Anda di halaman 1dari 18

OBJEKTIVITI

PENGENALAN

Menurut Edward Hallet Carr fakta-fakta yang dikumpul oleh ahli sejarah dari dokumen-dokumen, surat-surat dan sebagainya adalah ibarat 'ikan di atas papan penyiang si penjaja ikan'. Sejarawan memungut ikan itu, membawanya pulang, memasak dan menghidangkannya dalam apa cara yang menarik baginya. Sejarah yang tulen ialah sejarah yang mempunyai pemisah mutlak di antara pengkaji dan kajiannya.

Persoalan sejarah sewajarnya objektif atau subjektif? Isu keupayaan ahli-ahli sejarah untuk menghasilkan penulisan yang bersifat objektif.

Terdapat dua aliran yang mempengaruhi pengertian sejarah :


1. Aliran rasionalisme (bersifat subjektif) Benedetto Croce dari Itali, Arnold Tonybee dan R.G. Collingwood dari England. 2. Aliran Emperisme (bersifat objektif)

Leopold Von Ranke dari Jerman, Lord Acton dan J.B. Bury dari England.

PENGERTIAN KONSEP OBJEKTIVITI Kamus Dewan suatu kenyataan atau fakta sebenar yang tidak dipengaruhi atau dikuasai oleh perasaan atau prasangka sendiri. Abdul Rahman Hj Abdullah (1994) mendefinisikan sejarah objektif sebagai sejarah sebagaimana terjadinya (histoire-realite). Leopold Von Ranke 'seperti sebenarnya ia berlaku'.

PENGERTIAN KONSEP OBJEKTIVITI

Muhd Yusof Ibrahim mendefinisikan konsep objektif sebagai salah satu daripada beberapa sifat atau hakikat sebenar itu sendiri dan ia merupakan persoalan yang hakiki bagi sejarah dan pensejarahan. Barzun dan Graf dalam karya mereka The Modern Researcher (1970) bahawa objektif adalah apa yang semua orang menyetujuinya atau pandangan yang benar.

RUMUSAN

Karya sejarah yang dikatakan bersifat objektif pada asasnya adalah suatu penulisan yang merupakan tafsiran atau penerangan terhadap sesuatu peristiwa sejarah dengan berdasarkan kepada sumbernya yang masih kekal.

Hasil itu haruslah dipertahankan kebenarannya untuk sementara waktu sehinggalah wujudnya pentafsiran baru yang akan mengambil alih tempat tersebut.

OBJEKTIVITI

4 perkara dasar di dalam penulisan sejarah :

Ketepatan dan kesahihan di dalam fakta Kesempurnaan di dalam menyampaikan bukti Struktur logikal yang berkesan Kelancaran persembahan Oleh itu sejarawan objektif akan menyingkirkan sifat subjektif di dalam hasil penulisannya.

OBJEKTIVITI

Konsep objektiviti biasanya dilihat daripada dua sudut pengertian :

1. Bermakna tujuan atau sasaran sesuatu sejarah itu dikaji atau ditulis. Maknanya ialah untuk apa atau siapa sejarah itu ditulis. Cth : Tun Seri Lanang telah memperbaiki semula 'Hikayat Melayu' yang dibawa dari Goa dan dinamakan Sulalatus Salatin untuk memenuhi permintaan Sultan Abdullah Ma'ayah Syah serta menyukakan hati baginda untuk teladan serta iktibar bagi keturunan yang akan datang.

OBJEKTIVITI 2. Dianggap sebagai sifat sejarah itu sendiri. Ia adalah merupakan persoalan yang intrinsik bagi sejarah dan pensejarahan. Oleh itu sejarah dianggap sebagai sains tulen yang menganggap kebenaran sebagai sesuatu yang mutlak dan tepat.

TOKOH

Lord Acton menyatakan bahawa 'biarlah gambaran para sejarawan tentang sesuatu peristiwa itu serupa sahaja dan memuaskan hati setiap tanpa sebarang perasaan subjektif atau sikap berat sebelah (bias)'.

KESIMPULAN

Hasil karya bersifat objektif seharusnya :


Mencerminkan sikap yang jujur. Tidak ada bias tetapi adil dan berkecuali dalam penulisan. Memahami kaedah penyelidikan sejarah dan mengamalkannya dalam penulisan. Menggunkan sumber yang secukupnya untuk mendapatkan fakta dan maklumat yang membolehkan ia membuat tafsiran secara adil dan saksama atau bersifat kritis.

Tidak boleh membuat pentafsiran secara sesuka hati mengikut perasaannya demi untuk menyukakan sesuatu pihak atau mendapatkan kepentingan atau keuntungan.

Menggambarkan kebenaran tanpa memasukkan unsur pengadilan terhadap sesuatu peristiwa sejarah yang dikaji.

TOKOH OBJEKTIVITI

Leopold Von Ranke :


Pengasas agung aliran sejarah objektif. Pendapat : sejarawan seharusnya berusaha untuk membuat satu persembahan tulen fakta-fakta yang berpandukan kepada penyelidikan rapi ke atas peristiwa-peristiwa lepas yang khusus dan nyata, dan berasaskan kepada tafsiran sumber-sumber yang asli dan memasukkan unsur moral hanya mendedahkan sejarah kepada prasangka dan berat sebelah yang boleh menggugat kewibawaannya sebagai satu bidang ilmu yang sahih.

PENGERTIAN KONSEP SUBJEKTIF

Kamus Dewan sesuatu yang terbit daripada atau berasaskan pandangan orang atau pihak yang melihat atau menilai (tidak pada ciri-ciri sebenar sesuatu yang dilihat atau dinilai). Muhd Yusof Ibrahim pensejarahan tradisi yang ditulis secara bebas atau sesuka hati sejarawan sahaja. Penulisan-penulisan mereka adalah bersifat memihak dan bertujuan menyanjung atau memperbesarkan tokoh atau peristiwa yang dikaji, menyerapkan nilai budaya atau world-view', mahupun ideologi serta memuatkan pelbagai unsur kesusasteraan.

PENGERTIAN KONSEP SUBJEKTIF

Konsep sejarah subjektif ialah sejarah yang ditulis dan telah diolah oleh pengarang dengan memasukkan unsur mitos, lagenda dan lain-lain unsur kesusasteraan untuk mengindahkan lagi hasil penulisan. Sejarah dikatakan subjektif kerana ia ditulis oleh seorang penulis atau sejarawan dengan rekaan atau diciptakan sendiri.

PEMBENTUKAN ALIRAN SEJARAH SUBJEKTIF

Pembentukan aliran sejarah subjektif adalah disebabkan oleh dua perkara : 1. Faktor naluri atau kecenderungan semulajadi manusia itu sendiri yang suka memilih. Manusia akan memilih sesuatu yang penting dan mengenepikan sesuatu yang dianggap tidak penting. 2. Faktor agama dan ideologi. Faktor ini dapat membentuk pegangan dan tindakan seseorang. Manusia yang semakin kuat komitmennya, kemungkinan besar bersifat subjektif. Maka penulisannya akan bersifat memihak.

KEPENTINGAN

Alat untuk melakukan serangan psikologi untuk menegakkan keunggulan sesuatu kuasa atau bangsa ke atas sesuatu yang lain. Iktibar atau pengajaran.

SEKIAN

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai