Anda di halaman 1dari 44

BAB 2

ZAMAN PENJAJAHAN
OBJEKTIF

 Menjelaskan kewujudan dan proses-proses


penjajahan dari kuasa-kuasa asing serta
kesan kepada masyarakat dan negara.
 Menghuraikan semangat penentangan
terhadap penjajah dan menilai kesan-kesan
penjajahan.
PENJAJAHAN

PORTUGIS BELANDA INGGERIS JEPUN

FAKTOR
KESAN KESAN
KEDATANGAN PENTADBIRAN

PROSES
PENJAJAHAN
KESAN
PENDUDUKAN
PENENTANGAN
JEPUN

KESAN
PENGENALAN
 Kolonialisme - dasar /amalan sesebuah negara meluaskan
pengguasaannya ke atas sesebuah negara lain.
 Imperialisme - dasar/tindakan sesebuah negara menjajah
atau mengenakan kuasa pemerintahannya ke atas negara2
lain.
 Nasionalisme – pergerakan utk mencapai kebebasan
ekonomi dan politik drpd kekuasaan asing.
 Latar Belakang Penjajahan
Negara telah dijajah oleh beberapa buah kuasa barat dan
timur iaitu Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun termasuk
Siam.
 Negara dijajah selama 446 tahun bermula dari tahun 1511
hingga 1957.
a) Portugis (1511-1641)
b) Belanda (1641-1824)
c) Inggeris (1824-1941) dan (1945-1957)
d) Jepun (1941-1945)

Sebab apa mereka datang :


 Ekonomi (rempah-ratus, bijih timah dan emas)
 Agama (sebarkan agama kristian).

Kesimpulan, Tanah Melayu mempunyai pengalaman


penjajahan oleh empat kuasa tersebut. British membawa
pengaruh yang besar dalam sosiobudaya, ekonomi dan
politik di TM.
Portugis
Pengenalan
 Menguasai Melaka pada tahun 1511sehingga 1641(130
tahun)
 Hanya dapat menakluk dan menduduki bandar dan
pelabuhan Melaka.
 Tidak berupaya menakluki dan menduduki negeri-negeri lain
kerana jumlah tenteranya yang tidak mencukupi.
 Tujuan utama datang ke timur iaitu untuk menakluk dan
menduduki Melaka yang merupakan pusat perdagangan.
 Portugis masih lagi menghadapi serangan dan tentangan dari
Sultan Mahmud.
 Portugis terbabit dengan Perang Tiga Segi (Portugis, Aceh
dan Johor) utk menguasai perdagangan Kepulauan Melayu.
 Matlamat
 ekonomi (rempah ratus, bijih timah dan emas)
 mencari pelabuhan untuk menguasai perdagangan di
kawasan timur (Melaka).
 mengembangkan agama Kristian
 Kesan penjajahan
 membawa kepada kemunculan kerajaan Melayu Johor-Riau
 memperkenalkan sistem pentadbiran ketenteraan di Melaka
 agama Kristian cuba di sebarkan
 Kesan peninggalan seni bina (A Famosa).
 Portuguese music (Jingling Nona) and community (Serani)
 Pengenalan tulisan rumi
 Perkataan bhs Portugis- ‘jendela, almari, garpu dan tuala’
A Famosa

