Anda di halaman 1dari 36

Unit 13 & 14

Kepentingan dan Aplikasi Kajian Semantik


BBM 3206 Semantik

Prof Madya Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Pengenalan
Semantik sebagai satu cabang ilmu linguistik yang berkait rapat dengan aspek tatabahasa. Juga dalam bidang sastera, terjemahan, perubatan, sukan dll. Semantik dan pragmatik.

Semantik dalam Tatabahasa


Peranan semantik dalam menghuraikan tatabahasa dapat ditinjau dari dua sudut, iaitu: Morfologi- imbuhan: kerja, bekerja, pekerjaan, pekerja dll. - kata ganda : bersalam-salaman, kanakkanak, meronta-ronta, kuih- muih - kata majmuk : bumiputera, pasar raya, setiausaha, pilihan raya dll.
3

Sintaksis bidang yang mengkaji ayat-ayat, unsur-unsur yang terdapat di dalamnya, jenis- jenis ayat, bentuk dan ragamnya. Contoh: - Adik saya memiliki teman baru. - Teman saya memiliki adik baru. - Adik baru saya memiliki teman. - Badannya letih lesu. - Letih lesu badannya. # Susunan perkataan menentukan makna ayat. - Kami sedang mencari jalan untuk menolong Husin. - Jalan yang menuju ke rumah saya sedang diperlebar. # Makna perkataan berubah mengikut penggunaannya.
4

Semantik dalam Karya Sastera


Puisi Sesuatu perkataan mempunyai makna dalam konteks pertuturan. Pemilihan diksi, metafora, hiperbola, simile, personafikasi dsb. Contoh;
Rinduku umpama ombak yang tiada henti memukul pantai Kasihmu bagai pantai yang setia menanti Bagai menunggu mentari senja beradu. Aku masih melayang di dataran bumi yang gersang tiada haluan dan tujuan.

Penggunaan kata Ombak


a. Hairan sungguh aku tengok perangai ombak naik turun naik turun ke pantai. b. Sewaktu berdiri di tepi pantai, aku terfikir tentang ombak yang terus-menerus memutih di pantai c. Bagi A Samad Said: Ombak Yang menjamah Kakiku sekali Takkan dapat kukenali lagi

Ulasan
Makna kata/perkataan /ungkapan dalam puisi mempunyai pelbagai kemungkinan tafsiran, iaitu lebih daripada satu makna atau tafsiran. Hal ini disebut sebagai ambiguity atau ketaksaan. Contoh: Sajak Kabur Warna Antara Garisan Sejauh ditempuh tanah hitam dan langit jingga api dan nyawa
7

Prosa
erti kognitif. kata yang berlainan maksud. berdasarkan situasi pertuturan untuk menimbulkan kesan kepada pembaca dan pendengar. Kolokasi erti kata berdasarkan hubungannya dengan kata-kata lain. Tematik penekanan erti dalam ayat. Konsepsi Konotatif Stilistik Refleksi
8

Gaya Bahasa dalam Sastera


Diksi pemilihan kata dan kejelasan kata untuk menimbulkan kesan tertentu dalam puisi. Pemilihan serta penyusunannya itu mengutamakan ketepatan, tekanan, dan keistimewaan, termasuk sifat perkataan seperti konotatif, denotatif, kiasan, perkataan berimbuhan dsb.
9

Metafora
Sejenis gaya bahasa perbandingan atau kiasan, ringkas dan padat. Umumnya terdiri daripada dua perkataan, iaitu satu perkataan abstrak dan satu perkataan konkrit. Contoh:

- di teluk mesra terkembang sudah layar sejarahnya dia cuma anak kerdil tidak minta disayangi tidak pernah membenci dan tidak tahu menyesali tapi setiap kali pengacau itu melebarkan mulut dan mementaskan cerita dunia yang palsu diselimuti dengan bunga-bunga fitnah sekali itu juga datang badai yang mencucuk kembali parut lukanya Walaupun luka itu telah lama sembuh tapi parutnya masih ada di situ telah berdarah kembali lalu dia mula menangis dan menangis.
Metafora melambangkan makna pemikiran penutur.

