Anda di halaman 1dari 21

Membuka Pintu Kerajaan Langit

Musbri Mohamed
DIL; ADIL ( ITM )
Pursuing MBL ( UKM )

1
Istilah perdagangan di bawah
tafsiran perundangan di Malaysia
agak kabur namun Kamus
Dewan mendefinisikan
‘perdagangan’ sebagai sesuatu
yang berkaitan dengan urusan
perniagaan.

Black’s Law Dictionary


menghuraikan ‘perniagaan’
(business) sebagai

“Business: Employment,
occupation, profession, or
commercial activity engaged in for
gain or livelihood. Activity or
enterprise for gain, benefit,
advantages or livelihood;…”

2
Menurut Colman adalah sukar memberikan definisi yang
jelas dan tepat kepada kes perdagangan, dan apa yang
menjadikan sesuatu kes itu boleh di bawa ke Mahkamah
Dagang untuk dibicarakan. Bahkan terdapat para hakim
dan pengamal undang-undang yang menghadapi masalah
dan kerumitan dalam mengklasifikasikan kes sama ada
untuk difailkan di Mahkamah Dagang atau pun tidak.

3
Perdagangan Elektronik, juga dipanggil
e-dagang atau dalam bahasa Inggerisnya
Electronic Commerce (EC) atau e-commerce
adalah sebuah sistem perniagaan dan jual beli
yang banyak menggunakan kemudahan
teknologi maklumat terutama telekomunikasi
canggih sehingga dapat melindungi dan
memuaskan pengguna-penggunanya iaitu yang
terdiri daripada penjual, pembeli dan pihak-pihak
yang ketiga seperti bank, syarikat kewangan,
syarikat kad kredit, pengeluar sijil pengesahan
digital dan lain-lain lagi.

4
Di dalam buku oleh Thomas Friedman , yang
bertajuk The World is Flat, di mana beliau telah
membahagikan tempoh globalisasi kepada tiga
peringkat :-

Peringkat pertama bermula apabila Christopher


Columbus mengelilingi dunia pada 1492-1800, era
globalisasi ini digerakkan oleh negara dan kudrat.

Peringkat kedua globalisasi bermula pada 1800


hingga 2000 yang digerakkan syarikat
multinasional.

Manakala peringkat mutakhir globalisasi yang


diistilahkan beliau globalisasi 3.0, bermula pada
abad ke-21 yang digerakkan individu dan kumpulan
yang memanfaatkan perisian bidang teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT).

5
Dengan E-dagang sesebuah syarikat
atau individu boleh melakukan transaksi
jual dan beli dari dan di mana sahaja
di dunia ini.

Pra-syarat terpenting untuk


menjalankan perniagaan dalam
suasana yang menggunakan teknologi
E-Dagang ini ialah pemilikan
kelengkapan IT yang sesuai dan
prasarana telekomunikasi yang
membolehkan anda mengkases
Internet. Ini sudah tentunya bermula
dengan sebuah komputer, modem dan
talian telefon.

6
Penggunaan E-dagang dijangka akan melonjak naik dari
setahun demi setahun sesuai dengan meningkatkan
penerimaan IT di kalangan masyarakat .

Walau bagaimanapun di antara yang membelenggu


penerimaan e-dagang secara lebih meluas di kalangan
khalayak ramai ialah persepsi bahawa e-dagang masih
tidak boleh dipercayai dari segi keselamatan dan
kepercayaannya berbanding dengan cara-cara tradisional
perdagangan.
7
Penglobalan perdagangan bermakna
bahawa manusia kini mempunyai akses
kepada pelbagai jenis barangan dan
perkhidmatan yang tidak pernah dilihat
dalam sejarah. Dari kereta buatan
Jerman ke kopi tumbuhan Colombia, dari
pakaian China ke kapas Mesir, dari
muzik Amerika ke program computer
India, manusia boleh membeli dan
memiliki pelbagai jenis barangan dan
perkhidmatan.

8
Secara amnya pasaran
E-dagang meliputi enam
bidang iaitu pengiklanan,
pendidikan, kewangan, bidang
professional, peruncitan dan
pelancongan. Keenam-enam
bidang ini telah menyumbang
kepada pertumbuhan E-dagang
yang memberangsangkan.

9
Dalam tahun 1998 sahaja jumlah pendapatan
pengiklanan menerusi Internet telah mencecah
sehingga AS$1.3 bilion dan jumlah aset yang berjaya
diurusniagakan oleh broker dalam talian adalah
AS$420 bilion.

Dalam bidang pendidikan pula jumlah penuntut jarak


jauh telah meningkat daripada 120 ribu pelajar pada
tahun 1997 kepada 710 ribu pada tahun 1998 dan
jumlah ini dijangkakan meningkat kepada 2.2 juta
penuntut menjelang tahun.

Dalam bidang professional pula seperti bidang


perubatan, penggunaan teleperubatan telah
meningkat sejumlah 300 peratus di seluruh dunia
dan lebih 3 juta orang telah menerima manfaat
daripada teleperubatan pada tahun 1998.

10
Bidang kewangan pula telah menyaksikan peningkatan
dalam pembelian aplikasi perbankan Internet kepada AS$93
juta pada tahun 1998 dan jumlah ini dijangkakan meningkat
kepada AS$326 juta pada tahun 1999.

