Anda di halaman 1dari 25

Kesan interaksi antara Tamadun Melayu dengan Tamadun India kepada masyarakat Malaysia sekarang

Disediakan oleh : Yu Wan Jing

Pengenalan
Interaksi antara pelbagai tamadun membawa maksud hubungan, pertemuan, komunikasi yang berlaku antara kelompok, masyarakat dan seterusnya negara. bertujuan untuk mengurangkan kekurangan dan meningkatkan kelebihan supaya tamadun menjadi lebih stabil dan semakin membangun.
Setiap tamadun mempunyai kelebihan dan kekurangan masingmasing. Jadi, melalui interaksi antara tamadun pada peringkat perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan dapat memastikan kelansungan tamadun masing-masing.

Interaksi antara tamadun Melayu dengan tamadun India direkodkan bermula seawal abad ke-3 sebelum masihi lagi.

Buktinya, bahan bertulis dari India telah menyebut tentang kewujudan Malayadvipa atau Semenanjung Melayu.
Interaksi bermula dengan pelayaran para pedagang Melayu menyeberangi Teluk Bengal bagi mencari barang dagangan seperti kain dan logam serta objek-objek yang boleh dijadikan simbol bagi didagangkan di India.

Tujuan utama kedatangan para pedagang dari India ke Tanah Melayu bagi mendapatkan emas, sesuai dengan gelaran yang mereka berikan kepada Tanah Melayu iaitu Suvarnabhumi yang bermaksud tanah emas.

Penyebaran Agama

Seni bina
Kesan interaksi antara Tamadun Melayu dengan Tamadun India

Sistem Pemerintahan

Kesusasteraan

Struktur Masyarakat

Bahasa

Adat resam

1. Penyebaran Agama
Sebelum agama Hindu dan Budha dibawa ke alam melayu, penduduk tempatan menganut faham agama yang bercorak animisme.

Agama Hindu dibawa dari India dan mendapat tempat di kalangan raja-raja melayu dan Jawa dan seterusnya diterima serta menjadi pegangan penduduk tempatan.. Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang pula merupakan tinggalan pengaruh ajaran Hindu kerajaan Chola ketika menguasai Kedah.

2. Sistem Pemerintahan
Konsep ketuhanan agama Hindu yang membesar-besarkan keagungan dewa-dewi telah membentuk konsep Dewaraja (berasal dari bahasa Sanskrit yang membawa makna God King) Pengaruh tradisi Brahmin (ajaran Hindu) yang menyamakan kedudukan raja dengan kedudukan Tuhan ataupun menganggap raja sebagai wakil Tuhan di dunia. Upacara pertabalan yang dijalankan bagi mengekalkan status tinggi Raja.- dianugerahkan kuasa daulat. Rakyat perlu patuh dan setia kepada raja dan raja juga hendaklah menjalankan pemerintahan dengan adil. Rakyat adalah dilarang melanggar perintah raja. Rakyat yang engkar akan dianggap derhaka dan dimurkai raja serta akan menerima pembalasan.

3. Struktur Masyarakat
Akibat pengaruh dari sistem kasta (susun lapis dalam masyarakat) terdapat pemisahan jelas golongan atasan/ bangsawan yang dianggap lebih mulia dgn golongan rakyat biasa. Pengaruh ini telah membawa kepada munculnya masyarakat feudal dalam kehidupan masyarakat Melayu

4. Adat resam dan Budaya


Mempengaruhi kehidupan seharian dan adat resam masyarakat Melayu. Misalnya dalam amalan jampi dan mantera yang diamalkan ketika peringkat awal kemasukan pengaruh Hindu, perkataan om yang melambangkan dewa-dewa Hindu seperti Brahma, Visynu dan Siva yang merupakan konsep trinity dalam agama Hindu telah digunakan oleh masyarakat Melayu.

Dalam kalangan kaum India pula, berlaku proses asimilasi budaya asal serta kebudayaan sekitar dan tempatan yang membentuk suatu identiti dan ciri-ciri kebudayaan serta kesenian di kalangan masyarakat India Chitty. Kebudayaan ini memperlihatkan persamaan dengan kebudayaan Melayu dari segi pakaian tradisional mereka misalnya iaitu kebaya labuh dan bersanggul tiga bagi kaum wanita manakala kaum lelakinya akan berpelekat telapa iaitu kain seperti serban bagi menutup kepala.

Upacara perkahwinan dan bersanding Adat melenggang perut Adat Berinai Adat membelah mulut bayi Adat Bersembah Upacara Kematian

Upacara Perkahwinan@Bersanding
Pasangan yang berkahwin dikatakan raja sehari dan diadakan upacara bersanding sebagai kemuncak bagi upacara tersebut. Pasangan ini akan diletakkan di atas pelamin tanpa bergerak-gerak. Upacara persandingan seolah-olah menjadi satu kewajipan, sedangkan persandingan itu merupakan adat Hindu yang mengagung-agungkan Dewa Rama dan Dewi Sita dengan sebab inilah pengantin baru digelar sebagai Raja Sehari.

Penggunaan sirih pinang, beras kunyit merupakan pengaruh Hindu dan penggunaan beras kunyit adalah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.

Adat Melenggang Perut


Diamalkan dalam kalangan keluarga diraja dan juga rakyat jelata apabila kandungan ibu genap tujuh bulan. Upacara ini dilakukan oleh Tuk Bidan dengan tujuan untuk membetulkan kedudukan bayi di dalam perut ibunya. Ini adalah kepercayaan animisme pada unsur ghaib. Bahan-bahan yang digunakan dalam upacara ini ialah beras kunyit, buah kelapa agar ibu dapat lahirkan anak dengan mudah dan selamat.

Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Pada permulaannya bidan akan membacakan jampi mentera dan mengandam wanita hamil tadi. Tepung tawar dicalit ke mukanya dan beras kunyit ditabur. Adalah dipercayai adat ini mengandungi unsur-unsur budaya Hindu.

Adat Berinai
Berinai dalam perkahwinan Melayu seakan menjadi kewajipan. Istiadat berinai adalah antara tradisi dalam perkahwinan Melayu yang boleh dikategorikan kepada tiga acara, iaitu berinai curi, berinai kecil dan berinai besar. Walaupun unsur-unsur budaya ini dikekalkan namun ianya disesuaikan dengan dasar agama Islam

Corak lukisan inai di atas tangan kalangan masyarakat Melayu bermula sejak beberapa tahun sebelum ini. Gaya terbaru ini adalah pengaruh daripada budaya Hindu di India dan Islam di Pakistan, Mesir, Iran dan Syria.

Adat Membelah Mulut Bayi


Bagi upacara mencecah garam ke mulut kanak-kanak, ia bersamaan dengan adat Hindu yang mencecah madu dan minyak sapi ke bibir bayi yang dilakukan oleh Brahmin supaya bayi itu panjang umur dan mendapat kebahagiaan di dalam hidupnya. Tetapi bagi Islam adat ini diganti dengan mencecapkan air zam-zam atau kurma. Pembacaan mantera yang biasa dilakukan sebelum adat itu dimulakan juga digantikan dengan pembacaan surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas kemudian dibacakan doa.

Adat Bersembah
Pemujaan Raja secara melebih-lebih dalam masyarakat Melayu suatu ketika dahulu juga merupakan cerminan kepada pengaruh Hindu dan Buddha dalam masyarakat Melayu bahkan perkataan Raja itu sendiri pun sudah memperlihatkan pengaruh Hindu yang tebal. Begitu juga dari aspek pertabalan dan adat istiadat Istana Melayu, terlihat lagi kekuatan unsur Hindu dan Buddha dalam mencorakkan adat Melayu itu.

Upacara Kematian
Apabila orang Melayu meninggal, selepas ditanam, akan ditabur bunga di atas kubur tersebut.

Ini juga adat agama Hindu. Kalau kita perhatikan, orang Hindu yang mati sebelum dibakar, akan diletakkan bunga ke atas mayatnya. Hari ini orang Melayu bukan sahaja menabur bunga di atas kubur, bahkan mayat itu sudah ditabur bunga di rumah lagi sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

5. Bahasa
Dari segi bahasa, asimilasi konsep dan idea baru dapat dilihat melalui unsur pinjaman dan penyerapan daripada budaya dan bahasa India terutamanya Sanskrit dan sedikit bahasaTamil ke dalam budaya dan bahasa Melayu.Namun proses peminjaman kebanyakannya disesuaikan dengan ciri-ciri fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik bahasa Melayu. Penemuan Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M), Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M), Batu Bersurat Kota Kapur (686 M) dan Batu Bersurat Karang Berahi (692 M) buktikan pengaruh bahasa Saskrit dalam bahasa Melayu kuno yang digunakan ketika itu .

a) Pinjaman daripada Sanskrit


Vokal /a/ dalam suku kata pertama digantikan dengan e pepet.
Nagaram - negara Panajaram - penjara Danda denda

Vokal e pepet disisipkan di tempat gugus konsonan:


Putrah - putera Cakravala - cakerawala Sastram - sastera Cakram cakera

b) Pinjaman daripada BahasaTamil


Terdapat juga kata pinjaman daripada bahasa Tamil iaitu konsonan retrofleks, ciri kepanjangan vokal dan penggandaan konsonan dihilangkan, seperti:
Kendii - kendi Kappal - kapal Petti peti

Vokal /a/ digantikan dengan e pepet:


Kadai - kedai Mampalam - mempelam Paricai perisai

6. Kesusasteraan
kesusasteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana dan Mahabhrata turut dibawa masuk ke rantau ini sejak zaman kerajaan Majapahit. Epik-epik yang memuja dewa Hindu dalam upacara membuka dan menutup panggung dan penggunaan alat-alat muzik seperti gendang dan serunai ini telah diceritakan melalui persembahan wayang kulit. Hasil pengaruh karya sastera India, karya sastera Melayu tradisional begitu mementingkan aspek kesenian, keromantisan, keagungan raja-raja.

Walau bagaimanapun, proses penyerapan budaya tersebut turut mengambil kira penyesuaian dan penyelarasan oleh unsur-unsur kebijaksanaan tempatan.

7. Seni bina
Aspek-aspek kesenian biasanya berkisar kepada perkaraperkara yang menyentuh soal seni bina, pakaian, makanan, gaya hidup, tarian, kraf tangan dan sebagainya. Candi Borobudur yang dibina pada zaman Sailendra merupakan contoh pengaruh seni bina dari tamadun India. Hal ini kerana hampir setiap pembinaan candi Borobudur melambangkan ajaran Buddha. Kerajaan Angkor juga telah meninggalkan banyak monument dan di antaranya yang terkenal ialah Angkor Wat yang dibina oleh kerajaan Suryavarman II. Candi Angkor Wat mempunyai ukuran timbul yang menceritakan dua epik India iaitu Ramayana dan Mahabhrata.

Sekian terima kasih