10

Simili
Satu gaya bahasa perbandingan, menggunakan katakata tertentu, iaitu seperti, bagai, bak, laksana, umpama dsbnya. Hiperbola satu gaya bahasa puisi yang pemilihan perkataannya membawakan pernyataan yang berlebihlebihan. Tujuan untuk menekankan sesuatu pandangan, perasaan dan pemikiran. Contoh: di puncak Everest pasti aku temui segala-gala yang aku dambakan.

11

Rumusan
Ahli bahasa memerlukan karya sastera sebagai bahan untuk mengkaji keindahan bahasa, manakala sasterawan memerlukan pengetahuan bahasa dan ilmu bahasa khususnya semantik untuk mengindahkan bahasa dalam karya mereka dan memberikan maksud yang tepat dalam pemilihan perkataan dalam karya mereka.
A. Samad Said
12

Semantik dalam Bidang Lain


Sesuatu ayat dianggap logik apabila ditunjang oleh premis yang tertentu. Misalnya: Semua planet bundar. (premis) Bumi adalah planet. ( premis) # Bumi bundar. Semantik juga berperanan dalam bidang leksikografi. Katz dan Fodor (1963), mencadangkan setiap entri kamus harus mempunyai : a. a syntactic categorization. b. a semantic description. c. a statement of restriction of its occurrences.
13

Pragmatik dan Tatabahasa


Mengikut Leech (1983), hubungan antara pragmatik dengan tatabahasa adalah saling melengkapi. Namun, kedua-dua ilmu ini mempunyai garis pemisah. Pragmatik ialah kajian tentang penginterpretasian makna ujaran berdasarkan konteks. Antara perbezaan: - Semantik yang berkait rapat dengan pragmatik ialah ilmu yang termasuk dalam komponen tatabahasa, tetapi pragmatik tidak. - Makna semantik lebih terikat pada rumus-rumus tatabahasa. Sebagai contoh, dalam pertukaran ayat aktif menjadi ayat pasif. Didapati ada rumus-rumus tertentu yang dapat memastikan sama ada ayat itu betul atau tidak dari segi struktur maknanya. Contoh; - The mosquito was killed by Suzy (Nyamuk itu telah dibunuh oleh Suzy - Ayat Pasif). - Suzy killed the mosquito (Suzy membunuh nyamuk itu - Ayat Aktif). 14

Tanpa morfem by, ayat itu menjadi tidak gramatis. The mosquito was killed by Suzy (Nyamuk itu telah dibunuh oleh Suzy Hal ini membuktikan bahawa semantik dikuasai oleh rumus tatabahasa tetapi pragmatik tidak kerana pragmatik tidak berfokus kepada kegramatisan ayat, sebaliknya menerima niat perlakuan (unsur-unsur illocutionary) yang mempunyai makna. Contoh ayat: - If I were you, Id leave this town now (Jika saya ini anda, saya akan tinggalkan bandar ini sekarang juga.) Ayat yang diujarkan ini boleh mempunyai berbagai-bagai tafsiran bergantung pada intonasi dan mimik muka penuturnya. Ayat ini boleh bermaksud atau mempunyai niat perlakuan (unsur illocutionary) sebagai memberi arahan, nasihat, atau ugutan. 15

Rumus dalam semantik dan tatabahasa bersifat konvensional tetapi pragmatik dimotivasikan oleh tujuan perbualan. Makna ayat yang dikawal oleh tatabahasa adalah lebih bersifat harafiah manakala pragmatik tidak begitu. Contoh: - Ill pay you back tomorrow (Saya akan bayar balik pada awak besok). Dari segi tatabahasa yang bersifat konvensional, ayat ini menerangkan tentang lakuan masa depan (future act) penutur. Tetapi jika dianalisis dari sudut pragmatik, seperti konteks, rasional ayat yang diujarkan, dan prinsip perbualan yang terlibat akan membolehkan kita membuat kesimpulan bahawa ayat yang diujarkan itu bertujuan sebagai janji. Di sinilah perbezaan antara konvensional dengan motivasi.
16

Tatabahasa lebih bersifat pemetaan (mapping) sementara pragmatik adalah bersifat penyelesaian masalah. Pemetaan bermaksud wujudnya interaksi antara fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantik bagi membentuk ayat-ayat yang bermakna dan yang boleh diterima umum.
Sintaksis pula selalu dikatakan mempunyai set pemetaan yang paling kompleks kerana terdapatnya formula yang sempurna bagi menentukan kegramatisan representasi bagi setiap tahap. Bagi pragmatik, segala ayat yang diujarkan mempunyai fungsi yang tersendiri dan segala masalah pentafsiran makna yang wujud akan dapat diselesaikan.
17

Tatabahasa bersifat formal, tetapi pragmatik bersifat fungsional. Hal ini bermakna tatabahasa mempunyai rumus yang konvensional, manakala pragmatik lebih bersifat goal- oriented dan evaluative.
Kesimpulan, ilmu semantik, tatabahasa, dan pragmatik harus bergandingan dan bekerjasama bagi mendapatkan interpretasi makna yang sebenar. Semantik akan beroperasi di tahap tatabahasa, manakala pragmatik akan bertindak sebagai pelengkapnya, (Nor Hashimah Jalaluddin,1995).
18

Seterusnya, Sperber dan Wilson (1986), memberikan tiga alasan bahawa pragmatik tidak boleh dianggap sebahagian daripada tatabahasa. Alasan mereka adalah seperti yang berikut: - Makna tersirat seperti implikatur tidak dikuasai oleh rumus. Makna tersirat ini banyak dihasilkan oleh pengetahuan dunia dan inferens.Contoh: A. Tak pergi kuliah ke? B. Tak sedap badan. C. Tak cukup 80% tak boleh exam, tau! Beberapa aspek ujaran yang mempunyai makna harafiah tidak dikuasai oleh rumus. Ketidaktentuan dalam kandungan harafiah memaksa kita merujuk kepada konteks yang tidak diberikan oleh rumus.

19

Contoh yang baik ialah bahasa figuratif.

Aku tidak fikir yang dia sedar akan kehadiranku, tetapi tanpa diduga dengan tiba-tiba dia mengangkatkan matanya daripada buku yang sedang dibacanya, dan dengan sekilas dia memandang terus ke dalam mataku. Dengan cara begitu dia menangkap perhatianku: sekarang dia sedar yang aku telah duduk di situ memerhatinya sekian lama. Dia memberiku satu senyuman yang segar, dan senyuman itu hebat, Georg; satu senyuman yang boleh melebur satu dunia, kerana jika seluruh dunia melihatnya, ia boleh menamatkan semua peperangan dan kebencian di muka bumi, atau paling tidak satu gencatan senjata yang lama. (Gadis Oren, 2009) Komunikasi tanpa lisan tidak memerlukan rumus langsung, tetapi pragmatik masih mampu mentafsirkan makna sesuatu unsur.
20

Rumusan
Berdasarkan ketiga-tiga
alasan ini jelas bahawa pragmatik tidak boleh dianggap sebagai sebahagian daripada tatabahasa seperti halnya dengan semantik. Oleh itu, yang boleh dilakukan adalah menggandingkan kedua-dua semantik dan pragmatik bagi mendapatkan tafsiran yang tepat dan jitu.

21

Implikatur. Gazdar (1979) Ada lima ciri:


1) Bukan merupakan sebahagian daripada yang diujarkan. Contoh: - Saya kedinginan. - Letak kasut itu di situ. - Dia bersikap dingin. - Ini kasut baru. 2) Bersifat peka konteks dan mempunyai ciri yang boleh dibatalkan. 3) Tidak boleh digantikan dengan ungkapan lain jika maksud asal implikatur lari kecuali jika pengganti ujaran itu membawa makna yang sama. 4) Tidak boleh mempunyai syarat benar yang sama, jika ayat (1) salah dan mencakup ayat (2), bermakna juga salah maka ayat (2) tidak boleh dianggap sebagai implikatur kerana implikatur tidak mengizinkan proses pencakupan berlaku. 5) Satu ayat boleh mempunyai lebih daripada satu interpretasi dan menghasilkan ketidaktentuan interpretasi. 22