Portugese Dance
Belanda
Pengenalan
 Kejatuhan Portugis di Melaka adalah hasil kerjasama antara
Belanda dan Kerajaan Johor.
 Abad ke 17, Belanda menumpukan perhatian kepada
pelabuhan di Jawa. Belanda menubuhkan Syarikat Hindia
Timur Belanda pada 20 Mac 1602
 1619 - Belanda telah mendirikan ibu pejabat tetap di Betawi
(Batavia) Pulau Jawa.
 Belanda menawan Melaka pada tahun 1641 daripada
Portugis.
 Penjajahan Belanda dengan tujuan :
 menguasai perdagangan rempah-ratus di Kepulauan
Melayu,
 memonopoli perdagangan bijih timah di negeri-negeri
Melayu
 Belanda juga menguasai perdagangan bijih timah di Perak dan Selangor.
 Belanda bersaing dengan British untuk menguasai perdagangan bijih
timah di Tanah Melayu dan akhirnya mereka menandatangani Perjanjian
Inggeris-Belanda (perjanjian London) pada tahun 1824.
Proses Penguasaan Melaka
 Pertengahan 1640, Belanda bersatu dengan Johor menyerang Melaka, dan
hanya dapat mengalahkan Portugis selepas enam bulan berperang.
 Januari 1641, Portugis menyerah kalah dan Belanda menguasai Melaka.
 Belanda mewujudkan monopoli terhadap seluruh perdagangan di Kepulauan
Melayu.
 Betawi – pusat perdagangan
 Melaka – pengkalan untuk mengawal negeri-negeri TM yang kaya dengan
timah.
 Cara meluaskan perdagangan
 Membuat perjanjian berdagang dan biasanya berat sebelah iaitu
menguntungkan Belanda sahaja.
 1642, desak Johor tandatangan satu perjanjian perdagangan yang
mengkehendaki agar semua kapal yang belayar ke utara melalui
Selat Melaka , hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran
Belanda.
 Kurun 18, hadapi tentangan dan persaingan dari Bugis.
Kesan Penjajahan Belanda

Bangunan Stadhuys, Kota Belanda(Dutch Fort),


Melaka Pulau Pangkor
Inggeris
Pengenalan
 British mula campurtangan di TM bermula 11 Ogos 1786
apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang.
 16 Feb 1819, Stamford Raffles berjaya menduduki

Singapura melalui perjanjian antara Tengku Long dan


Temenggung Abd Rahman.
 Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 membuka jalan British

menguasai Tanah Melayu


 Inggeris berjaya menguasai Pulau Pinang, Melaka dan

Singapura dan dikenali Negeri-negeri Selat pada tahun


1826.
 Selepas perjanjian Pangkor 1874, Inggeris mula

campurtangan di NNMelayu secara langsung.


Faktor-faktor Campurtangan Inggeris
a) Faktor ekonomi
 Berlaku Revolusi Perindustrian pada pertengahan abad ke-19 di
Eropah (industri mengetin makanan)
 Tanah Melayu sebagai tempat pengeluar yang utama bijih timah.
Selangor dan Perak negeri pengeluar utama.
b) Faktor keadaan anarki
 Masalah perang saudara antara pembesar. Perang Saudara
(1867-1873) antara Tengku Kudin vs Raja Mahadi di Selangor.
 Di Perak berlaku pergaduhan antara kongsi gelap Hai San dan
Ghee Hin
 Kegiatan pelanunan
c) Faktor kebimbangan campur tangan kuasa-kuasa asing
 Kebimbangan British terhadap kuasa Barat seperti Russia,
Perancis, Itali dan Jerman. Mereka bersaing untuk meluaskan
jajahan takluk masing-masing.
 Kuasa-kuasa tersebut boleh menjalinkan hubungan ekonomi
dgn NNM
Perjanjian Inggeris – Belanda
 Termenterai perjanjian antara British dengan Belanda pada 17 Mac
1824.
 Belanda mengakui kehadiran British di Singapura dan menarik balik
tuntutannya ke atas Belanda.
 Dalam usaha untuk mengelakkan berlakunya konflik lagi, kedua-
dua pihak bersetuju membahagikan wilayah;
 Selat Melaka telah dibahagi dua
 Selatan dan Barat berada di bawah Belanda
 Utara dan Timur berada di bawah British
 Singapura diakui wilayah British
 Melaka ditukar suka sama suka dengan Bangkahulu (di pulau
Sumatera)
Kesan penting kepada Perjanjian Inggeris-Belanda:
 Kepulauan Melayu terbahagi kpd dua pengaruh Ingeris dan
Belanda
 Perpecahan empayar Johor –Riau.
 Persaingan antara British dan Belanda bertambah sengit
Campurtangan di Perak
 Perak – negeri Melayu terawal menerima kemasukan pengaruh
politik British. British mengambil kesempatan drpd :
a) perebutan takhta kerajaan Perak
- pertelingkahan antara Raja Yusof, Raja Ismail dan
Raja Abdullah.
b) pergaduhan kongsi gelap Cina
- kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San (Perang Larut)
 Penyelesaian - Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874
 Sistem residen pertama wujud di Perak 1875. (J.W.W Birch)
Campurtangan di Selangor
 Masalah kutipan cukai di muara sungai dan masalah lanun
diperairan Selangor.
 Jun 1871, kapal saudagar Cina dirompak oleh pengikut Raja
Mahadi. British hantar dua kapal Pluto dan Rinaldo serang kubu
Raja Mahadi.
 British ambilalih Selangor dan J.G. Davidson sbg residen pertama.
Campurtangan di Sg.Ujong dan Negeri Sembilan
 Perbalahan antara Datuk Kelana dengan Datuk Bandar –
kuasa kutipan cukai bijih timah di Sg. Ujong.
 Semua daerah di N9 jatuh ke tangan British dan akhirnya
terima residen pada tahun 1889 - Martin Lister.