Pada tahun 1997 hanya AS$100 juta diperolehi daripada


penempahan tiket melalui Internet tetapi angka ini dijangka
akan meningkat kepada AS$3.1 bilion pada tahun 2002.

Dalam masa yang sama pengguna yang menggunakan


Internet untuk merancang perjalanan mereka akan
meningkat daripada 3.1 juta kepada
11.7 juta pengguna.

11
E-dagang sekarang ini diakui oleh
syarikat-syarikat antarabangsa dan
pakar-pakar pemasaran sebagai satu
sektor perniagaan dan pemasaran
yang tidak boleh diabaikan lagi dan
menjadi satu alternatif wajib untuk apa
jua jenis perniagaan yang ingin pergi
ke peringkat antarabangsa sesuai
dengan ungkapan

“ e-business or no business ”.

12
Menglobalisasikan undang-
undang adalah gaya baru
di dalam pembangunan
undang-undang dan sistem
perundangan terkini
di seluruh dunia.

Ringkasnya the
globalization of law is
based on the globalization
of business and trade.

13
Kesatuan Eropah telah
meluluspakai Electronic
Commerce Directive pada
8.6.2000 sebagai
menandakan bahawa Eropah
secara resminya telah
memasuki era digital.

14
Di masa kini, proses globalisasi
telah semakin pesat berlaku,
dengan kemajuan-kemajuan
dalam Teknologi Maklumat dan
Komunikassi (ICT), yang
mempengaruhi hampir semua
aspek aktiviti ekonomi. Dalam
banyak keadaaan, peraturan-
peraturan tidak lagi bermakna,
kerana, Internet telah
membolehkan penyampaian
maklumat, tanpa batasan dan
halangan.

15
Perdagangan, termasuk
penyampaian perkhidmatan-
perkhidmatan profesional,
seperti perundangan, boleh
dilakukan, dengan membatasi
segala sempadan yang
ditentukan oleh Undang-
Undang dan Peraturan. Nasihat
Perundangan, boleh diberi
melalui Intenet, dan, dengan itu,
sekaligus mengenepikan
peraturan-peraturan sedia ada,
tentang pemberian khidmat
guaman antara negara-negara.

16
Pengunaan Internet telah memberi
cabaran-cabaran baru kepada semua
kerajaan, dalam penggubalan undang-
undang dan peraturan domestik, untuk
menentukan skop dan bidang
pembukaan pasaran, untuk mana-mana
sektor.

Bahkan Malaysia sendiri telah


melaksanakan undang-undang yang
berkaitan dengan kemajuan-kemajuan
dalam ICT, seperti Akta Jenayah
Komputer 1997, Akta Hakcipta 1997,
Akta Tele-perubatan 1997, Akta
Tandatangan Digital 1997, Electronic
Commerce Act 2006 dan Akta Aktiviti
Kerajaan Elektronik 2007.

17
Malaysia telah memperolehi
keuntungan daripada proses
liberalisasi perdagangan dunia kerana
pertumbuhan ekonomi Malaysia
adalah ekoran dari pertumbuhan
eksport negara.

Sebagai sebuah negara yang kecil,


Malaysia bergantung kepada pasaran
luar negara.Buat masa ini, Malaysia
merupakan negara pengeksport
ke 17 dan negara pengimport ke 21
terbesar di dunia.

18
Sebelum 1999 urusan jualan barang yang melibatkan
pengguna di Malaysia dikawal oleh Akta Kontrak 1950, Akta
Jualan Barangan 1957 dan Akta Sewa Beli 1967. Kontrak
pembekalan barang dan perkhidmatan merupakan dua
komponen kontrak yang sering menyerlahkan
ketidakseimbangan kuasa antara peniaga dan pengguna.
Bagi menambahbaikan perlindungan pengguna maka
kerajaan Malaysia memperkenalkan Akta Perlindungan
Pengguna 1999.

Malaysia memerlukan rakan bagi memajukan e-dagang serta


globalisasi.Setakat ini ASEAN adalah sekutu terbaik
Malaysia.

ASEAN dapat mengikut acuan Kesatuan Eropah. Sejak


penubuhan ASEAN pada 1967 ianya telah berperanan
di peringkat serantau dan antarabangsa. Potensi bagi
pasaran dagangan serantau ASEAN dapat dikembangkan
dengan kehadiran 520 Juta pengguna di rantau ASEAN.

19
Penggunaan teknologi maklumat
termasuk e-dagang adalah amat
signifikan dalam perdagangan
global.

Seluruh rakyat Malaysia adalah


pengguna, jadi sewajarnya
perlindungan undang-undang
pengguna diberi keutamaan
termasuk dalam e-dagang dalam
memastikan kepentingan
pengguna tidak terjejas.

20
Jelas bahawa impak proses globalisasi
amat meluas, dan amat penting bagi
Malaysia terus proaktif dalam
menyediakan semua pihak yang terdiri
daripada individu, swasta, awam dan
kerajaan untuk mengatasi cabaran-
cabaran globalisasi, dengan jayanya,
serta berupaya pula untuk
memanfaatkan, di mana wajar, proses
globalisasi itu.

Terima kasih.

21