Semantik dalam Terjemahan


Dalam terjemahan, teori semantik membantu kegiatan terjemahan. Dalam terjemahan, yang dicari bukan bentuk yang sama tetapi bentukbentuk padanan. Antara perkara yang terlibat: a. kelainan antara kebermaknaan dan ketidakbermaknaan. b. kesinoniman dan ketidaksinoniman. c. kekaburan makna. d. keberlebihan erti atau membazir. e. polisemi. f. ayat-ayat yang karut.
23

Semantik Autonom diterapkan dalam terjemahan bersifat literal translation . Teori REST menekankan konteks (budaya penutur dan bahasa sasaran) a. Bill, Ive found a new job. (Saya sudah mendapat pekerjaan baharu)
i. Kimono (bahasa Jepun) - digunakan khusus untuk pakaian wanita Jepun. ii. Syariah (bahasa Arab) - digunakan khusus untuk perundangan Islam. iii. Lasagna (bahasa Italy) - digunakan khusus untuk sejenis makanan yang berasal dari Itali. iv. Esprit de corp (bahasa Perancis) - digunakan khusus untuk melambangkan24 suatu konsep.

Contoh-contoh istilah saintifik dan teknikal yang dipinjam pula adalah seperti petroleum, insulin, helium, biologi, brek, neutral, linguistik dan banyak lagi. Pinjaman adalah kaedah yang paling umum dan mudah antara semua kaedah terjemahan, dan merupakan satu bentuk kaedah formal. Banyak perkataan yang pada mulanya telah dipinjam semasa proses terjemahan dan akhimya melalui proses 'naturalisasi' atau diserapkan ke dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu. Proses ini mengadaptasi perkataan bahasa sumber kepada sistem sebutan, ejaan dan seterusnya morfologi bahasa sasaran (Newmark, 1988: 82). Contoh: almari (bahasa Portugis), kanun, syariat (bahasa Arab), pisau (bahasa Cina) cukai, maaf, (bahasa Hindi).
25

Kaedah Peniruan (Caique)


Kaedah ini masih lagi menggunakan konsep pinjaman tetapi istilahnya diterjemahkan (pinjam terjemah) dan disusun mengikut tatabahasa bahasa sasaran. Terdapat dua jenis peniruan: i. Peniruan Penyampaian - sesuatu istilah bahasa sumber itu dipinjam dengan cara menterjemahkannya secara literal ke dalam bahasa sasaran. Social science - sains sosial Amino acid - asid amino Website - laman sawang Yellow culture - budaya kuning Cold war - perang dingin Underground - bawah tanah 26 Skyscraper - pencakar langit

ii. Peniruan Struktur memasukkan struktur


bahasa sumber ke dalam bahasa sasaran. Prime minister - Perdana menteri (BI-BM). Secretaire generate Secretary general (B.Perancis-BI).

27

Terjemahan Harfiah
Dalam kaedah ini persamaan di peringkat kata (leksikal) dan peringkat ayat (sintaksis) dikekalkan. Kaedah ini lazimnya digunakan untuk menterjemah teks sumber yang ditulis dalam bahasa yang ringkas dan tidak kompleks. Bagi teks saintifik dan teknikal, terjemahan harfiah biasa digunakan dengan meminjam istilah bahasa sumber dan diubahsuaikan mengikut ejaan bahasa sasaran. Contoh: He will attend the meeting tomorrow. Dia akan hadir mesyuarat esok. I go to school by bus. Saya pergi ke sekolah dengan bas. My mother is a teacher. Ibu saya seorang guru.
28

Terjemahan harfiah membolehkan setiap perkataan dalam bahasa sumber diganti dengan padanannya dalam bahasa sasaran, dan sekali gus struktur ayat bahasa sumber dipindahkan terus ke dalam bahasa sasaran tanpa apa-apa perubahan besar. Namun begitu, kadangkala warta tidak boleh disampaikan ke dalam bahasa sasaran dengan menggunakan ketigatiga kaedah seperti tersebut sebelum ini. Perkara ini berlaku apabila sesuatu teks sumber tidak mempunyai satu makna yang sama dalam bahasa sasaran atau teks tidak boleh dipindahkan terus kerana berbentuk figuratif dan struktur linguistiknya berlainan. Contohnya: He looked at the map. He looked the picture of health.