Campurtangan di Pahang
 Pertikaian saudara antara Bendahara Wan Ahmad dgn Wan
Mansur (1884).
 Frank Swettenham di hantar ke Pahang untuk selesaikan
masalah dan Sultan Ahmad menerima residen pertama
Pahang
J.P. Rodger pada 8 Oktober 1887.
Pegawai Inggeris Di Tanah Melayu

J.W.W Birch Frank Swettenham Stamford Raffles


(Perak) (Residen-Jeneral Pertama) (Singapura)

J.P. Rodger Francis Light


(Pahang) (Pulau Pinang)
Sistem Residen
 Bermula di Perak kemudian di Selangor, Negeri Sembilan
dan Pahang.
 British berkuasa di NNMB dalam aspek – politik dan
pentadbiran, ekonomi dan sosial.
 Matlamat Sistem Residen :
1. keamanan melalui undang-undang
2. sistem pentadbiran awam dan pungutan cukai teratur
3. ekonomi – eksploitasi sumber semulajadi - bijih timah
Kesan-kesan sistem Residen
a) Pembangunan ekonomi Negeri
- perusahaan bijih timah, getah, kopi
- kemasukan buruh Cina dan India
- sumber ekonomi dimonopoli oleh British
b) Perubahan Politik
- Sultan berkuasa pada Agama Islam dan adat-istiadat
- Perubahan sistem pentadbiran - Residen berkuasa
c) Perkembangan Sosial
- infrastruktur jalan keretapi, jalan raya, pusat
kesihatan, pos dan sebagainya.
Negeri-negeri Selat (NNS)
 Ditubuhkan pada 1826. Pulau Pinang, Melaka dan
Singapura.
 Diketuai oleh Gabenor – Robert Fullerton (pertama)
 1 April 1867 – Unit NNS di bawah pejabat tanah jajahan
di London.
Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
 1895, melalui Perjanjian Persekutuan - British tubuhkan
NNMB iaitu empat negeri Perak, Selangor, N. Sembilan
dan Pahang. 1 Julai 1896, penubuhan NNMB telah
berkuatkuasa secara rasmi.
 Diketuai oleh Residen Jeneral. Residen Jeneral
pertama Frank Swettenham.
 Faktor penubuhan NNMB

a) Masalah kewangan di Pahang


b) Kelemahan sistem residen
c) Mengurangkan belanja untuk pentadbiran
Kesan penubuhan NNMB
 British tubuhkan bbrp jabatan – jabatan kerja raya.
Kemerosotan kuasa raja dan pembesar
 Kuasa beralih kpd Residen Jeneral
 Sistem pentadbiran tersusun – Majlis Mesyuarat Persekutuan
 Timbul rasa tidak puashati di kalangan raja.

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB)


 Ditubuhkan pada 1909 melalui perjanjian Bangkok.
 Empat negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu
diambil alih oleh Inggeris melalui Perjanjian Bangkok. Johor
menerima Penasihat British pada tahun 1914.
NNS

NNMB

NNMTB
PERAK

PAHANG

SELANGOR
NEGERI
SEMBILAN
Pengagihan Kuasa Pusat (Disentralisasi 1920-1941)
 Pengagihan kuasa pusat (Dasar Disentralisasi) diperkenalkan
oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu.
 Faktor-faktor Disentralisasi diperkenalkan oleh British :

a) Sultan di NNMB tidak berpuashati dgn pemusatan kuasa


pentadbiran di tangan Pesuruhjaya Tinggi. Majlis Mesyuarat
Persekutuan 1909 tidak berpihak kepada sultan.
b) Menyatukan negeri-negeri Melayu (NNMB, NNMTB dan NNS)
c) Mengurangkan perbelanjaan pentadbiran
d) Persaingan kuasa antara Residen Jeneral dgn Pesuruhjaya
Tinggi (pentadbiran)
 Disentralisasi merupakan strategi British menguasai ekonomi di
Tanah Melayu
Sistem Pentadbiran di Zaman Penjajahan Inggeris
Sistem Tahun Pengenalan Negeri-negeri Terbabit

