Anda di halaman 1dari 23

TAHUN BARU CINA

Nama Lain :Tahun Baru Qamari, Perayaan Musim Bunga Tarikh Sambut:Hari pertama hari ke-lima belas dalam kalendar Cina (qamari) Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.

MITOS
Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nin ialah seekor raksasa pemakan manusia.Orang ramai takut dimakan oleh raksasa Nian dan mereka tidak keluar daripada rumah.Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan letupan, bunga api dan penggunaan warna merah secara meluas.Akhirnya,raksasa Nian berjaya diusir dan orang ramai pun bolehlah keluar daripada rumah untuk menyambut kemenangan. Orang ramai beranggap bahawa hari ini lah,mereka dapat menjalankan hidup yang baru tanpa gangguan raksasa Nian dan nenentukan hari ini sebagai tahun yang baru.Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan Tahun Baru yang sulung. Gu nin , yang bermaksud "menyambut tahun baru" ,membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian".

Sebelum Tahun Baru Cina


Pada hari-hari sebelum Tahun Baru Cina, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar.Mereka juga akan membeli barang-barang yang diperlukan semasa Tahun Baru Cina dan membuat biskut atau kuih raya serta menghiaskan rumah mereka sebelum Tahun Baru Cina.

Sambutan perayaan
Sambutan Tahun Baru Cina disambut dengan menziarah ahli keluarga saudara-mara dan sahabat, serta penggunaan warna merah yang berlebihan. Ang pau diberikan kepada orang muda dan kanak-kanak oleh orang tua dan yang telah kahwin. Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.

Sehari sebelum Tahun baru Cina


sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul di kampung dan akan makan besar bersama.

Hari ke-7
Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai, iaitu hari yang mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar qamari Cina. Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung, yee sang, dimakan. Kaum sekeluarga berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan dan kemakmuran.

Hari ke-9
Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah Maharaja Jed di Kayangan di tokong agama Tao. Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai "tahun baru" suku kaum Hokkien. Apabila tibanya tengah malam pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa syukur kepada Maharaja tersebut. Teh dituang sebagai adat bagi menghormati orang ternama.

Amalan Tahun Baru Cina


Angpau/Ya Sui Qian -diedarkan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina, oleh pasangan suami
isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin. Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah ini kepada kanak-kanak

Pakaian
-Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina kerana dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang. Tambahan, orang yang memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan permulaan baru pada tahun baru.

Shou Sui
-Shou Sui berlangsung apabila ahli keluarga berkumpul bersama pada malam selepas makan malam bersama dan mengenangkan tahun yang telah berlalu sementara menyambut tahun yang akan tiba. Sesetengahnya percaya bahawa anak-anak yang Shou Sui akan memanjangkan usia ibu bapa.

Pakaian

Makanan

Tarian Singa Dan Naga

Lain-lain

Pesta Tanglung
Nama Lain:Perayaan Kuih Bulan Tarikh:disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8 pada kalendar Cina.(Bulan penuh melambang perpaduan) Sambutan:makan kuih bulan,minum teh dan menikmati keindahan bulan,perarakan tanglung pada malam perayaan,.

MITOS: Menurut dongeng, pada zaman purba, terdapat 10 buah matahari di langit, cahaya matahari yang panas terik menyebabkan tanah kering dan berasap, air di laut kering tersejat dan rakyat jelata menghadapi maut.

Seorang pahlawan yang juga Raja Negeri Youqiong Dinasti Xia bernama Hou Yi mempunyai kuasa misteri dan pandai memanah. Baginda dengan gagah berani memanah jatuh 9 buah matahari, rakyat jelata memuja Hou Yi yang menyelamatkan mereka dari ancaman maut.

Permaisuri Hou Yi bernama Chang E, merupakan seorang jelitawan. Pada suatu hari, Hou Yi memperolehi ubat panjang umur yang dihadiahkan oleh Permaisuri Wangmuniangniang. Katanya orang yang makan ubat panjang umur itu segera akan menjadi dewa atau dewi dan terbang ke kayangan. Hou Yi tidak mahu berpisah dengan permaisurinya, maka baginda tidak memakan ubat itu dan menyerahkan ubat itu kepada permaisurinya Chang E untuk disimpan. Perkara ini ternampak oleh Peng Meng, pengikut Hou Yi. Semasa Hou Yi keluar, Peng Meng pergi ke istana Hou Yi dan memaksa Chang E memberikan ubat panjang umur itu kepadanya. Chang E mengetahui bahawa dia tidak berdaya melawan Peng Meng, dia terpaksa memakan ubat panjang umur itu. Setelah memakan ubat itu, Chang E terbang dari bumi ke bulan sertamerta.

Apabila Hou Yi kembali ke istana, para dayang sambil menangis telah memberitahu perkara itu kepada Hou Yi. Hou Yi yang sedih menyeru permairusinya di bulan. Baginda mendapati bulan pada malam itu sangat bulat, besar dan terang dan dapat nampak bayang permaisurinya yang bergerak di bulan. Hou Yi bersembahyang untuk permaisurinya Chang E di bulan dengan meletakkan makanan yang disukai oleh permaisurinya. Setelah mengetahui Chang E terbang ke bulan dan menjadi dewi, rakyat jelata juga beramai-ramai bersembahyang dengan meletakkan pelbagai jenis makanan semoga Chang E di bulan menganugerahkan keamanan dan kesejahteraan kepada mereka. Lama-kelamaan, menyembahyangkan bulan pada 15 hb, bulan 8 imlek Cina telah menjadi adat-resam rakyat China dan menjadi Pesta Kuih Bulan China.

Makanan

Tanglung Dan Permandangan

Perayaan Qi Xi
-Juga dikenali sebagai Perayaan Qi Qiao,Chinese Valentine Day -disambut pada 7 hari bulan 7 dalam kalender Cina

Duan Wu Jie

Dong Zhi
-Disambut pada atau sekitar 22 Disember. -Dong Zhi bermaksud musim sejuk tiba. -Orang Hokkian sangat mementingkan perayaan Dongzhi dan mereka membuat tangyuan pada malam menjelang Dongzhi. Selepas makan tangyuan, orang Hokkian menganggap usia mereka sudah bertambah satu tahun. Mengikut adat Hokkian, kanak-kanak perlu makan bilangan tangyuan yang mengikut bilangan umur masingmasing. Jika tidak, mereka tidak dapat tambah satu tahun.

Tang Yuan