29

Masalah terjemahan mungkin juga timbul apabila menterjemahkan satu perkataan yang membawa banyak maksud dalam bahasa sasaran jika digunakan dalam konteks yang berlainan. Makna setiap perkataan dipengaruhi oleh konteks. Oleh itu, terjemahan perlu dilakukan berdasarkan pemahaman keseluruhan konteks ayat. Contoh: To administer an estate - mentadbir harta. To administer first aid - memberi pertolongan cemas. To administer an oath - menjalankan angkat sumpah. To administer to the need of the poor membantu keperluan golongan miskin.

30

Penyamaan Fungsian
mencari penyamaan merupakan sesuatu yang rumit dalam terjemahan. Penyamaan yang dimaksudkan ialah 'penyamaan sejadi yang paling hampir'. Penyamaan sebegini bergantung sepenuhnya kepada konteks dan nilai budaya. Kaedah ini mencadangkan agar penyamaan yang dicapai dalam teks terjemahan dapat menyampaikan fungsi yang sama seperti dalam teks sumber, terutamanya penggunaan bahasa figuratif seperti perumpamaan dan simpulan bahasa.

31

Contoh
Ouch! - aduh! Go to hell - persetan/pergi jahanam. Casanova - buaya darat/hidung belang. Sour grape - iri hati. Sweetheart - buah hati. As white as snow - putih seperti kapas (bukan salji) (bahasa Arab :- Abyadh kallaban - white as milk). To kill two birds with one stone - sambil menyelam minum air Still water runs deep - air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
32

Beberapa Kajian Semantik Melayu


Awang Had Salleh (1959) - Menulis rencana yang bertajuk Sadikit Tentang Maana. Beliau memberikan data bahasa Melayu dalam penggunaan sehari-hari. Ainon Muhammad (1979) - Menulis tentang Semantik: Satu Pengenalan Ringkas menyenaraikan setiap teori semantik mengikut peredaran zamannya dengan mudah.

Zaharah Kasim (1985) - Dalam artikel yang bertajuk, Komponen Makna menjelaskan pentingnya peranan semantik untuk menyusun kamus. Mencadangkan teori semantik Katz dan Fodor (1963) dijadikan panduan oleh penyusun kamus.

33

Zahrah Ghaffur (1986) - Membincangkan penerapan teori semantik dalam kerja-kerja penterjemahan berkomputer. Ton Ibrahim (1987) - Membincangkan penerapan teori komponen makna pada kata gerak dalam tesis yang bertajuk,Kata kerja Gerak dalam Dialek Kedah Daripada kajian beliau, Ton telah dapat membezakan fiturnya seperti ke atas, ke bawah, ke belakang, ke tepi, ke dalam, ke luar, dari dan ke. Contoh: Kata arah ke atas adalah seperti yang berikut: - angkat, angkut,/ lompat, loncat,/ lambung, dan julang Asmah Hj Omar (1990) - Menunjukkan penerapan teori semantik dalam menerangkan konsep konflik dan penyelesaian konflik. Contoh: berkelahi, bertengkar, bergaduh, berbabil, berbalah, bersengketa, bergeser, membangkang, melawan, berlawan
34

Aishah Mahdi (1991) - Dalam tesis sarjananya yang berjudul, Kata Pinjaman Tulen Bahasa Inggeris dalam Bahasa Malaysia: Satu Kajian Semantik menerapkan teori semantik analisis komponen pada kerja-kerja perkamusan. - Aishah memberikan contoh bagaimana penyempitan dan pengkhususan serta perluasan makna berlaku dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh perkataan aktor dan aktres dikategorikan untuk mereka yang berlakon filem sahaja. Dramatis untuk mereka yang berlakon drama.

35

Sekian, terima kasih .

36