Sistem Residen 1874-1889 Perak, Selangor,


Pahang, N.Sembilan
Negeri-negeri Selat 1826 Pulau Pinang,
(NNS) Singapura dan Melaka

Negeri-negeri Melayu 1896 Perak, Selangor,


Bersekutu(NNMB) N.Sembilan, Pahang
Negeri-negeri Melayu 1909-1919 Perlis, Kedah, Kelantan,
Tidak Bersekutu Terengganu dan Johor
(NNMTB)
Disentralisasi 1920-an Semua negeri di Tanah
Melayu
Reaksi Masyarakat Tempatan terhadap Penjajahan British
Penentangan Di Naning (1831-1832)
 Naning merupakan sebahagian drpd Melaka. Gabenor Fullerton
menyatakan Naning perlu bayar 1/10 drpd hasil ekonomi kpd
British.
 Cadangan british ditentang oleh Dol Said (Penghulu Naning).
Perang Naning tercetus pd bulan Julai 1831.
 Naning diisytiharkan sbg sebahagian wilayah Melaka.
 Feb 1834, Dol Said menyerah diri.
Penentangan Di Selangor
 Perang Kelang tercetus disebabkan pertentangan antara Raja
Mahadi dgn Raja Abdullah.
 1868, Sultan Selangor lantik Tengku Kudin (Wizurai Selangor)
dan bantu Raja Ismail merampas Klang. British campurtangan
dan beri sokongan menentang Raja Mahadi. Walau pun hanya
Perang saudara tetapi campurtangan British telah mendapat
tentangan penduduk tempatan
Penentangan di Perak
 Sebab penentangan British di Perak :
a) British dan Birch menyekat hak mengutip cukai oleh Sultan dan
pembesar Melayu.
b) Paksa sultan tandatangani surat penyerahan kuasa kpd
kerajaan British 1875.
c) Pembaharuan oleh J.W.W Birch:
- hapus sistem perhambaan
- beri perlindungan kpd hamba
- campurtangan dlm adat resam org Melayu
d) Sikap peribadi Birch
- buat pembaharuan secara tergesa-gesa
- tidak boleh berbahasa Melayu
 Dato Maharaja Lela , Dato Sagor dan Pak Endut dan Seputum
tentang British dan bunuh Birch pada Nov 1875 di Pasir Salak.
 Mereka dihukum di Matang 1879. Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim
dibuang negeri ke Pulau Seychelles.
Penentangan di Pahang
 Penentangan bermula apabila British lantik J.P. Rodger
sbg Residen Pahang 1888.Beliau telah memperkenalkan
jawatan pemungut cukai dan majistret.
 British memperkenalkan sistem lesen dan permit (pungut
hasil hutan),cukai tanah dan sistem kerah.
 Pembesar Melayu kehilangan kuasa dan mata pencarian
lalu bangun tentang British. Tok Gajah, Dato Bahaman
dan Mat Kilau melancarkan Pemberontakan pada
Disember 1891 dan serang balai Polis Lubuk Trua dan
Kuala Tembeling.
 Pemberontakan berakhir pada tahun 1895. Tok Gajah, Dato
Bahaman dan Mat Kilau melarikan diri ke Terengganu,
Kelantan dan akhirnya ke Siam.
Penentangan di Kelantan
 Melalui perjanjian Bangkok 1909, Kelantan diserahkan kpd
British dan James Scott Mason – penasihat British Julai 1909.
 Penentangan Inggeris dipimpin oleh Haji Mat Hassan bin
Munas (Tok Janggut).
 Punca penentangan :

