Anda di halaman 1dari 27

OLEH ENCIK RAZALI BIN HAJI YU INSTITUT PERGURUAN BATU LINTANG KIUCHING

Bertutur merupakan satu cara berkomunikasi yg amat kompleks, melibatkan proses mental yg mengerakkan alat pertuturan utk mengeluarkan bunyi bahasa yg bermakna. Di samping penghasilan bunyi bahasa, seseorang itu akan menggunakan unsur-unsur prosidi dan cara linguistik semasa bertutur bagi menguatkan maksud pertuturan. Unsur prosidi ialah intonasi, nada, tekanan, sebutan dan jeda. Manakala unsur para linguistik ialah bahasa isyarat dan bergerakan badan.

Membolehkan pelajar bertutur & mengeluarkan buah fikiran dgn menggunakan bahasa yg sesuai dlm berbagai-bagai keadaan perhubungan spt perbualan dgn rakan-rakan, guru, ibu bapa serta dlm aktiviti perbahasan dan syarahan. Dalam pertuturan, sebutan, intonasi dan penggunaan ayat yg tepat harus dititikberatkan.

Sebutan Tekanan Jeda Intonasi Tatabahasa Kelancaran Kefasihan Laras bahasa

Dari segi sebutan, pelajar harus mengenal huruf dan bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkaikata dan ayat-ayat. Ini bertujuan melatih mereka menyebut sesuatu dgn tepat dan jelas Mereka juga harus boleh menyebut dgn betul mengikut bunyi, ejaan dan makna.

Tekanan adalah cara menyebut perkataan, rangkaikata atau ayat dengan memberi tekanan pada tempat-tempat tertentu
Biasanya tekanan dilakukan pada suku kata dan ia bertujuan utk menandakan keras atau lembutnya sesuatu pengucapan.

Mora atau panjang pendek adalah kadar sesuatu bunyi itu dilafazkan. Konsepnya sama dgn `harakat dlm bahasa Arab. Unsur ini biasanya tidak jelas dlm bahasa Melayu dan kalau adapun ia tidak membezakan makna. Penggunaan unsur ini agak lebih ketara dlm bahasa Inggeris dan Arab.

Unsur ini juga disebut sebagai persendian. Ia digunakan utk memisahkan elemenelemen linguistik perkataan, rangkai kata, atau ayat-ayat. Dalam sesebuah ayat yg diucapkan, jeda digunakan sebagai hentian sebentar. Unsur ini boleh membawa makna yg berbeza jika digunakan.

Intonasi adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu ayat itu dilafazkan. Ia kadangkala disebut sebagai nada suara. Intonasi ayat dlm BM biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengkut jenis ayat yg dituturkan. Ia boleh menaik, menurun, boleh mendatar dan sebagainya. Ayat tanya biasanya mempunyai intonasi menaik di akhir ayat manakala ayat penyata pula mempunyai intonasi yang menurun.

Adalah keadaan bunyi yg menaik dan menurun sewaktu perkataan atau suku kata itu diucapkan. Dalam bidang muzik, ita dapati ada lapan nada iaitu do, re. mi, fa, so, la, ti dan do Setiap nada ini mewakili satu suku kata. Dalam BM, nada tidak bersifat fonemik. Kewujudannya lebih ketara dalam bahasa Cina.

Tatabahasa adalah satu sisitem, peraturan atau undang-undang menggabungkan kata untuk membentuk ayat. Peraturan-peraturan ini mempunyai kaedah dan formula tertentu. Ia terdiri daripada aspek fonologi, morfologi dan sintaksis. Dlm pertuturan ia ditekankan agar kita boleh bertutur dgn baik dan berkesan.

Kelancaran bermaksud murid-murid boleh bertutur atau bercakap dgn baik, kemas dan teratur.
Waktu bercakap mereka tidak menghadapi sebarang masalah dan tiada gangguan semasa percakapan itu berlangsung.

Kefasihan bererti pelajar boeh bercakap bukan sahaja dlm bentuk kemas, licin, teratur dan lancar tetapi mereka juga boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan dan ayat-ayat yg dituturkan itu secara jelas dan tepat. Mereka boleh bercakap seperti seorang penutur jati yg terpelajar

Pelajar boleh menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai konteks, suasana dan situasi yg sesuai.
Tujuannya ialah supaya murid-murid boleh menggunakan bahasa itu utk tujuan-tujuan berkomunikasi secara berkesan.

Umur Kecerdasan Kesihatan Fizikal Alam sekeliling Jantina

UMUR
Tahap pertuturan dipengaruhi oleh umur. Semakin matang umur seseorang itu, semakin baiklah faktor pertuturannya.

KECERDASAN
Ini bermaksud kecerdasan otak yg dihubungkan dgn kemampuan menghasilkan bahasa.

KESIHATAN
Ini bermaksud jika seseorang pelajar itu mendapat sakit berlanjutan pada masa kecil, penguasaan bahasa mereka akan terganggu. Biasanya pelajar yg lemah dan sakit tidak mempunyai kekuatan utk berfikir dan bercakap

FIZIKAL
Pertuturan biasanya terhasil daripada organorgan manusia. Jika secara fizikalnya didapati organ-organ ini rosak atau tidak lagi berfungsi maka pasti kanak-kanak itu tidak boleh bertutur dgn baik.

ALAM SEKITAR
Biasanya faktor taraf sosioekonomi & perhubungan keluarga boleh mempengaruhi pekembangan bahasa kanak-kanak

JANTINA
Melalui kajian, kanakkanak perempuan lebih dahulu bercakap dpd kanak-kanak . Ini disebabkan oleh perkembangan jasmani kanak-kanak perempuan yg berkaitan dgn urat saraf pertuturan mereka berlaku lebih cepat dpd kanak-kanak lelaki.

Kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur lebih baik berbanding dengan kanak-kanak dwibahasa.
Ini disebabkan oleh gangguan-ganguan bahasa ibunda (pertama) Dari segi pemikiran (kognitif) kelebihan terletak kepada kanak-kanak yang mempunyai dwibahasa.

Awal Pertengahan Maju

Melafazkan pengucapan bertatasusila Mengajuk perkataan & ayat yg didengar Menyoal utk mendapatkan maklumat Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi. Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu Bertindak terhadap soalan-soalan mudah Memberi arahan Membuat ayat-ayat mengenai diri sendiri, rakan, ibu bapa dan sebagainya Membuat ayat-ayat daripada gambar-gambar

Membuat deskripsi tentang objek atau gambar Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa Memberi satu arahan untuk membuat sesuatu Menyoal & menjawab soalan-soalan berhubung dgn peribadi seseorang, masa bersekolah, persekitaran, di rumah dan sebagainya. Membaca iklan, peraturan-peraturan Memberi ucapan pendek dan mudah Mengambil bahagian dlm perbualan mudah Memberi komen secara mudah Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.

Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan, proses dan sebagainya. Bercerita dgn menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya Mengambil bahagian dlm perbincangan, perbualan atau dialog Bertanya utk mendapatkan maklumat Menerangkan proses, kejadian, prosedur & peraturan Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat Memberi ceramah, syarahan (yg disediakan) Mengambil bahagian dlm drama atau lakonan Mendeklamasi puisi Menyampaikan komen, laporan atau ulasan Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya.

Berbual Bercerita Berpuisi Berbincang Berceramah Berpidato