lukisan Kartun

a. Menggunakan pelbagai kualiti garisan dan garisan ringkas untuk

menggambarkan watak-watak kartun.

b. Digambarkan melalui tema jenaka
VIDEO LUKISAN
KARTUN
BAHAN DAN MEDIA

Penggunaan bahan dan media adalah penting dalam menghasilkan


lukisan. Tetapi ini tidak bermakna bahan dan media yang mahal
sahaja mampu menghasilkan lukisan yang bermutu dan menarik.
Lukisan yang bermutu dan kreatif boleh dihasilkan dengan
menggunakan bahan yang biasa sahaja. Tidak dinafikan juga,
penggunaan bahan yan gmahal dan berkualiti merupakan satu
rangsangan dalam penghasilkan lukisan.
PENSEL

Pensel merupakan media serba boleh dalam bidang lukisan. Ia
digunakan untuk menghasilkan pelbagai nilai di atas banyak permukaan.
Pensel digolongkan mengikut nilai kekerasannya. Pensel 6H ( paling
keras ) hingga H; kemudian HB; seterusnya B, 1B hingga 8B (paling
lembut). Pensel lembut seperti HB atau B adalah sesuai untuk lukisan
biasa. Jika pensel HB atau B digunakan secara tajam, ia akan
menghasilkan garisan yang tajam dan jika ditekan garisan yang
terbentuk akan lebih tinggi nilai kepekatannya. Pensel HB atau pensel
yang lembut adalah lebih senang untuk dikawal berbanding pensel yang
keras. Garisan yang dihasilkan oleh pensel lembut boleh dicomotkan
dengan kaedah gosokan dengan tangan atau pemadam. Jika terlalu
banyak bahagian sesebuah lukisan itu dicomotkan, lukisan itu akan
kelihatan samar – samar.
ARANG


Arang merupakan bahan yang memberi kebebasan untuk menghasilkan
lukisan secara spontan. Arang yang pendek adalah lebih senang
digunakan. Comotan dengan tangan atau pemadam akan menghasilkan
pelbagai jalinan dalam lukisan menggunakan arang. Manakala kesalahan
pula adalah senang untuk diperbaiki kerana lukisan asal senang
dipadamkan dengan menggunakan kain. Hasil lukisan yang telah siap
mestilah disemburkan dengan bahan pemati dan seterusnya dilindungi
dengan kertas tisu bagi mengelakkan comotan.
PEN DAKWAT


Pen dakwat adalah salah satu alat melukis yang senang untuk
digunakan. Pen seperti Rapidograph, Rotring dan Faber Castle
mempunyai mata pen yang pelbagai saiz. Dakwat kalis air akan
menghasilkan kesan warna yang legap. Dakwat biasa adalah
kurang legap jika digunakan dan akan memberi beberapa nilai
warna jika digunakan secara terkawal. Air boleh dicampurkan
kepada dakwat jika warna yang lebih terang diperlukan.
PEN MATA BOLA


Pen mata bola sesuai digunakan untuk lakaran yang ringkas atau
contengan, tetapi sukar untuk menghasilkan lukisan yang pelbagai nilai
warna dengan menggunakan pen yang sama.


PEN FELT


Pen felt sesuai digunakan untuk lakaran atau contengan.


PASTEL

Pastel adalah lebih lembut daripada krayon lilin dan mempunyai


banyak warna.
CONTE CRAYON


Conte crayon mempunyai kekerasan yang berbeza. Cara menggunakan
conte crayon adalah sama seperti menggunakan menggunakan arang.


KRAYON LILIN

Krayon lilin lembut tetapi sukar untuk dipadam setelah dilukis.


Salah satu ciri istimewa crayon lilin adalah gurisan boleh dibuat di
atas lukisan untuk menimbulkan kesan yang menarik.
BERUS


Berus telah lama digunakan oleh pelukis – pelukis Cina dan Jepun
sebagai alatan melukis mereka. Lazimnya, berus yang besar boleh
menghasilkan garisan yang nipis jika dikawal dengan betul. Berus yang
kecil pula mampu menghasilkan garisan yang tebal daripada garisan
yang dihasilkan dengan mata pen yang lebar.

FUNGSI DAN BENTUK

LUKISAN
Lukisan adalah proses yang ringkas dan cepat untuk merakam idea dan
imej secara visual selepas pemerhatian rapi dibuat. Garisan, titik –
titik lorekan dan gurisan digunakan untuk merakam idea atau imej di
atas kertas atau apa saja permukaan yang rata. Lukisan juga boleh
diubahsuai atau diperkembangkan untuk membentuk hasil seni yang
lain. Catan, cetakan, arca, seni grafik dan kraftangan adalah bermula
daripada lukisan ringkas yang juga dikenali sebagai lakaran.
Lukisan yang dihasilkan menerusi pengamatan, kajian dan imaginasi akan
menghasilkan karya seni yang kreatif. Jadi, latihan yang banyak akan
dapat melatih dan meningkatkan lagi nilai lukisan. Pemerhatian yang
rapi dan teliti akan membolehkan seseorang pelukis merakam imej
atau objek yang lebih bermakna lagi. Objek yang terdapat disekeliling
kita samada objek semulajadi atau buatan manusia boleh dijadikan
bahan dalam lukisan. Had masa melukis adalah tidak berapa penting.
Biasanya, lukisan yang ringkas yang hanya memerlukan masa selama 10
minit mampu mengandungi maklumat yang mencukupi untuk
menghasilkan karya seni yang menarik.
Lukisan yang menarik biasanya ialah hasil lukisan pelukis yang berminat
atau mempunyai minat yang mendalam dalam berkarya. Objek yang
dilukis kadangkala tidak semestinya menarik minat pelukis tetapi
proses melukis serta kaedah baru seseorang pelukis melukis objek
berkenaan yang menimbulkan rangsangan untuk mencuba dan
memperkembangkan lukisannya.

KARYA
LUKISAN
Albrecht Durer-‘Head of an Apostle’
TAMAT