a) ketidakpuasan hati Engku Besar Jeram


b) Sistem Tanah Baru 1915
c) Pengenalan cukai hasil pertanian
d) Sikap pegawai British
- Sikap Peg Daerah iaitu Che Abdul Latif menimbulkan
kemarahan orang ramai. Tercetus pemberontakan diketuai
oleh Tok Janggut di Pasir Puteh 29 April 1915. Pemberontakan
tamat pada 24 Mei 1915.
Penentangan Di Terengganu
 Pemberontakan di Terengganu yg diketuai oleh Hj Abd
Rahman Hj Abdul Hamid (Hj. Abdul Rahman Limbong)
dikenali sbg Pemberontakan Tani pada 1928.
 Faktor pemberontakan Tani :

a) Pungutan cukai-tanah, hasil tanah dan cukai kepala


b) perkenalkan sistem pendidikan Barat
c) perkenalkan pas kebenaran untuk membuka tanah,
bercucuk tanam dan memungut hasil hutan.
 Pemberontakan berlaku pada 21 Mei 1928 serang balai
Polis dan pejabat Daerah di Kuala Berang.
 Pemberontakan dapat ditumpaskan. Abd Rahman
Limbong di buang ke Makkah.
Penentangan Di Sarawak
 Sebelum Perang Dunia Kedua, Sarawak ditadbir oleh Dinasti
Brooke.
 Beberapa pemberontakan:
Rentap
- 1853, Brooke hapuskan amalan memburu kepala manusia
yang menjadi amalan tradisi org peribumi Sarawak. Melalui
Rentap mereka menyerang kubu Brooke di Sungai Skrang dan
bunuh pegawai Brooke - Alan Lee.
- 1861, Brooke lancar serangan besar-besaran kubu rentap di
Bukit Sadok.
Banting
- ketua kaum Iban di Hulu Batang Lupar. Punca tentangan akibat
tindakan Brooke kuasai kawasan Banting dan hapus adat dan
amalan tradisi tempatan
- 1908, Brooke berjaya tewaskan Banting.
Sharif Masahor
- Penentangan berpunca drpd tindakan James Brooke
memperkenalkan sistem pemerintahan baru dan kuasai kwsn Sg.
Rejang.
- Sharif Masahor merupakan gabenor Sarikei di Sg. Rejang dilantik
oleh Sultan Brunei. Beliau berpakat dengan Datuk Patinggi Abdul
Gapur serang kubu Brooke di Kanowit Jun 1859. Serangan dapat
dipatahkan oleh pihak Brooke. Sharif Masahor dibuang negeri ke
Singapura dan Patinggi Abdul Gapur ke Betawi.
Asun
- Semasa pemerintahan Vyner Brooke 1920, orang Dayak menentang
pembayaran cukai dan memberontak di Sg. Kanowit diketuai oleh
Penghulu Asun.
- 1932, Asun menyerah diri dan dibuang negeri ke Lundu.
Penentangan di Sabah
 Sabah terletak di bawah Syarikat Borneo Utara British.
 Dua pemberontakan tercetus iaitu :
a) pemberontakan Mat Saleh
- Mat Saleh berketurunan Bajau dan Suluk. Berpunca akibat
pengenaan cukai, pembangunan secara besar-besaran dan
sekatan terhadap pembesar tempatan.
- siri penentangan tercetus di Sg.Sugut (1894), serang pelabuhan
Syarikat di pulau Gaya (1897). Akhirnya, Mat Saleh terbunuh
pada 1900.
b) Kebangkitan Rundum
- diketuai oleh Antanum pada 1915.
- faktor pemberontakan - cukai ke atas beras dan ubi kayu,
ordinan hutan dan kerah rakyat membina jalan2 kecil di hutan.
- Feb 1915, serang pejabat kerajaan di Pensiangan. Gagal dan
Antanum ditawan dan dihukum bunuh.
Gambar Tokoh Pejuang
Mat Kilau Mat Saleh

Tok Gajah Dato Bahaman


Dato Maharajalela dan Dato Sagor Rentap
Tokoh Pejuang Kemerdekaan Peringkat Awal
Daerah/ Negeri Tokoh Pejuang
Naning Dol Said

