Anda di halaman 1dari 20

TEKNIK DAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PANTOMIN, MESTAMU, DEKLAMASI, SAJAK)

WAN MOHD SHAIFULLAH WAN AB RAHMAN 8 PISMP PENGAJIAN MELAYU

Pantomim
Definisi Menurut Pelajar Edisi Kedua pantomim didefinisikan sebagai sandiwara yang pelakonpelakonnya hanya melakukan gerak-geri saja tetapi tidak menuturkan kata-kata. Drama yg dipersembahkan dgn menggunakan gerak-geri sahaja dan biasanya diiringi muzik.(Kamus Dewan Edisi Empat)

Aplikasi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah


Guru menerangkan terlebih dahulu defenisi dan konsep pantomin kepada murid. Guru menunjukkan contoh pantomin dilaksanakan. Mula dengan meminta mereka untuk melakonkan tindakan mudah harian seperti menggosok gigi mereka atau bermain dengan haiwan kesayangan mereka.

Pilih sebuah buku cerita pendek kanakkanak yang menunjukkan ciri tindakan harian. Minta kanak-kanak untuk melakonkan perbuatan yang terdapat di dalam. Guru membaca perlahan-lahan, berhenti disetiap halaman, dan memberikan peluang kepada murid untuk melakonkannya. Menggalakkan murid untuk menulis cerita pantomim sendiri. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil pilihan mereka dan melaksanakan pantomin mereka dihadapan kumpulan yang lain.

Mestamu
Murid melagukan sajak atau puisi tanpa muzik. Gunakan melodi lagu yang diminati/popular dan gantikan seni kata/lirik lagu itu dengan sajak atau puisi yang dipelajari. Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi. Teknik ini sesuai untuk puisi seperti sajak, pantun, syair, gurindam, dan seloka

Deklamasi
Deklamasi berasal dari bahasa Latin yang maksudnya declamare atau declaim yang membawa makna membaca sesuatu hasil sastera yang berbentuk puisi dengan lagu atau gerak tubuh sebagai alat bantu. Gerak yang dimaksudkan ialah gerak alat bantu yang puitis, yang seirama dengan isi bacaan.

Apa bezanya deklamasi dan nyanyi? Menyanyi ialah melagukan suatu nyanyian dengan menggunakan not-not do-re-mi atau not balok, sedang deklamasi ialah membawakan pantun-pantun, syair, puisi atau sajak dengan menggunakan irama dan gaya yang baik.

Disamping itu kita mengenali pula: menari, melukis, memahat, sandiwara dan lainlain. Semuanya itu mempunyai cara-cara dan aturannya sendiri-sendiri.

Aplikasi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah


Seperti yang telah dijelaskan bahawa berdeklamasi itu membawakan pantun, syair dan sajak atau puisi.Sebelum kita berdeklamasi, kita harus memilih dulu pantun, syair, sajak apa, yang rasanya baik untuk dideklamasikan. Terserah kepada keinginan masing-masing.

Yang penting pilihlah sajak atau puisi, pantun atau syair yang mempunyai isi yang baik dan bentuk yang indah dideklamasikan. Mengenai hal isi tentunya dapat minta nasihat, petunjuk dan bimbingan daripada mereka yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan atau ahli dalam bidang deklamasi.

Apakah puisi yang kita pilih itu berunsur kepahlawanan, keberanian, kesedihan, kemarahan, kesenangan, pujian dan lainlain? Kalau puisi yang kita pilih itu mengandungi kepahlawanan, keberanian dan kegagahan, maka kita pun harus mendeklamasikan puisi tersebut dengan perasaan dan laku perbuatan, yang menunjukkan seorang pahlawan, seorang yang gagah berani.Kita harus dapat melukiskan kepada orang lain, bagaimana kehebatan dan kegagahan kapal udara itu. Bagaimana harus mngucapkan kata-kata yang seram dan menakutkan.

Sebaliknya kalau saja puisi yang kita pilih itu mengadung kesedihan, sewaktu kita berdeklamasi haruslah betul-betul dalam suasana yang sedih dan memilukan, bahkan harus bisa membuat orang menangis bagi orang yang mendengar dan melihat kita sedih, ketika dideklamasikan menjadi sebuah puisi yang gembira, bersukaria atau sebaliknya. Tentu saja hal-hal seperti itu harus dijaga benarbenar. Kerana itu, perlu berhati-hati, teliti, tenang dan sungguh-sungguh dalam menafsir sebuah puisi.

Baca semua puisi itu berulang-ulang sehingga kita memahami isi kandungan dan maksud oleh puisi tersebut.

Khat
Khat merupakan tulisan tangan yang cantik, yang dihasilkan dengan menggunakan berus atau pen khas, kaligrafi (Kamus Dewan Edisi Keempat : 786). Seni kaligrafi Islam atau lebih sinonim dengan nama seni khat merupakan khazanah tertua di dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam. Penulisan Khat yang pertama di dunia dipercayai dihasilkan di Kufah, Iraq dalam kurun ke tujuh. Fakta yang tercatat daripada sumber bertulis seorang sufi mendapat ilham menghasilkannya melalui mimpi.

Jenis-jenis Khat
Khat Kufi Khat Nasakh Khat Diwani Khat Thuluth

Khat Kufi

Khat Nasakh

Khat Diwani

Khat Thuluth

Aplikasi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah


Kenalkan satu persatu huruf jawi kepada murid. Murid menulis huruf jawi Kenalkan jenis tulisan khat kepada murid Bagi murid tahap satu, aktiviti mewarna tulisan khat. Manakala, murid tahap dua pula, murid dikehendaki melukis atau menekap kembali tulisan khat yang ditunjukkan oleh guru