Perak Dato Maharaja Lela, Dato Sagor

Selangor Raja Mahadi


Pahang Dato Bahaman, Mat Kilau, Tok Gajah
Kelantan Tok Janggut

Terengganu Abd Rahman Limbong

Sarawak Sharif Masahor, Rentap, Banting, Asun,


Datuk Patinggi Abdul Ghapur

Sabah Mat Saleh, Antanum


Jepun
Pengenalan
 8 Disember 1941, Jepun telah menyerang Tanah Melayu.
Seluruh Tanah Melayu dan Singapura ditawan oleh Jepun
pada 15 Feb 1942.
 Faktor kejayaan Jepun menawan Tanah Melayu :

a) Pihak British kurang bersedia


b) Kelewatan bantuan ketenteraan dari London dan India
c) Serangan melalui jalan laut.
- tidak menggunakan jalan udara. Dua buah kapal British
tenggelam Prince of Wales dan Repulse.
d) Persediaan tentera Jepun yg lengkap
e) Tentera Jepun yang terlatih dan berdisiplin
Tentera British Menyerah Kalah Kepada Jepun

Dua kapal British Repulse dan Prince of Wales


Pentadbiran Jepun
 Bercirikan ketenteraan. Antara ciri pentadbiran ketenteraan Jepun:

a) Tanah Melayu dikenali sbg Malai Baru diketuai oleh seorang


Presiden Jepun atau Gunseikan
b) Setiap negeri diketuai oleh Gabenor Jepun
c) Singapura yg dikenali sbg Syonan. NNM Utara terdiri drpd
Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah diserahkan negara Thai –
Ogos 1943.
e) Tubuh pasukan perisik tentera - Tekkikan, Kempeitai dan Toko.
Kesan-kesan Pendudukan Jepun
Kesan Sosial
 Penindasan terhadap org Cina
 Ramai pemuda tempatan dipaksa menjadi buruh paksa untuk
membina Landasan Jalan Kereta Api Maut di sempadan negara
Thai dan Burma
 Masalah kesihatan ekoran kekurangan bekalan perubatan dan
makanan tidak berzat.
 Layanan Jepun terhadap orang tempatan berat sebelah. Org Cina
diberi layanan buruk dan berbaik-baik dengan org Melayu. Timbul
perasaan permusuhan antara kaum.
 Sistem pendidikan Jepun diperkenalkan seperti bahasa Jepun-
Nippon-go dan lagu Kamigayo.
Kesan Ekonomi
 Perusahaan bijih timah dan getah semakin merosot ekoran British
telah musnahkan kawasan lombong, ladang dan kilang.
 Barangan keperluan berkurangan seperti tekstil, ubat-ubatan, beras.

Makanan beras diganti dengan ubi kayu.


 Nilai matawang jatuh. Wang pokok pisang dikeluarkan banyak tetapi
tidak bernilai.
 Masalah inflasi berlaku
Kesan Politik
 Beri kesedaran politik kpd penduduk tempatan akibat guna
propaganda ‘Asia untuk orang Asia’
 Org Melayu mendapat peluang pentadbiran
 Timbul kesedaran Inggeris mempunyai kelemahan akibat
dicabar oleh tentera Jepun
 Lahir semangat nasionalisme seperti wujud Parti Komunis
Malaya (PKM), Pembela Tanah Air (PETA), Kekuatan Rakyat
Istimewa (KRIS)
 Mengukuhkan sentimen kecinaan dan keindiaan di Tanah
Melayu.
Tanah Melayu Selepas Pendudukan Jepun
 Jepun berundur dari Tanah Melayu pada 15 Ogos 1945
setelah kalah di tangan kuasa Berikat dan akibat
pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki.
 PKM melalui Bintang 3 cuba menguasai T Melayu dan
mencetuskan huru-hara.
 British isytihar darurat dan tubuhkan Rancangan Briggs
dan Templer untuk memulihkan semula keadaan
darurat.
 Rundingan Baling 1955 diadakan antara Kerajaan
Persekutuan diketuai oleh Tunku Abdul Rahman dengan
Parti Komunis Malaya yang dipimpin oleh Chin Peng.
 Pesuruhjaya Tinggi T Melayu isytiharkan darurat pada

17 Jun 1948 dan PKM diharamkan pada 23 Julai 1948.


 Sir Gerald Templer (Rancangan Templer) perkenalkan
sistem pembahagian wilayah kawasan putih dan
kawasan hitam dan sistem kad pengenalan.
 Sir Harold Briggs telah mewujudkan kampung baru
untuk menyekat pengaruh komunis melalui Rancangan
Briggs.
 Darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960.